SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, October 23, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 3 -- TUHAN TIDAK BERISTERI DAN TIDAK BERANAK


و انه تعلى جد ربنا
ما اتخذ صاحبة و لا ولدا
 
Dan (Ia) sesungguhnya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, tidak telah mengambil Ia akan isteri dan tidak (juga) anak.
 
Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.


Perkataan ما اتخذ adalah berbeza dengan perkataan لم يتخذ ‚ yang pertama disebut sebagai tidak telah mengambil ia dan satu lagi disebut sebagai telah tidak ia mengambil. Kedua-duanya merujuk kepada kata kerja sudah berlalu. Perkataan pertama bermakna tidak pernah iaitu suatu penekanan ayat bahawa Tuhan sejak azali berkeadaan Esa tanpa sebarang teman atau sekutu. Perkataan kedua pula merujuk kepada suatu yang pernah berlaku dan tidak berlaku lagi. Contohnya seperti perkataan لم تر iaitu telah tidak engkau lihat, dalam surah Al-Fil, merujuk sesuatu pengelihatan yang pernah berlaku dan tidak lagi berlaku. Demikian sempurnanya susunan ayat Al-Quran sehingga tidak membuka ruang terhadap sebarang pertikaian atau kritikan. Bahasa yang diungkapkan oleh satu kaum jin yang disampaikan kepada RasululLah S.A.W juga membawa makna perkataan tersirat, bahawa kaum jin berkenaan sebelum itu beragama dengan agama Nasrani (Kristian). Demikian itulah agama bangsa Jin selalunya menurut agama yang dianuti manusia setempat.

i.   Tidak Beristeri dan Anak

Sebenarnya penerimaan bahawa Tuhan beristeri dan anak, adalah diterima daripada pengajaran silam dewa-dewa yang ditemani oleh para dewi. Ajaran ini dipengaruhi oleh sistem hirarki bangsa Jin dan corak sedemikian adalah suatu sistem penyembahan yang dipelopori oleh Iblis. Mereka amat suka memperkenalkan sistem hirarki supaya manusia mencontohi dan seterusnya menerima mereka sebagai tuhan atau keturunan tuhan. Mereka sebenarnya adalah makhluk Tuhan daripada jenis reptilia.

ii.   Konsep Dewa-dewa Telah Mempengaruhi 
      Ajaran Dalam Agama Kristian  

Sekalipun asal agama Kristian adalah agama Nasrani yang merupakan agama samawi, pengaruh ajaran Iblis terserap dalam agama itu, apabila mereka menganggap bahawa Jesus adalah seorang yang ada hubungan bahagian dengan Tuhan. Dalam agama Islam, konsep seperti ini terdapat dalam sebahagian ajaran Syi'ah apabila menganggap Syaidina Ali K.A.W. - R.A. serta keturunannya mewarisi hubungan bahagian dengan Tuhan melebihi 'kedudukan' Muhammad RasululLah S.A.W. Suatu persoalan iaitu mengapakah Tuhan, mengikut konsep ketuhanan dalam agama Nasrani, mengambil Jesus daripada anak manusia dilahirkan oleh Maryam keturunan bani Israel sebagai anakNya? Sekiranya demikian, tentulah agama sedemikian hanya layak diikuti oleh bani Israel dan bukan untuk manusia sejagat. Bagaimanakah sekiranya suatu pendudukan di luar dari planet Bumi yang mahukan kehidupan secara beragama? Adakah mereka akan memilih seseorang yang dikatakan mewarisi suatu sifat ketuhanan daripada manusia, ataukah mereka akan memilih dalam kalangan mereka sendiri sahaja? Nilai-nilai setempat tentunya akan mengutamakan idola-idola setempat untuk mereka terima sebagai sesuatu yang membawa sifat ketuhanan atau kedewaan. Masyarakat Jawa misalnya adalah lebih wajar memilih Nyai Ro Kidul dan bukannya Jesus sekiranya ingin diterima sebagai keturunan Tuhan.

Bagaimanakah pula dengan bangsa-bangsa manusia yang lain yang tentunya memiliki idola manusia dalam kalangan mereka? Wajarkah mereka meninggalkannya begitu sahaja? Adakah wajar suatu agama yang dengan sendirinya ditolak oleh bani Israel harus diterima sebagai agama manusia sejagat? Dalam hal ini kedudukan Muhammad RasululLah S.A.W. yang diterima oleh bangsa Arab adalah lebih wajar untuk dianuti. Sedangkan Muhammad S.A.W. hanya mengakui yang dirinya hanyalah utusan sahaja tidak lebih daripada itu dalam pada Tuhan, harus diterima manusia sejagat, lebih mengetahui perlantikan seseorang untuk menjadi rasul.

iii.  Agama Yang Terbentuk Melalui Persidangan  

Setelah melalui beberapa tribulasi dalam memperjuangkan konsep ketuhanan, akhirnya konsep ‘tiga’ telah diterima pakai oleh pihak gereja. Empat rujukan utama dalam agama Nasrani terdiri daripada karangan penulis-penulis Bible New Testament atau Perjanjian Baru iaitu Markus, Mattius, Lukas dan Yohannas. Keberadaan catatan-catatan yang dirujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Isa A.S. yang lain kebanyakannya telahpun dibakar dan antara yang terselamat adalah Bible Barnabas yang di dalamnya ada menyentuh kedatangan nabi sesudah Isa Al-Masih A.S. bernama Ahmad. Kita dapati kini penganut Nasrani merupakan penganut yang lebih ramai daripada umat Islam dan majoriti antara mereka membawa konsep kefahaman ‘tiga’ dalam kepercayaan mereka sama ada disebut sebagai trinity atau trinitas. Bahkan konsep ini sangat menghampiri konsep trimurty dalam agama Hindu. Konsep Tuhan berkeluarga sama ada memiliki isteri dan/atau anak adalah merupakan tanggapan manusia semata-mata yang menjalani kehidupan berkeluarga. Konsep kepercayaan anak Tuhan sehingga membawa kepada benih keturunan Tuhan juga dibawa oleh kaum-kaum lain seperti Aryan, Yahudi Askenazi atau Zionis dan dalam kasta tertinggi agama Hindu.
Dari India hingga ke Sweden, kaum Aryan membawa
kepercayaan serupa terhadap kehidupan dewa-dewa.
(Gambaran Dewa Nordik makan buah epal di Eden)

