SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, January 10, 2019

SURAH AS-SABAK AYAT 20 -- APAKAH STRATEGI MEREKA?


ﻭﻟﻘﺩ ﺻﺩﻕﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﺑﻠﻴﺲ ﻇﻨﻪ

Dan demi sesungguhnya, telah membenarkan ia ke atas mereka oleh iblis akan sangkanya.

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka,

Menanam Sangkaan

Iblis telah cuba meyakinkan kepada kebanyakan daripada manusia akan kebenaran sangkaannya. Dengan mengamalkan sistem kapitalis berasaskan riba dan pajakan, Iblis cuba menyakinkan persangkaannya, bahawa sistem ekonomi sedemikian akan mewujudkan ahli masyarakat yang kaya raya, negara yang kaya raya dan mereka tidak perlu untuk mematuhi arahan Tuhan supaya banyak bersadaqah. Bersadaqah dikatakan membawa kemiskinan dan menghasilkan umat yang malas. Sekali pandang, kita akan dapati keadaan seperti itulah yang telah terjadi. Negara kelihatan kaya raya dengan pelbagai bentuk pembangunan. Sebahagian ahli masyarakat juga dikatakan kaya raya kerana memiliki harta yang serba canggih seperti rumah kediaman yang mewah serta kenderaan serba eksklusif. Dan yang tertarik kepada usaha Iblis ini adalah sebahagian besar umat manusia termasuk segelintir orang beriman.

Sekiranya dahulu, dengan rajin berkerja dan bersungguh-sungguh memonopoli perniagaan telah menyebabkan penduduk negeri Sabak dapat melalui kemewahan hidup dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah, namun keadaan itu telah berakhir dengan kebinasaan. Sangkaan yang dibawa oleh Iblis terhadap umat akhirnya meleset dan umat akhirnya menempuh hidup dalam penderitaan. Tiadalah janji Iblis melainkan tipudaya belaka.

Pada zaman ini, persangkaan Iblis seperti ini telah kembali terserlah dalam kehidupan umat. Kita dapati pada waktu ini, sebahagian umat ini telah enggan bersadaqah untuk membantu sesama umat seagama sekalipun kepada yang sebangsa dengan mereka. Cengkaman menjalani kehidupan riba, demi memenuhi cara hidup kapitalis telah mengakibatkan mereka mengalami kesempitan hidup akibat daripada hutang yang ditanggung. Mereka langsung tidak menyedari ajaran Iblis yang mereka turuti telah menyediakan jalan kebinasan terhadap kehidupan mereka sendiri dalam sedikit masa lagi. 

Adakah dengan kedekut serta bersungguh-sungguh mengumpul harta dengan jalan riba, akan sentiasa menjadikan seseorang itu akhirnya kaya raya? Adakah pihak yang menaja aktiviti riba akhirnya dapat menjalani kehidupan senang lenang dan terjamin ‘kebahagiaan’nya sepanjang masa? Ajaran untuk membenarkan persangkaan seperti ini adalah ajaran Iblis dan sejak dahulu lagi ajaran Iblis ini apabila dituruti akhirnya hanya membawa derita dan mala petaka. Iblis tidak ada idea langsung untuk membaik pulih sistem ekonomi pada pendapatnya itu sehingga dapat memuaskan semua pihak. Akhirnya semua pihak merana apabila institusi perbankan sendiri tidak dapat memungut kembali keseluruhan ‘wang’nya yang telah dilaburkan sebagai tujuan pinjaman.

Sejarah Yang Akan Berulang

Dua perang dunia yang besar telah berlaku gara-gara kejatuhan ekonomi dunia akibat pengamalan riba. Iblis amat mahir tentang penyebab peristiwa itu dan persiapan menghadapi perang dunia ke-3 sedang disediakan supaya hamba-hamba hutang dapat dikerah untuk dijadikan tentera kerahan. Pendeposit-pendeposit serta para pelabur pula sedang dirancang untuk dihapuskan supaya golongan Iblis dapat meraih kemewahan sepenuhnya dan seterusnya menguasai dunia. Akhirnya, golongan Iblis pasti akan tewas kerana perkara yang dibawanya kepada kehidupan umat manusia kesudahannya menjurus kepada sesuatu yang mempamerkan kekejaman. Fahaman Nazi yang mengagungkan kaum Aryan akhirnya ditewaskan oleh gerakan komunis, gerakan komunis yang menolak sebarang kepercayaan tentang Tuhan, akhirnya ditewaskan oleh fahaman kapitalis yang tidak menampakkan paksaan dalam memilih agama anutan masing-masing. Dan akhirnya ideologi kapitalis pasti akan tewas disebabkan oleh ideologi itu sendiri diasaskan berdasarkan hawa nafsu serta kepentingan golongan tertentu. Dua faktor yang menjadikan mereka itu akhirnya tewas adalah kerana sifat tamak dan kekhuatiran kehilangan sesuatu. Dua sifat yang sebenarnya telah sedia wujud dalam sanubari hampir seluruh umat manusia. Sekiranya kita dapat menewaskan sifat-sifat buruk seperti ini, kita akan dapati kehidupan yang kita lalui merupakan kehidupan penuh erti dan dapat menyerlahkan lagi sifat bersyukur oleh setiap individu. Kehidupan harmoni dengan keadaan ahli masyarakat saling bantu membantu dan mengambil berat antara satu sama lainnya tentunya suatu pilihan yang selari dengan naluri manusia itu sendiri.

Persangkaan-persangkaan Iblis Terhadap 
Kejadian Yang Bakal Menimpa Manusia

Dengan pengamalan aktif sistem kapitalisma, akhirnya umat manusia akan rosak. Hubungan sesama mereka menjadi sangat buruk dan mereka menjadi seperti umat silam yang hidup dengan cara menindas golongan atau individu lemah lainnya. Janji kemewahan kerana amalan sistem kapitalis hanya akan terjadi kepada manusia tertentu, yang akan diperkudakan bagi memenuhi agendanya. Selalunya kita dapati mereka ini adalah golongan elit tertentu yang memilih secara sukarela untuk menyembah Iblis.

Hampir seluruh pengamal-pengamal kapitalisma, dijanjikan dengan kemewahan hidup. Angan-angan mereka diwarnakan dengan mimpi-mimpi indah seolah-olah mereka pasti akan dapat mencapainya. Iblis telahpun mengetahui akhirnya kebanyakan mereka akan mati terlebih dahulu sebelum mencapai angan-angan mereka itu dan mereka hanya dapat tinggalkan di belakang mereka, waris-waris yang akan menanggung hutang secara berterusan.


Lupakanlah ahli politik. Mereka tak ada 
manfaatpun kepada umat.

Amalan ekonomi riba dijadikan suatu perintah baru dalam agama. Usaha Iblis dalam hal ini telahpun berjaya. Setelah tentera-tentera mereka berjaya menjajah negara umat Islam, usaha terbaru mereka adalah melaksanakan agenda Iblis melalui pengamalan ekonomi kapitalisma. Sistem ekonomi berasaskan riba ini telahpun dijadikan halal dan dianggap sebagai sebahagian daripada perintah agama. Penjawat-penjawat agama hasutan Iblis pula sanggup diupah untuk menguatkasakan perlaksanaan riba yang dijenamakan semula sebagai perbankan Islam. Deposit tetap untuk tujuan riba dijenamakan sebagai perletakan harta. Bunga riba atau disebut sebagai faedah bank dijenamakan sebagai keuntungan, penggandaan atau ‘compounding’ dijenamakan semula sebagai mudharabah dan pelaburan riba dalam bentuk bond ditukar nama kepada sukuk. Langkah seperti ini adalah seperti menyamakan mukjizat dengan sihir. Yang berbeza hanya sipelakunya sahaja. Iblis menyangka usahanya ini akan berjaya tetapi perkara sebaliknya pula terjadi apabila ramai golongan bangsawan akhirnya membunuh diri dan rakyat biasa pula ramai yang menjadi gila. 

