SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, February 23, 2019

PERANCANGAN SERANGAN E.T. KE ATAS UMAT MANUSIA


Perancangan ribuan tahun sebelum wujudnya bangsa manusia di permukaan bumi ini, akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pada permulaan, golongan Iblis cuba menguasai dunia ini melalui kuasa proksi. Caranya adalah dengan mengambil kesempatan melalui sistem ekonomi kapitalis. Namun usaha itu membawa akibat pemberontakan rakyat. Akhirnya rakyat sebahagian negara tidak dapat dikuasai melalui kaedah ini. Mereka akhirnya lebih mempercayai Tuhan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, berbanding makanan yang diperolehi melalui perantaraan wang. Rata-rata umat akhirnya memilih kehidupan secara berkelompok dan meninggalkan sistem kewangan yang telah sedia wujud. Iblis telah cuba untuk menguasai negara ini melalui perancangaan yang amat teliti. Ia telah menggunakan kaedah kuasa proksi, sepertimana usaha bangsa Yahudi menggunakan kuasa proksi untuk menguasai dunia ini. Kesempatan yang digunakan adalah melalui sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi seperti ini adalah merupakan sebuah sistem yang kejam. Penulis cuba untuk menghuraikan bentuk kekejaman sistem kapitalis yang telah terjadi di negara ini.

Pada suatu ketika dahulu, selepas zaman kemerdekaan, kuasa utama di negara ini terletak di tangan Yang Di Pertuan Agong. Melalui kuasa Yang Di Pertuan Agong, pembangunan negara telah dilakukan melalui bayaran yang diperolehi daripada cukai yang dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan. Hasil kutipan itu kemudiannya dikembalikan kepada rakyat sebagai bentuk pembelaan kembali kepada mereka, agar kehidupan yang baik dapat dilalui. Negara menjadi semakin kuat dan Yang Di Pertuan Agong menjadi pemimpin yang sangat dihormati dan disayangi rakyat. Perkara ini telah dibuktikan dengan kejayaan rakyat dan negara, dalam menghadapi kebangkitan ideologi komunis. Ideologi ganas ini dapat dihapuskan dan tidak lagi dapat membawa bahaya yang nyata kepada negara ini. Seterusnya kemakmuran negara dapat diraih oleh semua kaum tanpa mengira pegangan agama atau pendirian politik setiap mereka. Sekalipun rakyat terpisah pada pandangan yang berbeza menurut budaya dan kepercayaan masing-masing, namun semua itu dapat diterima sebagai kepelbagaian yang unik.

Namun keharmonian yang telah terjadi setelah itu didapati tidak kekal lama. Kuasa Yang Di Pertuan Agong secara sedikit demi sedikit telahpun dilucutkan. Kuasa proksi mula diperkenalkan melalui saluran legislatif sehingga kuasa Yang Dipertuan Agong telah terlucut secara yang amat halus. Sehingga akhirnya, Yang Di Pertuan Agong tidak lagi ada hak dalam urusan agama seperti dalam urusan nikah kahwin, pembangunan masjid dan terkini terdapat ura-ura untuk melucutkan kuasa Yang Dipertuan Agong dalam urusan zakat di negeri-negeri yang tidak mengamalkan pemerintahan kesultanan. Kiranya perkara ini terjadi, kewajiban membayar zakat bagi penduduk di negeri-negeri berkenaan sebenarnya telah terlucut sama sekali. 

Beginilah corak rupa pemerintahan melalui proksi yang telah terjadi. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Britain serta kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, telah jatuh kepada pemerintahan proksi seperti ini. Mereka menggunakan dua jenis kaedah penaklukan terhadap negara-negara yang ingin mereka takluki, sama ada melalui senjata peperangan atau bersenjatakan penguasaan wang. Negara kita kini sedang cuba dikuasai melalui penguasaan wang. Melalui penguasaan wang, kedudukan Yang Di Pertuan Agong hanya tinggal gambar kepala di atas kertas. Sehingga akhirnya cukai-cukai yang dikutip atas nama Yang Di Pertuan Agong, tidak pernah sampai kepada Yang Di Pertuan Agong. Tanda pertama yang terjadi dan dapat diperhatikan, sebahagian wang-wang berkenaan turut menjadi rebutan kakitangan syarikat yang dilantik khas oleh pihak lembaga hasil sendiri sehingga menimbulkan kedengkian dalam kalangan anggota lembaga hasil.

“In the beginning, there was cash”, 
“The cash was with The King”, 
“Finally, Cash is King” 

Serangan “Extra Terrestrial” Untuk 
Menghapuskan Terus Kuasa Proksi

Penulis lebih menyenangi untuk menyebutnya sebagai serangan “extra dimensional”. Dimensi ekstra adalah dimensi luar daripada dimensi kehidupan manusia di bumi ini. Setelah pengamatan lebih luas dilakukan, istilah yang menjadi sebutan masyarakat Barat ini, seiring dengan kepercayaan masyarakat di negara ini yang menyebutnya sebagai alam kediaman bangsa jin, yang sebahagian mengenalinya sebagai alam bunian.  

Oleh itu agenda serangan “extra terrestrial” ini lebih mudah untuk diterima sebagai agenda bangsa jin, melalui kepimpinan ketua mereka iaitu Iblis laknatulLah. Sesungguhnya Iblis telah terlibat dalam kempen pengagungan bangsa Aryan, melalui gerakan Nazi yang dipelopori oleh Hitler dalam perang dunia ke-2 dahulu. Mujurlah fahaman ini telahpun berjaya ditewaskan sehingga Iblis tidak jadi untuk disembah secara menyeluruh oleh manusia di mukabumi ini.  

Namun melalui projek “Paper Clip” yang dirahsiakan oleh kerajaan Amerika Syarikat, saintis-saintis Jerman yang telah ditawan, telah diarahkan untuk meneruskan penghasilan pesawat Hanebu, yang secara umumnya lebih dikenali sebagai pesawat terbang tidak dikenali – UFO. Projek penghasilan pesawat ini telah dilakukan di suatu tempat yang dikenali sebagai Area 51, di negeri Nevada, Amerika Syarikat. 

Projek yang dilaksanakan adalah begitu rahsia sekali dan telah menelan sejumlah bajet pertahanan Amerika Syarikat yang besar. Bajet yang tidak dinyatakan jumlahnya (black budget) itu, akhirnya menyebabkan kepimpinan Amerika Syarikat sendiri telah kehilangan kuasa dalam mengawal projek berkenaan. Projek ini tidak lagi berada di bawah kawalan kerajaan sekalipun masih terus dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat. 

Projek serangan “Extra Terrestrial” ini adalah merupakan sebuah perancangan yang telah lama dirancang, sebagaimana pernah disebut dahulu oleh Dr. Carol Rosin melalui pengakuan bekas kepimpinanan NASA kepadanya. Tujuan akhir projek ini adalah untuk memaksa masyarakat dunia menerima penggunaan wang maya. Alasan yang digunakan untuk membangunkan projek ini telah bermula daripada persediaan menghadapi kuasa jahat Soviet Union suatu ketika dahulu dan projek persediaan untuk tujuan itu, telah siap dilaksanakan. Seterusnya melalui penggunaan satelit, mereka menggunakan alasan bagi menghadapi ancaman pengganas, walhal projek mewujudkan pengganas itu sendiri adalah merupakan projek yang dibiayai sendiri oleh mereka. Ketaksuban mereka dalam mempercayai perkara eskatologi, telah membawa kepada sebuah projek yang besar iaitu serangan 911, yang mereka sendiri laksanakan dan seterusnya melakukan pemburuan terhadap ‘pengganas’ rekaan mereka di Afghanistan dan Iraq serta negara-negara lainnya. Namun rancangan ini telahpun gagal sehingga belanja pertahanan Amerika Syarikat sendiri telahpun merosot. 

Sempena kejatuhan ekonomi dunia yang telah mereka rancangkan sejak dahulu lagi, mereka kini dalam kerangka untuk menakluki dunia melalui penguasaan wang dan juga peperangan. Dengan iu maka wujudlah fenomena kegawatan sebagaimana yang telah melanda sebahagian negara Asia, Eropah dan negara-negara Amerika Latin. Projek seperti ini sebenarnya amat merbahaya untuk umat manusia kerana kuasa kepimpinan dalam kerajaan yang mereka bentuk, akan dapat dilucutkan dengan mudah sekali. Di mana-mana negara di dunia ini, pengawalan terhadap wang telah diperkenalkan yang kononnya untuk mengekang pengganas dan aktiviti jenayah. Kesempatan pengawalan terhadap wang juga digunakan untuk tujuan mengesan individu yang terlibat dalam konflik dalaman negara mereka sendiri. Walaupun projek ini kelihatan menarik, namun perkara akhir yang terjadi adalah kehilangan kebebasan umat dalam mengurus tadbir harta mereka sendiri. Ketua negara akan kehilangan kuasa memerintah dan rakyat akan mudah dibentuk menurut telunjuk Iblis. Pada masa ini, ketika tulisan ini ditulis, mereka sedang membina infrastruktur di kebanyakan negara yang ada ikatan di bawah perjanjian kewangan IMF dan negara ini adalah salah satu negara yang telahpun menjadi mangsa mereka. Melalui perancangan yang sangat rapi, mereka telah berjaya melucutkan kuasa Yang Dipertuan Agong sedikit demi sedikit.

Bangkrap yang bakal terjadi di mana-
mana akan dijadikan latihan untuk 
mereka kuasai dunia. 

Penulis tidak bercadang untuk memperbesar-besarkan tentang serangan ‘makhluk asing’ ataupun yang disebut sebagai ‘extra terrestrial’. Dalam himpunan awal surah ini, telah diterangkan secara agak terperinci tentang siapakah mereka ini dan siapa sebenarnya watak-watak yang menjadi dalang di belakang mereka. Senjata mereka yang paling canggih bukanlah peralatan yang mereka bawa bersama pesawat mereka itu. Dalam wawancara mistik, mereka akui bahawa senjata hebat mereka adalah gerakan illuminati, yang mempengaruhi minda separuh sedar manusia melalui hiburan-hiburan yang melalaikan.

Wednesday, February 6, 2019

SECANGGIH YANG TIADA KEKUASAAN TERHADAP GOLONGAN BERIMAN



Sekalipun sebahagian golongan beriman turut terpedaya dengan hasutan Iblis, tetap segala usaha Iblis itu pastinya akhirnya akan menemui kegagalan. Kekuatan pengaruh, ekonomi dan persenjataan mereka akhirnya musnah, gara-gara keporakan dalam kehidupan pengikut mereka sendiri. Kita dapat saksikan golongan Iblis, yang menjadi pelopor dalam perkembangan teknologi dan persenjataan yang canggih, akhirnya menjadi penyebab kepada inflasi dalam negara yang sangat besar. Inflasi besar akhirnya mendorong kepada pemberontakan rakyat dalam negara mereka sendiri. 

Kiranya dahulu mereka menghalakan senjata kepada umat Islam sejak awal 1800’an lagi, kini mereka mulai menghalakan senjata ke arah rakyat mereka sendiri. Rakyat mereka yang selama ini diarah untuk menjadi mesin pembunuh, yang telah membunuh jutaan umat manusia di lain-lain negara, kini sudah mula berpaling tadah. Kepimpinan mereka mulai tak senang untuk terus duduk di atas tahta masing-masing dan mereka mula bertelagah sesama sendiri.

Perarakan Yellow Vest Yang Akhirnya Dapat 
Membawa Kepada Pemberontakan Rakyat

Negara-negara yang mengagungkan ajaran Iblis kini mulai lemah. Kesungguhan mereka untuk membunuh umat Islam semakin pudar. Pada masa umat Islam belum mampu menguasai musuh mereka, musuh umat Islam itu kini semakin menderita. Perkara seperti ini pernah terjadi di Uni Soviet selepas “tewas” dalam peperangan di Afghanistan. Pergolakan rakyat yang berlaku di negara Uni Soviet itu selepas itu, akhirnya menyebabkan ideologi komunis di negara berkenaan tumbang. Usaha bangsa Yahudi memperkenalkan ideologi komunis melalui fahaman Marxisme dan Leninisme secara bersungguh-sungguh, yang dahulunya telah berjaya membawa pembunuhan jutaan umat manusia melalui revolusi Bolsevic, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Bangsa Yahudi kini menjadi bangsa yang paling dibenci di seluruh dunia. 

Itu adalah rujukan sejarah hancurnya ajaran Iblis di Soviet Union. Jutaan umat Islam Afghanistan telah terkorban dan negara itu sehingga kini masih belum aman. Langkah Iblis selepas itu adalah menghasut Amerika Syarikat untuk membalas dendam kesumat bagi pihaknya supaya serangan ke atas Afghanistan diteruskan. Kempen memerangi pengganas itu, sekali lagi telah membawa kematian kepada jutaan umat Islam Afghanistan. Berjuta-juta umat Islam Afghanistan telah terkorban sejak dahulu lagi dan mereka menempuh nasib malang sebagai negara yang akan ditinggalkan dalam keadaan huru hara. Pun begitu sebahagian besar negara umat Islam sendiri masih termakan dengan kempen Iblis, yang terus melabel umat Islam Afghanistan sebagai pengganas. Pada masa tulisan ini ditulis, tentera Amerika Syarikat sedang membilang hari untuk dicabut keluar dari Afghanistan. Mereka akan keluar sebagai pihak yang tewas setelah kemenangan diperolehi oleh pihak ‘pengganas’. Umat Islam sebenarnya tidak perlu untuk menewaskan musuh mereka di medan pertempuran. Cukup dengan membunuh musuh mereka sehari seorang sudah memadai untuk musuh mereka itu, terlalu banyak menghabiskan belanja yang sangat besar dalam peperangan yang sangat kecil. Tempoh yang terlalu panjang akan menyebabkan semangat juang tentera musuh mereka itu menjadi pudar dan kematian musuh mereka seorang sehari, sudah memadai untuk mengakibatkan tentera musuh mereka itu mengalami trauma mental yang parah. 

Pengikut Iblis Yang Semakin Berpecah 

Belanja peperangan memerangi ‘pengganas’ adalah belanja peperangan yang sangat besar dalam sejarah dunia. Kerana itu harta mereka dalam bentuk petro-dollar menjadi semakin mengecil. Akibatnya, wang negara-negara lainnya yang turut ditambatkan kepada petro-dollar juga menjadi semakin mengecil. Ini ditambah lagi pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang menjanjikan kebuluran rakyat negara-negara terbabit. Di sana sini di negara-negara kapitalis kini, kita dikejutkan dengan perhimpunan rakyat yang menuntut tambahan gaji mereka. Mereka semakin tidak memiliki cukup nilai wang bagi menampung perbelanjaan bulanan mereka dan kejadian jenayah di negara mereka semakin meningkat. Kemuncak kepada tuntutan sedemikian akhirnya akan melumpuhkan pentadbiran sesebuah negara. 

Kiranya usaha Iblis selama ini berjaya menundukkan semua negara bukan Islam dan sebahagian daripada negara-negara umat Islam sendiri, namun usahanya itu telah menghadapi cabaran yang sangat besar di negara Afghanistan. Akibatnya, kempen Iblis untuk menyesatkan umat Islam semakin menempuh kegagalan. Lalu diusahakan cara terakhir iaitu untuk menyesatkan umat Islam melalui ajaran agama mereka sendiri yang diselewengkan. Maka muncullah ajaran-ajaran Islam baru seperti ajaran Wahabi yang diubahsuai, untuk membenci kepimpinan Ahlul Bait daripada keturunan RasululLah S.A.W. Semua usahanya itu adalah sesuatu yang berkaitan rapat dengan sempena asal kejadian umat manusia itu sendiri. Usaha Iblis yang begitu kejam selama ini ke atas manusia, adalah semata-mata untuk membuktikan kepada Allah Ta’ala, Tuhan seru sekian alam, kononnya Tuhan telah tersalah dalam memilih khalifah di muka bumi ini, sehingga urusan di muka bumi ini telah diserahkan kepada anak-anak Adam A.S. Sejarah bangsa jin sehingga membawa kerosakan kepada permulaan bumi ini telah pun terjadi beribu-ribu tahun sebelum kemunculan manusia di muka bumi ini. Iblis selaku ketua kepada bangsa jin adalah perosak kepada makhluk-makhluk dan persekitaran kehidupan mereka sebelum ini. Iblis tidak dapat menerima hakikat bahawa pentadbiran di bumi ini memerlukan manusia untuk membentuk kekhalifahan baru yang akan membawa usaha pemulihan. Atas sebab kesombongan itu, ia telah enggan untuk sujud kepada tubuh Adam A.S. yang dikatakan tidak memiliki sebarang bukti keta’atan kepada Tuhan serta tidak pernah ada sebarang pengalaman menjalani kehidupan di bumi ini.

Usaha Iblis yang membentuk sejarah dunia,
adalah berkait rapat dengan sejarah 
penciptaan manusia itu sendiri.

Jentera Peperangan Terakhir Iblis – Serangan Extra Terestrial 

Penulis telah nyatakan secara panjang lebar sebelum ini tentang keagungan kerajaan Saba’ yang dipelopori oleh Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. Seterusnya penulis telah jelaskan tentang rekaciptaan silam pada zaman Nabi Sulaiman A.S. yang tidak akan diwarisi oleh mana-manapun kerajaan selepas itu. Rekaciptaan seperti tamathil yang umat masakini memanggilnya sebagai alien adalah sisa yang tinggal, yang masih berada di bawah kawalan bangsa jin. Begitu juga dengan rekaciptaan pesawat berkelajuan tinggi melebihi kelajuan bunyi yang kini lebih dikenali sebagai pesawat UFO. Rekaciptaan seperti ini sekiranya dikuasai oleh mana-mana kerajaan di dunia ini pada masa ini, pastinya akan membawa kerosakan yang amat besar kepada umat manusia. Persembahan video yang ditunjukkan sebelum ini telah menerangkan fenomena pelik-pelik yang amat sukar diterima oleh sebahagian besar umat manusia di dunia ini. Penulis dalam menyampaikan perkara ini juga terpaksa mengambil jalan berhati-hati agar pendakwaan yang dibuat tidak terlampau menjurus untuk membawa pembaca mempercayai perkara yang bukan-bukan. Perkara ini amat ‘komplikated’ untuk diterangkan kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang menyentuh kehidupan seharian umat manusia itu sendiri. Aktiviti yang kita lakukan sebaik sahaja kita bangun dari tidur, perjalanan harian kita ke tempat kerja, pekerjaan yang kita lakukan dan akhirnya kembali ke rumah masing-masing, semua itu semata-mata bertujuan untuk menjelaskan hutang bulanan. Semua itu pada masa ini adalah bermatlamatkan Iblis dan bukan lagi bertujuan untuk beribadat kepada Allah Ta’ala.

