و الملك على ارجائها و يحمل
عرش ربك فوقهم يومئذ ثمنية
عرش ربك فوقهم يومئذ ثمنية
Dan
malaikat-malaikat atas penjurunya, menanggung arasy
Tuhan engkau atas mereka pada hari itu (sejumlah) lapan (semuanya).
sedang
malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy
Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas
malaikat-malaikat Yang mengawal itu.
Adakah
Arasy ialah Mesosfera?
Ayat
ini adalah menjurus kepada persoalan ghaib. Malaikat yang menanggung
arasy
Tuhan pada hari itu berjumlah lapan semuanya. Dalam ayat yang lain
disebutkan bahawa arasy
Tuhan berada di atas air (11:07). Wap-wap air di atmosfera bumi sebenarnya
berada di bawah lapisan langit tertentu dan lapisan langit yang
berada lebih tinggi daripada yang mengandungi wap-wap air adalah
mesosfera pada sekitar ketinggian 80 km dan ke atas. Pada waktu ini,
wap air tidak dapat melepasi lapisan stratosfera
yang sentiasa berkeadaan sejuk pada suhu kurang daripada -100 darjah
celcius. Pada kedudukan ini, wap air akan membentuk fros
dan dikembalikan semula ke bumi. Namun pada hari berkenaan,
kerosakan lapisan ini mengakibatkan wap-wap air dapat melepasi
lapisan ini dan tersingkir ke angkasalepas. Lengkungan lapisan langit
sebenarnya membentuk struktur 'arc' atau disebut sebagai arash
(85:15). Persoalan
mungkin timbul, apabila
pernyataan sedemikian cuba diperkatakan sebagai mengecilkan skop saiz
arasy
Tuhan hanya kepada bumi ini. Adakah arasy
Tuhan hanya terdapat di sisi bumi ini sahaja? Penulis tidak mahu
mengupas lebih lanjut.
Kejadian
Yang Memisahkan Amal
Ayat-ayat
selanjutnya selepas ini adalah yang membincangkan tentang balasan
hasil amalan manusia yang disediakan terlebih dahulu dalam kehidupan
dunia. Oleh itu, kejadian Al-Haqqah adalah merupakan kejadian
pembatas yang memutuskan masa antara amalan seseorang dicatat dan
masa selepas itu iaitu tiada lagi catatan dan yang ada ialah
penyediaan pembalasan. Oleh yang demikian, tiada didapati daripada
ayat-ayat selanjutnya, yang membicarakan tentang keadaan yang
berlaku di bumi selepas itu. Daripada penerangan 69:16 berhubung
dengan peristiwa Al-Waqi'ah iaitu kesan kejatuhan subjek
tertentu dari angkasa lepas (Yaumil Fasl), sebenarnya
terdapat peristiwa lain yang berlaku selepas itu yang semuanya dapat
dipelajari daripada penerangan Al-Hadith. Terputusnya catatan amal
terhadap aktiviti yang berlaku selepas itu, bukan lagi
merupakan sesuatu yang dapat diambil pelajaran. Terputusnya catatan
amal menjadikan peristiwa berkenaan dikenali sebagai Yaumil Fasl iaitu Hari Keputusan.
No comments:
Post a Comment