Monday, October 17, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 2 -- BACAAN YANG MENUNJUKI


يهدى الى الرشد فامنا به
ولن نشرك بربنا احدا 

Ia benar-benar menunjuki kepada petunjuk (yang lurus), maka telah percaya kami akannya dan tidak sekali-kali kami mempersekutu terhadap Tuhan kami sesuatupun. 

Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami. 

Istilah ‘rashid’ bererti petunjuk. Iaitu berpetunjuk dengan Al-Quran. Khulafa Ur-Rashidin adalah khalifah yang mengambil petunjuk daripada Al-Quran. Guru yang murshid adalah guru yang menunjuki dengan hujah-hujah Al-Quran. Oleh itu Ar-Rushdi adalah suatu nama bagi Al-Quran. Perkara penting darihal ajaran Tuhan daripada Al-Quran adalah untuk tidak mempersekutukan Tuhan dengan sesuatupun. Itulah perkara pertama yang dibawa oleh Nabi Nuh A.S. kepada kaum baginda supaya jangan persekutukan Tuhan. Itulah juga perkara pertama yang disampaikan oleh Nabi Shaleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. supaya jangan persekutukan Tuhan. Nabi Musa A.S. mengajak Fir'aun supaya jangan persekutukan Tuhan dengan diri sendiri. Bagaimanakah seseorang harus mentaati Tuhan pada masa yang sama mengambil petunjuk lain daripada petunjuk yang disampaikan Tuhan? Sebagaimana manusia yang rata-ratanya hidup dalam kesyirikan sebelum kedatangan seorang rasul, begitulah juga jin juga hidup dalam kesyirikan. Perkara yang melucukan adalah, terdapat sebahagian manusia yang mengambil jin-jin sebagai sekutu-sekutu Tuhan dalam peribadatan.

i.  Mengesakan Tuhan dan Jangan 
    Mempersekutukan 

Pelajaran yang dipelajari di sekolah-sekolah agama darihal tajuk mengesakan Tuhan terkandung dalam ilmu Tauhid yang merupakan sebahagian cabang ilmu Usuluddin. Kedua-dua bentuk huraian ilmu sedemikian tidak dikenali oleh sahabat-sahabat R.A.H.M yang hadir pada zaman RasululLah S.A.W. Terbentuknya cabang ilmu sedemikian diperkenalkan oleh Abu Hassan As-Sya’ari dan Al Maturidi dan fatwa berkaitan ilmu aqidah ini dinamai sebagai faham As Sya’ariyah. Fahaman ini terhasil sebagai hujah terhadap golongan falsafah yang sukakan pendekatan ilmu kalam yang menyerap masuk ke dunia umat Islam. Perkara ini terjadi akibat daripada pembukaan negeri-negeri baru di bawah kekuasaan kekhalifahan yang penduduk setempat sememangnya telah mewarisi sebahagian konsep-konsep falsafah terdahulu. Fahaman ini telah diterima pakai oleh pihak yang mendakwa sebagai golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan dijadikan teks dalam pendidikan mereka dan disyarahkan dalam majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan institusi-institusi pengajian. Keadaan menjadi tenteram seketika dalam dunia Islam suatu masa dahulu. Kemudian berlaku kejatuhan kekuasaan Islam di Baghdad di tangan orang-orang Tartar dari Mongolia dan banyak daripada kitab-kitab ilmu telah dibinasakan. Banyak karangan berkenaan ilmu Tauhid yang menjadi rujukan pihak ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ turut dibuang ke sungai Eufrat dan faham As-Sya’ariyah yang berkait rapat dengan ilmu Usuluddin daripada cabang ilmu tauhid menjadi semakin kurang berpengaruh dalam kalangan umat. Penulis tidak bercadang membuat ulasan tentang faham As-Sya’ariyah yang merupakan bahagian daripada ilmu Usuluddin yang diterima oleh pihak ‘Ahli Sunnah Wal Jama’ah’.

 
Pembunuhan Kaum Tartar terhadap Muslim
mengakibatkan kefahaman agama umat Islam
mula berubah, setelah kaum Tartar menerima
Islam melalui golongan kerohanian.
 
