لنجعلها لكم تذكرة
و تعيها اذن واعية
Supaya
Kami jadikan akannya untuk kamu suatu pengajaran dan ia mendengar
akannya oleh telinga yang sanggup menerima.
(Kami
lakukan Yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu
pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh
telinga (orang-orang) Yang mahu menerima pengajaran.
i.
Kesan Mempelajari Peristiwa Akan Datang
Kita
sebenarnya tidak perlu menunggang 'kapsul masa' untuk mengetahui
peristiwa akan datang sepertimana yang banyak digembar-gemburkan
dalam kisah-kisah tayangan filem oleh artis-artis Barat. Kita hanya
perlu memikirkan untuk mendapat maklumat sedemikian daripada kitab
suci yang diwahyukan
Tuhan melalui perantaraan rasul-rasul terdahulu. Mengkaji secara
teliti atau sanggup mendengar pengajaran sedemikian memerlukan
kesegaran minda dalam melakukannya.
Mengkhabarkan sesuatu peristiwa akan datang, sesuatu yang belum dapat dikatakan pengalaman yang
boleh direkodkan oleh seseorang, seringkali dianggap sebagai sesuatu
yang akan mengakibatkan paranoia dalam kehidupan seseorang. Kesediaan
manusia terhadapnya seringkali berbeza antara kesudian menerimanya
ataupun penentangan yang ketara. Tugas kerasulan yang mengkhabarkan
tentang kehidupan hari akhirat, telah mengakibatkan paranoia yang
sangat hebat terhadap masyarakat Arab Jahiliyah suatu masa dahulu dan
pada awalnya, tidak ramai yang sanggup menerima.
ii.
Pengajaran Besar Daripada Peristiwa
Fir'aun dan Umat Nabi Nuh
Fir'aun dan Umat Nabi Nuh
Peristiwa
umat nabi Nuh merupakan peristiwa yang telah lama berlalu dan begitu
juga dengan peristiwa Fir'aun. Al-Quran banyak mengulangi
kejadian-kejadian yang serupa pada tempat-tempat yang berlainan,
gunanya untuk memudahkan bacaan itu diingati dan juga pelajaran
diambil. Oleh itu, skop contoh dapat diperkecilkan dan
perbezaan-perbezaan pengajaran daripada peristiwa yang sama dapat
dikaji. Terdapat pengajaran yang berlainan, sekalipun daripada contoh
kejadian yang serupa.
Dalam
surah Nuh, tentang dakwah nabi Nuh A.S. kepada umat baginda, antara
pengajaran yang besar adalah, bahawa kerja dakwah adalah kerja sukar
yang memerlukan kesabaran yang bersangatan. Untuk memudahkan dakwah
bergerak lancar, seseorang hendaklah memulai daripada golongan yang
dhaif
dan dalam kalangan ahli keluarga atau individu
terdekat. Tentangan adalah dijangkakan, tidak semestinya daripada
masyarakat bahkan dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Petunjuk
Tuhan sebenarnya tidak
memilih status
kekeluargaan namun ramuan
kejayaan dakwah selalunya bermula daripada golongan yang miskin.
Kisah umat nabi Nuh A.S. dalam surah ini pula memberi pengajaran
bahawa peristiwa Al-Haqqah yang akan berlaku nanti, adalah peristiwa
yang menyerupai kejadian yang menimpa umat nabi Nuh. Mereka
ditenggelamkan sebagaimana Fir'aun ditenggelamkan.
Peristiwa
Al-Haqqah sebenarnya mengandungi kejadian yang lebih daripada itu,
iaitu peristiwa penenggelaman yang disertai dengan peristiwa
Al-Qari'ah.
Tuhan tidak mengemukakan terlalu banyak contoh daripada umat yang
lain, cukup dengan beberapa contoh kejadian yang serupa yang mengenai
satu umat tertentu. Dakwah nabi Musa A.S. kepada Fir'aun pula memberi
pengajaran bahawa dakwah kepada ketua kerajaan dan pembesar-pembesar
dapat dilakukan dengan bantuan mukjizat daripada Tuhan.
Sekiranya
pada zaman itu, mukjizat
yang didatangkan adalah berupa kejadian-kejadian bencana dan tongkat
nabi Musa A.S. sendiri, mukjizat
terkini adalah kitab Al-Quran itu sendiri. Rentetan peristiwa yang
berlaku terhadap alam sekitar yang berlaku pada zaman Fir'aun adalah
serupa dengan peristiwa yang berlaku pada masa ini. Semua dapat
berlaku akibat daripada kerja-kerja penerokaan tanah yang tidak
dilakukan secara berhati-hati. Akibat daripada perbuatan umat masa
ini, yang menyerupai aktiviti
umat zaman Fir'aun, akan mengakibatkan kejadian seumpama
Al-Qari'ah
dan Al-Haqqah yang perlu diperjelaskan secara terperinci akan
kejadiannya. Tentunya mukjizat
yang dipertontonkan melalui nabi Musa A.S. kepada Fir'aun bukanlah
beria-ia bertujuan untuk mengajak Fir'aun beriman kepada Tuhan,
lantaran disebabkan oleh keangkuhan Fir'aun itu sendiri, tetapi
menjurus kepada perubahan ketaatan pengikut Fir'aun daripada
bertuhankan Fir'aun kepada bertuhankan Tuhan Yang Maha Esa. Bermula
dari situ, kepercayaan kepada 'ketuhanan' Fir'aun akan lenyap sedikit
demi sedikit sehingga
ia tercabar untuk melakukan sesuatu yang mengakibatkan kemusnahan
dirinya. Mesej
seperti ini sepertimana dalam risalah ini, bertujuan meningkatkan
kesedaran pembaca, daripada terkongkong dengan situasi kehidupan
sekarang ini, yang pasti akan mengakibatkan kerosakan nantinya,
kepada suatu kesedaran untuk bertindak melakukan suatu pemulihan
sebenar.
No comments:
Post a Comment