SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, September 16, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 21 -- KEHIDUPAN YANG MENYENANGKAN


فهو فى عيشة راضية


Maka adalah ia pada kehidupan yang senang. 

maka (dengan itu) Tinggalah Dia Dalam kehidupan Yang senang lenang lagi memuaskan 

i.    Senang Adalah Kerja Hati 

Pertimbangan terhadap istilah senang adalah merujuk kepada kerja hati. Seseorang yang merasa senang, tidak perlu menghadapi kehidupan dengan resah dan gelisah. Ia tidak akan tertekan dengan matlamat hidup yang direkacipta oleh golongan ingkar. Ia ada peruntukan terhadap dirinya, ahli keluarganya, kaum kerabatnya dan juga sahabat-sahabatnya yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat.

ii.   Sesuatu Yang Dapat Memulihkan Keadaan

Ia tidak perlu memberi sumbangan yang membawa kerosakan dalam kehidupannya, bahkan, ia memberi sumbangan kepada pihak lain dan ada masa mengingati pihak lain untuk turut menempuh kehidupan yang memulihkan keadaan. Kehidupan seperti inilah yang membawa hubungan yang harmoni antara seseorang dengan individu lain.

2 comments:

  1. Assalamualaikum... macam mana cara nak dapat hati yang senang tu? Ada apa-apa amalan yang boleh dikongsi?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... macam mana cara nak dapat hati yang senang tu? Ada apa-apa amalan yang boleh dikongsi?

    ReplyDelete

Popular