يومئذ تعرضون لا تخفى منكم خافية
Pada
hari itu, kamu semua dihadapkan (dihimpunkan). Tidak ia hilang daripada
kamu suatu kehilangan pun.
pada
hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada
sesuatu pun Yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu
Yang tersembunyi.
i.
Apakah Yang Kekal Pada Seseorang?
Secara
logik akal, apabila berlaku suatu bencana yang besar, maka akan
berlaku kehilangan sama ada harta benda atau ahli keluarga. Apakah
bencana yang tidak menyebabkan sebarang kehilangan? Perkataan ﺨﻔﻰ
dan ﺧﺎﻓﻴﺔ
dapat juga
membawa makna tersembunyi suatu yang tersembunyi. Perkara yang
tersembunyi adalah perkara yang pada asalnya tersimpan pada suatu
tempat tersorok dan dalam hal manusia, sesuatu yang tersorok adalah
dalam menyatakan pendirian tentang keimanan kepada Tuhan. Dalam
penerangan Al-Hadith, terdapat penerangan peristiwa melatanya haiwan
Dabbatul Ar'd selepas kejadian asap, sehingga setiap
manusia telah ditandainya, sama ada mereka itu terdiri daripada
golongan beriman atau golongan ingkar.
ii.
Merujuk Kepada Catatan Amalan atau Pengalaman
Yang
dikatakan kehilangan daripada ayat ini dapat juga dirujuk kepada
catatan amalan atau pengalaman. Bagaimanakah catatan amal dapat
dilakukan begitu sekali sehingga tidak meninggalkan barang
sesuatupun? Kita telah dikhabarkan dengan pencatat, dalam kalangan
malaikat yang mencatat amalan sama ada kebaikan atau keburukan, yang
mengambil tempat di kanan dan kiri kita. Tentunya malaikat akan
mencatat amalan yang mereka saksikan lalu bagaimanakah sekiranya
amalan itu merupakan kerja hati sebagai contoh tentang perancangan
yang seseorang tekadkan untuk dilakukan pada hari mendatang?
Persoalannya, mampukah malaikat itu mencatat amalan sedemikian yang
tentunya ia tidak menyaksikannya? Sekiranya malaikat itu mampu
melaksanakan, bagaimanakah keadaan malaikat itu yang diutuskan untuk
mencatat amalan…?
Namun itulah yang dikhabarkan melalui ayat ini, iaitu tidak akan ada sesuatu yang tertinggal daripada catatan amal atau pengalaman sama ada sekecil-kecilnya atau sehalus-halusnya. Keyakinan terhadap gambaran sedemikian adalah menjurus kepada keimanan. Dan keimanan memberi kesan terhadap perilaku seseorang. Untuk mencapai keimanan sedemikian adalah dengan ilmu dan untuk mencapai ilmu sedemikian adalah dengan penerimaan akal terhadapnya. Oleh kerana akal dididik dengan perkara-perkara yang dilalui oleh pengalaman seseorang, maka adalah perlu bagi seseorang mendapatkan hujah yang serasi dengan akal supaya penerimaan sesuatu yang berbentuk keimanan dapat berlaku dengan baik. Sebagai contoh, dalam suatu permainan video yang selalu dipasangkan secara perisian daripada satu komputer ke komputer lain, kita dapati, apa yang disediakan oleh pengaturcara atau sekumpulan pengaturcara perisian permainan video tidak pernah hilang daripada program permainan berkenaan.
Namun itulah yang dikhabarkan melalui ayat ini, iaitu tidak akan ada sesuatu yang tertinggal daripada catatan amal atau pengalaman sama ada sekecil-kecilnya atau sehalus-halusnya. Keyakinan terhadap gambaran sedemikian adalah menjurus kepada keimanan. Dan keimanan memberi kesan terhadap perilaku seseorang. Untuk mencapai keimanan sedemikian adalah dengan ilmu dan untuk mencapai ilmu sedemikian adalah dengan penerimaan akal terhadapnya. Oleh kerana akal dididik dengan perkara-perkara yang dilalui oleh pengalaman seseorang, maka adalah perlu bagi seseorang mendapatkan hujah yang serasi dengan akal supaya penerimaan sesuatu yang berbentuk keimanan dapat berlaku dengan baik. Sebagai contoh, dalam suatu permainan video yang selalu dipasangkan secara perisian daripada satu komputer ke komputer lain, kita dapati, apa yang disediakan oleh pengaturcara atau sekumpulan pengaturcara perisian permainan video tidak pernah hilang daripada program permainan berkenaan.
iii.
Analogi Catatan Amal Dengan Teknologi Komputer
Semua
maklumat yang tersimpan dalam fail-fail yang merekod setiap gerakan
permainan, dapat dipelihara sedemikian rupa, sehingga imbasan kembali
permainan (flash back) dapat dipersembahkan kembali dan disaksikan
dari pelbagai sudut pandangan. Analogi terhadap catatan amal oleh seseorang, dapat diperlaku oleh
pencatat-pencatat amal sedemikian rupa dan tentunya tiada sebarang
maklumat darihal perbuatan atau niat seseorang, terlepas begitu sahaja
tanpa catatan. Maklumat yang barangkali seumpama inilah, yang akan
dipersembahkan kembali kepada seseorang apabila bangkit kelak
daripada kematiannya. Apabila lembaran seluruh pengalaman
(amalan) hidupnya dahulu dibuka di atas tengkuknya (17:13), mereka akan dapat
melihat segala pengalaman yang mereka perolehi semasa mereka hidup di
dunia dahulu. Demikian itu hanya contoh yang penulis dapat bayangkan.
Allah Maha Mengetahui.
iv.