Apabila sesuatu yang dilarang dalam agama dijadikan perintah agama, kita akan mudah dapati kemunculan ajaran-ajaran baru lainnya yang pelik. Apabila penjawat-penjawat agama itu sendiri mulai ‘melompat’ terhadap sebarang kenyataan yang mengaitkan sistem pinjaman wang melalui perbankan Islam sebagai riba - adakah mereka itu tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang dipergunakan? Contoh ajaran baru seperti taaliq nikah, telah dianggap sebagai perintah agama sehingga mengakibatkan kadar penceraian dalam kalangan umat Islam meningkat mendadak. Terdapat kes wanita menjadi mak imam sehingga ramai umat Islam sendiri telah ikut tersesat jalan. Bahan najis pula dijadikan halal oleh ‘ulama-ulama’ hasutan syaitan sehingga ramai umat Islam ditimpa penyakit. Secara perlahan-lahan ‘ulama-ulama’ seperti ini akhirnya membentuk ajaran Islam liberal yang menyamakan hak wanita adalah sama dengan hak lelaki. Bahkan akhirnya golongan LGBT pula, melalui sokongan ‘ulama-ulama’ seperti ini, akan cuba mendapatkan pengiktirafan agama Islam setelah mereka berjaya merosakkan agama Kristian.  


Sistem kapitalisma adalah sesuatu yang
dapat merosakkan kepercayaan agama
seseorang. Melawan sistem kapitalisma
secara mendadak pula boleh menjadi
penyebab kepada kerosakan
negara dan masyarakat.

Ukuran kebenaran Al-Qur’an dibuat semata-mata bersandarkan hujah-hujah saintifik penemuan Barat. Rujukan sains pula dianggap sebagai kayu ukur untuk menentukan kebenaran kitab suci Al-Qur’an walhal mereka telah mengetahui bahawa perkara sains tidak semestinya benar. Beginilah mereka apabila hujah ilmiah mereka selama ini, yang cuba menolak sebarang ajaran agama semakin tewas, mereka akhirnya kembali menerima ajaran agama tetapi pada masa yang sama cuba merosakkan agama itu sendiri dari dalam. 


Kiranya apa yang dinyatakan melalui klip
video ini benar, marilah kita sama-sama
bagi makan buah tin dan zaitun kepada
monyet dan beruk, supaya mudah-mudahan
'mereka' akan jadi cerdik seperti manusia.

Kita dapati pada masa ini, golongan fahaman Islam seperti ini sanggup menaja artis-artis yang kononnya berpakaian seperti pakaian muslimat, untuk melalak-lalak di khalayak ramai bagi mempersembahkan amalan ‘Islam’ mereka. Kita juga harus menyedari bahawa penaja-penaja mereka juga sebenarnya pihak yang memperkenalkan ajaran yang menggalakkan wanita menjadi imam solat yang dituruti oleh kaum lelaki di belakang mereka. Balkan mereka ini juga termasuklah pihak yang menaja keganasan atas nama Islam melalui perjuangan ISIS dan sebagainya. Semua perkara yang penulis nyatakan ini adalah agenda Iblis sebagai suatu program mengiringi projek “Weaponization Of Space”. Mereka mahukan projek mereka berjalan lancar tanpa disedari oleh sebahagian besar manusia terutamanya umat Islam.

Kemuncak kepada semua program yang dinyatakan adalah penggunaan wang maya. Melalui penguasaan sepenuhnya aliran wang, mereka akan dapat menentukan jenis makanan yang harus manusia makan dan bukan makanan lain, jenis minuman yang harus manusia minum dan bukan minuman lain. Begitu juga dengan jenis tanaman yang manusia boleh tanam dan bukannya tanaman lain. Pelbagai alasan digunakan termasuklah kononnya untuk mengawal penularan penyakit tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Semua produk yang dihasilkan untuk tujuan komersial, harus ditandai dengan kod-kod tertentu dan mana-mana produk yang tidak melalui prasyarat mereka akan dihalang daripada memasuki pasaran. Golongan beriman pada masa itu tidak ada pilihan lain terpaksa melarikan diri ke gua-gua, pinggir-pinggir bukit ataupun gunung demi menyelamatkan pegangan agama mereka. 


No comments:

Post a Comment

Popular