ii.  Pertembungan Kefahaman Tentang 
     Keesaan Tuhan

Dengan berjayanya usaha ahli golongan kerohanian mengislamkan kaum Tartar, berlaku pula pertembungan baru di antara pendokong faham As-Sya’ariyah yang diterima pakai oleh golongan syari’at dengan penganut-penganut ajaran kerohanian yang dibawa melalui pendekatan syari’at, tareqat, makrifat dan hakikat. Ajaran ini turut dibawa oleh Ibnu ‘Arabi dan Al-Junaidi. Pertembungan antara mereka terjadi sehingga mengakibatkan pertumbahan darah akibat daripada kerja-kerja saling tuduh menuduh, bahawa pihak lawan mereka adalah pihak yang berada dalam keadaan syirik mempersekutukan Tuhan. Pertelingkahan antara mereka kemudian didamaikan oleh Imam Al-Ghazali RahimulLah dengan berkesudahan Imam Al-Ghazali sendiri menganut faham kerohanian daripada fahaman ‘Ahlus Sunnah Wal Jama’ah’ yang asal kepada fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang baru. Beliau menerima pendirian faham Qadariyah dan Jabariyah secara serentak tanpa mengambil jalan tengah antara keduanya, tidak sepertimana yang diterima faham ‘Ahlus Sunnah Wal Jama’ah’ silam. Banyak daripada karangan imam Al-Ghazali dan Ibnu ‘Arabi dijadikan rujukan oleh pendukung-pendukung faham kerohanian masakini untuk membidas fahaman yang mempersekutu Tuhan, menganggap manusia juga memiliki sedikit kekuasaan atau kekuatan. 

 Betul! Tindakan kita dipengaruhi oleh kehendak tapi ..
kita sebenarnya tiada kuasa untuk membuat pilihan 
sekalipun untuk meneruskan kehidupan.

Pertelingkahan antara mereka adalah merupakan perkara yang telah berlalu dalam sejarah Islam dan rata-rata ahli masyarakat yang didakwa sebagai umat Islam masakini bukan sahaja telah meninggalkan fahaman kerohanian bahkan mereka telah meninggalkan banyak perkara asas syari'at Islam. Mereka tidak lagi memahami apa itu Islam, apa itu Iman dan tidak juga kerasulan serta kenabian.




Tuesday, October 11, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 1 -- JIN YANG MENDENGAR WAHYU TUHAN



قل اوحى الى انه استمع نفر من الجن
فقلوا انا سمعنا قرانا عجبا 

Katakanlah olehmu, telah diwahyukan kepadaku, bahawasanya telah benar-benar mendengar ia oleh sekumpulan daripada jin, lalu telah berkata mereka, sungguh kami, telah mendengar kami, akan bacaan yang menakjubkan. 

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"

i.  Jin – Makhluk Ghaib Dicipta 
            Daripada Plasma Api

Terdapat ayat yang membincangkan tentang manusia, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, bumi dan fenomena alam yang sesungguhnya dapat dilihat atau dikesani oleh deria manusia. Perbincangan menjadi mudah disebabkan terdapat keupayaan manusia untuk melakukan penyelidikan terhadap perkara-perkara tersebut. Namun jin, walaupun tidak termasuk dalam perkara ghaib yang wajib diimani, masih tidak dapat dilihat oleh manusia. Jin dapat dikesani dengan beberapa peralatan yang dapat mengesan kehadiran cahaya pramerah yang dipancarkan oleh ion-ion pada jasadnya, lantaran jin itu adalah ciptaan Tuhan daripada plasma api. Oleh itu jin adalah makhluk yang mendiami alam buana di suatu dimensi ekstra, seperti alam maya ini dan dapat ditakrif melalui penemuan saintifik. 


Kewujudan alam dimensi ekstra adalah sesuatu 
yang dapat diterima oleh sebahagian ahli akademi

Jin diciptakan daripada plasma api yang sangat panas sedangkan manusia diciptakan daripada tanah yang hangus. Api adalah terbentuk daripada ion-ion sama ada ion-ion positif atau ion-ion negatif. Pada kepanasan yang bersangatan, nukleus mengalami penyepaian membentuk gabungan nukleus-nukleus yang lebih ringan daripada hidrogen, karbon, oksigen dan sebagainya. Paduan ion-ion ringan dapat berada pada altitud yang lebih tinggi. Oleh yang demikian jin merupakan makhluk yang dapat melayang di atmosfera. Jin hanya dapat memakan wap-wap ringan yang terdiri daripada asap seperti asap rokok, kemenyan, kayu gaharu dan wap-wap makanan manusia. Bangsa jin diciptakan Tuhan lebih dahulu daripada manusia. Oleh itu tidak menghairankan sekiranya sebahagian mereka memiliki teknologi yang melebihi teknologi manusia. Jin juga menempuh kehidupan seperti kehidupan manusia. Mereka berkembang biak, melalui tempoh kehidupan tertentu. Umur jin dikatakan lebih panjang berbanding manusia. Mereka hidup seiring dengan alam yang didiami manusia. Pada keadaan tertentu mata manusia dapat melihat jin. Selalunya ketika manusia antara jaga dan tidur atau ketika berkeadaan sangat letih atau melalui keadaan tertentu yang lain. 

Pelbagai bentuk jin, dalam kalangan mereka ada yang berbentuk seperti manusia, haiwan ternakan dan haiwan-haiwan berbisa. Pada keadaan kebiasaan jin berada di suatu sudut yang mereka dapat melihat manusia dan bukan sebaliknya. Allah Maha Mengetahui.

ii.  Bacaan Yang Menakjubkan

Bacaan yang menakjubkan adalah ayat-ayat yang dibaca dalam solah oleh RasululLah S.A.W. dalam perjalanan kembali dari Ta’if setelah risalah yang dibawa baginda tidak diterima oleh penduduk di sana. Setelah dakwah baginda tidak diterima, RasululLah S.A.W. berada dalam keadaan kesedihan namun suatu perkara lain yang berlaku iaitu turun surah yang menyatakan keimanan sekumpulan Jin. Al-Quran adalah bacaan menakjubkan pada kalangan jin, namun manusia menganggapnya bacaan biasa-biasa sahaja. Ini disebabkan manusia tidak membacanya dengan sebenar-benar pembacaan (2:121). Mereka yang beriman kepadanya, membacanya dengan sebenar-benar pembacaan. Ini bermakna golongan yang beriman adalah golongan yang berilmu dengan ilmu Al-Quran dan umat Islam yang belum mencapai ilmu itu belum dapat dikatakan sebagai telah mencapai keimanan (49:14). Sesungguhnya Allah jualah yang menunjuki kepada keimanan (49:17). Dalam kalangan jin terdapat mereka yang lebih mahir pembacaan Al-Quran. Lantaran Al-Quran adalah kitab daripada Allah, Tuhan kepada manusia dan Tuhan kepada jin.



