فاما من اوتى كتبه بشماله
فيقول يليتنى لم اوت كتبيه
فيقول يليتنى لم اوت كتبيه
Maka adapun barangsiapa yang telah diserahkan ia akan kitabnya dengan tangan kirinya, maka ia berkata aduhai kiranya daku, telah tidak diserahkan ia akan kitabku ini.
adapun orang Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Aku tidak diberikan Kitab amalku, -
i. Menyesali Atas Penerimaan Kitab Amalan
Demikian itulah bunyi penyesalan. Penyesalan lantaran melakukan
amalan di dunia ini, secara tidak berhati-hati. Dalam surah Al-Ma'arij,
dijelaskan sikap manusia yang menempuh kehidupan, tanpa mempedulikan
akibat yang akan menimpa mereka kemudian harinya. Dengan kebongkakan
sebahagian manusia dalam menakrif segala-gala yang nyata darihal
kehidupan, ternyata mereka masih gagal untuk mengenal pasti, punca masalah yang menimbulkan suasana haru biru, yang menimpa manusia dan alam persekitaran mereka.
ii. Mengamalkan Sistem Hidup Yang Porak
Sistem yang mereka perkenalkan, hanyalah menjurus kepada keadaan porak peranda masyarakat. Begitulah keadaan
manusia yang menolak petunjuk Tuhan dari awal-awal lagi. Begitu,
ayat-ayat Tuhan yang mudah difahami oleh golongan yang beriman, tidak
difahami oleh golongan yang ingkar. Mereka daripada golongan ingkar,
sentiasa tercari-cari kaedah penyelesaian terbaik tanpa bertunjangkan
wahyu Tuhan namun, segala-galanya dapat dipelajari daripada kitab Tuhan
secara mudah sekiranya mereka beriman. Lalu bagaimanakah kempen mereka
dapat dipraktikkan oleh manusia seluruhnya melainkan apajua yang
memperlihatkan kepentingan sebahagian pihak?
iii. Kesilapan Perundangan
Sebagai contoh, kempen mengatasi masalah gejala sosial. Kita dapati dengan penguatkuasaan undang-undang dan habuan yang akan diterima oleh jabatan dan penggaji-penggaji, kempen sedemikian giat dijalankan. Bagaimana dengan pembenterasan pusat-pusat hiburan tanpa lesen? Semuanya hanya diambil kira, apabila terdapat nilai habuan yang akan diperolehi. Begitu juga, kempen seperti penjagaan alam sekitar, tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak, melainkan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. PBT melaksanakannya kerana terdapat undang-undang yang mewajibkan penduduk sekitarnya membayar cas tertentu untuk menampung kos pembersihan.
Sekiranya bermula punca masalah tidak diambil berat, lantaran sikap setiap individu, maka akan berlaku perkara-perkara yang mengakibatkan kemusnahan alam, terlepas pandang begitu sahaja oleh pihak-pihak berwajib tanpa sebarang tindakan.
Sekiranya bermula punca masalah tidak diambil berat, lantaran sikap setiap individu, maka akan berlaku perkara-perkara yang mengakibatkan kemusnahan alam, terlepas pandang begitu sahaja oleh pihak-pihak berwajib tanpa sebarang tindakan.
iv. Projek-projek Yang Tidak Menurut Piawaian
Sebagai contoh, peristiwa runtuhnya Bukit Antarabangsa yang
mengorbankan ramai penduduk, adalah disebabkan oleh perlepasan sebatian
nitrat secara berlebihan ke dalam tanah akibat daripada kebocoran
saluran pembetungan. Terjadinya keruntuhan adalah disebabkan pembangunan
dilakukan di kawasan tanah tinggi dan kekuatan tanah menjadi lemah oleh
limpahan air. Dua faktor ini saling berkaitan menyebabkan akhirnya
berlaku keruntuhan. Sekalipun JAS negeri telah mengambil berat dengan
sentiasa memerhatikan struktur dan kekuatan tanah, mereka hanya dapat
mengambil bacaan tanpa mengetahui punca kepada kejadian sedemikian.
Tiada badan yang mengawal selia saluran pembetungan pada ketika itu sehingga
menyebabkan perkara demikian diabaikan. Tidak seperti pengawal seliaan
terhadap paip-paip air untuk mempastikan tidak berlaku sebarang kebocoran yang
dapat menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat perbekalan air. Punca
utama kejadian adalah pembangunan yang didirikan di kawasan bukit.
Perkara sedemikian harus diambil berat oleh pihak berkuasa lantaran pembangunan di kawasan sedemikian, tidak pernah dianjurkan dalam kitab suci melainkan untuk tujuan pertanian. Tiada ulama yang pernah bertegas dalam perkara sedemikian. Tiada jabatan yang sanggup menerima fatwa ulama sehingga dikuatkuasakan undang-undang, supaya tiada pembangunan dilakukan di kawasan bukit. Undang-undang sedia ada, adalah disebabkan berlaku kejadian terdahulu, seperti keruntuhan Highland Tower suatu masa dahulu, yang mengorbankan berpuluh-puluh penduduk. Seterusnya peristiwa runtuhnya lereng bukit ke atas lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, sehingga mengorbankan pemandu.
Kemudian penguatkuasaan tidak dilakukan lantaran sikap pemaju-pemaju perumahan, yang melihat kepentingan besar keuntungan yang akan mereka perolehi, sejajar dengan nilai hartanah yang sentiasa meningkat. Mereka merasuah pihak-pihak berkepentingan sehingga akhirnya didirikan bangunan di kawasan larangan terbabit. Undang-undang diketepikan begitu sahaja, lantaran undang-undang itu sendiri tidak diasaskan keimanan kepada Tuhan.
Kemudian penguatkuasaan tidak dilakukan lantaran sikap pemaju-pemaju perumahan, yang melihat kepentingan besar keuntungan yang akan mereka perolehi, sejajar dengan nilai hartanah yang sentiasa meningkat. Mereka merasuah pihak-pihak berkepentingan sehingga akhirnya didirikan bangunan di kawasan larangan terbabit. Undang-undang diketepikan begitu sahaja, lantaran undang-undang itu sendiri tidak diasaskan keimanan kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment