SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, May 9, 2017

SURAH AL-MUZAMMIL DAN LANGKAH PEMULIHAN


Setelah kian lama kita membincangkan perkara-perkara yang telah, sedang dan akan terjadi, berdasarkan rujukan daripada Surah Al-Mulk, Surah Al-Qalam, Surah Al-Haqqah, Surah Al-Ma’arij serta huraian fenomena alam dan keadaan sosial manusia melalui Surah An-Nuh, dan juga fenomena perkara ghaib daripada surah Al-Jin,  kini tibalah masanya untuk kita mulakan kerja-kerja pemulihan berdasarkan rujukan surah Al-Muzammil.

Sebagaimana yang telah dipelajari sebelum ini daripada Surah Al-Jin, bahawa suatu bentuk gerak kerja pemulihan hendaklah dimulai dengan mempertemukan terlebih dahulu, individu-individu yang memiliki kesedaran dan tanggung jawab untuk memulai gerak kerja amal jama’ie. Fungsi Pondok Al-Jaafar adalah untuk memulai langkah ini. Antara perkara awal yang telah berjaya dilaksanakan adalah dengan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli masyarakat, yang sebelumnya telah bertelagah darihal perbezaan kefahaman politik, darihal fahaman bermazhab, darihal perbezaan misi dakwah dan sebagainya.

Kita harus melihat lebih jauh, bukan sekadar untuk mendapatkan tempat dalam agenda negara bahkan dapat memberi peranan secara langsung dalam menghadapi cabaran global. Untuk melangkah lebih jauh, kita harus memikirkan apakah lagi kelemahan yang ketara yang harus diperbaiki terlebih dahulu supaya sebarang perubahan sejagat peringkat global, bukan lagi merupakan suatu perkara yang asing untuk dihadapi.

i.     Melihat Permasalahan Yang Terjadi Dan 
       Mendapatkan Usaha Penyelesaian

Perkara utama yang harus dihadapi adalah cabaran untuk mendapatkan kesedaran ramai pihak dalam menjayakan rancangan pemulihan. Cabaran ini ada disebutkan dalam surah Al-Muzammil dan sebagai mana yang telahpun kita pelajari sebelum ini, apajua penolakan ahli masyarakat bukanlah perkara besar untuk diambil berat. Kita sendiri yang harus memulai langkah pemulihan sehingga akhirnya mereka sendiri yang akan mendapat habuan sama ada berbentuk manfaat politik ataupun penguasaan harta benda yang semua itu sangat-sangat mereka inginkan dalam kehidupan dunia ini. Beginilah yang pernah terjadi dalam sejarah perjuangan umat dan dijangka akan sentiasa terjadi, bahawa akhir penyampaian risalah, bukanlah bertujuan untuk mengubah sistem politik mahupun untuk mengubah pemerintahan. Kita juga telah melihat keadaan masakini, perselisihan yang berlaku adalah merupakan natijah yang telah terjadi akibat daripada perpecahan umat sejak zaman sahabat RasululLah R.A.H.M. lagi. Oleh itu tiada gunanya untuk menghabiskan masa berbalah melainkan untuk mendapatkan kerjasama agar perkara perlu yang dinyatakan dalam surah ini harus diberi perhatian dan dihayati dengan sewajarnya.

ii.    Antara Perkara Yang Dikenalpasti 
       Sebagai Permasalahan Sejagat

a.                   Masalah Perubahan Cuaca

Senjata Peperangan Baru - Kawalan Cuaca.
Bagaimanakah Menghadapinya? 

b.                  Kerosakan Struktur Yang Terjadi 
     Pada Permukaan Bumi


Sifat Tanah Tiba-tiba Berubah.
Apakah Penyebabnya?

c.                  Pemakanan Yang Merosakkan


Memakan Yang Bukan Makanan.
Bagaimanakah Cara Menghindarinya?

d.                  Penyakit-penyakit Yang Melanda
    Manusia


Daripada satu penyakit membawa pelbagai 
penyakit lain. Apakah puncanya?

e.                 Jenayah Yang Melibatkan
    Pemindahan Organ

iii.    Kedudukan Surah Al-Muzammil Dalam 
        Membincangkan Permasalahan Ini

Surah Al-Muzammil adalah merupakan surah awal yang diturunkan kepada junjungan RasululLah S.A.W. yang menyentuh kepada penyebab khusus yang membawa kepada kerosakan di bumi ini. Surah ini memberi panduan kepada umat Islam agar banyak berfikir tentang ayat-ayat Al-Qur’an dan mengambil masa tenang pada waktu malam bagi menghayati secara mendalam tentang kandungannya. Oleh kerana selama ini penulis telah menyentuh kepada punca kerosakan secara umum dalam surah-surah sebelum ini, surah ini secara khusus menyentuh bahan-bahan khusus yang harus manusia ambil kira secara berhati-hati dalam melakukan pekerjaan mereka.

Mutakhir ini banyak pendapat sama ada yang diajukan oleh orang perseorangan, ahli-ahli politik malahan juga sebahagian saintis, yang menyatakan bahawa punca kepada fenomena pemanasan global yang menjurus kepada perubahan cuaca adalah disebabkan oleh kandungan gas karbon dioksida yang tinggi di persekitaran. Adalah tidak wajar untuk kita nafikan bulat-bulat penemuan seperti ini kerana semuanya itu telah diperolehi berdasarkan pengamatan korelasi antara peningkatan suhu persekitaran di bumi ini dengan peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udarakasa. Dan antara perkara yang menarik perhatian penulis adalah - terdapatnya kempen penentangan terhadap usaha pengawalan perlepasan gas karbon dioksida, yang dilakukan oleh masyarakat korporat. Mereka sebenarnya dapat melihat kepentingan mereka akan terjejas apabila peraturan pengawalan berkenaan dikuat-kuasakan. Syarikat gergasi seperti Exxon Mobile yang saham besarnya turut dimiliki oleh pentadbiran Amerika Syarikat, dengan tegas menolak kenyataan bahawa punca kepada pemanasan global adalah disebabkan oleh pembakaran hidrokarbon yang berterusan daripada bahan bakar petroleum. Sekalipun bukti-bukti saintifik belum mencukupi, awal-awal lagi mereka telah menolak untuk menerima hakikat sebenar. 

Begitu juga apabila perkara sebenar terungkap daripada Surah Al-Muzammil ini, dengan pemberitahuan perkara khusus tentang bahan-bahan yang dapat merosakkan alam persekitaran dan kesihatan kita, kita dapat menjangkakan akan wujud pertentangan ketara yang datang daripada mereka yang berkepentingan. Mereka dapat melihat bahawa perniagaan mereka mungkin terjejas dan keuntungan yang harus mereka perolehi mungkin semakin berkurangan.  


Kiranya vitamin B17 dapat melawan penyakit kanser,
Menteri Kesihatan tentunya tidak menyukainya.


iv.    Kesempatan Yang Dimainkan Oleh 
        Golongan Globalis

Golongan globalis, gerakan Masonik, Luciferian, ahli kelab Bohemian, yang didokong oleh ahli keluarga Rosthchild dan Rockefellar, adalah kumpulan kapitalis penyembah Iblis yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan atas apajua permasalahan sejagat. Sebelum ini mereka galak dengan kempen penggunaan wang berasaskan karbon – yang tujuannya adalah untuk mereka kuasai segala bentuk aktiviti perniagaan. Oleh kerana kempen ini mendapat tentangan daripada pihak dalaman mereka sendiri, kini mereka telah beralih kepada penggunaan wang maya atau wang digital secara meluas, untuk dipaksakan kepada rakyat negara-negara kapitalis. Pelbagai cadangan, bentuk manipulasi sedang diusahakan yang tujuan akhir adalah untuk menindas umat manusia.

Bentuk penindasan yang berlaku adalah pelbagai. Sebagai contoh, apabila wujud kesedaran untuk mengawal hasil flora dan fauna, Jabatan Hutan telah ditubuhkan untuk mengawal selia tanggung jawab berkenaan. Namun atas kepentingan kapitalisma yang didokong melalui sistem demokrasi, pengagihan hasil hutan hanya diserahkan kepada golongan tertentu yang sanggup merasuah penjawat-penjawat tadbir. Akhirnya, kita dapati sekalipun wujud Jabatan Hutan yang diamanahkan untuk menjaga hidupan flora dan fauna, pengambilan hasil hutan secara melampau telah terjadi. Penggondolan hutan telah menjadi suatu fenomena yang berlaku secara merata-rata tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa. Akhir daripada tindakan mereka ini adalah bencana yang menyusahkan orang ramai apabila setiap kali berlakunya musim tengkujuh atau musim panas yang berpanjangan.

Begitu juga dengan penularan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang seharusnya diambil berat oleh pihak kementerian. Mereka lebih selesa untuk meletakkan pesakit-pesakit, bersama keluarganya pada keadaan berbelanja besar untuk tujuan mendapatkan rawatan daripada memikirkan langkah pencegahan, agar orang ramai akan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Di manakah fungsi akta kawalan makanan kiranya orang ramai sentiasa dihidangi dengan bahan tambah dalam makanan yang berpotensi mendatangkan penyakit yang serius? Kempen demi kempen sentiasa dijalankan agar mereka yang jatuh sakit hanya akan merujuk kepada kaedah rawatan yang dikatakan moden, supaya mereka terus berkeadaan sakit dan akan mengeluarkan lebih banyak belanja untuk tujuan perubatan. Cukup untuk penulis katakan bahawa tiada seorangpun pesakit diabetes yang dapat sembuh apabila mereka terus mengamalkan cara rawatan yang dikatakan moden itu.

Lantas apakah yang dapat dilakukan oleh pesakit berkenaan? Apabila kesakitan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan kerosakan organ-organ dalaman lainnya, bagi mereka yang berkemampuan tentunya sanggup mengeluarkan belanja untuk mendapatkan organ yang ‘didermakan’ oleh pihak tertentu. Jenayah pembunuhan untuk tujuan mendapatkan organ-organ dalaman semakin menjadi-jadi sekarang ini dan perkara ini senghaja ‘disenyapkan’ oleh pihak berkuasa agar tidak menjadi kekecohan dalam masyarakat. Penindasan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, adalah akibat yang terjadi apabila umat ini secara rata-ratanya telah meninggalkan panduan Tuhan dalam menempuh kehidupan. Bahkan fitnah yang terjadi ini bukan sahaja mengenai golongan ingkar bahkan juga golongan beriman daripada umat ini.

v.    Mengatasi Permasalahan

Di mana-mana juapun, ahli perubatan bersetuju bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan. Perkara ini harus juga diaplikasikan dalam mendapatkan punca bencana kepada alam ini. Sebelum bermulanya langkah pencegahan, kita haruslah terlebih dahulu dapat mengenal pasti punca-punca kepada terjadinya bencana sama ada yang mengenai alam sekitar ataupun yang menimpa umat manusia sekarang ini. Apakah faedahnya kita membincangkan tentang teknologi canggih seperti pengembaraan angkasa lepas, teknologi nano peringkat kuantum untuk kegunaan orang ramai dan sebagainya, kiranya kita sendiri melupai tentang nasib yang sedang menimpa kita sekarang ini? Penulis melihat, mesej yang ingin disampaikan melalui Surah Al-Muzammil, adalah bertujuan untuk pemberitahuan, bahawa umat manusia perlu melakukan sesuatu bagi membaik pulih keadaan sebelum terlewat. Mereka harus sentiasa berfikir agar mereka dapat melihat suatu penemuan baru untuk tujuan dimanfaatkan atau permasalahan baru untuk tujuan diatasi.

Suatu persoalan mungkin dapat ditimbulkan iaitu, mengapakah selama ini setelah berlalu tempoh lebih 1400 tahun sesudah kerasulan, surah ini harus dirujuk kembali untuk mengatasi permasalahan yang terjadi sekitar waktu ini? Di manakah peranan ulama-ulama, yang seharusnya lebih mahir berbanding penulisan ini, dapat memberi kesedaran kepada umat bahawa mereka memiliki tujuan utama yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sejagat pada ketika ini? Mengapakah selama ini, ulama-ulama baik daripada pihak mana sekalipun, seringkali memberi fokus kepada perbezaan pengamalan agama umat? Sehingga mereka suka untuk meletakkan ‘penghakiman’ kepada suatu golongan dan melupai peranan mereka untuk memberi tunjuk ajar kepada umat tentang ‘mesej’ yang Tuhan sampaikan? Kita tak habis-habis membincangkan tentang perkara air satu kolah, dua kolah, perjalanan satu marhalah, dua marhalah, hukum najis, mutant najis, perkara mubah dan subhah dan sebagainya. Ya, semua itu persoalan penting, tetapi pada waktu ini bukankah ada perkara yang lebih penting untuk diperbincangkan? Dan adakah tiada alternatif lain, sehingga kita mengakui bahawa insulin yang diambil daripada babi – yang kononnya telah diubahsuai – adalah halal penggunaannya oleh umat ini.

Kita masih membincangkan tentang air
pada suatu sudut dan kita masih tidak 
menyedari petanda daripada masalah air.



Wednesday, May 3, 2017

"WEAPONIZATION OF SPACE" DAN PANDUAN MENGHADAPI FITNAH INI


"Weaponization Of Space" dan Panduan Surah Al-Jin dalam Menghadapi Fitnah ini.

Isu tentang bangsa jin, isu tentang "makhluk asing", tentang pesawat tak dikenali (UFO), tentang ancaman antara negara, tentang serangan pengganas, tentang asteroid yang dikatakan bakal menghentam bumi dan akhir sekali tentang ancaman ekstra-terestrial adalah sesuatu yang sebenarnya berkait rapat sebagai suatu agenda. Perkara-perkara yang disebutkan ini adalah sesuatu yang berkait rapat dengan usaha pelopor golongan ingkar untuk menguasai bumi ini dan juga seluruh manusia.

Program "Weaponization of Space" yang bertujuan untuk memperhamba manusia adalah merupakan kesinambungan usaha terancang sejak sekian lama sebelum kewujudan tamadun manusia lagi. Dalam hal ini sebenarnya, tiada yang dikatakan sebagai makhluk asing melainkan bangsa jin. Tiada pesawat UFO melainkan melainkan rekaan silam yang telah dikenalpasti. Tiada asteroid melainkan jasad bergerak di angkasa lepas yang telah ditakdirkan akan jatuh ke bumi suatu masa nanti.

Apakah perancangan teliti mereka sebagai usaha untuk menguasai bumi ini dan manusia seluruhnya? Ancaman serangan pihak Soviet yang dikatakan mengancam Amerika Syarikat, sebenarnya dijadikan alasan untuk mendapatkan ketaatan tidak berbelah bahagi rakyat Amerika Syarikat terhadap kerajaan yang memerintah. Sistem pemerintahan yang diperkenalkan melalui demokrasi dan kapitalisma adalah bertujuan untuk memerah tenaga rakyat. Rakyat kemudiannya diperkuda bagi menghalalkan tindakan mereka untuk menyerang negara lain. Mereka sengaja berbelanja besar untuk tujuan pertahanan yang akhirnya turut bertujuan membangkrapkan seluruh rakyat Amerika Syarikat kecuali golongan penyembah Iblis. 