Perancangan ribuan tahun dahulu sebelum tersebarnya bangsa manusia di permukaan bumi ini, akan dilaksanakan tidak lama lagi.




Saturday, January 26, 2019

PENGIKUT-PENGIKUT AJARAN IBLIS



 ﻻ ﺎ ﻦ 

Lalu telah mengikuti mereka akannya kecuali sebahagian daripada golongan beriman.

iaitu mereka menurutinya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).

Ayat ini menjelaskan bahawa perencanaan menurut persangkaan Iblis, pastinya akan dituruti oleh umat ini kecuali sebahagian kecil golongan beriman. Adapun sebahagian golongan yang mengaku beriman lainnya, sesungguhnya akan ada yang turut terikut-ikut dengan persangkaan Iblis sedemikian.

Strategi yang digunakan oleh Iblis sedemikian rupa pastinya merupakan strategi yang dapat mengelirukan umat manusia. Ribuan tahun, ia telah memerhatikan manusia sejak keengganannya untuk sujud kepada jasad Adam A.S. lantaran takbur. Lantaran itu ia amat berpengalaman terhadap umat manusia berbanding umat manusia itu sendiri. Oleh itu hanya perlindungan Allah sahaja yang boleh kita harapkan dalam menghadapi spesis ini.

Ajaran Iblis Dengan Strategi Yang Mengelirukan

Setelah Tuhan menjatuhkan hukum sesat terhadap Iblis, sesungguhnya ia telah bersumpah untuk mendudukkan manusia atas jalan Tuhan yang lurus – iaitu jalan kebenaran, iaitu ia pasti akan menunjukkan kepada manusia jalan kebenaran terlebih dahulu. Ini sesuai dengan perkataannya yang telah direkodkan dalam Al-Qur’an melalui surah Al-A'raf ayat 16. Kemudian ia akan datang dari segenap arah untuk mendatangkan kekeliruan terhadap umat manusia.


Jangan terperanjat, Iblis juga 
menunjukkan jalan kebenaran...

Salah satu bentuk ajaran Iblis adalah separuh benar dan separuh palsu. Tentunya ajaran demikian adalah ajaran yang amat mengelirukan. Terdapat perpatah dalam Bahasa Inggeris yang lebih dikenali sebagai “disinfo” melalui kaedah “know the fact then manipulate the truth”. Kaedah ini digunakan untuk tujuan menyatakan sesuatu yang benar sebagai palsu dan begitu juga sebaliknya. Permainan kata-kata digunakan untuk tujuan menghalalkan aktiviti mereka membawa kerosakan kepada umat. Berikut ini adalah contoh penggunaan kata-kata yang sengaja dijadikan suatu kekeliruan.

Baru-baru ini, ramai ahli teori konspirasi dihebohkan tentang aktiviti “chemtrail” yang dilakukan oleh pihak tertentu yang katanya untuk tujuan kebaikan demi penjagaan alam. Hanya kerana sebutan “chemtrail” digunapakai, sesiapa sahaja yang membincangkannya akan dituduh sebagai ahli teori konspirasi dan dianggap gila. Maka tiba-tiba sahaja lahir golongan “debunker” yang mahu memperbetulkan keadaan dan menyalahkan golongan teori konspirasi sebagai pihak yang tersasar. Namun apabila penggunaan istilah “chemtrail” ditukar kepada “tropospheric aerosol” tiba-tiba sahaja mereka yang menyebutnya, dianggap sebagai berpelajaran. Walhal apalah bezanya sangat antara “chemtrail” yang disemburkan oleh pesawat berbanding dengan perlepasan “tropospheric aerosol” yang juga disemburkan oleh pesawat yang meluncur di lapisan troposfera.

Negara ini diperintah oleh orang sakit!!!! 


Golongan Iblis Yang Diumpan Melalui Penguasaan Harta Benda 

Oleh kerana hanya sedikit daripada golongan beriman tidak terpedaya dengan persangkaan Iblis sedemikian, kebanyakan daripada mereka juga adalah termasuk yang terpedaya atau terikut-ikut dengan strategi Iblis. Perkara ini terjadi disebabkan oleh penguasaan golongan Iblis yang menguasai media massa, sehingga sesiapa sahaja yang menerima perkhabaran sedemikian, pasti akan terikut-ikut untuk mempercayainya. Contoh yang baru penulis berikan di atas adalah merupakan kejadian untuk mengatasi kerosakan lapisan langit, yang kerosakan itu telah terjadi sejak revolusi perindustrian mula diperkenalkan. Revolusi perindustrian yang telah terjadi, adalah merupakan kesan kempen penyediaan dana yang besar melalui aktiviti ekonomi berasaskan riba, yang juga dibenarkan berlaku dalam sistem ekonomi kapitalis. Melalui media masa, golongan pengikut Iblis sentiasa berusaha meyakinkan orang ramai bahawa tindakan mereka sejak dahulu lagi, adalah demi kebaikan kehidupan orang ramai. Atas alasan memulihkan lapisan langit yang telah rosak, golongan Iblis sebenarnya mengambil kesempatan ini untuk merosakkan tubuh umat manusia.





Thursday, January 10, 2019

SURAH AS-SABAK AYAT 20 -- APAKAH STRATEGI MEREKA?


ﻭﻟﻘﺩ ﺻﺩﻕﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﺑﻠﻴﺲ ﻇﻨﻪ

Dan demi sesungguhnya, telah membenarkan ia ke atas mereka oleh iblis akan sangkanya.

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka,

Menanam Sangkaan

Iblis telah cuba meyakinkan kepada kebanyakan daripada manusia akan kebenaran sangkaannya. Dengan mengamalkan sistem kapitalis berasaskan riba dan pajakan, Iblis cuba menyakinkan persangkaannya, bahawa sistem ekonomi sedemikian akan mewujudkan ahli masyarakat yang kaya raya, negara yang kaya raya dan mereka tidak perlu untuk mematuhi arahan Tuhan supaya banyak bersadaqah. Bersadaqah dikatakan membawa kemiskinan dan menghasilkan umat yang malas. Sekali pandang, kita akan dapati keadaan seperti itulah yang telah terjadi. Negara kelihatan kaya raya dengan pelbagai bentuk pembangunan. Sebahagian ahli masyarakat juga dikatakan kaya raya kerana memiliki harta yang serba canggih seperti rumah kediaman yang mewah serta kenderaan serba eksklusif. Dan yang tertarik kepada usaha Iblis ini adalah sebahagian besar umat manusia termasuk segelintir orang beriman.

Sekiranya dahulu, dengan rajin berkerja dan bersungguh-sungguh memonopoli perniagaan telah menyebabkan penduduk negeri Sabak dapat melalui kemewahan hidup dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah, namun keadaan itu telah berakhir dengan kebinasaan. Sangkaan yang dibawa oleh Iblis terhadap umat akhirnya meleset dan umat akhirnya menempuh hidup dalam penderitaan. Tiadalah janji Iblis melainkan tipudaya belaka.

Pada zaman ini, persangkaan Iblis seperti ini telah kembali terserlah dalam kehidupan umat. Kita dapati pada waktu ini, sebahagian umat ini telah enggan bersadaqah untuk membantu sesama umat seagama sekalipun kepada yang sebangsa dengan mereka. Cengkaman menjalani kehidupan riba, demi memenuhi cara hidup kapitalis telah mengakibatkan mereka mengalami kesempitan hidup akibat daripada hutang yang ditanggung. Mereka langsung tidak menyedari ajaran Iblis yang mereka turuti telah menyediakan jalan kebinasan terhadap kehidupan mereka sendiri dalam sedikit masa lagi. 

Adakah dengan kedekut serta bersungguh-sungguh mengumpul harta dengan jalan riba, akan sentiasa menjadikan seseorang itu akhirnya kaya raya? Adakah pihak yang menaja aktiviti riba akhirnya dapat menjalani kehidupan senang lenang dan terjamin ‘kebahagiaan’nya sepanjang masa? Ajaran untuk membenarkan persangkaan seperti ini adalah ajaran Iblis dan sejak dahulu lagi ajaran Iblis ini apabila dituruti akhirnya hanya membawa derita dan mala petaka. Iblis tidak ada idea langsung untuk membaik pulih sistem ekonomi pada pendapatnya itu sehingga dapat memuaskan semua pihak. Akhirnya semua pihak merana apabila institusi perbankan sendiri tidak dapat memungut kembali keseluruhan ‘wang’nya yang telah dilaburkan sebagai tujuan pinjaman.

