SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, August 9, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 8 -- LANGSUNG TIADA YANG BERBAKI


فهل ترى لهم من باقية

Lalu adakah sesiapa? Engkau lihat bagi mereka daripada yang berbaki.

Dengan Yang demikian, Dapatkah Engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?


i.    Gambaran Peristiwa Al-Qari'ah Menjurus 
      Peristiwa Al-Haqqah

Persoalan yang suka manusia bangkitkan ialah, bilakah peristiwa itu dan bagaimanakah peristiwa itu? Siapakah yang terlibat? Apakah kategori yang dapat digunakan untuk membezakan antara hari-hari mendatang? Semua persoalan ini akan dijawab apabila sampai ayatnya kelak bermula dari surah Al-Ma'arij selepas ini. Tentang bagaimana itu? Penjelasan dari bahagian awal daripada surah ini telahpun memberi sedikit gambaran. Senarai peristiwa Al-Qari'ah dapat diketahui apabila pembaca membaca bahagian tertentu daripada surah Al-Qari'ah itu sendiri. Oleh kerana Peristiwa Al-Haqqah merupakan tajuk daripada surah ini, rentetan peristiwa yang melibatkan peristiwa Al-Qari'ah diikuti dengan peristiwa Keputusan dan kesinambungan peristiwa Al-Waqi'ah akan dinyatakan sebagai suatu peristiwa percantuman membentuk peristiwa Al-Haqqah. Gabungan semua peristiwa daripada pelbagai bentuk bencana seperti peristiwa kaum Tsamud, kaum A'ad, Fir'aun dan umat Nabi Nuh, memberi gambaran gabungan peristiwa yang bakal terjadi.

ii.    Dalam Al-Haqqah Wujud Peristiwa Al-Qari'ah

Contoh-contoh pendustaan yang dilakukan oleh kaum A'ad dan Tsamud menjurus kepada pendustaan peristiwa Al-Qari'ah. Dua contoh sebahagian peristiwa yang menimpa kepada dua kaum yang disebutkan adalah peristiwa objek berjatuhan dan juga peristiwa angin yang bertiup secara terus menerus. Pada surah Al-Qari'ah ada dinyatakan peristiwa lain iaitu tentang kejadian kerosakan lapisan langit yang mengakibatkan manusia berhadapan dengan masalah nyalaan api yang membakar. Ini juga merupakan bahagian Al-Haqqah. Ayat tentang Al-Haqqah dilanjutkan dengan ayat-ayat selanjutnya iaitu manusia dikaramkan oleh limpahan air seperti Fir'aun dan umat Nabi Nuh.




No comments:

Post a Comment

Popular