Wednesday, October 5, 2016

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG BANGSA JIN


بسم الله الرحمن الرحيم


Sedikit Sebanyak Tentang Bangsa Jin

Membincangkan tentang jin, suatu bangsa yang diciptakan Tuhan terlebih dahulu daripada manusia, dalam sebahagian riwayat 2000 tahun lebih awal, adalah menjurus kepada perbincangan makhluk silam. Persembahan bangsa jin, daripada kesan-kesan peninggalan silam menjurus kepada kesimpulan bahawa bangsa jin telah mendahului pencapaian teknologi, berbanding manusia. Takrifan jin terhadap erti dunia fizikal yang didiami oleh manusia, adalah berbeza jika dibandingkan oleh takrifan manusia sendiri. Bangsa jin berada pada suatu sudut dimensi ekstra yang sukar dicapai oleh pancaindera manusia. Nama saintifik bagi bangsa jin adalah Repto sapien. 

Berbanding dengan manusia, dalam kalangan golongan beriman, jin lebih dipengaruhi oleh manusia tetapi dalam kalangan golongan ingkar, manusia lebih dipengaruhi oleh jin. Perkara ini dapat dilihat melalui budaya, peribadatan serta sistem hidup yang manusia tempuhi. Secara umumnya jin lebih gemar memilih sistem hidup keseragaman secara tersusun sementara manusia lebih gemar memilih sistem hidup kepelbagaian yang rencah. Oleh itu corak kehidupan jin lebih menjurus kepada hirarki sementara corak kehidupan manusia lebih menjurus kepada sesuatu yang hakiki. 

Secara fizikal tubuh jin adalah hampir menyerupai tubuh manusia dengan sedikit perbezaan panjang anggota tangan yang mencecah paras lutut. Tubuh jin dapat melentur ke arah belakang hingga ke hujung kaki dan dalam kalangan manusia, kelebihan ini hanya dapat dilakukan oleh ahli gimnastik atau akrobatik. Jin hanya dapat memakan makanan manusia dalam bentuk wap atau asap.


Pertembungan Antara Jin Dan Manusia

Pernah suatu ketika dahulu, terdapat suatu kes yang tersebar kisahnya dalam akhbar tempatan tentang kehilangan misteri seorang gadis yang terjadi beberapa kali. Kisah ‘lenyap’nya gadis berkenaan secara tiba-tiba menjadi begitu misteri sehingga telah di'jumpai' semula di kawasan perkuburan, dalam almari, dalam tempayan dan sebagainya dalam tempoh yang berbeza-beza. Menurut gadis berkenaan antaranya, ia telah diculik oleh sekumpulan jin Islam bahkan telah di bawa hingga ke Gunung Jerai, Kedah. Kisah ini telah dilapor dalam akhbar beberapa kali sebelum pengurusan akhbar berkenaan diarah untuk tidak menyiarkannya lagi. Perkara yang menjadi minat penulis bukanlah tentang ‘penculikan’ itu tetapi mengapakah pihak berkuasa seringkali berusaha menutup kisah peristiwa sedemikian daripada dihebahkan kepada masyarakat umum. Apakah tujuan mereka? Antara jawapan yang penulis perolehi adalah ketidak sanggupan mereka untuk menerima hakikat bahawa mereka bukanlah pihak paling dominan kekuasaan mereka di alam maya ini.

Begitu juga pendirian yang diambil oleh banyak ketua-ketua negara apabila berhadapan dengan persoalan yang mereka tidak sanggup untuk beri jawapan yang memuaskan kepada rakyat negara mereka. Mereka masih terikat dengan pendirian ahli-ahli politik, akademi serta saintis mereka, yang telah memperkenalkan suatu ajaran agama baru melalui penemuan-penemuan saintifik yang mereka perolehi.  Berikut ini adalah contoh pendirian kepimpinan Amerika Syarikat ketika rakyat mereka digegarkan oleh segerombolan pesawat yang tidak dikenali yang telah melintasi bangunan Rumah Putih. 


 Mereka sentiasa cuba meyakinkan kita bahawa 
"Pesawat Tidak Dikenali" tidak pernah wujud.






Wednesday, September 28, 2016

KANDUNGAN

Cara Baca Yang Sebenar

Tempoh Wahyu Al-Qur'an Yang Telah

Telah Lama Berlalu

i.         Sifat sebahagian ayat Al-Qur’an
ii.        Ayat-ayat Yang Mendedahkan

2:106   Ayat Nasikh dan Mansukh

i.          Ayat Yang Disalin
ii.         Lupa Bermaksud Abai

2:107    Hubungkait Antara Kerajaan dengan
            Sifat Tuhan Maha Berkuasa

i.          Kekuasaan Tuhan sesuatu yang berkait
            dengan pembentukan kerajaan.
ii.         Keporakan Pembentukan Kerajaan Melalui
            Sistem Kapitalis dan Komunis
iii.        Contoh Pendekatan Kepada Kefahaman Ayat