Sejarah Yang Akan Berulang

Dua perang dunia yang besar telah berlaku gara-gara kejatuhan ekonomi dunia akibat pengamalan riba. Iblis amat mahir tentang penyebab peristiwa itu dan persiapan menghadapi perang dunia ke-3 sedang disediakan supaya hamba-hamba hutang dapat dikerah untuk dijadikan tentera kerahan. Pendeposit-pendeposit serta para pelabur pula sedang dirancang untuk dihapuskan supaya golongan Iblis dapat meraih kemewahan sepenuhnya dan seterusnya menguasai dunia. Akhirnya, golongan Iblis pasti akan tewas kerana perkara yang dibawanya kepada kehidupan umat manusia kesudahannya menjurus kepada sesuatu yang mempamerkan kekejaman. Fahaman Nazi yang mengagungkan kaum Aryan akhirnya ditewaskan oleh gerakan komunis, gerakan komunis yang menolak sebarang kepercayaan tentang Tuhan, akhirnya ditewaskan oleh fahaman kapitalis yang tidak menampakkan paksaan dalam memilih agama anutan masing-masing. Dan akhirnya ideologi kapitalis pasti akan tewas disebabkan oleh ideologi itu sendiri diasaskan berdasarkan hawa nafsu serta kepentingan golongan tertentu. Dua faktor yang menjadikan mereka itu akhirnya tewas adalah kerana sifat tamak dan kekhuatiran kehilangan sesuatu. Dua sifat yang sebenarnya telah sedia wujud dalam sanubari hampir seluruh umat manusia. Sekiranya kita dapat menewaskan sifat-sifat buruk seperti ini, kita akan dapati kehidupan yang kita lalui merupakan kehidupan penuh erti dan dapat menyerlahkan lagi sifat bersyukur oleh setiap individu. Kehidupan harmoni dengan keadaan ahli masyarakat saling bantu membantu dan mengambil berat antara satu sama lainnya tentunya suatu pilihan yang selari dengan naluri manusia itu sendiri.

Persangkaan-persangkaan Iblis Terhadap 
Kejadian Yang Bakal Menimpa Manusia

Dengan pengamalan aktif sistem kapitalisma, akhirnya umat manusia akan rosak. Hubungan sesama mereka menjadi sangat buruk dan mereka menjadi seperti umat silam yang hidup dengan cara menindas golongan atau individu lemah lainnya. Janji kemewahan kerana amalan sistem kapitalis hanya akan terjadi kepada manusia tertentu, yang akan diperkudakan bagi memenuhi agendanya. Selalunya kita dapati mereka ini adalah golongan elit tertentu yang memilih secara sukarela untuk menyembah Iblis.

Hampir seluruh pengamal-pengamal kapitalisma, dijanjikan dengan kemewahan hidup. Angan-angan mereka diwarnakan dengan mimpi-mimpi indah seolah-olah mereka pasti akan dapat mencapainya. Iblis telahpun mengetahui akhirnya kebanyakan mereka akan mati terlebih dahulu sebelum mencapai angan-angan mereka itu dan mereka hanya dapat tinggalkan di belakang mereka, waris-waris yang akan menanggung hutang secara berterusan.


Lupakanlah ahli politik. Mereka tak ada 
manfaatpun kepada umat.

Amalan ekonomi riba dijadikan suatu perintah baru dalam agama. Usaha Iblis dalam hal ini telahpun berjaya. Setelah tentera-tentera mereka berjaya menjajah negara umat Islam, usaha terbaru mereka adalah melaksanakan agenda Iblis melalui pengamalan ekonomi kapitalisma. Sistem ekonomi berasaskan riba ini telahpun dijadikan halal dan dianggap sebagai sebahagian daripada perintah agama. Penjawat-penjawat agama hasutan Iblis pula sanggup diupah untuk menguatkasakan perlaksanaan riba yang dijenamakan semula sebagai perbankan Islam. Deposit tetap untuk tujuan riba dijenamakan sebagai perletakan harta. Bunga riba atau disebut sebagai faedah bank dijenamakan sebagai keuntungan, penggandaan atau ‘compounding’ dijenamakan semula sebagai mudharabah dan pelaburan riba dalam bentuk bond ditukar nama kepada sukuk. Langkah seperti ini adalah seperti menyamakan mukjizat dengan sihir. Yang berbeza hanya sipelakunya sahaja. Iblis menyangka usahanya ini akan berjaya tetapi perkara sebaliknya pula terjadi apabila ramai golongan bangsawan akhirnya membunuh diri dan rakyat biasa pula ramai yang menjadi gila. 

Apabila sesuatu yang dilarang dalam agama dijadikan perintah agama, kita akan mudah dapati kemunculan ajaran-ajaran baru lainnya yang pelik. Apabila penjawat-penjawat agama itu sendiri mulai ‘melompat’ terhadap sebarang kenyataan yang mengaitkan sistem pinjaman wang melalui perbankan Islam sebagai riba - adakah mereka itu tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang dipergunakan? Contoh ajaran baru seperti taaliq nikah, telah dianggap sebagai perintah agama sehingga mengakibatkan kadar penceraian dalam kalangan umat Islam meningkat mendadak. Terdapat kes wanita menjadi mak imam sehingga ramai umat Islam sendiri telah ikut tersesat jalan. Bahan najis pula dijadikan halal oleh ‘ulama-ulama’ hasutan syaitan sehingga ramai umat Islam ditimpa penyakit. Secara perlahan-lahan ‘ulama-ulama’ seperti ini akhirnya membentuk ajaran Islam liberal yang menyamakan hak wanita adalah sama dengan hak lelaki. Bahkan akhirnya golongan LGBT pula, melalui sokongan ‘ulama-ulama’ seperti ini, akan cuba mendapatkan pengiktirafan agama Islam setelah mereka berjaya merosakkan agama Kristian.  


Sistem kapitalisma adalah sesuatu yang
dapat merosakkan kepercayaan agama
seseorang. Melawan sistem kapitalisma
secara mendadak pula boleh menjadi
penyebab kepada kerosakan
negara dan masyarakat.

Ukuran kebenaran Al-Qur’an dibuat semata-mata bersandarkan hujah-hujah saintifik penemuan Barat. Rujukan sains pula dianggap sebagai kayu ukur untuk menentukan kebenaran kitab suci Al-Qur’an walhal mereka telah mengetahui bahawa perkara sains tidak semestinya benar. Beginilah mereka apabila hujah ilmiah mereka selama ini, yang cuba menolak sebarang ajaran agama semakin tewas, mereka akhirnya kembali menerima ajaran agama tetapi pada masa yang sama cuba merosakkan agama itu sendiri dari dalam. 


Kiranya apa yang dinyatakan melalui klip
video ini benar, marilah kita sama-sama
bagi makan buah tin dan zaitun kepada
monyet dan beruk, supaya mudah-mudahan
'mereka' akan jadi cerdik seperti manusia.

Kita dapati pada masa ini, golongan fahaman Islam seperti ini sanggup menaja artis-artis yang kononnya berpakaian seperti pakaian muslimat, untuk melalak-lalak di khalayak ramai bagi mempersembahkan amalan ‘Islam’ mereka. Kita juga harus menyedari bahawa penaja-penaja mereka juga sebenarnya pihak yang memperkenalkan ajaran yang menggalakkan wanita menjadi imam solat yang dituruti oleh kaum lelaki di belakang mereka. Balkan mereka ini juga termasuklah pihak yang menaja keganasan atas nama Islam melalui perjuangan ISIS dan sebagainya. Semua perkara yang penulis nyatakan ini adalah agenda Iblis sebagai suatu program mengiringi projek “Weaponization Of Space”. Mereka mahukan projek mereka berjalan lancar tanpa disedari oleh sebahagian besar manusia terutamanya umat Islam.

Kemuncak kepada semua program yang dinyatakan adalah penggunaan wang maya. Melalui penguasaan sepenuhnya aliran wang, mereka akan dapat menentukan jenis makanan yang harus manusia makan dan bukan makanan lain, jenis minuman yang harus manusia minum dan bukan minuman lain. Begitu juga dengan jenis tanaman yang manusia boleh tanam dan bukannya tanaman lain. Pelbagai alasan digunakan termasuklah kononnya untuk mengawal penularan penyakit tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Semua produk yang dihasilkan untuk tujuan komersial, harus ditandai dengan kod-kod tertentu dan mana-mana produk yang tidak melalui prasyarat mereka akan dihalang daripada memasuki pasaran. Golongan beriman pada masa itu tidak ada pilihan lain terpaksa melarikan diri ke gua-gua, pinggir-pinggir bukit ataupun gunung demi menyelamatkan pegangan agama mereka. 


Sunday, December 23, 2018

TINDAKAN MEMBELI YANG KONONNYA UNTUK TUJUAN MEMBELA


Apa benarkah penggunaan wang maya akan memulihkan kedudukan ekonomi negara? Jawapannya mungkin ya. Meletakkan kita di penjuru bucu jurang yang hampir runtuh akan menyebabkan kita berpaut kepada apa sahaja yang dihulur kepada kita, asalkan kita tidak terus jatuh terjunam. Kedudukan ekonomi kapitalis kini telah berada di tepi jurang yang hampir runtuh. Setiap negara terpaksa berhempas pulas untuk menyelamatkan keadaan. Ekonomi perlu di‘reset’ semula dengan pelbagai cara. 

Cara yang paling mudah adalah dengan memulakan peperangan. Peperangan akan menyebabkan banyak jiwa terkorban. Mereka yang terkorban tentunya tidak perlu membayar hutang. Para pendeposit yang menyimpan harta mereka di bank-bank juga perlu dihapuskan agar mereka tidak dapat menuntut kembali wang simpanan mereka. 

