قطوفها دانية
Petikannya (atau tuaian) yang rendah.
buah-buahannya dekat untuk dipetik.
i. Tanaman Jangka Pendek dan
Hasil Jangka Pendek
Hasil Jangka Pendek
Iaitu, dapat mengambil sesuatu hasil usaha
seperti tanaman dan buahan-buahan dengan mudah. Kurniaan ini adalah merupakan
suatu pembalasan atas kerja perbaikan yang mereka usahakan terdahulu daripada
itu. Tanaman yang memberi tuaian atau hasil petikan tentulah tanaman yang dapat
ditanam dalam masa terdekat dan hasil yang diperolehi juga dalam masa terdekat.
Sebagai contoh adalah penanaman padi, gandum, tebu serta berjenis-jenis
sayuran. Untuk mengekalkan perolehan hasil yang berterusan, projek penanaman
tanaman sedemikian perlu dilakukan secara kerap. Kekerapan inilah yang membantu
membentuk suatu keseimbangan terhadap cara guna tanah. Pepohon dengan tuaian
yang mudah seperti cili, tomato, petola, timun serta buahan-buahan pokok kayu
yang rendah seperti longan dan jenis-jenis jambu adalah merupakan buahan
bermusim atau yang mengeluarkan hasil jangka pendek. Pokok-pokok sedemikian
dapat ditanam dalam jangka masa terdekat dan dapat ditanam semula setelah
tempoh masa tertentu. Keaktifan penanaman sebegini dapat membantu memanfaatkan
baja-baja asli yang banyak disingkirkan daripada haiwan-haiwan atau sisa
tumbuhan yang mereput. Pembaziran baja dapat dikurangi ke tahap minimum.
Keadaan seperti ini sebenarnya menjadi suatu kaedah pengawalan pertanian supaya
alam kediaman manusia ini dapat kekal seimbang dalam tempoh yang sangat lama.
ii. Berhati-hati Terhadap
Pencemaran
Dalam pada
Tuhan menyediakan tumbuh-tumbuhan yang dapat memberi hasil dalam jangka masa
terdekat, umat harus mensyukurinya dan bukan melakukan tindakan gelojoh dengan
menanam sebanyak-banyaknya. Sehingga, menggunakan baja yang dapat mengakibatkan
pencemaran teruk. Dan bukan juga dengan melakukan sesuatu terhadap hasil tuaian
dengan pemprosesan tertentu, melalui penambahan bahan-bahan lain untuk tujuan
mengawet dan menambah perisa. Perkara ini selalu dilakukan untuk memudahkan dan
memperbanyak penjualan, sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada si
pemakannya. Demikian itulah gambaran yang dapat penulis beri berdasarkan
analogi kehidupan di syurga yang dijanjikan Tuhan. Adapun perkara sebenar yang
disediakan Tuhan dalam kehidupan
syurga, tiadalah dapat penulis bayangkan.
No comments:
Post a Comment