SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Sunday, November 25, 2018

KISAH YANG DIULANG-ULANGI


ﻓﺠﻌﻠﻨﻬﻢ ﺍﺣﺎﺩﻳﺚ   

Lalu telah jadikan Kami akan mereka buah mulut bahan perbualan dan telah memecahkan Kami akan mereka, akan segala pecahan.

Lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka; buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. 

Pembaca tentu masih ingat tentang negara Filipina, bagaimana suatu ketika dahulu merupakan kuasa ekonomi yang paling rancak di Asia Tenggara. Di situlah terletaknya bank Asia yang banyak membantu aktiviti pertanian di negara terbabit. Namun dengan berkat sistem kapitalis yang mereka anuti, kini negara mereka mengalami banyak masalah dan di mana-mana jua di negara Asia Tenggara yang lain, kita mudah dapati warga Filipina melarikan diri daripada bencana ekonomi negara mereka. Kejadian ribut dan banjir sering terjadi dan kebanyakan infrastruktur yang mereka bina terdedah kepada ancaman kemusnahan. Kini negara mereka diancam pemberontakan rakyat yang tiada kesudahan.

Di negara ini, sekalipun sumber mata pencarian tidak musnah, kerosakan aktiviti ekonomi oleh pengamalan aktiviti riba dalam sistem kapitalis, telah mengakibatkan rakyat hidup menjadi seperti hamba abdi. Mereka terpaksa menambah masa bekerja semata-mata untuk mendapatkan kecukupan belanja demi membeli makanan. Mujurlah pihak berkuasa masih mampu menyediakan subsidi supaya rakyat dapat memperolehi makanan asasi mereka pada harga yang agak berkemampuan untuk mereka bayar. Namun kemampuan seperti ini tidak akan bertahan lama. Semakin lama, bilangan rakyat yang berhutang semakin ramai dan jumlah hutang domestik sentiasa meningkat. Bukan mudah untuk pihak majikan menaikkan gaji dan inflasi sentiasa meningkat berbanding keupayaan berbelanja rakyat. Bagi mereka yang tidak layak berhutang, semakin banyak kuantiti barang kemas atau perhiasan emas mereka terpaksa digadaikan agar mereka dapat berbelanja seperti biasa. Bukan sahaja di negara ini, bahkan perkara seperti ini juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Dengan pendapatan negara daripada hasil petroleum yang mulai terjejas, kita akan dapat mendengar terdapat semakin ramai mereka yang akan diberhentikan kerja.

Keupayaan berbelanja rakyat semakin terjejas. Kita akan dapat menyaksikan suatu fenomena penghijrahan besar-besaran rakyat negara ini ke negara-negara yang dikatakan lebih maju untuk mereka dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan lebih lumayan. Dengan berkurangnya keupayaan berbelanja dan membayar hutang, akhirnya perniagaan perbankan juga turut terjejas. Di mana-mana jua, kita akan dapat perhatikan bilangan rumah dan kenderaan yang terpaksa dilelong telah bertambah dengan banyaknya. Pendapatan kerajaan melalui cukai berkenaan akan terjejas teruk dan pelabur-pelabur akan mula memindahkan pelaburan mereka ke tempat lain. Menaikkan kadar faedah bukanlah langkah yang baik dan begitu juga dengan menurunkannya pasti akan menjejaskan pendapatan kerajaan. Ekonomi menjadi semakin suram sehingga jumlah kenderaan yang melalui laluan lebuhraya akan semakin sedikit. Semakin banyak produk-produk keperluan pengguna di rak-rak terbuka akan terbiar begitu sahaja.

Kita dapati pecah belah dalam keluarga telah menjadi titik mula perpecahan kepada ahli masyarakat. Kadar penceraian meningkat mendadak dan nasib anak-anak semakin terjejas. Kempen-kempen kesedaran seperti “Women Against Voilent” semakin kerap ditayangkan melalui media massa. Adakah ini hasil yang kita dapati daripada kempen pemerintahan selama ini? Berapa banyak lagikah janji-janji akan dilontarkan untuk kita ditipu dengan mimpi-mimpi indah kejayaan masa hadapan? Dengan peningkatan kadar jenayah serta pelbagai bentuk aktiviti durjana, mampukah kita menghadapi dekad-dekad mendatang yang lebih mencabar?

Dalam dunia sekarang ini, seolah-olah
tiada siapa perduli dengan perkara yang
sedang dan bakal terjadi. Masing-masing
sibuk dengan hayalan mereka sendiri.








No comments:

Post a Comment

Popular