Sekiranya dahulu ketika Perang Dunia Ke-2, mereka yang berhutang adalah tentera-tentera Jerman yang terlibat dalam peperangan. Tentera-tentera itu asalnya adalah rakyat yang dibelenggu dengan hutang yang akhirnya diprovokasi untuk memulakan peperangan. Pendeposit-pendeposit harta pula adalah bangsa Yahudi yang terpaksa dibunuh beramai-ramai agar mereka tidak dapat menuntut kembali harta yang mereka depositkan ke dalam bank. Perancang kepada program pembunuhan seperti ini adalah keluarga Rothchild – berbangsa Yahudi. Mereka mahukan hanya mereka dan ahli keluarga mereka sahaja yang hidup dan menjadi raja sementara seluruh manusia lainnya menjadi hamba yang menyembah mereka. 

Tindakan berbunuhan sesama sendiri dan pembunuhan beramai-ramai itu adalah laksana tikus-tikus kelaparan. Perkara ini telah dilakukan sebanyak dua kali melibatkan perang dunia dan mereka mahu lakukannya sekali lagi. Manusia seluruhnya harus berbunuhan sesama sendiri sehingga akhirnya kaum mereka dan penyembah-penyembah kaum mereka sahaja yang wujud. Perang besar kali ke tiga atau lebih dikenali sebagai ‘malhamah qubro’ adalah sesuatu yang pasti akan terjadi. Negara-negara yang dihasut untuk berperang sebelum ini akan digunakan sebagai ugutan supaya kita semua mematuhi mereka ini. Afghanistan, Iraq, kemudian diikuti dengan Syria dan Yaman, dan selepas ini Arab Saudi, akan dipergunakan sepenuhnya untuk menakut-nakutkan negara lainnya. Di negara Amerika Latin, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara Venezuela. Rakyat negara Hondurus dibeli untuk berhijrah ke Amerika Syarikat melalui perjalanan yang jauh.

Mereka ini dibayar untuk berhijrah! 

Dalam keadaan ekonomi sesebuah negara tidak lagi terkawal, mereka sudah dijangka akan menggunakan platform wang maya supaya negara-negara tertentu tunduk di bawah kawalan mereka ini.  Pelbagai bentuk tawaran dan bantuan akan dihulurkan supaya kononnya negara yang tersepit itu akan menjadi aman. Sungguh ia kelihatan menarik dan negara kita ini, kini sedang dikepung melalui ekonomi dan undang-undang antarabangsa supaya akhirnya turut termasuk dalam perangkap mereka. Racun permusuhan berasaskan kaum dan perbezaan agama sedang disembur di negara ini agar negara ini dapat dihuru-harakan.




Saturday, December 15, 2018

KONSPIRASI SEDUNIA YANG SEDANG DIRENCANA



Adakah pengguna menyedari tentang teknologi RFID? Apakah hubungan teknologi ini dengan penggunaan wang maya? Apakah peranan tangan-tangan belakang yang sengaja merancang teknologi sedemikian? Apakah matlamat mereka dan bagaimanakah kesudahannya?

Sebelum membuka tajuk ini, penulis terlebih dahulu ingin menyentuh tentang keadaan semasa dan perkara yang dijangka bakal terjadi dalam sedikit masa lagi. Buat masa ini, pada masa tulisan ini ditulis, kita dapati keadaan seolah-olah tenang dan terkawal. Sebahagian besar daripada rakyat tidak menyedari perkara yang sedang terjadi dan masing-masing mengharapkan pemulihan ekonomi akan berlaku dan keadaan akan menjadi lebih baik pada tahun-tahun akan mendatang. 

Sekiranya dahulu perhijrahan besar-besaran rakyat sesebuah negara ke negara-negara lain adalah disebabkan oleh konflik seperti peperangan yang terjadi di negara asal mereka, keadaan sekarang sudah semakin kritikal. Penghijrahan beramai-ramai rakyat dari utara Afrika ke benua Eropah contohnya, bukan lagi disebabkan oleh konflik peperangan tetapi turut didakwa disebabkan oleh bencana cuaca. Perpindahan penduduk Hondurus ke Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh kadar jenayah yang sangat tinggi yang terjadi di negara asal mereka. Sekalipun terdapat dakwaan bahawa penghijrahan itu turut dibantu oleh pihak-pihak tertentu, semua itu dapat terjadi atas perkara yang tidak dapat dielakkan seperti konflik, bencana cuaca, bencana ekonomi dan sebagainya yang telah menjadi semakin serius.

Keadaan ini juga terjadi di negara kita. Kita dapat melihat kebanjiran pendatang-pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Filipina dan India, disebabkan oleh keinginan mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Kedatangan penduduk dari Myanmar pula adalah akibat konflik yang terjadi di negara mereka. Kedatangan pelawat-pelawat dari negara China dan Nigeria pula adalah untuk memenuhi kuota menambahkan aktiviti gelap mereka di negara ini. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja termasuk merasuah pegawai-pegawai imigresen, yang sejak awal-awal lagi sememangnya telah ketagih wang dan akibatnya, negara kita kini dilanda masalah serius yang dicetuskan oleh warga asing itu sendiri. Kek ekonomi yang diperolehi oleh setiap rakyat negara ini turut semakin mengecil dan pelbagai masalah dalaman telah timbul. Apatah lagi, rakyat di negara ini sedang menghadapi masalah inflasi yang besar, disebabkan kegagalan pemerintah mengawal peningkatan kos pengangkutan terhadap produk-produk keperluan rakyat. Peringatan-peringatan melalui tulisan seperti ini hanyalah dianggap seperti suara kecil yang tidak ingin untuk mereka dengari. Mereka pasti akan menghadapi masalah yang lebih besar selepas ini.

Sebenarnya usaha besar yang sedang dilakukan oleh para konspirator adalah untuk menjayakan projek “Weaponization of Space”. Projek yang dirancang ini, bukan sahaja bertujuan meletakkan pelbagai jenis senjata di angkasa lepas, tetapi juga untuk tujuan pengintipan dan untuk tujuan memaksa negara-negara membangun menerima program penggunaan wang maya atau yang lebih dikenali sebagai wang digital. Alasan yang digunakan adalah kononnya untuk tujuan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan menangkap penjenayah serta pendatang asing tak sah. Untuk tujuan itu, pihak berkuasa harus dapat mengawal sepenuhnya aliran wang. Setiap unit wang harus disertakan dengan ID dan sebarang pergerakan wang akan dapat diselusuri. Program seperti ini memang tampak menarik tetapi yang tidak menariknya adalah, kita akan kehilangan kebebasan terhadap wang yang kita miliki. Langkah mula yang telah dilaksanakan adalah, kiranya kita ingin mengeluarkan sejumlah wang yang banyak, kita akan ditanya daripada manakah wang itu kita perolehi dan apakah tujuan wang itu dikeluarkan? Soalan-soalan seperti ini sebenarnya adalah langkah awal yang mencabut kebebasan kita untuk mengawal sepenuhnya harta kita sendiri.


Peperangan akan datang adalah untuk
mencabut kebebasan seluruh warganegara.

Mereka sebenarnya telah lama mengetahui bahawa sistem ekonomi kapitalis akan berakhir dengan kebuluran rakyat sesebuah negara yang mengamalkannya. Dan perkara seperti inilah yang mereka telah rancangkan sejak sekian lama. Sistem kapitalis mengakibatkan orang ramai sentiasa bergantung kepada wang untuk terus hidup. Kita tidak seharusnya menyalahkan pihak bank semata-mata apabila kegawatan besar berlaku. Pihak bank hanya bertindak sebagai mesin ekonomi yang hanya memberi pinjaman kepada institusi-institusi dan juga orang ramai dan kemudian mengambil keuntungan berdasarkan peratusan yang dipersetujui. Kitaran yang diwujudkan oleh pihak bank adalah penghasilan lebih ramai hamba-hamba hutang yang akhirnya setiap mereka tidak lagi mampu untuk melunaskan hutang mereka. Oleh kerana bank sentiasa menganggap pihak yang berhutang adalah termasuk aset jangka panjang mereka, bank-bank akhirnya akan kehilangan aset mereka itu apabila semakin ramai peminjam diistihar muflis. Bank akhirnya tidak dapat memulangkan nilai pinjaman bond yang mereka perolehi. Fenomena ini akhirnya akan mengakibatkan bond-bond yang dikeluarkan oleh bank pusat mengalami pengurangan keberhasilan (yield) dan pemegang-pemegang bond, akhirnya akan menjual secara berbondong-bondong bond-bond pegangan mereka itu. 

Kejatuhan keberhasilan bond akan mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang dan pemegang mata wang yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat biasa akhirnya akan kebuluran. Tidak ada lagi orang kaya ketika itu kerana wang yang banyak yang mereka simpan, kini menjadi seperti wang pisang semasa zaman penjajahan Jepun dahulu. Perkara ini pasti akan terjadi dalam sedikit masa lagi.




Sunday, December 9, 2018

PENGAJARAN AWAL HIMPUNAN SURAH SETAKAT INI


Kecanggihan semata-mata bukanlah jawapan kepada permasalahan ekonomi, sosial dan pembangunan yang wujud di sesuatu negara. Semua ini terdapat contohnya dalam peradaban silam negeri Sabak yang telah musnah gara-gara keingkaran penduduk negeri itu sendiri. Umat ini terlalu berbangga dengan penghasilan peralatan berteknologi yang mereka perolehi, walhal semua itu tidak sepenuhnya dapat membantu mereka untuk mengelak bencana.