Kempen keganasan bukan sahaja mengorbankan umat
Islam bahkan juga yang bukan beragama Islam.

Isu pengganas sengaja diwujudkan agar sebahagian rakyat Amerika Syarikat dapat dijadikan korban pemujaan terhadap Iblis dan bangsa Jin yang lain yang merupakan pengikut setianya.


Dalam pada mereka meletupkan menara berkembar
dengan pesawat-pesawat, mereka ada masa untuk
menanam bahan letupan dalam bangunan.

Kempen keganasan sengaja diwujudkan agar mereka memiliki alasan untuk menyerang umat Islam, yang telah diramal akan dapat menewaskan mereka suatu hari nanti. Angkasalepas dilengkapi dengan senjata, alat pengesan dan pengintipan, agar mereka dapat mengesan apajua aktiviti manusia sama ada yang berkaitan dengan hubungan sosial ataupun perdagangan.

Kesempatan ini digunakan untuk menguasai seluruh wang yang beredar dan untuk tujuan kawalan segala bentuk aktiviti mereka yang melibatkan wang. Matlamat akhir mereka adalah supaya manusia seluruhnya menyembah mereka.

Segala-gala telah dirancang. 



Thursday, April 27, 2017

KANDUNGAN


Sedikit Sebanyak Tentang Bangsa Jin

72:01    Jin Yang Mendengar Wahyu Tuhan

i.           Jin –  Makhluk Ghaib Dicipta
                       Daripada Marja Api
ii.          Bacaan Yang Menakjubkan

70:02    Bacaan Yang Menunjuki

i.           Mengesakan Tuhan dan Jangan 
             Mempersekutukan
ii.          Pertembungan Kefahaman Tentang 
             Keesaan Tuhan

72:03    Tuhan Tidak Beristeri Dan 
             Tidak Beranak

i.           Tidak Beristeri dan Anak
ii.          Konsep Dewa-dewa Telah Mempengaruhi 
             Ajaran Dalam Agama Kristian
iii.         Agama Yang Terbentuk Melalui 
             Persidangan

72:04    Mereka Memperkatakan Tentang Tuhan,
             Perkataan Yang Melampaui

i.           Tiga Perkara Ajaran Syaitan
ii.          Kecelaruan Umat Terhadap 
             Ajaran Ketuhanan

72:05   Manusia Dan Jin Terlampau Mempercayai 
            Tokoh-tokoh Agama

Perkara Kepercayaan Dalam Agama Manusia 
Yang Berkait Rapat Dengan Jin

Kerahsiaan Yang Membangkitkan
Teori Konspirasi

72:06   Jin Semakin Bongkak Apabila Manusia
            Meminta Perlindungan Daripada Mereka

i.          Salah Laku Manusia Melibatkan Jin
ii.         Jin Yang Dipergunakan
iii.        Adakah Meminta Pertolongan Jin 
            Diwajarkan?
iv.        Bangsa Jin Lebih Tekun Dalam Amalan
v.         Bantuan Jin Secara Intensif 
            Kepada Manusia

72:07   Menyangka Tuhan Tidak Akan 
            Membangkitkan Semula Seseorang

i.          Kebangkitan Di Alam Akhirat : 
            Suatu Pernyataan Yang Hilang daripada 
            Kamus Manusia dan Jin
ii.         Ajaran Tatasusunan Dunia Baru yang 
            Menolak Kepercayaan Kebangkitan 
            di Akhirat

72:08    Teknologi Bangsa Jin Yang 
             Telah Mencapai Langit

i.           Had-had Keupayaan Teknologi Bangsa Jin
ii.          Dokumentari Yang Dapat Disaksikan

72:09    Tiada Lagi Kejadian Mencuri Dengar

i.           Adakah Terdapat Teknologi Selain 
             Teknologi Manusia Dan Jin?
ii.          Perkara Ghaib – Perkhabaran Masa 
             Akan Datang
iii.         Persediaan Teknologi Jin Cuba Menguasai 
             Pentadbiran Di Bumi
v.          Perancangan Zionis Melalui Agenda 
             'New Secular Order'
vi.         Perancangan Yang Akan Gagal

72:10   Jin Tidak Mengetahui Perkara Akan Datang

i.          Jin Tidak Mengetahui Perkara Ghaib
ii.         Hikmah Mengimani Ketentuan Tuhan

72:11    Jin Yang Shaleh Dan Yang Lain Daripada Itu

Tajuk : Pengingkaran Terhadap Arahan Tuhan

72:12    Jin Juga Berada Di bawah Kekuasaan Tuhan

i.           Lari Atau Menyerah Diri Kepada
             Urusan Tuhan
ii.          Golongan Ingkar Daripada Jin dan Manusia
             Mengingkari Perkara Yang Demikian
iii.         Pengingkaran Terhadap Bani Adam, 
             Bani Ismail dan Bani Hashim
iv.         Perlagaan Antara Musuh Bani Adam, 
             Musuh Bani Ismail dan Musuh Bani Hashim

72:13    Mereka Beriman Tatkala Mendengar
             Petunjuk Tuhan

i.           Sifat Jin – Bipolariti
ii.          Latihan Menghindari Sifat Bipolariti

72:14     Kebanyakan Bangsa Jin Yang Beriman,
              Warak-warak Belaka

72:15     Golongan Pertengahan Mereka
              Bukanlah Jahat Sangat

i.           Tiada Kelonggaran Untuk Golongan Jin
ii.          Kehidupan Manusia Yang Lebih Mencabar
        
Memilih Jalan Tareqat

72:16    Mereka Banyak Memilih Jalan Tareqat

i.           Kepelbagaian Erti Istiqamah
ii.          Pendekatan Jalan Tareqat
iii.         Kepentingan Meminum Air Segar
iv.         Aktiviti-aktiviti Manusia Sehingga 
             Pemperolehan Air Segar Menjadi
             Terhad

Percaturan Golongan Ingkar Daripada Jin dan
Manusia Berusaha Menguasai Pentadbiran Bumi

72:17     Sebagai Fitnah Kepada Manusia Dan Jin
             Agar Mereka Kembali

i.           Ujian Tuhan Untuk Manusia Dan Jin
ii.          Tuhan Tidak Memaksa
iii.         Contoh Pengabaian Ammoniakal Nitrogen

Kad Terakhir Percaturan Tatasusunan Dunia Baru

72:18     Masjid Hanya Untuk Allah

i.            Seruan Hanya Kepada Allah
ii.           Masjid Hanya Untuk Allah

72:19     Seruan Hanya Kepada Allah Adalah 
              Seruan Yang Mendapat Perhatian

Pengajaran Ayat

Seruan Yang Diperintahkan Kepada Manusia

72:20     Menyeru Tuhan Tanpa 
              MempersekutukanNya

i.            Perkara Yang Masih Berlaku 
              Ke Atas Umat Islam
ii.           Kesyirikan Yang Berlaku Kerana 
              Mengutamakan Kehidupan Dunia

72:21      Bukan Kerja Nabi, Umat Menderita dan
               Bukan Kerja Nabi, Umat Berpetunjuk

i.             Penderitaan Umat Masakini Bukan Salah 
               RasululLah S.A.W.
ii.            Bagaimanakah Mungkin?

72:22     Bahkan Semuanya Didatangkan 
              Terus Dari Tuhan

72:23     Kerja Rasul Hanya Menyampaikan

i.            Kaedah Hukum Kearaban Untuk
              Memahami Ayat
ii.           Menyalahi Allah dan RasulNya,
              Menempah Neraka Jahanam

72:24     Akhirnya Siapa Pula Yang Lemah,
              Siapa Pula Yang Sedikit Bilangan

i.            Sistem Hidup Yang Akhirnya 
              Melemahkan Mereka
ii.           Kehidupan Bermasyarakat Mereka
              Semakin Parah
iii.          Hilang Kekuasaan Dan Sedikit Bilangan

72:25     Kiranya Saya Mengetahui, 
              Saya Pasti Beritahu...

