قل انما ادعوا ربى و لا اشرك به احدا
Katakanlah olehmu, sesungguhnya tiada lain hanya aku menyeru akan Tuhanku dan tidak aku mempersekutu denganNya akan sesuatu.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan Aku tidak mempersekutukanNya Dengan sesiapapun".
i. Perkara Yang Masih Berlaku
Ke Atas Umat Islam
Itulah yang sebenarnya yang disuruh Tuhan melalui lidah RasululLah S.A.W. untuk disampaikannya. RasululLah S.A.W. disuruh hanya menyeru kepada Tuhan dengan tidak mempersekutukan akanNya. Seterusnya RasululLah S.A.W. mengajak umat manusia dan jin melakukan perkara yang sama. Dalam sejarah umat selepas RasululLah S.A.W., kerja-kerja mempersekutukan Tuhan masih merupakan kerja-kerja yang diwarisi sekalipun setelah penyebaran agama Islam. Apabila Tuhan mendatangkan ayat yang memerintahkan taat kepada Tuhan dan RasulNya, ketaatan perlu dipanjangkan sesudah RasululLah S.A.W. melalui khalifah-khalifah kemudian daripada itu.
Namun wujud golongan yang menggunakan hujah Al-Quran secara jahil, bahawa kewajiban mengeluarkan zakat tidak lagi harus dipatuhi sesudah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., lantaran perintah Tuhan untuk mengambil sadaqah daripada umat dikatakan hanyalah terletak di bahu baginda sahaja. Lalu terpecah umat dalam usaha mentaati perintah Tuhan, antara zakat yang diwajibkan dengan perintah lain yang 'menghalang' kutipan zakat yang juga diambil hujahnya daripada Al-Quran. Umat terpecah kepada dua, pertama merupakan mereka yang berusaha mentaati perintah Tuhan melalui kekhalifahan dan kedua mereka yang berusaha mengingkari perintah Tuhan melalui kefahaman lain melalui putar belit ayat.
Berlaku kesyirikan kepada Tuhan apabila kepatuhan membentuk keharmonian beragama menjadi terpecah, sehingga timbul peperangan yang berkesudahan kemenangan kepada kekhalifahan. Itulah peperangan kedua selepas peperangan menghapuskan nabi-nabi palsu. Peperangan ini muncul pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar R.A.
ii. Kesyirikan Yang Berlaku Kerana
Mengutamakan Kehidupan Dunia
Pada zaman Khalifah Usman R.A., muncul pemberontakan baru apabila penduduk Iraq memilih kemewahan dunia, sehingga sanggup mengenepikan urusan pengembalian tanah sebagaimana yang diperintahkan oleh khalifah. Kumpulan pemberontak berkenaan telah mengepung dan membunuh beliau, yang ketika itu beliau sedang membaca Al-Quran. Umat terus berpecah sehingga kesyirikan bermaharajalela.
Setelah perlantikan Syaidina Ali R.A., muncul pula puak ghullah yang menyatakan ketaatan melampau-lampau kepada Syaidina Ali R.A., tidak mengiktiraf kekhalifahan sebelumnya yang juga terdiri daripada menantu dan bapa mertua RasululLah, R.A.H.M. Dalam kalangan mereka, ada yang sanggup mendakwa terdapat Quran lain selain daripada Al-Quran sedia ada, bahkan ada yang menganggap Syaidina Ali R.A. adalah merupakan bahagian daripada ketuhanan. Golongan ini didapati kekal sehingga ke hari ini sepertimana golongan Nasrani kekal menyembah Nabi Isa A.S. sehingga ke hari ini.

Semua urusan kembali kepada Tuhan. Menghadapi kesyirikan umat adalah tugas berat yang dibebankan ke atas bahu kekhalifahan, supaya hanya Tuhan disembah dan perintahnya ditaati dan kekhalifahan dipatuhi dalam perkara-perkara ketaatan.
Sehinggalah sampai masa keruntuhan naungan Tuhan di muka bumi ini pada tahun 1923 Masehi, apabila sistem kekhalifahan diruntuhkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk. Naungan Tuhan telah terlucut daripada umat ini sehingga umat ini mengalami penderitaan berpanjangan. Bahkan ajaran aties tersebar merata mengajari umat meninggalkan Tuhan. Penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Barat mengakibatkan terhasilnya penjajahan minda dan umat gagal melepasi belenggu ini walaupun selepas zaman pasca kemerdekaan. Sumbangan Barat dalam kehidupan umat ini, didapati lebih membawa bencana dan sehingga kini umat ini tidak menemui jalan kembali. Sebenarnya kepada kitab Allah, Al-Quran dan mengikuti panduan As-Sunnah dalam memahaminya yang sehingga kini mereka sendiri melarikan diri daripadanya. Namun ketentuan Tuhan mengatasi segala-galanya dan hanya Tuhan mengetahui tujuan kerasulan RasululLah S.A.W. dan nasib umat ini dengan sebenarnya.

No comments:
Post a Comment