2:108    Permintaan Terhadap Perkara Magis

i.          Hubungan Ayat Dengan Pelajaran Terdahulu
ii.         Magis Yang Membawa Kesesatan
iii.        Pencapaian Teknologi Dianggap Sebagai Magis
iv.        Sistem Ekonomi Kapitalis Sebagai
            Suatu Sulapan Magis Yang Besar
v.         Persembahan Teknologi Untuk Menyesatkan

2:109   Hasad Dengki Dan Kerja-kerja Sulapan

i.         Penyembahan Yang Membawa
           Kepada Kekafiran
ii.        Ahli Kitab Yang Menghendaki Umat
           ini Menjadi Kafir Seperti Mereka
           Tanpa Bertukar Agama.
iii.       Kedengkian Sesama Umat Yang Menjadi Bahan
           Jenaka Dan Mengelikan Hati Golongan Ingkar 

Perkara Yang Harus Dibiarkan Saja


i.         Menghadapi Masalah Pertelingkahan
           Umat Masakini
ii.        Tuhan Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu

2:110  Agama Adalah Untuk Kesinambungan Solat

i.         Latar Belakang Permasalahan Umat
ii.        Tujuan Risalah Kerasulan

Penjelasan Himpunan Ayat Setakat Ini


2:111    Mereka Hanya Perasan Kononnya Mereka 

            Di Pihak Yang Sentiasa Benar.

i.          Angan-angan Mereka Untuk Ke Surga
ii.         Mengapa Tidak, Mereka Berfikiran Kritis?
iii.        Apakah Buktinya Agama Anutan Mereka Benar?
iv.        Pertimbangan Ringkas Kebenaran Islam

2:112   Siapakah Yang Benar?

i.          Siapakah Dalam Kalangan Umat Ini
            Yang Lebih Benar Jalannya?
ii.         Menyerahkan Wajah Kepada Allah Dan
            Mengusaha Kebajikan
iii.        Umat Islam Yang Boleh Dijadikan Sahabat 

            dan Umat Islam Yang Perlu Dijauhi

2:113   Mereka Semua Sama-sama Kosong

i.          Mengambil Golongan Lain Sebagai Kawan
            Setia Adalah Suatu Yang Dilarang Dalam
            Agama Masing-masing
ii.         Mereka Baca Kitab Hanya Sekadarnya
iii.        Mengulangi Pendirian Golongan Yang Jahil

Mengulangi Perkataan Jahiliyah

iv.        Suka Menuduh Sesat Adalah Ajaran Jahiliyah
v.         Etika Beragama Golongan Berilmu
vi.        Serah Kepada Tuhan Untuk Menghakimi

2:114    Memasuki Rumah Ibadat Untuk
            Meruntuhkan Petunjuk Tuhan

i.           Fenomena Yang Dapat Direnung
ii.          Pusingan 180 Darjah
iii.         Aktiviti Meruntuhkan Rumah Ibadat
iv.         Ulama-ulama Mereka Adalah Golongan

             Yang Sehabis Zalim

2:115   Bagi Allah Kepunyaan Timur dan Barat

i.          Kecelaruan Penguatkuasaan Agama
ii.         Akibat-akibat Yang Terjadi
iii.        Tidak Bertambah Melainkan Azab

iv.        Gara-gara Siapakah Semua Ini?

Mengharap Pertolongan Tuhan


v.         Syaitan Berwajah Manusia Yang Menguasai
            Pemerintahan dan Institusi Agama
vi.        Punca Pihak Gereja Tersesat
            Daripada Ajaran Kristian
vii.       Kebejatan Ahli Agama Yang Didorong
            Oleh Pemerintah

2:116   Sejarah Ajaran Penenerimaan Konsep
           Tuhan Ada Anak
    

i.          Simbol Pengkastaan Yang Telah Dirancang?
ii.         Agenda Pengkastaan Untuk Menguasai
            Seluruh Pemerintahan Secara Halus
iii.        Keinginan Mereka Menguasai Dunia
            Melalui Kuasa Proksi

iv.        Mengingatkan Segala Sesuatu Tunduk
            Di Bawah Kekuasaan Tuhan
v.         Kajian-kajian Yang Semakin Membingungkan

vi.        Sains Adalah Ilmu Milik Tuhan

2:117     Melaksanakan UrusanNya Dengan Hanya
             Kaf dan Nun
             Peristiwa Yang Sedia Dimaklumi?

2:118     Hanya Manusia Yang Jahil Akan Mempertikai
             Perkhabaran Sedemikian
 

i.            Kejahilan Akibat Agenda Masonik
ii.           Mengenalpasti Halangan Dalam
              Menyampaikan Ayat-ayat Tuhan 


Jahil Kerana Mewarisi Sikap Generasi Terdahulu

iv.        Agenda Penguasaan Ekonomi dan Aktiviti
            Manusia Melalui Penggunaan Wang Maya
v.         Manusia Sendiri Memilih Corak
            Pengawalan Hidup Sedemikian

2:119    Perutusan Muhammad RasululLah Untuk
            Membawa Perkhabaran Semua Itu

Yang Mahu Ke Neraka Jahim - Biarkan Mereka


2:120   Perancangan Yahudi Dan Nasrani Untuk
            Menguasai Umat Manusia



Petunjuk Tuhan Adalah Petunjuk Khusus

i.          Petunjuk Tuhan Mengatasi Agenda Kebejatan
ii.         Bentuk Penentangan Yang Harus Dilakukan


Bentuk Bantahan Yang Boleh Dilakukan

i.          Mendapatkan Kaedah Pemerintahan
            Baraqah Bagi Sesebuah Negara
ii.         Mengelak Perkara Magis Dalam Mengurus
            Pentadbiran Suatu Pemerintahan
iii.        Memahami Bagaimana Permasalahan Arab
            Kerana Menuruti Sunnah Ahli Kitab Terdahulu
iv.        Perkara Yang Diperintah Tuhan Untuk
            Umat Masakini, Dalam Menghadapi
            Perpecahan Umat.