72:26     Hanya Tuhan Mengetahui Yang Ghaib...

72:27     Namun Hanya Individu Tertentu 
              Dapat Mengetahuinya

i.            Penjagaan Rahsia
ii.           Tentang Jin Dan Perkhabaran Ghaib
iii.          Di Sebalik Ajaran Perkara Ghaib

72:28     Sebagai Motivasi Bekerja Untuk
              Menyampaikan Risalah Tuhan

Kerja Menyampaikan Risalah Tuhan

"Weaponization Of Space" Dan Panduan
Menghadapi Fitnah Ini.



Friday, April 21, 2017

KERJA MENYAMPAIKAN RISALAH TUHAN


Manusia sama ada golongan ilmuwan atau orang-orang biasa, seringkali suka merujuk sesuatu perkara kepada mereka yang dikatakan lebih mahir. Ilmuwan-ilmuwan tentang alam suka sangat merujuk kepada pelopor-pelopor silam seperti Plato, Copernicus dan Galileo. Ahli-ahli astronomi gemar merujuk kepada penemuan Galileo, Newton dan Kepler. Ahli-ahli kimia suka merujuk kepada penemuan-penemuan Umar Ibnu Khayyam, Mendelev dan sebagainya. Ahli-ahli matematik pula merujuk kepada Aljabar dan Alkhwaritzmi. Tentang ilmu perubatan mereka merujuk kepada Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Demikian itu batas-batas disiplin dalam mendapatkan ilmu. Namun keperluan memperolehi ilmu agama tidak harus melalui disiplin sedemikian. Imam As-Syafi’e pernah mengkhabarkan, apajua hal agama yang diperolehi terus daripada RasululLah S.A.W. (dengan izin) atau daripada kitab Allah, maka pendapatnya hendaklah dilemparkan ke sebalik dinding. Demikian itulah mazhab yang beliau sendiri akan turuti. Imam Syafi’e sendiri pernah ditanya pendapatnya tentang suatu hal dalam agama lalu dengan nada marah beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah rahib Nasrani yang menggantungkan palang salib dilehernya sehingga boleh mengeluarkan hukum daripada pendapatnya. Dengan lain perkataan beliau tidak mahu dirinya disembah sebagai sekutu Tuhan dalam hal hukum agama, yang akan dituruti darinya, yang akan dijadikan syari’at agama.



“RasululLah S.A.W. menyampaikan risalah-risalah
Tuhan. Khalifah-khalifah sesudah baginda juga
menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Ulama-ulama
silam menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Namun 
‘ulama-ulama’ mutakhir suka menyampaikan 
kepada manusia ‘agama’ mereka sendiri”




Saturday, April 15, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 28 -- SEBAGAI MOTIVASI BEKERJA UNTUK MENYAMPAIKAN RISALAH TUHAN


ليعلم ان قد ابلغوا رسلت ربهم و احاط
 بما لديهم و احصى كل شيئ عددا

Supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya, telah menyampaikan mereka, akan risalah-risalah Tuhan mereka dan telah meliputi Ia dengan apa yang di sisi mereka dan telah menghitung Ia tiap-tiap sesuatu akan bilangan.

(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal ia memang mengetahui Dengan meliputi Segala keadaan Yang ada pada mereka, serta ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Sesungguhnya utusan-utusan yang diredhai itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya sama ada berbentuk panduan suci atau perkhabaran-perkhabaran yang berlaku akan datang. Faedahnya adalah untuk menarik perhatian manusia supaya beriman kepada Tuhan mereka. Sehingga Tuhan telah meletakkan kawalanNya dan ilmu Tuhan meliputi perkara itu dan segala sesuatu sama ada yang telah, sedang dan akan berlaku, ada dalam ilmu perhitungan yang dapat dibilangi. Terjemahan sedemikian tentunya merobek kefahaman sebahagian besar fahaman ulama masakini yang akan menuduh, kerja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku, adalah merupakan suatu perbuatan bidaah yang diada-adakan. Sesungguhnya Tuhan telah menjelaskan bahawa di sisi ‘Isa Al-Masih ada ilmu berkenaan kejadian As-Saah. Sehingga ‘Isa Al-Masih akan diutus sekali lagi mengkhabarkan tentang itu dan untuk memperkukuhkan ajaran ketuhanan yang sebenarnya dan membersihkan nama baginda daripada menjadi sembahan umat Nasrani yang mendakwa baginda adalah benih keturunan Tuhan. Na’uzubilLah.


Selain umat Nasrani, umat Islam juga mempercayai
bahawa nabi Isa A.S akan datang kembali untuk kali ke-2.

Surah-surah selepas ini banyak mengkhabarkan peristiwa-peristiwa besar yang akan berlaku. Penulis cuba menggarap kejadian-kejadian itu berdasarkan pendekatan ilmiah berlandaskan fenomena alam. Sudah tentulah akan merangkumi sebahagian daripada ilmu pentakrifan fenomena alam dengan mendapatkan hubungan antara pergerakan jasad-jasad besar sebagaimana yang dinyatakan melalui ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana matlamat akhirnya adalah supaya risalah-risalah Tuhan akan sampai kepada manusia, sebahagian pemberitahuan ini adalah untuk bertujuan supaya risalah-risalah Tuhan bukan sahaja mengandungi perkataan yang sampai, bahkan dapat disampaikan dengan perkataan yang sampai.




Sunday, April 9, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 27 -- HANYA KEPADA INDIVIDU TERTENTU


الا من ارتضى من رسول فانه يسلك
من بين يديه و من خلفه رصدا

Melainkan (kepada) barangsiapa telah diredhai Ia, daripada utusan, maka sesungguhnya Ia mengelilingi daripada antara dua tangannya dan daripada belakangnya suatu pengintaian.

Melainkan kepada mana-mana Rasul Yang diredaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib Yang berkaitan Dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan Yang demikian) maka ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu Selamat sampai kepada Yang berkenaan).

i.     Penjagaan Rahsia

Rahasia-rahasia itu turut akan dijagai supaya tidak akan terungkap oleh utusan itu tanpa pengawalan penuh. Pada zaman RasululLah S.A.W. seketika sebelum berlakunya pengepungan Makkah yang membawa kepada pembukaan Makkah, RasululLah S.A.W. telah berdoa kepada Tuhan supaya perancangan itu dirahsiakan. Namun berlaku suatu usaha daripada sahabat yang mengirim berita ke Makkah secara rahsia supaya ahli keluarganya di Makkah meninggalkan kota itu sebelum berlaku penaklukan. Peristiwa ini telah dimaklumkan oleh Jibril A.S. kepada RasululLah S.A.W. lalu RasululLah S.A.W. mengutus Syaidina Ali R.A. untuk menghalang perutusan berita itu. Sehinggalah umat Islam berjaya sampai di sekitar kota Makkah dan menyalakan unggun api bagi menggerunkan pihak musyrikin Makkah. Pada zaman ini, banyak rahsia kejadian yang akan berlaku yang tertulis pada lembaran-lembaran seperti kulit haiwan dan kertas paparus disimpan oleh pihak Vatican di Vatican City di Itali. Mereka dapat mengetahui maklumat sebahagian peristiwa yang berlaku akan datang. Tetapi atas sikap bencikan kebenaran, mereka telah merahsiakannya. Bahkan kitab Injil yang segar dikatakan disimpan di sana sehingga suatu masa nanti akan diperolehi oleh Al-Mahdi, menyebabkan keseluruhan kaum Nasrani akan beriman kepada Nabi Isa A.S. selepas kedatangan Dajjal.

