Sebenarnya tingkah laku manusia sendiri akan menjurus kepada peristiwa Al-Qari’ah.
Sekiranya
tidak berlaku kejadian Al-Waqi’ah yang melibatkan kejatuhan subjek
dari angkasa, manusia tidak akan menyedari tentang bahaya yang dapat
mengenai mereka kembali, akibat kerja-kerja kerosakan yang mereka
lakukan saban hari. Tanpa kejatuhan berkenaan, langit tetap akan
sampai masa kerosakan akibat kerja tangan manusia yang dilakukan
secara berterusan. Setiap hari, manusia melepaskan gas-gas merbahaya
seperti kloroflorokarbon serta freon yang dapat merosakkan lapisan
ozon. Perkhabaran sedemikian mungkin memberi
pengajaran kepada manusia agar tidak merosakkan alam sekitar mereka
serta meneliti ayat-ayat suci Tuhan. Supaya perkara sedemikian dapat
dipelajari dan tindakan tepat dan cepat dapat diambil.
Kiranya bukan dengan agen-agen perosak yang disebutkan, alam ini dapat juga rosak akibat kerja-kerja pertanian gelojoh melalui penggunaan baja-baja pertanian secara berlebihan dan juga jenis-jenis racun tertentu. Sebagai contoh, penggunaan baja ammonium dan racun nitrik oksida secara berlebihan akhirnya mengakibatkan wap-wap ini dapat berada pada lapisan ozon serta melarutkannya dan dapat menyusutkan kuantiti ozon secara perlahan-lahan (Al-Ma'arij : Ayat 8). Sehingga akhirnya, peristiwa nyalaan yang membakar akan sentiasa berlaku siang hari dan terhenti pada sebelah malam. Demikian itu merupakan peristiwa yang pasti akan berlaku kemudian hari nanti, menjelang saat akhir riwayat kehidupan di bumi ini, akibat kerja tangan manusia sendiri sebelum terjadinya hari kehancuran alam. Sebenarnya, kita masih boleh melakukan sesuatu kini supaya amalan perbaikan dapat dilipat gandakan bagi menghadapi kehidupan hakiki di akhirat kelak. Setiap kita harus, berkorban dengan cara menggadaikan sebahagian kehendak kita yang suka bermegah dengan status hidup di dunia ini.

No comments:
Post a Comment