Telah menyaksi Ia oleh Allah, bahawasanya tiada sembahan selain Dia dan oleh para malaikat dan oleh golongan berilmu yang berdiri tegak dengan Al-Qisthi, tiada sembahan selain Dia, Maha Perkasa Maha Menghakimi.
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
i. Kesaksian Itu Dengan Ilmu
Ketahuilah bahawa kesaksian "La ilaha illa Allah" bermula dengan ilmu. Inilah perkara yang diterangkan oleh Imam As-Shafiee RahimulLah. Ramai dalam kalangan 'ulama' yang dilantik dan dibayar gaji, adalah pihak yang diiktiraf sebagai mereka yang berilmu dan ilmu-ilmu mereka dipelajari. Namun adakah mereka adalah 'ulama'' yang berdiri tegak dengan keadilan? Secara umumnya, adakah mereka pihak yang berlaku adil apabila berlaku pertelingkahan antara rakyat dengan pemerintah. Adakah juga mereka berlaku adil dalam menjelaskan hukum-hakam yang mereka pelajari terutamanya yang melibatkan halal dan haram sesuatu perkara? Atau mereka menerima bayaran terhadap fatwa mereka? Adakah mereka mengambil hujah daripada القسط ataupun mereka mengambil قسط menurut rujukan mereka sendiri. Perkataan "La ilaha illa Allah" adalah menjurus kepada keimanan. Perkataan ini memerlukan kesaksian. Keimanan Muhammad RasululLah S.A.W, malaikat Jibril adalah penyaksinya, keimanan para sahabat R.A.H.M maka Muhammad RasululLah S.A.W. menjadi saksinya dan begitulah seterusnya kepada tabi'in dan tabi'-tabi'in namun keimanan kita kini, siapakah yang mengambil kesaksiannya?
ii. Kesaksian : Sesuatu Yang Perlu
Diambil
Sekiranya kita mahu menerima kesaksian bahawa "La ilaha illa Allah", apakah yang harus kita lakukan dan seterusnya siapakah yang dapat memberi tunjuk ajar untuk melakukan peribadatan yang akhirnya menjurus bahawa perlakuan sedemikian dicontohi daripada RasululLah S.A.W? Tidak ada seorangpun yang mendakwa dirinya sebagai sahabat R.A., yang hidup pada masa Muhammad RasululLah S.A.W. ataupun tabi'in, yang hidup selepas itu, mewarisi rukun Islam yang pertama serta rukun-rukun Islam yang lain hanya dengan cara meniru-niru belaka. Iaitu meniru sebutan syahadat serta perlakuan solat dan sebagainya dan kemudiannya menunjukkan perkara sedemikian kepada generasi seterusnya semata-mata untuk ditiru perlakuannya.
Sekiranya seseorang itu tidak dapat mengambil kesaksian daripada Muhammad RasululLah S.A.W. atau daripada sahabat-sahabat R.A.H.M. ataupun tabi'-tabi'in selepas itu, maka menjadi tanggungjawabnya untuk mendapatkan persaksian daripada mana-mana ahlul bait yang telah diamanahkan oleh RasululLah S.A.W. untuk mengambil persaksian daripada manusia. Namun kini siapakah dia yang dapat diterima sebagai ahlul bait? Sedangkan ahlul bait sendiri sentiasa berusaha menyembunyikan identiti mereka agar mereka tidak ditimpa fitnah, menjadi buruan pihak berkuasa selama ini.
iii. Allah Maha Menghakimi
Kesaksian adalah suatu tanggungjawab. Kesaksian tidak boleh diambil oleh pihak yang tidak bersedia dan tidak mahu mengambil tanggungjawab. Menjadi satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh pihak penyaksi adalah darihal menyampaikan ayat-ayat Al-Quran menurut kaedah yang Jibril sampaikan kepada Muhammad RasululLah S.A.W. serta menuruti contoh yang dilakukan oleh RasululLah S.A.W. sendiri. Mengambil kesaksian syahadah bukan sekadar mengangkat satu jari untuk menerima sebutan "La ilaha illa Allah", "Muhammad RasululLah" dan kemudian meninggalkan mereka yang telah diambil kesaksian untuk kembali ke tempat kediaman asal kehidupan mereka dan menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Mengambil syahadah adalah seumpama menyediakan jalan berhijrah serta menyediakan kemudahan-kemudahan perlu kepada mereka, untuk bersama-sama dengan imam (pihak yang menyampaikan ayat-ayat Al-Quran) untuk menjalani suatu kehidupan menurut panduan Tuhan. Dengan demikian, mengambil kesaksian syahadah daripada seseorang, bukan suatu kerja yang mudah. Secara ringkasnya, program mengambil kesaksian syahadah adalah merupakan program pengisian ilmu dan perlaksanaan amalan yang perlu terhadap individu muslim. Oleh itu, imam yang layak mengambil kesaksian daripada seseorang adalah imam yang sanggup melaksanakan pengorbanan sama ada pengorbanan masa, harta juga pengorbanan diri dan usaha seperti ini hanya dapat dilakukan dengan sempurna oleh ahlul bait yang keberadaan mereka di atas kehidupan dunia ini sentiasa melalui proses pembersihan oleh Tuhan. Kedudukan mereka adalah yang sentiasa dapat berada pada kedudukan قائما بالقسط iaitu yang dapat mengambil panduan Al-Quran darihal sifat Allah Maha Menghakimi. (At-Tin 7/8)
No comments:
Post a Comment