SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, November 19, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

TIADA KEKUATAN TANPA PERPADUAN
TIADA PENGAJIAN TANPA AL - QURAN
TIADA ILMU TANPA AMALAN
TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN

AWAL ITU *** SYARIAT
TENGAH ITU *** TAREKAT
AKHIR ITU *** HAKIKAT



Sinopsis


Pondok AL’ JAAFAR sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan pondok tradisional Melayu untuk pengajian Al-Quran asas dan mula ditubuhkan pada Jun 2006 bertempat di Kampung Gunung Panjang di dalam daerah Kinta Perak. Nama AL’ JAAFAR diterapkan atas pengertian, pertama….mengekalkan nostalgia seorang insan yang pada zaman hayatnya berjuang dalam erti yang tidak tahu susah payah dan penat lelah. Meneroka setiap daerah untuk tujuan mendirikan sebuah pondok pengajian demi menyumbang bakti terhadap anak Bangsa dan Agama. Meredah segala halangan dan tabah menerima segala ujian namun kita hanya merancang yang menentukan tetap jua ia NYA. Saudara JAAFAR ISMAIL ialah seorang pendidik yang berwibawa telah kembali kerahmatullah pada 7 Jun 2007 dengan cita-cita yang tidak kesampaian untuk mendirikan sebuah pusat pengajian. Beliau meninggalkan enam orang anak yang kini menjadi anak yatim. Bertitik tolak dari sinonim ini maka kami berhasrat menyambung impian arwah untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian Al-Quran yang diimpikan beliau. Nama JAAFAR yang kedua diterapkan lantaran mempunyai hubung kait dengan sejarah pejuang agama Islam di zaman Khalifah yang empat. Sebagai tanda mengingati para pejuang terdahulu anak Al-Marhum baginda SAIDINA ALI telah dipilih untuk menjadi simbol nama pondok pengajian yang dirancang. Jelasnya disini lembaga pengurusan pusat pengajian yang baru bersepakat mengekalkan pondok AL’ JAAFAR sebagai nama tetap dan muktamat. Ketepatan nama dan erti sebuah pondok pengajian adalah lambang kesinambungan dan permuafakatan untuk anjakan paradigma kepada masyarakat dan pelajar.

Melalui kata sepakat diperingkat awal penubuhan kelas pengajian diadakan disebuah rumah yang diamanahkan oleh pemiliknya khusus untuk tujuan ini. Setahun masa berlalu kelas pengajian Al-Quran beroperasi dan hasilnya amat membanggakan. Sambutan dan komitmen dari masyarakat setempat begitu menggalakkan. Kemasukan pelajar baru melebihi dari apa yang dijangkakan, maka kami sekali lagi terpaksa mencari alternatif baru untuk membendung situasi ini. Hasil dari permuafakatan itu maka kami seluruh warga pondok berhasrat untuk membina sebuah penempatan baru bagi menggantikan pondok pengajian AL’ JAAFAR yang sedia ada.

Objektif


Pondok pengajian ditubuhkan atas tujuan pendedahan ilmu penghidupan dan kefahaman beragama kapada anak bangsa. Kaedah yang diguna pakai ialah menerap dan membudayakan konsep Al-Quran dan As Sunnah untuk dijadikan pakaian dalam rutin kehidupan seharian. Mempamer dan menunjukkan contoh gaya hidup sihat dalam kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan masa kini sehingga berasa selesa dan tidak kekok memperbudayakan Al-Quran dan As sunnah. Jelasnya kemodenan dunia bukan penghalang untuk kita terus memperbudaya dan mempelajari Al-Quran. Persaingan yang sihat perlu kita pelajari, tangani dan mempraktikkan secara berterusan. Antara perkara yang perlu kita laksanakan ialah mengenali punca masalah kewujudan jurang perbezaan ekonomi dan sosial diantara kita. Menangani permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama dan perlu dilakukan secara teratur, bijak dan berterusan. Memonopoli kefahaman dan amalan dalam kontek berterusan adalah faktor terpenting dalam merealisasikan objektif ini. Memartabatkan Al-Quran dan As Sunnah serta mengamalkannya adalah antara laluan yang difikirkan dapat mengurangi dan membendung fenomena sosial yang begitu berleluasa dimasa kini.

Produk


Dengan terbinanya penempatan baru ini kami warga pondok yakin dapat melahirkan masyarakat yang berdedikasi, berkeyakinan diri dan bermoral tinggi dalam menerapkan pelajaran kefahaman Al-Quran secara sepenuh masa. Kami juga memuatkan ilmu pengetahuan kefahaman kemasyarakatan bagi para pelajar menyiapkan diri untuk seiring dengan arus kemodenan. Celik Al-Quran serta memperbudayakannya mempunyai natijah yang cukup luas samada dari sudut ilmu, kefahaman, mahu pun agama. Dari sudut agama…InsyaAllah pondok akan berusaha untuk melahirkan seberapa ramai pelajar yang hafal Al-Quran dari kalangan Hafiz dan Hafizah, Qari dan Qariah serta insan yang berkemahiran dalam bidang kefahaman Islam dan hukum. Dari sudut kenegaraan dan kemasyarakatan… insyaAllah pondok pengajian juga akan cuba sedaya upaya melahirkan pelajar dan masyarakat yang berpotensi berwibawa menjadi pelapis dalam apa jua bidang kehidupan. Kemahiran dan potensi pelajar yang bakal dilahirkan berkait rapat dengan prasarana semasa. Komitmen dari setiap lapisan masyarakat, bantuan dari orang perseorangan, bantuan dari ahli-ahli koporat, syarikat-syarikat mahu pun dari Kerajaan Negeri dan Pusat. Diperingkat awal bagi pelajar serta masyarakat yang mengikuti kelas pengajian di pondok ini akan terserlah kewibawaannya melalui nilai kefahaman, budi bahasa, komunikasi dan pengalaman ilmu ikhtiar hidup. Tanggungjawab menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai piagam dan moto terhadap pelajar dan masyarakat akan terlaksana dengan sepenuhnya dengan sokongan dari setiap lapisan masyarakat … insyaAllah.

