SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, November 4, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 5 -- MANUSIA DAN JIN TERLAMPAU MEMPERCAYAI TOKOH-TOKOH AGAMA


و انا ظننا ان لن تقول الانس
و الجن على الله كذبا

Dan sesungguhnya kami, telah benar-benar menyangka kami bahawa sekali-kali tidak ia berkata oleh manusia dan jin itu ke atas Allah suatu pendustaan.

Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan Jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Demikian itu menunjukkan bahawa pengaruh manusia ke atas jin adalah lebih dominan berbanding pengaruh jin ke atas manusia. Sebagaimana agama manusia seperti itulah agama jin. Dalam banyak kes kerasukan, jin-jin dapat ditundukkan untuk menerima agama Islam sehingga mereka dapat dipisahkan daripada kaum mereka dan mempelajari ilmu agama daripada individu tertentu. Perkataan ظننا merujuk kepada makna ‘telah benar-benar menyangka’ dengan terdapatnya syaddah pada huruf nun yang terakhir. Demikian itu merujuk kepada persangkaan jin, diikuti dengan perkataan لن  iaitu ‘sekali-kali tidak’ untuk memperkuatkan lagi penekanan ayat bahawa jin itu sentiasa bersangka bahawa sebahagian manusia dan jin, terutamanya tokoh-tokoh agama, tidak akan berkata dusta terhadap Tuhan. 

Oleh itu cara beragama manusia akan dituruti oleh bangsa jin sehingga dalam kalangan jin terdapat kepelbagaian agama sepertimana manusia. Bukankah iblis daripada bangsa jin, adalah makhluk yang mula-mula berkata dusta atas Tuhan, terhadap Adam A.S. dengan menjanjikan kehidupan yang kekal di syurga Tuhan. Kemuliaan syurga dicemari dengan keberadaan iblis di sana suatu masa dahulu.

i.    Perkara Kepercayaan Dalam Agama 
      Manusia Yang Berkait Rapat 
      Dengan Jin

Daripada ayat kedua hingga ayat kelima daripada surah Al-Jin ini, menyatakan tentang kepercayaan yang ada hubungan sikap manusia dan jin tentang ketuhanan. Golongan ingkar dalam kalangan manusia lebih dipengaruhi persangkaan mereka tentang bangsa jin. Yang demikian itu, sebahagian daripada bangsa jin, menambah-nambah persangkaan manusia terhadap mereka sehingga menganggap jin sebagai dewa. Kalangan bangsa jin, menggunakan kekuatan pengaruh sebahagian atas sebahagian yang lain, sehingga mereka dapat membentuk suatu corak pemerintahan berasaskan hirarki. Oleh kerana mereka telah lama dengan sistem sebegini, mereka juga ingin mempengaruhi manusia, agar menerima mereka sebagai suatu bangsa bertamadun yang membawa sifat-sifat dewa. Di mana-mana jua pusat penyembahan besar yang terdiri daripada bangunan-bangunan piramid ataupun bangunan-bangunan lain, maka di sana terdapat arca yang berbentuk berhala yang menggambarkan pemerintahan berhirarki. Melalui pengaruh pemerintahan sedemikian, mereka membentuk agama-agama silam yang dianuti manusia melalui pemisahan ahli masyarakat menurut tingkatan kasta.

Menurut kepercayaan agama sedemikian, kedudukan paling tinggi iaitu dewa yang dianggap sebagai Tuhan, dewa sedemikian dibantu atau ditemani oleh dewi-dewi lain yang merupakan teman atau isteri kepada dewa utama. Melalui pemerintahan berhirarki seperti itu, ahli-ahli masyarakat akan dibeza-bezakan kedudukannya sehingga mereka akan berbalah, berprasangka dan bermusuhan sesama mereka dan kesempatan ini akan digunakan oleh sang dewa untuk mengadakan cengkaman kekuasaan. Apabila Tuhan mengutus rasul-rasul dalam kalangan manusia sendiri yang menjelaskan bahawa bangsa jin adalah juga seperti manusia yang harus beribadah kepada Tuhan pencipta mereka, maka secara tidak langsung, taraf bangsa jin dengan sendirinya telah jatuh dan pengaruh bangsa jin ke atas manusia semakin terhakis. 

ii.    Mempergunakan Tokoh-tokoh Agama 
       untuk Tujuan Tertentu 

Ayat ini juga menjelaskan betapa manusia dan jin secara umumnya begitu dangkal tentang peranan tokoh-tokoh agama. Tokoh-tokoh agama seperti paderi, imam, sifu, sami dan sebagainya dianggap sebagai pihak perantara yang paling mengetahui tentang agama, tentang Tuhan, tentang persoalan perkara-perkara ghaib dan sebagainya. Permasalahannya adalah, bangsa jin, yang kadang-kadang dijadikan rujukan tentang persoalan ghaib, sebenarnya lebih mengharapkan kepada tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan manusia sendiri untuk memberi jawapan persoalan yang mereka sendiri tidak ketahui. Ayat yang dijelaskan sebelum ini (72:04), sebenarnya adalah merujuk kepada kepimpinan atau tokoh tertentu dalam kalangan mereka sendiri. Oleh itu bangsa jin, terutamanya kepimpinan mereka adalah merupakan makhluk Tuhan yang paling tidak boleh diharap untuk menjawab persoalan-persoalan ghaib. 

iii.   Kesempatan Iblis Mempergunakan 
       Tokoh-tokoh Agama Untuk Mempengaruhi 
       Manusia dan Jin

Penulis telah jelaskan sebelum ini, betapa Iblis telah menyelinap masuk ke  dalam agama Kristian melalui gereja untuk membawa ajaran-ajaran pelik yang akhirnya membawa kerosakan kepada umat Kristian. Bahkan perkara yang serupa juga telah berlaku kepada umat Islam apabila masjid dan institusi agama telah digunakan untuk menyesatkan umat Islam. Walhal tokoh-tokoh agama berkenaan, bukanlah pihak yang paling mengetahui tentang kefahaman agama sebenar melalui kitab suci masing-masing. Buktinya, upacara perkahwinan sejenis telah berlangsung di sebahagian gereja dan amalan riba secara ‘Islamik’ telah dijadikan suatu yang dihalalkan dalam masyarakat Islam. Bukankah kedua-dua amalan sedemikian adalah sesuatu yang amat-amat dilarang keras dalam agama masing-masing? 

Bukan Lambang Swastika Tetapi
Lambang Kaum Aryan - Penyembah 
Dewa Nordik

Pope tidak seharusnya mendewakan 
Syaitan

No comments:

Post a Comment

Popular