SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Wednesday, November 16, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 6 -- JIN YANG SEMAKIN BONGKAK


و انه كان رجال من الانس
يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهاق

Dan bahawasanya telah adalah ia beberapa lelaki daripada manusia, mereka berlindung dengan beberapa lelaki daripada jin, lalu telah menambah mereka akan mereka, bongkak (naik tocang). 

`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. 

i.  Salah Laku Manusia Melibatkan Jin 

Pengaruh jin terhadap manusia adalah apabila manusia menganggap jin itu dapat memberi bantuan dalam bentuk keselamatan diri, keselamatan tempat tinggal dan sebagainya. Ayat sebelum ini membincangkan bahawa jin menyangka manusia adalah lebih dominan, namun apabila terdapat sebahagian manusia pula meminta perlindungan daripada sebahagian jin menyebabkan jin berkenaan rasa besar diri. Sebenarnya terlalu banyak kejadian manusia mengambil perlindungan daripada jin. Jin-jin dikatakan menguasai hutan, tasik, lautan sehingga dinamai sebagai penunggu. Kebiasaannya mereka yang ingin memancing di tasik atau memburu di hutan akan terlebih dahulu melakukan amalan seru, supaya penunggu-penunggu berkenaan melindungi mereka. Bahkan sebahagian jin sanggup memberi bayaran yang sangat tinggi kepada manusia berupa harta benda atas suatu usaha atau pemberian tertentu. 

Jin juga sebenarnya seperti manusia. Dalam aktiviti perbomohan, perantaraan jin adalah melibatkan urusniaga antara seorang bomoh yang ingin melakukan perawatan, dengan jin yang diperguna yang dihantar oleh seseorang. Akibatnya, berlakulah tawar menawar untuk menyediakan upah supaya jin yang dihantar oleh seseorang mengundur diri dan pesakit dapat pulih atau sedar daripada kerasukan.

ii.  Jin Yang Dipergunakan
 
Kadangkala jin diperguna untuk membantu melariskan perniagaan dengan memporak perandakan perniagaan pihak lain. Oleh itu, jin dapat dikategorikan sebagai makhluk yang ‘lurus bendul’ hanya tahu menurut tanpa mempedulikan suatu perbuatan sebagai betul atau salah. Jin juga digunakan dalam kerja-kerja pertanian sehingga dapat diupah untuk menjaga tanaman daripada dirosakkan oleh haiwan-haiwan yang berkeliaran. Dengan demikian jin menganggap khidmatnya diperlukan manusia yang statusnya adalah lebih tinggi daripada mereka, sehingga mereka menjadi lebih bongkak. Aktiviti yang melibatkan menyeru jin dapat dikenal pasti melalui pemilihan warna kuning umpamanya penyediaan beras kunyit, pulut kuning atau kain kuning dan sebagainya. Berbanding dengan alam yang didiami oleh manusia, alam jin adalah teranjak kepada pramerah. 

Nabi Sulaiman A.S. sendiri pernah menggunakan khidmat jin untuk membina mangkuk-mangkuk, cangkir-cangkir besar dan untuk kegunaan pembinaan bangunan serta tujuan pengangkutan. Namun, keupayaan jin terhebat seperti Ifrit yang berupaya memindahkan singgahsana Balqis dapat di atasi oleh manusia yang berilmu dengan asma ul a’zam pada zaman itu iaitu Asif bin Barhaya.

iii.  Adakah Meminta Pertolongan
     Jin Diwajarkan? 

Hujah yang selalu digunakan ialah tentang Nabi Sulaiman A.S. yang menggunakan khidmat jin bagi membina sesuatu yang besar. Namun Nabi Sulaiman A.S. memperhamba akan jin-jin berkenaan dan bukannya memperhambakan diri kepada jin-jin itu. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat ini, bangsa jin apabila didapati sebahagian manusia memohon pertolongan kepada mereka, dengan segera mereka merasa bangga dan naik tocang. Hanya kalangan jin yang beriman sahaja tidak akan berkelakuan sedemikian. Melalui pembacan ayat-ayat suci sendiri dan menyerahkan urusan kepada Tuhan sudah memadai untuk mengelak diri daripada gangguan jin.

iv.   Bangsa Jin Lebih Tekun 
       Dalam Amalan 

Dalam urusan agama masyarakat jin, ternyata mereka lebih bersifat warak berbanding manusia. Apabila Nabi Adam A.S. selaku bapa manusia dipilih menjadi khalifah Tuhan di mukabumi ini, ternyata bangsa jin kurang menyenanginya. Mereka mengharapkan bangsa mereka yang terpilih kerana pada masa itu, belum terbukti Adam A.S. telah menunjukkan sifat-sifat ke'warak’an berbanding dengan jin dan belum memiliki apa-apajua ilmu berkaitan penjagaan amanah mengurus tadbir bumi ini. Kita, daripada golongan manusia menerima amanah sedemikian dalam keadaan jahil pada peringkat permulaan dan sanggup menerima panduan daripada Tuhan dalam bentuk wahyu sebagai manual dalam berpenghidupan. Kita pula sanggup mengakui kesilapan dan kesalahan serta bersedia bertaubat kepada Tuhan dan sikap sedemikian kurang terdapat pada bangsa jin. Daripada susuk tubuh, tubuh manusia adalah lebih besar daripada jin dan daripada perlakuan pula, manusia lebih menyedari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan berbanding jin dan manusia sanggup memulai langkah baru memperbetul keadaan. 

Oleh kerana kebanyakan jin lebih tekun beribadah kepada Tuhan, kebanyakan mereka berusaha sedaya upaya untuk tidak sampai kepada melakukan kesalahan kepada Tuhan. Mereka sukar menerima hakikat sekiranya mereka ada melakukan kesalahan dan mereka tidak pula bersedia untuk bertaubat kepadaNya. Oleh itu, jin lebih meneliti kepada punca sebab sehingga sanggup berusaha mengelak kesilapan atau kesalahan dan manusia lebih meneliti kepada akibat sehingga sanggup bertaubat dan melakukan kerja-kerja pemulihan. Oleh itu, sikap sebahagian manusia yang suka mencari kesalahan daripada punca sebab adalah membuka pintu kepada syaitan untuk memain peranan memperdaya manusia sehingga beragama sepertimana masyarakat jin. 

Telah menjadi kebiasaan manusia, mengiktiraf individu atau golongan berjasa, yang mengakibatkan perubahan besar sebagai suatu bentuk sumbangan dalam kehidupan manusia dengan mengungkapkan rasa syukur atau terimakasih. Apabila kerasulan terakhir berlaku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketamadunan manusia mulai terserlah dan manusia dapat memainkan peranan sebenar dalam ertikata membawa tanggungjawab memelihara kehidupan. Lantas itu umat Islam menghargai usaha Muhammad RasululLah S.A.W. dalam bentuk selawat dan salam kepada junjungan besar serta ahli baitnya dalam bentuk amalan selawat. Amalan seperti ini secara tidak langsung menunjukkan ketidak-pengiktirafan kedudukan masyarakat jin dalam memperolehi status kekhalifahan. Perkara inilah yang menyebabkan mereka amat tidak senang hati. Oleh sebab sedemikian, aktiviti berselawat amat tidak disukai oleh masyarakat jin dan mereka menjauhi individu yang banyak berselawat ke atas RasululLah S.A.W. Selawat mereka hanyalah dalam solat semata-mata kerana mereka tiada pilihan lain dalam beribadat kepada Tuhan dan mereka cuba meringkaskannya dalam menyebut selawat kepada Nabi. 

Pengiktirafan kekhalifahan manusia telah menjengkelkan bangsa jin. Golongan ingkar daripada jin berusaha melakukan sesuatu untuk merendahkan manusia. 

v.   Bantuan Jin Secara Intensif 
      Kepada Manusia  

Sekitar 20 tahun selepas daripada penaklukan Jurusalem oleh tentera-tentera Salibi suatu masa dahulu, golongan Salibi telah menemui kitab-kitab lama yang tersimpan di perpustakaan di bawah masjid Baitul Muqaddis. Mereka telah mempelajari pengamalan ilmu sihir Kabbala yang akhirnya menjurus mereka kepada penyembahan syaitan. 

