و
ما ادرك ما الحاقة
Dan adakah telah tahu engkau, apakah itu
Al-Haqqah?
dan
apa jalannya Engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat Yang tetap
berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
i. Persoalan
Demi Persoalan Demi Persoalan
Sekali lagi, suatu cabaran persoalan
ditimbulkan. Demikian itulah kaedah Tuhan mengajari hambaNya. Suatu tajuk
kejadian diperkenalkan. Kemudian, suatu persoalan ditimbulkan dan seterusnya,
diikuti persoalan yang sama dan seterusnya adalah gambaran bencana! Kaedah ini
banyak diperkenalkan dalam memulai suatu kempen dalam usaha menarik perhatian
orang ramai. Tajuk ﺍﻟﺤﺎﻗﺔ yang
dinyatakan pada ayat awal daripada surah ini, seolah-olahnya adalah tajuk
kempen.
ii. Seperti Kempen
Aedes Suatu Masa Dahulu
Penulis masih ingat semasa melalui zaman
kanak-kanak, bagaimana kempen kerajaan dahulu, tentang nyamuk aedes,
dipersembahkan melalui televisyen, dengan terlebih dahulu memaparkan tulisan
yang menyatakan tajuk AEDES pada permulaan persembahannya. Kemudian diikuti
dengan gambaran penunjuk tangan kanan yang digenggam jari-jari yang lain,
kemudian dengan kata-kata “tahukah kamu ...”. Seterusnya ditunjukkan gambaran
pesakit-pesakit dengan kulit mereka berbintik seolah-olah melepuh akibat
terkena jangkitan penyakit tertentu. Seperti itulah gambaran selanjutnya yang
tentunya menyatakan tentang bencana!
No comments:
Post a Comment