Pengajaran Peristiwa Al-Haqqah
Dalam
meneliti fasa kejadian peristiwa-peristiwa, bermula daripada
kejatuhan, perkara sedemikian telah dimuatkan dalam ayat (67:16)
tentang sesuatu yang terdapat pada ruang angkasa yang dapat membenam
manusia, sekalipun terjemahan ayat ini juga menjurus perkara lain
yang telah dibincangkan. Yang demikian adalah disebabkan, sesuatu
ayat harus diterima sebagai suatu pernyataan yang dapat difahami
secara berbeza pada sudut-sudut pengamatan yang berlainan. Oleh itu,
kerja-kerja kefahaman haruslah diterima pada sudut kefahaman yang
berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Tidak wajar
bagi seseorang ilmuwan atau sesiapa jua memberi pertimbangan salah
terhadap suatu bentuk terjemahan atau tafsiran sekalipun pandangan
seseorang itu diperkatakan sebagai lemah. Dalam pemahaman ayat-ayat
suci Al-Quran, seseorang harus berlapang dada kerana yang mengetahui
duduk perkara yang sebenar-benarnya hanyalah Allah S.W.T. Oleh itu
perbalahan seseorang tentang sesuatu ayat, tidak akan membawa mereka
ke mana-mana.
Dalam
peristiwa Al-Waqi’ah, iaitu tentang kejadian kejatuhan suatu
subjek dari langit yang boleh jadi subjek besar seperti asteroid atau
komet (67:16) atau subjek kecil seperti debu atau zarah mikroskopik
(67:17), semuanya memberi suatu pengajaran bahawa peristiwa
sedemikian merupakan kejadian yang pernah berlaku kepada umat-umat
terdahulu, bahkan juga akan berlaku kepada umat-umat yang
terkemudian. Daripada ayat-ayat seterusnya, peristiwa Al-Waqi’ah
yang akan terjadi, dapat difahami sebagai peristiwa yang
mengakibatkan kematian besar ke atas manusia sehingga setiap manusia
diserahkan kembali kitab catatan tentang amalan atau pengalaman masing-masing, supaya
setiap mereka memerhatikan akibat serta kesan terhadap setiap
amalan atau pengalaman. Yang menjadi tumpuan
perbincangan di sini, mengapakah ayat-ayat ini disusun sedemikian
rupa? Bermula dengan peristiwa Al-Haqqah, dimuatkan di dalamnya
peristiwa Al-Qari’ah serta peristiwa Al-Waqi’ah, kemudian diikuti
dengan penyaksian amalan dan seterusnya pembalasan nikmat dan azab.
Sebab-sebab mereka memperolehi balasan setimpal, juga telah
dinyatakan.
(1)
Yang menjadi persoalan, apakah pengajaran yang dapat diperolehi oleh
manusia masakini, yang sedang hidup buat masa ini, sekiranya mereka
memilih untuk mempercayai perkhabaran sedemikian? Sedangkan peristiwa
itu, buat masa ini belum berlaku dan balasan ke atas manusia yang
hidup kini, secara keseluruhannya juga belum berlaku.
(2)
Persoalan yang serupa juga, apakah ancaman yang dapat diberi kepada
manusia masakini, sekiranya mereka memilih untuk mengingkari
perkhabaran sedemikian? Tentu mereka akan tertanya-tanya apakah
gunanya peristiwa-peristiwa seperti ini dikhabarkan kepada manusia.
v.
Komet Yang Pernah Jatuh
Cuba
pembaca renungkan kenyataan berikut:-
“Beberapa
buah komet atau asteroid besar pernah jatuh sebelum ini seperti di
Semenanjung Yucatan dan di Kamchatka, Russia sehingga ada yang
mengakibatkan kepupusan dinosaur serta pembentukan debu yang
mengelilingi bumi. Kejadian-kejadian ini tidak sampai kepada
peringkat hilangnya hidupan di mukabumi ini dan sehingga kini manusia
masih dapat hidup di mukabumi ini. Sekiranya kejadian berkenaan
berlaku lagi, dapatkah manusia terselamat atau ‘survive’ sekali
lagi dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan di mukabumi ini.”
Penulis
ingin memberi penerangan munasabah. “Kejadian sebelum ini tidak
mengakibatkan kepupusan kepada hidupan lantaran belum terdapatnya
pencemaran besar-besaran akibat daripada kerja-kerja tangan manusia.
Pada masa ini, pencemaran yang telah berlaku amatlah serius, sehingga
dapat disaksikan sendiri oleh manusia. Telah berlaku peningkatan suhu
bumi ini serta pencairan ais di kedua-dua belahan kutub yang sebelum
ini telah sedia terbentuk sejak ribuan tahun dahulu. Sekiranya
berlaku sedikit perubahan kepada lapisan langit akibat komet bersaiz
kecil, sudah memadai memberi kesan yang sangat besar terhadap
kehidupan manusia”.
Supaya
golongan beriman dapat melakukan sesuatu amalan baik pulih dan
mungkin dapat menangguhkan kejadian kemusnahan sedemikian, sehingga
pengalaman (pengamalan) sedemikian dapat mereka gunakan dalam
menempuh kehidupan di akhirat nanti. Maka gambaran ganjaran kebaikan
harus dikhabarkan awal-awal lagi kepada mereka, semasa hidup mereka
di dunia ini. Supaya golongan yang ingkar dapat diberi kepada mereka
ancaman, bahawa setiap perbuatan mereka, akan merugikan diri mereka
sendiri di dunia ini lagi dan mereka tidak akan memperolehi apa-apa
ganjaran kebaikan pun di akhirat kelak. Maka gambaran seksa harus
dikhabarkan kepada mereka dan mereka memperolehi balasan yang
setimpal akibat perbuatan mereka dahulu menganiayai manusia lain
serta persekitaran mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment