SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, July 11, 2017

SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 9 -- TUHAN YANG MENGUASAI TIMUR DAN BARAT


رب المشرق و المغرب
لا اله الا هو فاتخذه وكيلا

Tuhan, Tuan, Pemelihara timur dan barat, tiada sembahan melainkan Dia, maka ambillah oleh kamu akanNya sebagai wakil.

Dia lah Tuhan Yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan dia; maka Jadikanlah Dia penjaga Yang menyempurnakan urusanmu.

i.     Penyerahan Hanya Kepada 
       Tuhan Semata-mata

Mengapakah terjadinya demikian? Tentera Taliban tidak menerima sebarang biaya daripada mana-mana pentadbiran negara, tidak seperti Mujahideen dahulu yang menerima bantuan daripada kerajaan Arab Saudi dan Pakistan, bahkan menerima sumbangan senjata daripada Amerika Syarikat. Dengan menerima pakai gelaran Mujahideen Sokongan Amerika sedemikian, ada logiknya Soviet Russia akhirnya dapat ditewaskan. Sehingga kini, tiada mana-mana negara berani membantu Taliban secara terang-terangan. Yang ada hanyalah bantuan kecil-kecilan daripada individu atau kumpulan Islam negara-negara lain, lantaran khuatir dituduh sebagai penyokong pengganas. Akibatnya, keadaan tentera Taliban amat mendesak sekali. Mereka tidak lagi dapat mengawal Afghanistan sebagai pengeksport candu terbesar dunia yang dinamai ‘black opium’. Kehadiran tentera Amerika Syarikat sendiri tidak dapat menghalang penanaman dan penyeludupan candu terbesar dunia itu hingga ke tepi-tepi jalan di bandaraya New York. 


Perkara yang pihak Barat kehendaki untuk
berlaku di Afghanistan.

Pejuang Islam sehingga kini masih memberi tentangan kepada tentera Amerika Syarikat dengan kematian purata tentera asing itu seorang sehari. Itu sudah cukup untuk meningkatkan belanja ketenteraan musuh mereka. Hanya dengan ibadah malam serta keyakinan kepada Tuhan, menyebabkan tentera Taliban sehingga kini masih dapat bertahan. Tentera Taliban harus dikenali sebagai Taliban Yang Mengganasi Amerika Syarikat. Mereka tidak berpecah-belah sepertimana Mujahideen dahulu. Kesilapan mereka kalau ada barangkali, terlalu mengutamakan perbelanjaan ketenteraan sehingga mengabaikan perut simiskin. Demikian itu adalah dimaklumi disebabkan sumber mereka adalah sangat terhad. Dengan hanya mengambil Tuhan sebagai wakil atau penolong, sesungguhnya Tuhan jualah yang memiliki Timur dan Barat. Dia jualah yang memiliki kekuasaan ke atas pihak Barat bahkan pihak Timur, sehingga suatu masa Dia berkuasa menemukan mereka dalam peperangan yang amat hebat amat panjang tempohnya. Dia sedang mengusahakan ke arah itu, tidak disedari oleh pihak Timur tetapi disedari oleh pihak Barat.

ii.    Musuh Yang Sedang Memerangi 
       Masa Depan

Sesungguhnya Barat mengetahui Timur akan menyerang Barat. Hanya tidak mengetahui mengapa pada situasi kini, Timur perlu menyerang Barat? Hanya Timur belum menyedari mengapa mereka terpaksa menyerang Barat? Ini menyebabkan Barat terpaksa terlebih dahulu menyerang Timur untuk kali kedua selepas zaman pra-kemerdekaan, sehingga mereka amat berlaku zalim dan akhirnya umat Islam berada di bawah satu khalifah pemerintahan yang akan mengarah mereka untuk menyerang Barat di atas kezaliman Barat. Jalan ke arah itu semakin dapat disaksikan kini. Dengan beralihnya pemerintahan negara-negara Timur Tengah, kemakmuran rakyat akan meningkat sedikit demi sedikit. Sehingga suatu masa nanti bantuan sama ada dalam bentuk persenjataan atau harta, akan sampai ke tangan umat Islam yang selama ini ditindas. Sedikit demi sedikit, mereka akan dapat menambah kerugian pihak Barat, yang selama ini telah menderita dengan belanja peperangan yang banyak. 


Tipudaya dan perancangan yang dilakukan
untuk menindas umat Islam, amatlah dahsyat.

iii.    Bantuan Tuhan Yang Tidak Terduga

Bantuan daripada Tuhan selalunya meliputi perkara-perkara yang tidak diduga. Kesilapan percaturan pihak Barat sehingga melemahkan kedudukan ekonomi mereka memaksa mereka membuka peluang pasaran di negara-negara membangun dalam bentuk pelaburan baru untuk meraih hasil. Mereka tiada pilihan melainkan membuka pintu ekonomi kepada negara-negara umat Islam sehingga sebahagian umat ini dapat membantu pejuang-pejuang jihad dengan senjata yang canggih serta jitu. Dalam keadaan menempuh kesukaran, pejuang-pejuang jihad sentiasa dapat memeranjatkan pihak musuh sehingga keberadaan musuh mereka di negara umat Islam itu, telah dipertikaikan oleh sebilangan besar rakyat mereka sendiri.

iv.    Akhirnya Mereka Terpaksa 
       Memilih Jalan Berlembut

Menyedari hakikat bahawa mereka tidak akan dapat memenangi pertempuran itu, mereka memilih untuk menjalankan kempen pemurtadan ke atas umat Islam di negara umat Islam, melalui kaedah umpanan harta, perangkap cinta serta tekanan inflasi yang menyesakkan hidup rakyat. Mereka memerlukan perbelanjaan yang besar untuk memastikan usaha sedemikian ini berjaya kerana sebenarnya mereka sudah tidak lagi sanggup untuk mengeluarkan lebih banyak perbelanjaan untuk tujuan peperangan yang sangat lama. Oleh yang demikian, apakah peranan kita kini? Haruskah kita membiarkan sahaja tindakan musuh-musuh kita ini? Hanya satu cara sahaja untuk menghadapi keadaan ini iaitu dengan cara kembali semula kepada pengajaran Al-Quran, kembali mempelajari satu demi satu ayat-ayat Al-Quran, kembali beriman kepada Tuhan dengan mengenepikan segala bentuk kesyirikan, kembali mengambil berat sesama umat sebagaimana yang pernah dilakukan dahulu oleh para sahabat RasululLah R.A.H.M. dan tabi'in serta tabi'-tabi'in selepas itu. Inilah kehidupan sunnah RasululLah S.A.W. dan sunnah para sahabat.




No comments:

Post a Comment

Popular