ii.    Tentang Jin dan Perkhabaran Ghaib

Secara mudah untuk diperkatakan, Tuhan lebih mengetahui tentang perkara ghaib dan bukannya dengan perkhabaran daripada jin. Pengetahuan tentang perkara yang ghaib tersimpan pada utusan Tuhan yang diredhai. Menghindari jin dan menyerahkan kepada Tuhan atas urusan perkara ghaib bukanlah penyebab perkara ghaib untuk tidak boleh diperbincangkan. Terdapat banyak hadith marfu’ yang mengkhabarkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas dari zaman kerasulan sehingga menjelang As-Sa’ah. Seterusnya ayat 72:26 tidak harus diambil secara sekerat sehingga melupai 72:27 sehingga mengakibatkan perbincangan perkara mendatang menjadi suatu kelarangan. Sesiapa sahaja dapat mengetahui perkara ghaib pada had-had tertentu.

Kita sebenarnya dapat mengagak perkara yang
bakal terjadi berdasarkan pengamatan masa kini.
Bersiap sedialah sebelum sampai masanya yang
jiran-jiran kita kelaparan.

iii.     Di Sebalik Ajaran Perkara Ghaib

Bangsa jin sebenarnya tidak mengetahui perkara mendatang dan tidak juga Iblis yang mengetuai ajaran keingkaran yang diikuti oleh sebahagian jin dan manusia.Mereka hanya dapat mengetahui perkara mendatang melalui manuskrip-manuskrip yang ditinggalkan oleh rasul-rasul terdahulu. Perkhabaran daripada Nostradamus yang masyhur tentang puisi-puisinya yang memberitahu kejadian mendatang, diperolehi daripada datuknya yang telah menemui manuskrip di perpustakaan yang turut tersimpan di bawah bangunan Masjid Al Aqsa. Pihak Vatican mempelajari perkhabaran sedemikian, begitu juga puak Luciferian (globalist)  yang mengambil kesempatan sedemikian bagi merencana agenda yang mereka namai sendiri sebagai menyusun semula masa. 

Oleh kerana mereka tidak mengetahui perkara ghaib perkhabaran masa akan datang, mereka telah membentuk ajaran baru tentang masa silam. Mereka mengajari bahawa setiap jiwa yang dilahirkan masakini adalah merupakan individu yang pernah hidup sebelum ini. Iaitu individu yang telah menempuh kematian, lalu telah melalui suatu proses yang mereka namai sebagai proses amnesia iaitu proses menyah-ingatan untuk dilahirkan semula sebagai individu baru, tanpa sebarang ingatan. Kelahiran manusia dianggap sebagai menempuh sebuah kelahiran semula atau reinkarnasi. Dengan teknologi yang mereka pelopori, mereka dapat memadam ingatan seseorang tentang sesuatu dan mereka juga dapat memuat turun semula ingatan kepada seseorang sehingga seorang itu merasakan seolah-olah ia pernah hidup sebelum ini. Konsep reinkarnasi tidak pernah diketahui wujud dalam agama Islam. Konsep ini wujud dalam agama penyembahan berhala seperti agama Hindu. Agama Islam hanya mengajar perkara kebangkitan di akhirat nanti. Kita tidak harus memandang ke belakang tentang sesuatu yang silam yang kini kita tidak akan perolehi kembali dan yang harus kita hadapi adalah persediaan untuk menghadapi hari-hari mendatang di akhirat kelak. Memandang ke hadapan menjadikan kita berada dalam agama yang mahu kita maju ke hadapan dengan kemajuan yang jauh.





Monday, April 3, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 26 -- TUHAN MENGETAHUI YANG GHAIB, TIDAK MENZAHIRKAN KECUALI ...


علم الغيب فلا يظهرعلى غيبه احدا

Yang mengetahui akan yang ghaib. Lalu tidak ia menzahirkan atas perkara ghaibnya seorangpun.

Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, 

Malaikat Jibril A.S. semasa mengajari tentang Iman, Islam dan Ihsan kepada sahabat-sahabat RasululLah S.A.W., ada menanyakan kepada RasululLah S.A.W. tentang bilakah terjadi hari As-Saah lalu dijawab oleh RasululLah S.A.W. bahawa yang menanya harus lebih mengetahui daripada yang ditanya. Lalu Jibril A.S. bertanya lagi tentang tanda-tandanya lalu RasululLah S.A.W. menjawab iaitu apabila amanah diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya lalu nantilah kehancuran. 

Pada waktu ini urusan tentang pentadbiran banyak diserahkan kepada seseorang berdasarkan hubungan rapat dengan pihak atasan. Mereka bukanlah yang pakar dalam suatu pengurusan. Akibatnya banyak pembangunan dilakukan berhampiran kawasan tadahan air. Lebuhraya dibina merentasi hutan dan kawasan tanah tinggi. Penjenayah mengupah jabatan untuk melindungi aktiviti jenayah. Bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak sampai kepada mereka. Penguatkuasaan agama hanya meliputi perkara maksiat, nikah kahwin, puasa dan kematian. 

Mengenai pemberitahuan perkara mendatang pula, kiranya perkara yang akan berlaku diketahui umum, maka pihak yang terlibat akan berbuat sesuatu untuk menghalang atau untuk menyatakan akannya. Akan wujud individu yang cuba mengisi agenda perkara ghaib itu yang kononnya sebagai watak yang dijanjikan. Pentadbiran Amerika Syarikat telah menghantar tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk menghalang pembukaan semula Makkah, demi untuk menghalang kekhalifahan baru dunia Islam. Mereka sibuk dengan agenda peperangan untuk mengancam sesiapa sahaja.

Siapakah sebenarnya yang dijanjikan akan membawa 
kemenangan kepada Umat Islam? Penulis sendiripun tidak pasti.
Namun kiranya bukan Taliban Afghanistan, US telah lama 
dapat menewaskan mereka.


Tuesday, March 28, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 25 -- KIRANYA SAYA MENGETAHUI, SAYA PASTI AKAN BERITAHU BILAKAH KEJADIAN ITU ..


قل ان ادرى اقريب ما توعدون
ام يجعل له ربى امدا

Katakanlah olehmu: Kiranya aku mengetahui adakah dekat apa yang kamu dijanjikan ataukah Ia jadikan baginya oleh Tuhanku suatu tempoh!? (Pasti aku akan beritahu)

(kalau ditanya Bilakah azab itu? maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) Yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh Yang lanjut.

Sekiranya RasululLah S.A.W. mengetahui secara pasti maka bukan tugas baginda menyembunyikan pengetahuan itu daripada umat. Dalam suatu syarahan yang panjang, RasululLah S.A.W. ada mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat R.A.H.M. perkara-perkara yang akan berlaku dari masa kerasulan sehinggalah berlaku hari As-Saah. Lalu sebahagian sahabat menyalinnya sehingga diingati oleh yang mengingati dan dilupai oleh yang lain. 