Antara teknologi dan persoalan ghaib, terdapat perkaitan yang dapat dihubungkan melalui kisah-kisah pembangunan pada zaman Nabi Daud A.S. dan juga Nabi Sulaiman A.S. Walaupun masyarakat umum pada masa ini tidak suka membincangkan hal-hal yang berkaitan perkara mistik, namun kejadian yang dianggap mistik sentiasa berlaku sepanjang zaman.

Apabila dibincangkan dengan lebih mendalam, kita dapati terdapat perkaitan antara teknologi silam dengan perkara-perkara yang dibincangkan oleh ahli teori konspirasi pada masa ini. Penulis tidaklah mendakwa dapat memberi penerangan secara tepat tentang kebenaran teori berkenaan, namun oleh kerana tiada jawapan mudah untuk menjelaskannya, perkaitan daripada kitab suci adalah panduan yang harus diteliti.

Penulis ada menyentuh tentang permasalahan ekonomi dunia dan bagaimana puak globalis telah merancang secara teliti untuk menguasai dunia ini. Bermula dengan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis melalui penjajahan demi penjajahan, kini sistem ekonomi ini telah menampakkan kekalutannya sebagaimana yang telah dirancangkan. Mereka ini sebenarnya adalah watak-watak yang seringkali disebut oleh ahli-ahli teori konspirasi. Dan nampaknya kebanyakan daripada ketua-ketua negara seringkali mengelak daripada mengakuinya.

Kiranya dahulu, kemajuan dan pembangunan negara diukur dengan kemasukan dana asing melalui pelaburan dan penjualan bond-bond, pada masa ini pembangunan seperti yang terjadi pada zaman itu sebenarnya telah berlalu. Perolehan daripada penjualan komoditi, daripada apajua jenis komoditi negara, telahpun merosot dengan ketara. Rakyat daripada negara asing juga seperti rakyat negara ini, semakin kurang kemampuan untuk berbelanja. Sekalipun sektor pembuatan digembar-gemburkan memberi pulangan lebih lumayan, semua itu hanya sesuatu yang bersifat sementara. Buktinya, semakin ramai rakyat negara ini yang bekerja, hanya memikirkan jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan dan akibatnya perbelanjaan terhadap tanggung jawab sosial juga akan semakin berkurangan. 

Dalam menghadapi keadaan ini, mahu tidak mahu, pihak pemerintah akan terpaksa mengurangkan pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat. Ataupun mereka memilih untuk menambah lagi hutang negara. Kita sebagai rakyat harus peka dengan keadaan ini. Sebenarnya persiapan harus dilakukan awal-awal lagi dan kiranya pembaca mula mengambil langkah persiapan pada ketika ini, pada ketika keadaan sudah semakin meruncing, sebenarnya persediaan yang dilakukan sudah hampir terlewat.









Monday, December 3, 2018

PENGAJARAN UNTUK YANG BERSANGATAN SABAR, BERSANGATAN SYUKUR


ﻮﺭ    

Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar (terdapat) tanda-tanda, bagi setiap yang bersangatan sabar, bersangatan syukur.

Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang ‘sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

Mengapakah pengajaran seperti ini yang kita perolehi? Mengapa tidak disebut bahawa, apabila corak pemerintahan di negara ini bertukar atau pengamalan Islam liberal dilaksanakan, maka negara akan dikatakan menjadi lebih maju. Lebih banyak bangunan-bangunan serba canggih yang terbiar kosong akan didirikan dan semakin ramai rakyat akan menjadi kaya dengan hutang. Mengapa tiada pengajaran yang menjurus kepada galakan supaya rakyat harus lebih banyak berhutang sehingga mereka akan menjadi lebih rajin bekerja? Mengapakah tiada galakan untuk umat ini berlumba-lumba mendapatkan harta dengan jalan itu? Bukankah dengan banyak harta, tidak akan menyebabkan mereka hidup melarat dan tidak pula mereka perlu meminta-minta? Apabila lebih ramai rakyat berlumba-lumba mendapatkan harta dengan jalan berhutang, bukankah bank-bank sepatutnya turut menjadi kaya raya?

Lihatlah sekarang ini, apabila rakyat yang diperkayakan dengan hutang sehingga dapat memiliki pelbagai jenis kenderaan yang dikatakan serba canggih. Lihatlah apabila sistem jalanraya atau lebuhraya yang telah dikemas kini, telah mengakibatkan berlaku perlanggaran undang-undang, bahkan telah mengakibatkan ramai yang terlibat dengan kemalangan. Lihatlah kepada sistem monopoli sekarang ini sehingga mengakibatkan perniagaan milik tempatan terpaksa ditutup dan perniagaan asing pula yang telah dibela untuk memberi pendapatan tetap kepada penjawat-penjawat sesetengah institusi kerajaan.

Sepatutnya penjawat-penjawat agama harus mengajari umat ini bahawa sistem riba berdasarkan perbankan Islam adalah sesuatu yang sangat baik. Kejayaan paling besar adalah apabila kita dapat gadaikan institusi kewangan milik umat Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam. Kemuncak kemajuan ekonomi umat Islam pula adalah apabila kita dapat tempatkan sebahagian besar mereka untuk mendiami rumah-rumah kotak di bawah jambatan. Bukankah itu merupakan natijah ajaran agama mereka yang paling benar yang harus dituruti umat?

Mereka yang bersangatan sabar dengan jarak laluan yang pendek antara perjalanan mereka, serta tempoh pemanduan yang agak lama, tidak harus diberi tempat dalam pembangunan negara. Mereka yang tidak sanggup berhutang bank serta sanggup berdikit-dikit sehingga berjaya, sebenarnya harus dikatakan telah terkeluar dari budaya kerja masyarakat negara ini. 

Selain daripada restoran, warung-warung, kedai-kedai runcit harus sentiasa dibuka 24 jam. Bank-bank harus beroperasi seperti kilang iaitu bekerja sepanjang masa dan negara harus wujudkan matahari mereka sendiri pada sebelah malam. Masa tidur harus dipendekkan dan melaksanakan ibadat malam seperti qiyamul lail haruslah dianggap membuang masa. Mereka yang bersangatan syukur dengan kurniaan rezeki yang sedikit dan kemudahan yang terhad, harus dijadikan seperti pelarian di negara sendiri. Mereka yang memilih untuk berpenghidupan melalui manifestasi bersyukur di negara ini, harus dijadikan sebagai peminta sedekah yang sentiasa melukut di tepi gantang. Mereka yang bersangatan sabar dalam perjalanan, jangan sekali-kali dibenarkan melalui laluan lebuhraya. Kesabaran menghadapi kerenah masyarakat, tidak harus diterima sebagai pencetus kehidupan sosial yang baik. Setiap ahli masyarakat haruslah dipersenjatai dengan pelbagai senjata agar mereka dapat menyelesaikan masalah pertikaian antara mereka secepat mungkin.





Sunday, November 25, 2018

KISAH YANG DIULANG-ULANGI


ﻓﺠﻌﻠﻨﻬﻢ ﺍﺣﺎﺩﻳﺚ   

Lalu telah jadikan Kami akan mereka buah mulut bahan perbualan dan telah memecahkan Kami akan mereka, akan segala pecahan.

Lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka; buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. 

Pembaca tentu masih ingat tentang negara Filipina, bagaimana suatu ketika dahulu merupakan kuasa ekonomi yang paling rancak di Asia Tenggara. Di situlah terletaknya bank Asia yang banyak membantu aktiviti pertanian di negara terbabit. Namun dengan berkat sistem kapitalis yang mereka anuti, kini negara mereka mengalami banyak masalah dan di mana-mana jua di negara Asia Tenggara yang lain, kita mudah dapati warga Filipina melarikan diri daripada bencana ekonomi negara mereka. Kejadian ribut dan banjir sering terjadi dan kebanyakan infrastruktur yang mereka bina terdedah kepada ancaman kemusnahan. Kini negara mereka diancam pemberontakan rakyat yang tiada kesudahan.

Di negara ini, sekalipun sumber mata pencarian tidak musnah, kerosakan aktiviti ekonomi oleh pengamalan aktiviti riba dalam sistem kapitalis, telah mengakibatkan rakyat hidup menjadi seperti hamba abdi. Mereka terpaksa menambah masa bekerja semata-mata untuk mendapatkan kecukupan belanja demi membeli makanan. Mujurlah pihak berkuasa masih mampu menyediakan subsidi supaya rakyat dapat memperolehi makanan asasi mereka pada harga yang agak berkemampuan untuk mereka bayar. Namun kemampuan seperti ini tidak akan bertahan lama. Semakin lama, bilangan rakyat yang berhutang semakin ramai dan jumlah hutang domestik sentiasa meningkat. Bukan mudah untuk pihak majikan menaikkan gaji dan inflasi sentiasa meningkat berbanding keupayaan berbelanja rakyat. Bagi mereka yang tidak layak berhutang, semakin banyak kuantiti barang kemas atau perhiasan emas mereka terpaksa digadaikan agar mereka dapat berbelanja seperti biasa. Bukan sahaja di negara ini, bahkan perkara seperti ini juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Dengan pendapatan negara daripada hasil petroleum yang mulai terjejas, kita akan dapat mendengar terdapat semakin ramai mereka yang akan diberhentikan kerja.

