ﺍﻧﺎﺍﺭﺳﻠﻨﻚﺑﺎﻟﺤﻖﺑﺸﻴﺮﺍﻭﻧﺬﻳﺮﺍ
Sesungguhnya Kami, telah mengutus Kami akan
engkau dengan sebenar-benarnya, pembawa khabar gembira dan pembawa khabar
ancaman…
Sesungguhnya Kami telah mengutus engkau (wahai
Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pem-bawa khabar gembira (kepada
orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar)…
Terdapat banyak perkhabaran daripada hadith RasululLah
S.A.W. tentang kedatangan Dajjal dan RasululLah S.A.W. menyampaikannya dalam
keadaan yang serius. Jadi persoalannya dalam menghadapi permasalahan ini,
apakah persiapan serius yang mampu kita lakukan? Ya, mempelajari ayat-ayat
Al-Qur’an adalah perkara wajib, menghafaz 10 ayat pertama daripada surah
Al-Kahfi adalah diharap dapat menghindari diri kita semua daripada fitnah
Dajjal. Namun sistem pentadbiran, kewangan dan pengagihan keperluan yang telah
dikuasai oleh kakitangan Dajjal ketika itu, akan mengakibatkan kita tidak dapat memanfaatkan
harta yang kita miliki daripada wang ringgit dan hak untuk bercucuk tanam untuk
tujuan perniagaan.
Adakah kita harus bersedia dengan menyimpan makanan
dan minuman? Berapa lamakah persediaan ‘prapers’ itu dapat bertahan?
Bagaimanakah pula dengan sejumlah wang yang kita simpan masakini? Bolehkah wang
itu dapat dibelanjakan pada ketika bekalan makanan dan minuman menjadi sangat
terhad? Adakah kita telah bersedia menghadapi semua itu? Adakah kita telah mula
menyedari bahawa pergolakan di negara-negara Arab sekarang ini, tidak akan
berakhir sehinggalah tanda-tanda besar kejadian As-Saah muncul? Tidak cukupkah
amaran Tuhan yang terjadi baru-baru ini berupa cuaca panas melampau yang dikatakan
berpunca dari El-Nino, telah mengakibatkan paras air sungai dan tasik susut
dengan ketara. Sejumlah besar hidupan air telah mati dan penanaman padi juga turut
terjejas. Apakah yang akan berlaku kiranya pada tahun-tahun terdekat ini,
berulang kembali fenomena cuaca seperti itu dan kali ini memakan masa yang
lebih panjang? Masakan kita memilih untuk menjadi seperti ‘zombie’ yang sanggup
merampas bahagian orang lain untuk kendiri diri sendiri. Marilah kita sama-sama
memikirkan untuk mendapatkan kaedah terbaik dalam menghadapi kemungkinan
kejadian sedemikian.
Beginilah akibatnya apabila dalam segala-gala hal kehidupan ini, umat manusia telah mengambil bangsa Barat sebagai rujukan, sehingga setiap penemuan bangsa Barat harus dijadikan sembahan yang diakui. Walhal pada masa yang sama, umat ini masih ada rujukan yang jauh lebih baik daripada penemuan Barat itu. Umat ini masih tak habis-habis dengan perbalahan mazhab dan politik sedangkan kaum Yahudi dan Nasrani telah beransur-ansur meninggalkan pengajaran-pengajaran agama mereka sendiri, untuk membawa agenda besar iaitu membawa sembahan baru kepada umat manusia.
No comments:
Post a Comment