كلوا
و اشربوا هنيئا بما
اسلفتم فى الايام الخالية
اسلفتم فى الايام الخالية
Makanlah olehmu dan minumlah olehmu,
kepuasan dengan apa yang telah silam kamu, pada hari-hari yang ditinggalkan
(dahulu).
(masing-masing
dipersilakan menikmatinya Dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu
makanan dan minuman sebagai nikmat Yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan
sebab (amal-amal soleh) Yang telah kamu kerjakan pada masa Yang lalu (di
dunia)!"
i. Perintah Makan Baru Minum
Perintah makan dan minum dengan kepuasan
adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya makanan dan minuman yang tersedia. Bukan
dengan tujuan pembaziran. Minum dengan kepuasan adalah daripada bejana yang
penuh dan bukan seperti bejana hidangan arak, pada kuantiti yang sedikit
sebagaimana yang biasa kita lihat pada majlis-majlis yang diraikan oleh kaum
yang ingkar. Makan dan minum adalah merupakan salah satu kenikmatan yang Tuhan
kurniakan kepada manusia dan hidupan. Berbanding dengan haiwan yang tidak bercita
rasa selain daripada yang dihadkan, sama ada haiwan karnivor, herbivor atau
omnivor, manusia boleh memilih sendiri makanannya, sama ada seperti semua yang
disebutkan atau pemakanan sintetik yang direkacipta seperti pewarna, perisa
serta ubatan.
ii. Sedikit
Teknik Huraian Untuk Golongan Kanan
Darihal Kehidupan Mereka Di Syurga
Penulis sebenarnya berusaha mendapatkan
penerangan dengan sesuatu yang ada kaitannya dengan peristiwa Al-Haqqah, yang
terdiri daripada rentetan peristiwa tertentu, kesan daripada 'persediaan'
manusia menghadapi kehidupan ini, sehingga kepada akibat yang berlaku mengenai
manusia itu sendiri.
iii. Contoh Pemperolehan Golongan Kanan dan
Perkara Yang Berkaitan
Contohnya, daripada ayat 69:22, kedudukan
tinggi dalam syurga adalah membolehkan seseorang melihat pandangan yang lebih
jauh serta luas. Secara praktikal, dalam kehidupan di dunia ini, situasi
seperti ini hanya dapat berlaku kepada mereka yang berilmu dengan ayat-ayat
Tuhan sehingga dapat menempuh kehidupan yang baik, serta tidak mengesani alam
sekitar dengan pencemaran yang banyak (69:23). Memetik hasil tanaman yang
rendah, membayangkan keadaan tanaman sedemikian, sekiranya di dunia ini, adalah
daripada yang kerap ditanam. Kaedah penanaman sedemikian, dapat dimanfaatkan
untuk tujuan keseimbangan alam sekitar. Projek-projek penanaman seperti padi,
gandum, sayur-sayuran adalah merupakan projek yang memerlukan tenaga ramai dan
manusia dapat saling memanfaati sesama mereka untuk tujuan yang sedemikian.
Berdasarkan pengajaran ayat ini yang memerintahkan kita makan dan minum daripada hasil silam, dapat memberi pengajaran tersendiri supaya kita sentiasa bersedia dengan bekalan tertentu sepanjang menjalani kehidupan. Telah menjadi 'trend' masakini, ramai daripada kita terutamanya generasi muda, telah memilih gaya hidup eksklusif dengan berbekalkan kad-kad hutang sehingga mereka dapat berbelanja dan menikmati makan dan minum daripada hasil kerja akan datang. Kesudahannya atas sebab beban hutang tak terkawal, kebanyakan daripada mereka menghadapi risiko bangkrap pada usia muda.
Perkara sedemikian memberi pengajaran bahawa golongan beriman adalah golongan yang berhati-hati dalam soal perbelanjaan harian mereka. Mereka tidak akan terburu-buru memilih gaya hidup berhutang yang kesudahannya mereka sentiasa menghadapi tekanan dalam kehidupan. Namun atas desakan sistem kapitalis yang diamalkan secara meluas, kini kita dapati aktiviti perniagaan yang seharusnya dapat berlaku dengan rancak, dengan segera akan terjejas secara nyata apabila berlaku kemelesitan atau kegawatan ekonomi. Kesudahannya, permasalahan sosial dalam masyarakat turut meningkat dan banyak kejadian jenayah telahberlaku secara berleluasa.
v. Menabung Untuk Masa Depan Adalah
Amalan Mulia
Setiap kita harus memerhati apakah kesan gerakerja hari ini terhadap esok hari. Perkara demikian dapat membantu menambah motivasi dalam pekerjaan. Memilih jalan tidak sabar dengan mengutamakan kehidupan berstatus agar dapat dikatakan sebagai seorang yang berjaya memenuhi piawai kehidupan, sebenarnya adalah gerakerja menempah kesukaran pada masa akan datang. Siapakah mereka ini yang sanggup menggadai masa depan mereka? Seringkali kita mendapati mereka yang berpelajaran tinggi serta memiliki kareer tertentu dalam pekerjaan, terdedah kepada kehidupan stress berbanding mereka yang berpendapatan rendah tetapi cermat dalam perbelanjaan. Kesanggupan menabung dan bersabar dalam perbelanjaan akan menjadi teman setia yang akan membantu seseorang dalam kesusahan berbanding teman-teman sekeliling yang selalu menemani kita di atas meja makan.
Penulis tidak bermaksud bahawa seseorang itu harus berlumba-lumba dengan usaha tabungan kerana bagi seseorang itu memadai dengan jumlah yang diperlukan untuk keperluan hidupnya. Seseorang itu tidak harus menganggap bahawa harta yang berjaya ia kumpulkan adalah merupakan jaminan untuk ia dapat hidup dengan lebih lama kerana tindakan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan seseorang melebihkan bahagian dunia daripada usaha akhirat.
iv. Yang Dikatakan Menikmati Hasil Silam

No comments:
Post a Comment