Keupayaan berbelanja rakyat semakin terjejas. Kita akan dapat menyaksikan suatu fenomena penghijrahan besar-besaran rakyat negara ini ke negara-negara yang dikatakan lebih maju untuk mereka dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan lebih lumayan. Dengan berkurangnya keupayaan berbelanja dan membayar hutang, akhirnya perniagaan perbankan juga turut terjejas. Di mana-mana jua, kita akan dapat perhatikan bilangan rumah dan kenderaan yang terpaksa dilelong telah bertambah dengan banyaknya. Pendapatan kerajaan melalui cukai berkenaan akan terjejas teruk dan pelabur-pelabur akan mula memindahkan pelaburan mereka ke tempat lain. Menaikkan kadar faedah bukanlah langkah yang baik dan begitu juga dengan menurunkannya pasti akan menjejaskan pendapatan kerajaan. Ekonomi menjadi semakin suram sehingga jumlah kenderaan yang melalui laluan lebuhraya akan semakin sedikit. Semakin banyak produk-produk keperluan pengguna di rak-rak terbuka akan terbiar begitu sahaja.

Kita dapati pecah belah dalam keluarga telah menjadi titik mula perpecahan kepada ahli masyarakat. Kadar penceraian meningkat mendadak dan nasib anak-anak semakin terjejas. Kempen-kempen kesedaran seperti “Women Against Voilent” semakin kerap ditayangkan melalui media massa. Adakah ini hasil yang kita dapati daripada kempen pemerintahan selama ini? Berapa banyak lagikah janji-janji akan dilontarkan untuk kita ditipu dengan mimpi-mimpi indah kejayaan masa hadapan? Dengan peningkatan kadar jenayah serta pelbagai bentuk aktiviti durjana, mampukah kita menghadapi dekad-dekad mendatang yang lebih mencabar?

Dalam dunia sekarang ini, seolah-olah
tiada siapa perduli dengan perkara yang
sedang dan bakal terjadi. Masing-masing
sibuk dengan hayalan mereka sendiri.








Sunday, November 11, 2018

KERJA-KERJA MENZALIMI DIRI SENDIRI



ﻮ  

Dan telah berlaku zalim mereka akan diri-diri mereka

Dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri;


Apalah faedahnya memonopoli perniagaan dan kemudiannya mengenakan harga yang tinggi setelah monopoli dilakukan. Pihak lain sama ada di luar daerah ataupun di luar kawasan yang juga mengamal monopoli, akhirnya turut sama meletakkan harga yang tinggi terhadap produk keluaran mereka. Tidak ada faedahnya monopoli dilakukan kerana akhirnya semua pekerja turut terpaksa menuntut bayaran yang tinggi sebagai gaji bulanan mereka, bagi mengatasi masalah perbelanjaan bulanan dalam suasana inflasi. Melalui monopoli perniagaan, para peniaga menaikkan lagi harga produk keperluan, supaya mereka dapat untung lebih. Lebihan untung yang mereka perolehi akhirnya terpaksa digunakan kembali untuk memenuhi tuntutan peningkatan gaji oleh para pekerja. Dengan pertambahan gaji para pekerja, kemampuan untuk berbelanja lebih akan terjadi dan sekali lagi harga produk keperluan ditingkatkan lagi oleh para peniaga atas desakan permintaan. Akhirnya, pekerja menuntut tambahan gaji lagi untuk mengatasi harga baru yang tinggi. Perkara ini terus berlaku secara berulang-ulang sehingga akhirnya tiada sebarang faedah untuk orang ramai menabung wang bagi menghadapi masa hadapan. 

Dengan tiadanya tabungan, yang wujud hanya hutang. Oleh kerana inflasi tidak dapat dielakkan, orang ramai akhirnya akan memilih untuk berhutang lagi bagi mengatasi masalah perbelanjaan mereka. Sekiranya tidak berhutang sekalipun, mereka memilih untuk membelanjakan sehabisnya setiap gaji atau pendapatan yang mereka perolehi sebelum harga produk naik lebih tinggi dalam jangkamasa terdekat. Inflasi akhirnya menjadi ‘spiral’ dan setiap alasan perbekalan dijadikan sebab untuk inflasi terus sahaja meningkat sekalipun kemampuan berbelanja semakin berkurangan.

Perkara Yang Dijangka Bakal 
Terjadi Di Negara Ini

Fenomena berhutang dan terus berhutang dan terus berhutang lagi, telah melanda negara ini sejak sistem kapitalis diperkenalkan sebelum merdeka lagi. Dan nampaknya sistem ini telah berada di kemuncaknya sebelum menjunam sehingga membawa kemelaratan hidup kepada sebahagian besar rakyat dalam sedikit masa lagi. Harapan yang tinggal, hanya kepada barisan kepimpinan baru untuk memperbetul keadaan atau mereka memilih untuk berlaku perubahan pemerintahan sekali lagi. 

Penulis kurang bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa perubahan kepimpinan yang terjadi baru-baru ini, adalah semata-mata disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat negara ini atas penyelewengan dan kepentingan peribadi individu-individu tertentu, yang berada dalam barisan kepimpinan. Perjuangan mementingkan diri sendiri adalah merupakan salah satu ‘residue’ dalam pengamalan sistem ekonomi kapitalis dan perkara ini akan terus terjadi selepas ini. Sekalipun pernah diramal suatu ketika dahulu bahawa perubahan kepimpinan akan berlaku, namun selagi sistem kapitalis tidak dihentikan, kita akan terus dapat menyaksikan beberapa perubahan kepimpinan akan terjadi lagi dalam waktu yang terdekat. 


Mungkin perubahan yang bakal terjadi akan dapat dilambatkan, kiranya kepimpinan baru mengambil pengajaran daripada penerangan surah ini, namun perubahan kepimpinan kepada parti-parti lain adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Penulis hanya mengharap perubahan kepimpinan yang bakal terjadi, akan berlangsung dengan aman. 





Tuesday, November 6, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 19 -- PUNCA INFLASI


 ﻓﺍ ﺎ ﺪ ﻦ 


Lalu telah berkata mereka, Tuhan kami, perjauhilah olehmu antara perjalanan kami ...

(Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain)”, 

Sebenarnya siapakah yang mahukan keadaan seperti ini? Mereka itu adalah ‘pemilik-pemilik’ lebuhraya ataupun peniaga-peniaga yang menerima bayaran besar daripada aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan perjalanan di atas lebuhraya. Sebagaimana yang penulis sebutkan sebelum ini, keadaan lebuhraya yang dibina sedemikian rupa sebagaimana yang dapat kita perhatikan, telah mengakibatkan inflasi besar-besaran terhadap produk keperluan pengguna lebuhraya. Keadaan ini akhirnya menular sehingga kepada produk-produk yang dijual di hentian yang dibina di luar daripada laluan berkenaan. Hal ini akhirnya juga telah menular sehingga kepada perniagaan di pekan-pekan yang lokasinya lebih jauh lagi, bahkan hingga sampai ke kampung-kampung. 

Statistik yang dikeluarkan oleh Public Bank dalam majalah Calibre keluaran bulan Oktober 2018 pada mukasurat 15, turut mengakui keadaan ini. Inflasi sekitar 0.8% sebulan (~10% setahun) terhadap barangan pengguna yang terjadi di negara ini, adalah disebabkan oleh kos pengangkutan yang tinggi. 

Semakin banyak laluan lebuhraya dibina, maka semakin banyak kenderaan yang akan melaluinya. Dengan lebih banyak hentian dibina dan kebiasaan pengguna lebuhraya membayar harga makanan pada harga tinggi, telah mengakibatkan terjadinya inflasi besar-besaran di seluruh negara. Perkara ini akhirnya telah menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah dan akhirnya turut menyumbang kepada permasalahan sosial.  


Sifat Tamak Pengusaha Yang 
Merupakan Suatu Kezaliman 

Harga tinggi yang terpaksa dibayar mengakibatkan semakin ramai rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan hidup berpanjangan. Sebenarnya perkara ini terjadi atas ketaksuban mereka sendiri kerana sentiasa memilih pemimpin yang zalim. Pemimpin yang sentiasa menerima dokongan kuat daripada puak kapitalis, hanya menjadi pak sanggup untuk memenuhi nafsu gelojoh golongan berkenaan. Mereka ini memiliki keinginan sangat kuat ke tahap psikotik untuk memonopoli perniagaan dan melalui mereka jualah, pembuat polisi sanggup melaksanakan projek-projek pembinaan laluan untuk menjauhkan lagi jarak perjalanan. Atas alasan demi kemudahan rakyat kononnya, akhirnya mengakibatkan majoriti rakyat terpaksa menempuhkan kesukaran hidup.