v.         Membantah Agenda Penguasaan Ekonomi
            dan Aktiviti Manusia Melalui Wang Maya

2:121   Bacalah Al-Qur’an Menurut Cara Yang Benar

i.          Membaca Dengan Cara Tak Benar
            Membawa Akibat Yang Tak Benar

ii.         Anda Ulama? Belum Tentu Ulama.
iii.        Perpecahan Umat Islam Yang Harus Difahami
iv.        Jalan Penyelesaian Masalah Perpecahan Umat

Kerugian Kepada Sebahagian Umat Ini

i.          Keingkaran Yang Menjadi Sejarah
ii.         Kerugian Yang Terjadi Di Negara Umat Islam

2:122   Pesanan Kepada Bani Israel


i.          Kelebihan Bani Israel Atas Bangsa-bangsa
ii.         Hitler dan Kaum Aryan

2:123   Hari Yang Akan Berlaku Sedikit Masa Lagi


i.          Simpati Atas Kebodohan Bani Israel

ii.         Akibat Permainan Spekulasi Masakini

Pengajaran Bagi Bacaan Yang Sebenar

Kesimpulan Tentang Bacaan Sebenar



Saturday, September 17, 2016

PENGAJARAN BAGI BACAAN YANG SEBENAR



Terdapat berbagai-bagai versi Islam. Ada Islam Sunnah, ada Islam Syi’ah dan pelbagai jenis Islam lagi. Semuanya mengaku menyembah Allah. Bahkan terdapat berbagai-bagai versi Allah yang semuanya menjurus kepada Allah yang berlainan. Allah zaman nabi, menurunkan wahyu yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan yang disulami dengan aktiviti riba. Allah zaman ini pula dikatakan mengizinkan amalan riba untuk dilaksanakan di negara ini seolah-olahnya ianya suatu pengecualian. Allah manakah yang harus disembah? Adakah Allah yang sedia wujud pada zaman nabi atau Allah baru yang wujud pada zaman ini.


Terdapat pelbagai versi Islam, masing-masing
mereka menyembah Allah yang berlainan.


Perkara ini tentunya menjurus kepada konsep peribadatan. Di negara yang aktiviti riba dihalalkan bahkan dinamai sebagai salah satu aktiviti dalam sistem perbankan Islam, perkataan riba telah ditukarkan kepada perkataan lain yang berbau syar’ie. Sebaik sahaja aktiviti riba dihalalkan, muncul pula pengumpulan dana sukuk bagi menyokong aktiviti riba yang sedia wujud, yang pasarannya dibuka kepada golongan kapitalis tanpa mengira apajua agama mereka. Akibat besar yang terjadi selepas itu adalah penguasaan kerohanian umat demi untuk menjayakan agenda kapitalis. Suatu agenda yang telah sekian lama dirancang melalui 'ulama-ulama' yang dilatih khas. Kita akan melihat kesannya dalam sedikit masa lagi.



Untuk memahami kejadian yang bakal berlaku kepada umat manusia secara umumnya dan kepada umat Islam secara khususnya, kita harus merujuk kembali kepada kandungan kitab suci umat ini iaitu Al-Qur’an. Namun dalam hal ini, cara bacaan Al-Qur’an manakah yang harus kita rujuk? Sejak dahulu lagi syari’at Islam dijadikan alasan untuk umat ini bermusuhan. Bermula atas tujuan dunia yang berselindung di sebalik perkara hudud hingga kepada pertikaian dalam hal selawat kepada ahli keluarga RasululLah S.A.W., akhirnya umat ini kehilangan rujukan dalam agama mereka sendiri, iaitu memahami Al-Qur’an menurut cara bacaan yang benar dan bukannya bacaan menurut cara yang sengaja dijadikan rumit untuk difahami.

Berapa ramaikah mereka yang menyalahi agama,
semata-mata kerana cara bacaan yang tidak benar?

Kesimpulan 

Kiranya kira teliti cara pengambilan kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an menurut kefahaman jelas memperjelas, dari satu salinan ayat sebelum kepada ayat yang disalin sesudah itu (nasakh), kita akan dapati terlalu banyak pelajaran baru yang dapat diambil daripada suatu himpunan ayat.









Sunday, September 11, 2016

SURAH AL-BAQARAH AYAT 123 -- HARI YANG AKAN TERJADI SEDIKIT MASA LAGI


ﻭ ﺍﺗﻘﻮﺍ ﻳﻮﻣﺎ ﻻ ﺗﺠﺰﻯ ﻧﻔﺲ ﻋﻦ ﻧﻔﺲ ﺷﻴﺌﺎ
ﻭ ﻻ ﻳﻘﺒﻞ ﻣﻨﻬﺎ ﻋﺪﻝ ﻭ ﻻ ﺗﻨﻔﻌﻬﺎ ﺷﻔﻌﺔ
ﻭ ﻻ ﻫﻢ ﻳﻨﺼﺮﻭﻥ

Dan berhati-hatilah kamu, akan suatu hari yang tidak ia mengganjari diri seseorang dari diri seseorang (lain) sedikitpun, dan tidak ia diterima daripadanya pengadilan dan tidak ia bermanfaat akannya syafa’at dan tidak mereka ditolong. 

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). 