Sungguh begitu Tuhan tidak meninggalkan sesuatu daripada kitab Al-Quran. Diketahui oleh yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib dan mereka menjaganya serta tidak diketahui oleh yang lain. Dalam hal yang demikian RasululLah S.A.W. seringkali ditanyai manusia tentang masa berlakunya kejadian seolah-olah baginda dapat mengetahui masanya dengan tepat. Dalam Al-Quran terdapat pemberitahuan tentang kemenangan bangsa Rum yang akan mengalahkan bangsa Parsi (30:3). Tentang hari Keputusan yang waktunya ditentukan (78:17). Banyak daripada peristiwa yang akan berlaku sesudah RasululLah S.A.W., yang diriwayatkan oleh Sahabat Abu Hurairah R.A. lalu beliau menulisnya dan mengasingkan ke dalam dua uncang kulit yang berlainan. Satu untuk diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain dan satu lagi untuk dirahsiakannya sehingga masa-masa tertentu, yang sekiranya ia mendedahkannya, lehernya mungkin akan dipenggal atau lidahnya dipotong. 

Sebagaimana Sahabat Syaidina Ali R.A., yang memiliki ilmu yang dikhabarkan oleh RasululLah S.A.W. tentang perkhabaran yang akan berlaku sehingga beliau mengetahui masa dan tempat akan berlaku pembunuhan terhadap diri beliau dan beliau telah menghadapi peristiwa itu. 

Peristiwa As-Saah yang pengetahuannya ada di sisi Nabi 'Isa A.S. Baginda akan muncul sebelum berlakunya hari Keputusan mempunyai tugas-tugas penting untuk membunuh dajjal, menghancurkan salib, membatalkan sistem riba dan pajakan dan membunuh babi. Harta akan melimpah ruah sehingga suatu masa manusia tidak menghendakinya lagi.


Peristiwa Yang Akan Berlaku Sedikit Lagi, Kita Harus 
Tergesa-gesa Saat Ini Dengan Membuat Persiapan.


Tuesday, March 21, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 24 -- AKHIRNYA SIAPA YANG LEMAH, SIAPA PULA YANG SEDIKIT BILANGAN


حتى اذا راوا ما يوعدون فسيعلون
 من اضعف ناصرا و اقل عددا

Sehingga apabila telah melihat mereka apa yang mereka dijanjikan, maka kelak mereka mengetahui siapakah yang lagi lemah pertolongan dan lagi sedikit bilangan.

(golongan Yang kufur ingkar itu tetap memandang Engkau lemah dan kurang penyokong Wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) Yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya Yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

i.     Sistem Hidup Yang Akhirnya 
       Melemahkan Mereka

Apakah yang dijanjikan Tuhan kepada golongan ingkar? Iaitu dengan terlaksananya pemberitaan Al-Quran, tentang azab yang merata-rata dan hari yang berat kepada mereka. 

Kita dapati pada waktu ini, apabila sistem ekonomi yang diasaskan oleh golongan ingkar telah dijadikan amalan - lalu... lihatlah bagaimana kesudahannya apabila keburukan sistem itu kembali kepada golongan ingkar itu sendiri? Orang ramai yang dapat merasakan tekanan hidup, akhirnya mengadakan perhimpunan beramai-ramai, melakukan pemprotesan sehingga menggugat pemerintahan. 

Perkara yang telah, sedang dan 
akan terjadi di mana-mana.

Pemerintah digulingkan, bekas pemimpin dijatuhi hukuman tetapi lingkaran keperitan hidup semakin meningkat. Lalu berlakulah pelbagai masalah yang disebutkan tadi, sepertimana telah berlaku lingkaran azab di negara-negara yang pemerintahan sebelumnya, telah memilih sistem keingkaran sehingga akhirnya rakyat mereka mengalami penderitaan dalam tempoh yang panjang. Mereka tidak memperolehi bekalan air segar sehingga menimbulkan banyak penyakit sama ada disedari atau tidak disedari.

ii.   Kehidupan Bermasyarakat Mereka 
      Semakin Parah

Semakin jauh meninggalkan petunjuk Tuhan maka semakin parah kehidupan bermasyarakat. Akhirnya setiap individu memilih hidup nafsi-nafsi sehingga sekiranya jiran terdekat menempuh kematian, jiran-jiran lainnya tidak mengetahui. Mereka menanggung masalah sesama mereka dalam kalangan keluarga terdekat atau kawan-kawan rapat sahaja, iaitu jumlah sedikit yang dapat membantu. Tiada sebarang badan seperti baitulmal yang dapat dipercayai dapat membantu bahkan projek PPRT yang seharusnya mencapai matlamat membantu yang memerlukan, hanya menjadi habuan penjenayah yang kaya raya. Dalam surah Nun, telah diterangkan perincian nasib yang ditempuh individu kepimpinan di akhirat kelak serta kesan amalan-amalan mereka yang telah mereka lakukan semasa mereka berada di tampuk pemerintahan di dunia dahulu. Huru-hara yang berlaku akibat perlakuan kepimpinan yang porak, akhirnya mendedahkan negara kepada penguasaan asing, yang hanya ingin mengambil hasil mahsul yang terdapat dalam negara berkenaan. 

Berulangnya penjajahan demi penjajahan adalah diakibatkan oleh kecuaian umat ini, kepimpinan mereka serta pengabaian amanah oleh 'ulama-ulama' mereka. Mereka sungguh selesa dengan harta yang dapat mereka kaut, status dan kedudukan perjawatan yang mereka sandang. 

iii.   Hilang Kekuasaan dan Sedikit Bilangan

Ayat seperti ini juga berkait dengan ayat daripada 69:29 dan 69:35 dalam menyampaikan perkhabaran tentang perkara malang yang menimpa kepimpinan yang curang. Kepimpinan sedemikian gemar untuk menyalahi ajaran Tuhan dan rasulNya. Mereka melihat amanah pemerintahan sebagai habuan untuk meraih kekayaan sebanyak mungkin. Mereka menggunakan kuasa untuk terus mencengkam rakyat sehingga diharap tiada siapa dapat menegur atau berani menentang. Lalu, berlakulah kerosakan terhadap alam sekitar dan juga kehidupan sosial manusia itu sendiri. Pembangunan tidak seimbang berbanding keberadaan ekonomi menjadi sebab kepada tekanan inflasi daripada dua arah yang membebankan rakyat. Pertama - adalah kesan daripada pengamalan riba yang meningkatkan nilai hartanah sehingga meleret kepada keperluan asas manusia dan kedua - adalah akibat defisit kewangan negara yang cukup besar kesan daripada mengalirnya nilai wang keluar negara. 

Pembangunan yang hanya mendirikan bangunan-bangunan terbiar  telah menjadi kebanggaan pemimpin lantaran cukai yang diperolehi daripada aktiviti perbankan serta institusi-institusi kewangan yang sentiasa menyediakan dana untuk pembinaan baru.

Wang yang dikutip daripada hasil cukai, gagal diagihkan semula secara berkesan, bahkan untuk dihantar keluar negara melalui bayaran upah pekerja asing. Kita telah melihat kesan berpanjangan sedemikian di negara-negara Timur Tengah, sehingga kepimpinan mereka tumbang satu persatu bermula dari Tunisia, diikuti Mesir dan Libya. Kita juga dapat melihat bagaimana sebahagian daripada pembesar negara telah dikenakan tindakan undang-undang dan dimalukan oleh rakyat mereka sendiri.




Tuesday, March 14, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 23 -- KERJA RASUL HANYA MENYAMPAIKAN RISALAH


الا بلغا من الله و رسلته و من يعص الله
و رسوله فان له نار جهنم خلدين فيها ابدا

Melainkan suatu penyampaian daripada Allah dan risalahNya dan barangsiapa yang ia menyalahi akan Allah dan akan utusanNya maka sesungguhnya baginya neraka jahanam, berkekalan mereka di dalamnya berabad-abad lamanya. 

(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya) dan sesiapa Yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.

