انى
ظننت انى ملق حسابيه
Sesungguhnya aku, telah menyangka aku,
bahwasanya aku yang akan menemui kira-kiraku ini.
"Sesungguhnya
Aku telah mengetahui Dengan yakin, Bahawa Aku akan menghadapi hitungan amalku
(pada hari Yang ditentukan)!"
i. Perlunya Pengiraan
Dalam Amalan
Perkataan حساب adalah perhitungan, kira-kira
atau metamatik. Supaya sesuatu dapat dijangkakan hasilnya, suatu perhitungan
perlu dilakukan oleh individu itu sebelum melakukan sesuatu. Ayat seperti ini
adalah asas kepada keperluan memahami ilmu pengiraan. Tujuan mempelajari
pengiraan seperti ini adalah untuk mendapatkan motivasi pekerjaan atau
pengamalan. Selalunya akan ada pihak yang akan menyatakan, di manakah keikhlasan
sesuatu amalan, sekiranya segala-galanya perlu dimulakan dengan kiraan? Adakah
si penanya itu mengetahui apa yang dikatakan dengan ikhlas itu? Sebagai contoh,
kita akan biasa mendapati sebahagian umat Islam, sama ada dalam perjalanan atau
dalam masjid, memegang rantai biji-biji tasbih untuk tujuan mengira bilangan
sebutan zikir mereka.
ii. Sebagai Motivasi Beramal
Yang memotivasikan mereka beramal adalah
dengan memegang biji-biji tasbih itu dan bukannya bilangan pengiraan yang
dilakukan. Sehingga suatu masa, seseorang hanya perlu membawa biji-biji tasbih
bersamanya sebagai alat untuk memudahkan ia mengingati Tuhan. Kemudian
persoalan baru sengaja ditimbulkan? Mengapakah alat diperlukan untuk
memotivasikan diri mengingati Tuhan!? Memotivasi diri kepada Tuhan adalah
sesuatu yang diperintahkan (95:08) dan bukannya melupai peringatan kepada Tuhan
lalu menempuh hidup dalam penderitaan (72:17). Bahkan mengingati Tuhan adalah
perkara yang lebih besar daripada mengerjakan aktiviti solah. Kepada sipenanya sedemikian,
penulis mencadangkan supaya ia perlu sendiri mendapatkan alam kediaman mereka
yang di sana mereka tiada jari jemari untuk dibilang dan tiada alat yang dapat
dilihat atau disentuh, supaya mereka dapat berterus-terusan mengingat
Tuhan!
iii. Balasan Akhirat, Perkara Yang Sebenarnya
Tidak
Boleh Dibayangkan
Pembalasan yang diterima seseorang sebagaimana
yang difahami daripada ayat-ayat selanjutnya adalah merupakan gambaran syurga
yang dapat dibayangkan oleh manusia yang hidup di dunia ini. Namun perkara
akhirat adalah merupakan perkara yang sebenarnya tidak dapat dibayangkan oleh
sesiapapun jua dalam kalangan manusia. Oleh itu, penulis suka memberi
penerangan dengan contoh-contoh yang mudah didapati dalam kehidupan ini. Seterusnya,
penerangan-penerangan berikut, lebih menjurus kepada sesuatu yang mudah
diterima oleh akal manusia.
No comments:
Post a Comment