Berlaku suatu hari yang setiap umat sebangsa tidak dapat membantu ahli bangsanya sendiri dan segala pertolongan tidak lagi membawa erti apabila mereka 'dipaksa' berbunuhan sesama sendiri. Sistem pengadilan tidak dapat berjalan apabila dendam seseorang atau suatu kaum pendendam sudah mencapai tahap mengatasi akal. Pada masa itu tiada lagi pertolongan melainkan pertolongan untuk menggali lubang kubur sesama mereka.

i.   Simpati Atas Kebodohan Bani Israel 

Perkara seperti ini telah berlaku semasa peristiwa holokus. Bani Israel telah terlupa bahawa Tuhan telah mencipta manusia memiliki iri hati, cemburu dan dendam. Pada masa itu Bani Israel hanya mementingkan pemimpin-pemimpin yang boleh dirasuah, penggubal undang-undang yang akan menetapkan perkara yang hanya akan menguntungkan mereka, pasukan keselamatan yang hanya akan bertindak dengan mematuhi undang-undang yang hanya akan memihak kepada Bani Israel. Perkara yang berlaku di Jerman suatu masa dahulu, adalah natijah yang terjadi apabila nasib rakyat, yang dipaksa mengamal cara hidup kapitalism, akhirnya membawa mereka kepada penderitaan dengan bekalan untuk kehidupan yang ‘sengaja’ dihadkan apabila harga keperluan hidup semakin melambung tinggi.

ii.  Akibat Permainan Spekulasi Masakini 

Pada waktu ini, kita telah sampai kepada keadaan yang harga emas setiap gram melambung tinggi namun kaunter pajak gadai tidak begitu dikunjungi. Kebanyakan emas yang sebelum ini berada di tangan golongan yang memerlukan, telah tersimpan dalam peti besi atau bilik kebal premis pajak gadai. Semua ini terjadi apabila golongan yang kaya mula meninggalkan wang kertas dan mula beralih kepada komoditi tahan inflasi seperti emas dan perak. Wang kertas mula mengalami penyusutan nilai dan kehidupan rakyat secara umumnya semakin menuju kepada derita. 

Dengan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar yang semakin tak menentu, kerajaan tidak memiliki pilihan lain selain menggalakkan rakyat untuk menambah lagi hutang mereka. Dengan bilangan mereka yang berhutang semakin ramai, bank akan memperolehi lebih banyak keuntungan riba dan cukai yang dapat dikutip oleh pihak Lembaga Hasil akan turut meningkat. Dengan demikian kepimpinan negara akan dapat mengguna-kannya sesuka hati mereka. 

Langkah sepatutnya yang harus diambil iaitu melaksanakan kempen berjimat cermat, dianggap sebagai tidak bijak disebabkan kedudukan politik pemimpin yang semakin tergugat. Pemimpin pula terpaksa mendengar arahan daripada kapitalis peringkat dunia yang menghendaki rakyat negara ini segera menukar penggunaan wang kertas kepada pengunaan wang maya. Mereka ingin melaksanakan dasar kawalan sepenuhnya kepada rakyat dengan mengawal selia segala aktiviti ekonomi mereka. Mereka ingin rakyat negara ini menjadi hamba mereka, dengan mematuhi arahan pemimpin mereka sendiri yang telah dicucuk hidungnya.  

Pada hari ini, sesetengah pihak mungkin menganggap bahawa undang-undang, pengaruh serta kuasa boleh dibeli dengan wang. Namun berapa lamakah anggapan seperti itu dapat bertahan? Apabila penggunaan wang maya telah diterima sepenuhnya sehingga tidak ada lagi sebarang bentuk kewujudan wang fizikal, segala aktiviti transaksi wang beserta tujuannya, dapat direkodkan dan dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah. Hanya mereka yang sanggup memilih hidup tanpa wang, akan dapat mengharungi kehidupan bebas tanpa sebarang kongkongan.

Teknologi Paywave Hanya Mendedahkan 
Diri Kita Kepada Pencerobohan Maklumat


Monday, September 5, 2016

SURAH AL-BAQARAH AYAT 122 -- PESANAN KEPADA BANI ISRAEL


ﻳﺎﺑﻨﻰﺍﺳﺮﺃﻳﻞﺍﺫﻛﺮﻭﺍﻧﻌﻤﺘﻲﺍﻟﺘﻲﺍﻧﻌﻤﺖ
ﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺍﻧﻲﻓﻀﻠﺘﻜﻢﻋﻠﻰﺍﻟﻌﻠﻤﻴﻦ

Wahai Bani Israel, ingatilah oleh kamu akan nikmatKu, yang telah memberi nikmat Aku ke atas kamu dan sesungguhnya Aku, telah melebihkan Aku akan kamu atas seluruh alam.

Wahai Bani Israel, kenanglah akan limpah kurnia nikmat-Ku yang telah Ku-berikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

i.     Tentang Bani Israel

Bani Israel adalah penyebab kepada hampir kesemua kerosakan yang berlaku di mukabumi ini. Sama ada mereka berada di puncak kekuasaan atau diperhambakan oleh pemimpin yang kejam, mereka dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendatang bencana kepada manusia. Sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bangsa ini telah dijadikan anjing suruhan oleh pihak Yahudi Luciferian, yang merupakan pemilik bank-bank terbesar dunia, untuk melaksanakan polisi perbankan berasaskan riba. Pusat aktiviti mereka adalah di negara Switzerland. 


Yahudi yang mengamalkan ajaran 
Torah adalah Yahudi yang baik..