Lantaran tugas kerasulan hanya menyampaikan risalah yang datang daripada Tuhan. Adapun Jibril A.S. yang membawa risalah adalah malaikat yang kuat, bijak lagi dapat dipercayai. Ia hanya menyerahkan risalah dan bukannya berkata-kata bagi pihak Tuhan. Dalam ayat 72:22 memberitahu bahawa RasululLah S.A.W. tidak menerima perkataan melalui perantaraan yang berkata-kata bagi pihak Tuhan. Disambung seterusnya pada ayat 72:23 iaitu melainkan untuk menyambung tugas menyampaikan risalah yang diterima melalui malaikat Jibril A.S. daripada Tuhan. Ayat selanjutnya memberi ancaman bahawa barangsiapa yang menderhakai Allah dan menderhakai rasulNya sama ada malaikat Jibril A.S., sebagaimana yang diderhakai oleh Yahudi atau Muhammad S.A.W. sebagaimana yang dilakukan oleh pemuka-pemuka Quraisy Makkah, maka tempat mereka di neraka Jahanam, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. 

i.    Kaedah Hukum Kearaban Untuk 
      Memahami Ayat

Susunan ayat-ayat sedemikian dengan mengambil hukum kearaban, menghimpun ayat daripada 72:20/21/22/23 maka ayat terkemudian didapati menjelaskan ayat-ayat terdahulu, maka benarlah ayat Allah 11:01. Ayat ini benar-benar menjelaskan bahawa tugas kerasulan hanyalah menyampaikan risalah Tuhan dan bukan mendapatkan perkataan daripada pihak yang berkata-kata bagi pihak Tuhan atau nabi mengada-adakan suatu perkataan, lalu mewatakkan Tuhan dan malaikat Jibril A.S. sebagai pengutus wahyu. Terdapat ajaran kerohanian yang bukan-bukan, yang menyatakan bahawa seolah-olah Muhammad RasululLah S.A.W. itu seperti dirasuk suatu entiti yang dinamainya sebagai Tuhan untuk mengadakan suatu perkhabaran yang beragendakan malaikat Jibril sebagai penghantar wahyu. Sekiranya demikian, tanyalah kepada mereka yang pulih daripada histeria atau kerasukan syaitan, siapakah sebenarnya yang mengeluarkan kata-kata kerasukan semasa ianya dalam keadaan tidak menyedarinya. Adakah Muhammad RasululLah S.A.W. seperti itu sehingga tidak menyedari perkataan yang diungkapkan melalui lisannya? Sekiranya demikian, tidak perlulah golongan musyrikin Quraisy merencana tipudaya sehingga memeranginya dan menentangnya habis-habisan, cukup dengan mendapatkan tabib yang pakar.

Tugas kerasulan sebenarnya bukanlah semata-mata tugas RasululLah S.A.W. Tugas kerasulan telah dilaksanakan oleh khalifah-khalifah sesudah itu selepas daripada kewafatan RasululLah S.A.W. Khalifah-khalifah telah melaksanakan tugas kerasulan. Mereka menyambung tugas kerasulan dengan menyambung kerja-kerja menyampaikan ayat-ayat Tuhan. Mengapa terlalu sedikit hadith-hadith RasululLah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A? Bukankah beliau merupakan Ahlul Bait yang paling rapat dengan RasululLah S.A.W, sejak daripada mula kerasulan dan bersama-sama baginda semasa berlindung dalam gua Hira’. Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan hadith Nabi S.A.W. melainkan pada jumlah yang amat sedikit. Beliau menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan perkara itu telah beliau lakukan. Apabila berlaku tuntutan pewarisan harta RasululLah S.A.W. selepas kewafatan baginda oleh sebahagian isteri baginda, Khalifah Abu Bakar R.A. dengan tegas menyatakan bahawa RasululLah S.A.W. tidak mewariskan dinar dan dirham kepada sesiapapun. Baginda hanya mewariskan ilmu daripada Al-Qur’an. Hadith berkenaan ini dan sedikit hadith lain telah beliau sampaikan. Harta-harta peninggalan RasululLah S.A.W. diserahkan kepada baitulmal untuk urusan keperluan umat dan infaq pada jalan Tuhan.

ii.   Menyalahi (menderhakai) Allah dan 
      RasulNya, Menempah Neraka Jahanam

Perkataan  يعص الله و رسوله  adalah lebih jitu difahami sebagai menyalahi akan Allah dan akan rasulNya. Terjemahan biasa adalah menderhakai Allah dan rasulNya. Perkataan ini tidak wajar diambil sekerat tetapi harus dirujuk dengan perkataan sebelumnya iaitu  بلغا من الله و رسلته iaitu telah menyampai ia daripada Allah dan risalah-risalahNya. Demikian itu perintah Tuhan agar ayat-ayat sentiasa dihubungkan membentuk himpunan yang lengkap (28:51). Muhammad RasululLah S.A.W. telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Muhammad RasululLah S.A.W. tidak menyampaikan risalah-risalah Jibril A.S. Khalifah Abu Bakar R.A. juga telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Khalifah Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan risalah-risalah Muhammad RasululLah S.A.W. maupun risalah-risalah Jibril A.S. melainkan yang ada rujukan daripada ayat-ayat Tuhan. Begitu juga yang disampaikan oleh Khalifah Umar R.A., Khalifah Usman R.A. dan juga Khalifah Ali R.A. Pertembungan kefahaman sedemikian telah terjadi antara Khalifah Ali R.A. dengan Sahabat Abu Zarr R.A. yang mengetuai pemberontakan penduduk Iraq. Sahabat Abu Zarr R.A. telah menyedari kesilapan beliau lalu bertaubat serta mengingatkan kembali penduduk Iraq bahawa beliau telah tersilap kefahaman dalam memahami ayat-ayat Tuhan, sehingga mengambil pendirian menentang Khalifah Ali R.A. Demikian itulah sikap sahabat yang tidak mengambil pemimpin mereka selaku sekutu Tuhan melainkan untuk mentaati perintah Tuhan. Malangnya beliau telah dibunuh oleh penduduk Iraq lalu tercetuslah pertempuran antara tentera yang setia kepada kekhalifahan yang sah dengan kumpulan pemberontak yang melampau dengan berakhir kemenangan kepada pihak yang lebih condong kepada kebenaran. Khalifah Ali R.A. di pihak yang benar. Abu Zarr R.A. juga di pihak yang benar. Kemenangan diperolehi oleh pihak yang lebih benar antara kedua-dua pihak yang benar.

iii.    Bagaimana Pendirian Kita?

Menyampaikan perkara yang lain daripada risalah-risalah Tuhan adalah perbuatan yang salah, sekalipun perkara yang disampaikan itu berbau agama. Menyampaikan pelajaran Al-Hadith atau As-Sunnah harus merujuk kepada ayat-ayat Tuhan untuk mensahihkannya terutama dalam perkara-perkara yang menyentuh hukum-hakam. Mengambil petunjuk lain sehingga tidak kembali kepada Allah dan risalah-risalahNya adalah menempah tiket ke neraka jahanam kekal di dalamnya berabad-abad lamanya.

Bagaimanakah sikap kita sekarang ini? Menyalahi Allah dan rasulNya sepertimana yang dilakukan oleh Yahudi dan kaum Musyrikin Quraisy, dengan berkesudahan kekal di neraka Jahanam? Ataukah menyalahi penyampai agama yang semata-mata daripada Allah daripada risalah-risalahNya seperti yang dilakukan oleh pemberontak Iraq, membunuh sahabat RasululLah seperti Abu Zarr R.A. dan Saidina Ali R.A? Mereka itu juga termasuk kategori yang sama seperti kaum-kaum yang ingkar yang disebutkan. Bukankah terdapat ayat bahawa yang paling celaka daripada kalangan umat terdahulu adalah mereka yang membunuh unta dan menderhakai Nabi Salleh A.S. dan terdapat atsar Saidina Ali R.A. bahawa mereka yang celaka daripada umat ini adalah yang membunuh beliau dalam kalangan penduduk Iraq? Bencana datang dari Iraq sejak dari kerajaan Babilon hingga ke akhir zaman. 