Tentera Salibi yang kemudiannya memakai gelaran The Knights of Solomon Temple atau Knights Templer telah bergerak secara rahsia membina kekuatan ekonomi mereka tersendiri. Sekalipun sebahagian mereka telah menjalani hukuman mati dibakar hidup-hidup oleh Raja Perancis, namun sebahagian yang lain dapat melarikan diri ke Switzerland dan mendapatkan perlindungan daripada pemerintah negara itu. Kumpulan Knights Templer yang bersimbolkan salib terbalik telah membentuk sistem perbankan yang sangat kukuh serta berjaya menyediakan tempat pengumpulan dana bagi kaum Yahudi yang menduduki Jerman, Poland dan sebahagian Eropah Timur selepas tamat Perang Dunia Pertama. Mereka kemudiannya menaja Hitler untuk memulai peperangan dalam Perang Dunia Kedua dengan membunuh seberapa ramai kaum Yahudi demi untuk merampas simpanan kaum itu yang disimpan dalam bank-bank mereka. Idea mewujudkan sistem riba telah digunakan untuk menguasai ekonomi dunia dan mereka mengambil nasihat daripada bangsa Jin melalui ketua mereka iaitu Iblis sendiri. Penyembahan Iblis dilakukan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia mereka seperti Bohemian, yang merupakan suatu gerakan yang dianggotai oleh kebanyakan pemimpin dunia masakini.

Mereka termasuklah sebahagian pemimpin negara umat Islam sendiri. Gerakan mereka amat licik serta sukar dihindari. Melalui umpanan harta, ilmu sihir, ugutan serta hidangan godaan dunia, mereka telah mempengaruhi banyak daripada ketua-ketua negara untuk menyertai mereka, menyembah Iblis dan membantu Iblis membentuk pemerintahan yang berusaha menguasai dunia ini. Mana-mana yang berusaha menentang akan dibunuh seperti yang berlaku kepada Presiden Amerika Syarikat iaitu J.F. Kennedy. 

Kerana menentang agenda Iblis, J.F Kennedy
akhirnya dibunuh oleh gerakan rahsia

 Selepas pembunuhan JFK, kebanyakan pemimpin negara,
terpaksa berkhidmat untuk Iblis kerana takut dibunuh.

Mana-mana kumpulan yang dipercayai menimbulkan bahaya kepada mereka, akan diserang sepertimana yang berlaku kepada Taliban di Afghanistan. Semuanya dilakukan atas penipuan keganasan melalui serangan terancang 11 September dan pembentukan kambing hitam pihak CIA, yang dijadikan sasaran seperti Osama bin Laden. Bagi menguasai negara-negara dunia, mereka telah mempelopori penggunakan wang kertas, yang sebenarnya tidak membawa apa-apa nilai namun dianggap bernilai. Wang kertas bercetak yang dipaksakan ke atas negara-negara lain menurutinya, sentiasa disusut-nilaikan, yang tujuannya agar mereka dapat menguasai komoditi dari seluruh dunia. Keadaan ini sebenarnya telah mengakibatkan kesukaran terhadap hidup rakyat secara keseluruhannya. Mereka sebenarnya sedang merancang untuk menguasai dunia melalui agenda tatasusunan dunia baru yang dikenali sebagai 'New World Order'. Terkini, mereka sedang merencana untuk menjadikan dunia yang akan kemarau panjang melalui projek HAARP agar kehadiran mereka sangat-sangat dialu-alukan oleh manusia. Mereka hanya menghendaki manusia menerima mereka sebagai dewa-dewa yang kononnya akan menyelamatkan manusia dan mereka mahukan manusia meninggalkan Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam jagat. Mereka hampir berjaya?

Sama ada secara fizikal atau kerohanian, sebenarnya kita tidak memerlukan bantuan jin. Pertolongan jin hanya dapat diakui sebagai bentuk perhambaan mereka disebabkan status rendah mereka berbanding manusia. Jin-jin didapati banyak berkhidmat kepada manusia sebagai khadam atau hamba menurut arahan sebahagian manusia yang berilmu dengan ilmu Tuhan.




No comments:

Post a Comment

Popular