Kesalahan yang paling memudharatkan adalah kesalahan berterusan yang dilakukan umat, tanpa mereka menyedari akibat akhir yang sangat memudharatkan. Sistem kapitalis yang dipaksa diamalkan di negara ini sebenarnya menjanjikan mudharat jangka panjang yang menggerunkan. Tidak ramai menyedari bahawa perubahan parti pemerintah yang memimpin negara ini, sebenarnya terjadi gara-gara tekanan hidup rakyat akibat daripada mengamalkan sistem kapitalis. Sebaik sahaja parti yang memerintah bertukar, tidak banyak perkara yang dilakukan benar-benar dapat memberi kesan ketara yang dapat meringankan bebanan hidup rakyat. Jumlah hutang negara yang semakin bertambah sebenarnya jauh melebihi jumlah yang diselewengkan oleh kepimpinan politik sebelum ini. Kenyataan seperti ini pastinya akan dibantah oleh majoriti mereka yang berfikiran singkat. Mereka sebenarnya mewakili pandangan majoriti rakyat negara ini. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan setiap individu yang sedar akan perkara ini, melakukan siap siaga sendiri untuk menghadapi suatu keadaan yang dikenali sebagai kegawatan. Mereka juga harus memberi kesedaran kepada pihak lain dengan cara yang penuh berhemah, berpandukan ayat-ayat Tuhan, tentang persediaan yang harus dilakukan.

Monopoli perniagaan oleh golongan kapitalis, menempuh perjalanan jauh dengan kelajuan tinggi, bilangan kemalangan yang banyak dan semakin meningkat, capaian terhadap produk pada harga yang lebih mahal; semua ini adalah hasil akhir suatu manifestasi ketamakan dan kegelojohan. Adakah hasil seperti ini yang sebenarnya negara kita perlukan? Sebenarnya negara memerlukan pertumbuhan ekonomi mapan sekalipun perlahan. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang hanya lebih mengenyangkan golongan kapitalis, bukanlah suatu manifestasi kesabaran dan kesyukuran. Menempuh setiap perjalanan yang pendek pada kelajuan sederhana pastinya dapat mengurangkan risiko kemalangan. Malangnya perkara seperti ini seolah-olah hanya ‘digemari’ oleh golongan yang bersangatan sabar dan bersangatan syukur. Dan mereka sendiri telah lakukan suatu dorongan yang seolah-olah ajaran agama seperti ini hanya sesuai diamalkan oleh golongan tua sahaja.





Sunday, October 28, 2018

CABARAN TERHADAP AL-QURAN TENTANG TEKNOLOGI PEMBINAAN LEBUHRAYA


Salah satu sifat Al-Qur'an adalah mengajar kepada manusia perkara-perkara yang belum mereka ketahui. Pengetahuan tentang pembinaan lebuhraya, jenis tanah yang perlu dibakar, batuan yang harus dipilih - sebenarnya manusia telah mengetahui semua perkara itu dan mereka sebenarnya tidak memerlukan sebarang panduan daripada kitab suci untuk tujuan itu? Perkara yang manusia tidak ketahui adalah keperluan pembinaan jalanraya atau lebuhraya yang dapat dilalui dengan aman pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam. Contohnya, teknologi pembuatan jalanraya masakini sebenarnya, masih tidak dapat digunakan untuk menghalang pertambahan kejadian rompakan atau ancaman samseng jalanan di laluan berkenaan.

Pembinaan lebuhraya bukan sekadar bertujuan untuk seseorang atau sesuatu itu dapat 'cepat sampai' tetapi haruslah mengambil kira keberkesanan dalam aktiviti pemindahan produk-produk keperluan. Tak guna untuk kita bina lebuhraya atau apajua sistem laluan, sekiranya penduduk di sekitar laluan berkenaan hidup serba dhaif serta tidak dapat mengambil manfaat daripada laluan itu dengan mudah. Pembinaan jalanraya atau lebuhraya perlu mengambil kira faktor alam sekitar, sebagai contoh - laluan berkenaan tidak harus dibina berhampiran empangan.  Gegaran berterusan daripada kenderaan, sekalipun dikatakan kecil, sebenarnya dapat mengakibatkan kegagalan mikroksutuktur kepada dinding empangan dalam tempoh yang sangat panjang.

Adakah laluan jalanraya yang dibina terpaksa menembusi gunung sehingga kestabilan lereng-lereng gunung dapat terjejas? Membanyakkan terowong-terowong untuk menembusi gunung atau bukit, bukanlah kerja yang baik. Gunung dan bukit telah dicipta Tuhan, bukanlah untuk tujuan seperti itu. Pembangunan yang melibatkan perubahan struktur bukit atau gunung perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati. Kawalan terhadap perubahan struktur atau mikrostruktur tanah, perlu sentiasa dilakukan dan perkara sedemikian sebenarnya memerlukan kos penyenggaraan yang tinggi.

Manifestasi Tidak Bersyukur Daripada 
Pembinaan Laluan Lebuhraya

Penulis sebelum ini ada menyentuh tentang sikap yang ditunjukkan sebahagian manusia yang ingin memonopoli harta melalui jalan perniagaan berhampiran laluan lebuhraya. Oleh kerana laluan utama lebuhraya di negara ini "dimiliki" oleh golongan kapitalis, mereka telah membentuk sikap mereka sendiri melalui pemilikan perniagaan yang mereka laksanakan daripada penggunaan lebuhraya berkenaan oleh ramai pengguna.

Tender yang dilaksanakan melalui persaingan yang tinggi terhadap apajua aktiviti perniagaan di lebuhraya, telah diambil kesempatan oleh pengendali lebuhraya untuk mereka dapatkan keuntungan yang besar. Ianya seolah-olah seperti memasang bubu dalam aliran air sungai yang sempit dan deras. Oleh kerana pengguna tidak memiliki pilihan yang banyak semasa perjalanan mereka di lebuhraya, mereka terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap sebarang perkhidmatan atau produk yang mereka perlukan. Akibatnya harga produk seperti makanan dan juga buah-buahan perlu didapatkan pada harga yang sangat tinggi sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding dengan harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain.

Perniagaan di lebuhraya menjadi aktiviti yang sangat menguntungkan. Semakin panjang lebuhraya maka semakin ramai pengguna yang melaluinya dan keuntungan perniagaan akan menjadi semakin tinggi. Perniagaan bercorak francaisee adalah perniagaan yang sangat digemari untuk dijalankan di sepanjang laluan lebuhraya. Maka tidak hairanlah kiranya mereka lebih mengharap agar laluan lebuhraya dapat diperpanjang lagi, agar mereka dapat meraih keuntungan yang lebih besar. Perkara seperti ini akhirnya mewujudkan monopoli pasaran.

Pihak pembekal utama pula sanggup menawarkan bekalan pada harga sangat rendah yang tidak sanggup dibekalkan oleh petani-petani biasa dan pemilik-pemilik premis di hentian lebuhraya pula tergamak menjual pada harga sangat tinggi sehingga menyusahkan pengguna-pengguna lebuhraya. Akhirnya, yang menerima nasib malang adalah para petani yang berada di pinggir-pinggir laluan. Mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan mereka dalam penyediaan hasil pertanian dan mereka ditindas melalui harga penjualan pada harga lebih rendah oleh pembekal utama. Perkara seperti ini sebenarnya telah diabaikan oleh pihak pemerintah sejak sekian lama.

Penglibatan Badan Korporat Dan 
Golongan Kapitalis

Untuk tujuan perjalanan lebih jauh, sehingga mengabaikan keluaran suatu sumber atau perbekalan setempat, jarak laluan melalui lebuhraya telahpun diperpanjang lagi. Tak cukup dengan satu lebuhraya yang panjang, lebuhraya timur-barat juga telahpun dibangunkan. Ditambah satu lagi pada masa ini dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo. Perjalanan lebih jauh dengan angan-angan untuk mendapatkan keuntungan lebih besar pada masa akan datang, sebenarnya harus dimulai dengan dana yang sangat besar. Dana yang diperolehi daripada pelabur-pelabur luar, sebenarnya terpaksa diperolehi melalui suatu cagaran berdaulat yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Di sinilah munculnya badan korporat yang sanggup mencagarkan ‘pemilikan’ lebuhraya kepada pihak ketiga, yang kebanyakannya merupakan pelabur asing. Mereka ini hanya mahukan keuntungan tanpa memperduli akibat yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat negara ini pada masa akan datang. Kesan sampingan lain akibat aktiviti meredah hutan, menebuk gunung dan penggalian mineral secara berlebihan sebenarnya dapat mengakibatkan kesan jangka panjang yang memudharatkan. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa telah terdapat banyak kejadian tanah runtuh, tebing pinggiran yang mengelongsor akibat kelembapan yang tinggi pada kandungan tanah berkenaan setiap kali kejadian hujan. Selain daripada permasalahan ekonomi, berapa banyakkah kejadian kemalangan telah berlaku, akibat kegilaan sebahagian remaja yang suka berlumba?

Kerana 'stress', mereka menghabiskan usia
remaja mereka mendapatkan hiburan 
di atas lebuhraya.

Laluan lebuhraya semakin diperpanjang lagi. Bahkan di sesetengah negara, lebuhraya yang dibina telah menelusuri sungai di pinggiran bukit atau gunung, untuk menghubungkan bandar-bandar hantu yang masih belum berpenghuni sekalipun projek berkenaan telah berjaya disiapkan. Perkara ini tentunya memerlukan perbelanjaan sangat tinggi dan turut memberi kesan kepada ekologi setempat. Pembaziran yang besar dalam projek-projek pembangunan, tidak dapat tidak akhirnya mengakibatkan inflasi yang akhirnya menyusahkan kehidupan rakyat.




Popular