Setelah berakhir sukan olimpik di Jerman suatu masa dahulu, yang telah dirasmikan oleh Hitler, bangsa ini telah mengeluarkan dana dari bank-bank milik mereka di negara-negara Eropah seperti di Poland dan Jerman dan memindahkannya ke negara Switzerland. Tindakan ini mengakibatkan ekonomi negara Jerman lumpuh dan akibatnya ramai daripada rakyat Jerman terpaksa makan tikus untuk meneruskan kehidupan. Belumpun sempat rakyat Jerman menyalahkan Hitler atas kegagalan kepimpinannya, Hitler segera menyalahkan bangsa Bani Israel kerana dikatakan merancang kerosakan untuk memusnahkan ekonomi negara Jerman. Hitler yang mengetahui tentang kerosakan ekonomi negaranya adalah disebabkan oleh permainan pihak kapitalis, juga telah diarahkan untuk menyalahkan sistem pemerintahan demokrasi. Bermulalah kempen penubuhan sistem Fasis iaitu mewujudkan pemerintahan satu parti dengan Hitler sendiri melantik dirinya sebagai Fuhrer, untuk menyatu-padukan negara dan bangsa Jerman. 


Hitler adalah agen Yahudi Luciferian yang
diarahkan untuk membunuh bangsa Yahudi.

Bermulalah tindakan kejam bangsa Jerman ke atas kaum Yahudi. Oleh kerana kaum Yahudi sentiasa menganggap bahawa kaum mereka adalah kaum yang paling mulia berdasarkan ajaran sesat kitab Talmud, Hitler telah mengangkat kaum Aryan bagi mengatasi tanggapan demikian. Kaum Aryan telah diangkat kedudukannya dan mereka sentiasa dibekalkan kecukupan kehidupan mereka ketika itu, pada masa rakyat Jerman yang lain berada dalam derita. Rakyat Jerman telah dibezakan antara mereka melalui pemakaian simbol yang berlainan pada lengan baju mereka. Simbol swastika yang digunakan Hitler adalah dikatakan berasal dari simbol kaum Aryan yang mereka warisi sejak zaman silam lagi. 


Dari manakah simbol swastika bermula?

ii.   Kelebihan Bani Israel Atas Bangsa-bangsa

Sejarah penindasan bani Israel telah bermula sejak zaman Fir’aun. Fir’aun selaku pemerintah Mesir suatu ketika dahulu, telah mengawal ekonomi rakyatnya daripada kaum Qibti dan Bani Israel, melalui sistem ekonomi berasaskan riba. Pembantu kepada Fir’aun untuk mentadbir Bani Israel adalah Hamman yang datang daripada kaum Bani Israel itu sendiri. Akhir bagi sistem ekonomi sedemikian adalah penindasan berterusan oleh golongan pemerintah terhadap rakyatnya khususnya kepada bani Israel. Oleh itu, Bani Israel adalah antara pelopor awal yang paling mengetahui sistem ekonomi berasaskan riba. Melalui penindasan riba, akhirnya Bani Israel telah menjadi hamba kepada  Fir’aun disebabkan oleh belenggu hutang yang mereka tanggung. Setelah pemerintahan Fir’aun tamat, Bani Israel pada masa itu telah dibawa keluar oleh Nabi Musa A.S. dan menetap di padang pasir Tih di Palestina.    

Menurut suatu riwayat, pada masa itu Bani Israel telah diuji oleh Samiri melalui penyembahan patung lembu emas, semasa Nabi Musa A.S. bermunajat kepada Tuhan. Akibat daripada itu, umat Bani Israel telah terpecah antara yang beriman dengan Nabi Musa A.S. dan yang mengingkarinya. Selepas itu Nabi Musa A.S. telah menghalau keluar Samiri agar tidak mengikuti baginda lagi. Seterusnya Samiri bersama pengikutnya telah pergi jauh hingga ke daerah pergunungan Himalaya dan membentuk ajaran baru menyembah lembu kepada masyarakat setempat. Ia membentuk ajaran berkasta dan dalam kalangan pengikutnya yang berkasta paling tinggi adalah kaum Aryan. Aryan itu sendiri bermaksud golongan kehormat. Bukti-bukti prasejarah ada menunjukkan tulisan Yahudi kuno telah wujud di daerah itu seiring dengan tulisan Sanskrit. Sejak dari itu kaum Aryan telah tersebar bermula dari daerah utara India melalui Pakistan, Afghanistan, Iran dan melalui jajaran sempit hingga ke Eropah. Sifat fizikal mereka agak berlainan daripada sifat fizikal manusia biasa. Mereka memiliki rambut berwarna uban/perang, warna kulit cerah kemerahan dan warna iris mata yang cerah. Adakah mereka daripada suku Yahudi yang hilang, telah menjadi persoalan yang rumit sehingga kini. Kehadiran kaum ini dalam kalangan manusia telah menjadi suatu lagenda.


Kaum Aryan (Arier) adalah etnik kecil yang tersebar
memanjang dari utara India ke Eropah.

iii.   Hitler dan Kaum Aryan

Perwatakan Hitler tidaklah menunjukkan bahawa ia datang dari kaum Aryan. Selepas Hitler dilantik menjadi pemimpin Jerman dan memulakan Perang Dunia Ke-2, tiba-tiba sahaja kaum Aryan mendapat tempat dalam pemerintahan beliau. Bermulalah aktiviti pembenihan terpilih (eugenic) kaum Aryan agar bayi-bayi baru kaum Aryan dapat diperbanyakkan. Mereka yang selain kaum Aryan serta yang tidak menyokong Hitler akan dibunuh melalui pembersihan etnik termasuklah kaum Yahudi Bani Israel. Oleh itu apabila kita mengatakan bahawa holokus adalah tindakan yang dikenakan kepada bangsa Yahudi sahaja, demikian itu adalah tanggapan salah yang tidak menepati fakta sejarah.  




Popular