Wednesday, March 8, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 22 -- BAHKAN SEMUANYA DIDATANGKAN TERUS DARI TUHAN


قل انى لن يجير نى من الله احد
و لن اجد من دونه ملتحدا

Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku, sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu (yang lain), dan sekali-kali tidak, aku dapati daripada selainNya tempat perlindungan.

Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika Aku menderhaka kepadaNya), dan Aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadanya,


i.   Jibril Seperti Posmen, Tidak Pernah 
     Mengubah Kandungan Surat

Pekerjaan menyampaikan dakwah yang dilakukan oleh RasululLah S.A.W. adalah merupakan ketaatan kepada perintah Allah dan bukan perintah sesiapa pun selain daripada Allah. RasululLah S.A.W. tidak mengada-adakan bacaannya sendiri seumpama itu (25:04/05) sehingga boleh dipertikaikan oleh manusia atau jin. Sekiranya ia sendiri memilih untuk mengada-adakan sesuatu perkara maka ia sendiri akan diadili oleh Tuhan (69:46) yang ia tidak dapat mencari tempat perlindungan kepada yang lain selain kepadaNya. Perkataan “Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku, sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu …” sekiranya diterjemahkan secara yang baik dalam bahasa Malaysia adalah “Katakanlah olehmu sesungguhnya aku, tidaklah sekali-kali diwakili oleh sesuatupun, daripada Allah” iaitu tiada arahan orang tengah yang memerintah RasululLah S.A.W. untuk melakukan sesuatu daripada Tuhan. Jibril A.S. sebagai pembawa wahyu bukanlah pihak yang mengeluarkan arahan bagi pihak Tuhan. Jibril hanyalah pembawa yang diarahkan Tuhan. Pengajarannya, kita tidak harus bertanya-tanya pendapat ulama tentang sesuatu peraturan dalam agama sehingga seolah-olah agama adalah hasil karangan ulama berkenaan. Ulama boleh sahaja mengeluarkan ijtihad, namun ijtihad itu adalah dianggap hasil bersungguh-sungguh beliau dalam memahami perintah Tuhan supaya dituruti umat.

Apabila kefahaman Al-Qur'an yang lain disekat, dan hanya kefahaman ulama-ulama sedia ada sahaja yang diterima, maka akan sampai masanya terjemahan Al-Qur'an berdasarkan pandangan ulama-ulama berkenaan akan dianggap sebagai perkataan seumpama perkataan Tuhan. Kemudian golongan pengkritik itu mula mencanang bahawa Al-Qur'an (dan bukannya terjemahan ulama-ulama berkenaan) dianggap sebagai komik hiburan semata-mata.

Kerana kecacatan dalam penterjemahan Al-Quran dan
pendirian umat yang tidak dibenarkan mengkritik terjemahan 
Al-Quran oleh para penterjemah, akhirnya fahaman mereka 
terhadap Al-Qur'an menjadi bahan senda gurau.

ii.   Bentuk Kefahaman “Tiada Sesiapa Dapat 
      Membela Muhammad S.A.W. Daripada 
      Hukuman Allah”

Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa didapati seperti berikut, “Katakan: Tiada seorang pun yang sanggup memberi perlindungan kepadaku terhadap (hukuman) Allah” tentulah berbeza dengan cara kefahaman yang diterangkan tadi. Kaedah kefahaman yang berbeza ini adalah diperolehi dengan jalan terjemahan secara harfiyah daripada bahasa Arab. Begitulah yang diperintahkan untuk mendapatkan kefahaman secara bacaan kearaban supaya tiada terdapat kebengkokan dalam mendapatkan pengertian (39:28). Hukum kearaban perlu diguna pakai dalam memahami konteks ayat sebagaimana diperintahkan (13:37) dan bukan semestinya hukum tajwid untuk berebut-rebut mendapatkan pahala atas pembacaan yang betul. Sekiranya kaedah kearaban ini dipatuhi maka terlaksanalah penyampaian kitab yang ayat-ayatnya dihukumkan iaitu dikemaskinikan secara susunan rapi sebagaimana disebutkan pada 11:01 dan diikuti kemudiannya dengan penjelasan-penjelasan yang ada hubungkait dengan ayat-ayat sebelumnya. Contoh ayat yang datang kemudian yang memberi penjelasan adalah:-





Thursday, March 2, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 21 -- BUKAN KERJA NABI UMAT MENDERITA ATAU BERPETUNJUK



 قل انى لا املك لكم  ضرا و لا رشدا


Katakanlah olehmu, sesungguhnya aku, tidak aku memiliki bagi kamu kemudharatan dan tidak pula pertunjuk.

Katakanlah lagi; " Sesungguhnya Aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

i.    Penderitaan Umat Masakini 
      Bukan Salah RasululLah S.A.W.

Sesungguhnya kemudharatan yang menimpa umat-umat sesudah kerasulan, bukanlah kerja RasululLah S.A.W., sedangkan RasululLah S.A.W. secara sendirinya tidak berupaya untuk mendatangkan sebarang kemudharatan atau petunjuk. Kita dapat menyaksikan di negara-negara Barat bagaimana mereka yang memilih menolak petunjuk Tuhan, kehidupan mereka telah dilingkungi dengan masalah sosial yang serius, jenayah dan pelbagai bentuk penindasan sehingga mereka berjaya mengeksport corak kehidupan mereka ke negara-negara lain. Itu belum dikira dengan bencana alam akibat kerja tangan mereka. Rakyat negara mereka mengalami tekanan kehidupan yang mendesak sehingga ramai yang mengambil dadah. Negara kita tidak terkecuali daripada menghadapi keadaan ini sehingga pembunuhan berlaku hampir setiap hari. Belum dikira dengan kepelbagaian bentuk jenayah lain seperti rompakan, mencabul kehormatan, pecah amanah. Huru-hara politik yang semakin menjadi-jadi apabila kehidupan rakyat semakin dicengkam.


Ya, akhirnya mereka mencapai kegembiraan tak 
terhingga dengan pengambilan dadah yang hebat.

ii.   Bagaimanakah Mungkin?

Bagaimanakah mungkin RasululLah S.A.W., mampu memberi petunjuk atau mahu memaksa petunjuk Al-Quran sampai kepada kita semua, sedangkan baginda adalah seorang yang ummi yang tidak membaca sebarang kitab sebelumnya? Bagaimanakah baginda mampu menerangkan suatu teknologi sedangkan baginda hidup di padang pasir yang tidak terdedah kepada reka-rekaan manusia di belahan bumi yang lain? Bagaimana pula baginda mampu membawa perubahan kepada umat ketika itu, sedangkan baginda bukanlah dikenali sebagai raja atau bangsawan atau orang kaya yang berpengaruh, bahkan usaha dakwah baginda ditentang habis-habisan oleh sebahagian ahli keluarga baginda dan masyarakat Makkah itu sendiri? Bahkan kitab yang diserahkan kepada baginda adalah urusan yang Maha Mengetahui tentang perihal kehidupan di bumi ini. Maka Tuhan jua yang mengurus segalanya sehingga segala sesuatu itu telah berlaku bukan dengan ‘sepatutnya’ sepertimana yang diarahkan melalui kitab Al-Quran, tetapi menurut kehendakNya yang Maha Mengatur seluruh alam. Kekhalifahan juga telah berlaku tidak menurut yang diarahkanNya sepertimana yang disyorkan melalui Al-Quran.




Popular