Aktiviti


Memandangkan pelajar hafiz yang tinggal menetap di pondok dan mempunyai ruang waktu yang cukup untuk berbuat sesuatu aktiviti yang bermanafaat, maka lembaga pengurusan pondok telah merancang mengadakan beberapa aktiviti usahawan serta sesuai dengan keadaan dan saranan kerajaan masa kini. Para pelajar akan diberi pendekatan dan tunjuk ajar dalam bidang pengendalian penternakan dan pertanian mengikut taraf dan keupayaan tersendiri. Pelaksanaan subjek ini perlu dipraktikkan demi masa depan dan dapat merapatkan jurang ekonomi masyarakat dan bangsa yang begitu jelas dan ketara perbezaanya. Walau pun perancangan aktiviti ini dilahirkan dengan cara muzakarah dan pakatan, namun sokongan dan sumbang bakti dari setiap lapisan masyarakat amat diperlukan. Bantuan modal dari orang perseorangan atau berkelompok sangat diharapkan demi merealisasikan perancangan aktiviti ini. Aktiviti usahawan yang telah dirancang dan sudah bergerak mula adalah seperti berikut:…

1. Ternakan Kambing Kampung
2. Ternakan Ayam Kampung
3. Ternakan Ikan Keli
4. Tanaman Sayur-Sayuran

Ternakan kambing telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil sebagai percubaan dan mengkaji kaedah-kaedah yang terbaik untuk diternak secara komersial. Ternakan percubaan ini telah dimulakan dari bulan Januari 2009 dan membuahkan hasil dari sudut ilmu pengetahuan, ilmu permasalahan perternakan dan ilmu pengalaman pengendalian ternakan. Memandangkan persaingan global masa kini maka kami pihak pengurusan pondok berpendapat bahawa aktiviti ternakan ini boleh diperbesarkan dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan dari sudut ekonomi dan berdaya saing melahirkan usahawan-usahawan yang berpotensi. Demi merealisasikan rancangan ini kami seluruh warga pondok berharap kiranya ada orang perseorangan atau pun syarikat-syarikat yang sudi untuk membantu serta melabur demi menambah bilangan kambing yang tersedia ada.

Kaedah pelaburan ternakan kambing


Semua pelabur diberi mandat dan vito untuk memantau perkembangan dan prestasi kerja yang dilaksanakan oleh anak-anak pondok demi memastikan aktiviti ini dilakukan secara telus. Walau pun anak pondok diasuh dengan nilai Al-Quran namun pemantauan perlu diadakan dari masa kesemasa… InsyaAllah…para pelabur tidak akan mengalami kerugian andai kata wujudnya kerjasama antara pelabur dan pengendali kerja. Para pelabur akan mendapat imbalan dari pelaburanya melalui sistem PAWAH. Pelaburan asal adalah milik pelabur dan anak dibahagi dua iaitu pelabur dan pondok. Bahagian pondok akan dibahagi dua iaitu sebahagian untuk anak pondok yang berkerja dan sebahagian untuk pentadbiran pondok. Dari sudut penghidupan, pelabur akan mendapat keuntungan berbentuk kewangan dan dari sudut yang lain pelabur secara langsung telah menyumbang bantuan kapada penubuhan pondok.

Kaedah pelaburan ternakan Ayam Kampung


Ternakan ayam kampung juga telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil di dalam kawasan pondok. Harapan kami juga semoga ada kiranya para pelabur sudi melabur untuk tambahan bagi bilangan ayam yang tersedia ada. Dalam aktiviti ini pelabur diberi mandat dan vito untuk untuk menjadi pemborong dan menjual hasil yang di usahakan oleh anggota pondok selagi mendatangkan kebaikan dikedua belah pihak. Hasil pelaburan dari aktiviti ini juga akan dibahagikan mengikut sistem pawah.

Kaedah pelaburan Ternakan Ikan Keli


Ternakan ikan keli sedang dalam kajian dan masih menunggu pelabur yang ingin melabur. Pihak pondok hanya mampu menyediakan tempat kolam ternakan untuk tujuan ini dan tenaga kerja. Prasarana kolam dan pemasaran hasil dari aktiviti ini adalah milik pelabur.

Kaedah pelaburan dalam bidang Pertanian


Tanaman sayuran adalah diutamakan dalam subjek ini, aktiviti ini telah pun dipraktikkan secara kecil-kecilan dan hasilnya hanya mampu dijadikan penampungan makanan seharian. Andaikata ada pelabur mendambakan hasil dari aktiviti ini dan berminat untuk memperbesarkannya maka kami sangatlah berbesar hati dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


"SABAR MENANTI KEDATANGANNYA"




No comments:

Post a Comment

Popular