SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, August 15, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 10 -- MENDERHAKA MENGAKIBATKAN TUHAN LAKUKAN PENGAMBILAN BERGANDA


فعصوا رسول ربهم فاخذهم اخذة رابية

Lalu telah menderhakai mereka akan rasul Tuhan mereka, lalu telah mengambil Ia akan mereka suatu pengambilan yang berganda-ganda.

Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka Dengan azab Yang sentiasa bertambah.
 
i.       Agenda Besar Tuhan Memusnahkan Umat-umat
         Dahulu Yang Derhaka

Sebagaimana agenda Tuhan terhadap Fir'aun yang melakukan kerosakan demi kerosakan, perkara demikian dapat dipelajari melalui penerangan daripada surah Al-Muzammil. Begitu juga dalam kalangan umat Nabi Nuh yang keras hati, lalu telah menimpa mereka suatu azab yang tidak diduga. Semuanya menunjukkan Tuhan memiliki agenda lebih besar daripada agenda manusia yang ditimpa bencana berkenaan. Sesungguhnya Tuhan mengatasi atas segala urusanNya akan tetapi kebanyakan manusia tidak menyedari. Oleh itu, menyerahkan segala perkara dan kejadian atas ketentuan Tuhan, sebenarnya dapat melatih diri seseorang untuk sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Yang dengan demikian mudah-mudahan, memudahkan seseorang, menghindari diri daripada berada dalam keadaan menderhakai Tuhan secara berterusan.

ii.     Senarai Peristiwa Al-Haqqah

Peristiwa Al-Haqqah sebenarnya merupakan gambaran azab yang lebih besar daripada bencana yang telah dinyatakan sebelum ini. Peristiwa Al-Haqqah adalah gabungan daripada peristiwa Al-Qari'ah dan ditambah lagi dengan kejadian limpahan air yang mengakibatkan kematian hidupan di mukabumi ini pada skala besar. Oleh itu peristiwa Al-Haqqah adalah kejadian Al-Qari'ah ditambah lagi dengan peristiwa tambahannya iaitu

          1.   Peristiwa manusia bertebaran seolah-olah
                mereka rerama / kalkatu bertebaran (101:4) 

          2.   Mereka bertebaran untuk sampai ke tempat-
                tempat yang dikatakan selamat (70:43)

          3.   Punca manusia bertebaran adalah akibat
                daripada kerosakan lapisan langit (70:08/69:16)

          4.   Adalah peristiwa yang didustai oleh kaum A'ad 
                dan Tsamud dan telah menimpa mereka  sebahagian 
                daripada bencana seperti bencana Al-Qari'ah (69:04)

          5.   Peristiwa kedatangan angin kencang lagi sejuk yang 
                menumbangkan (69:06/07) 

          6.   Peristiwa berlaku keruntuhan atau jatuhan seperti 
                yang berlaku terhadap kaum Tsamud (69:05)

          7.   Peristiwa kepanasan atau nyalaan yang 
                membakar (70:15)  

          8.   Peristiwa bumi dan gunung-gunung menyingkirkan 
                bebanan (69:14).  

          9.   Peristiwa melimpahnya air yang mengaramkan 
                sebahagian hidupan (69:09)

iii.     Hujah Penyenaraian Peristiwa Al-Haqqah

Daripada senarai peristiwa di atas, peristiwa 1 hingga 7 merupakan peristiwa Al-Qari'ah dan daripada 1 hingga 9 adalah keseluruhannya merupakan peristiwa Al-Haqqah. Untuk membezakan hari-hari yang demikian sebenarnya memerlukan suatu pembacaan yang teliti dan kajian ayat demi ayat daripada surah-surah yang berlainan tidak dapat dielakkan.

Pembacaan Al-Quran sebenarnya menjurus kefahaman kepada peristiwa-peristiwa sebegini supaya pengajarannya dapat dipelajari secara mudah oleh mereka yang inginkan petunjuk Tuhan. Tidak banyak penjelasan tentang hari As-Saah, lantaran kejadian berkenaan tidak banyak membawa pengajaran kepada manusia, melainkan untuk menyedarkan manusia akan wujudnya hari yang dinamai sebagai hari kehancuran bumi dan manusia yang berada padanya. Namun apakah penyebab peristiwa Al-Haqqah yang mengakibatkan semua kejadian di atas berlaku?


No comments:

Post a Comment

Popular