ﻓﻤﺎ ﻣﻨﻜﻢ ﻣﻦ ﺍﺣﺪ ﻋﻨﻪ ﺣﺠﺰﻳﻦ
Maka tidak daripada kamu daripada seorangpun tentangnya yang
menahan.
Maka tidak ada seorangpun di antara kamu Yang dapat
menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
i. Tiada Usaha Yang
Pernah Berjaya
Untuk Mengubah Perkataan Tuhan
Untuk Mengubah Perkataan Tuhan
Adakah tokok tambah sedemikian (sekiranya ada) adalah
merupakan sesuatu perkataan yang menjurus atau bersifat ketuhanan? Kita telah melihat bagaimana usaha-usaha
sejak dari dahulu lagi yang cuba mempertikai serta mengubah kandungan Al-Quran,
sentiasa menemui kegagalan. Sehingga tiada suatu kitab pun yang berusia lebih
dari 1000 tahun masih kekal sebagaimana keadaan asal melainkan Al-Quran. Itulah
salah satu tanda kemuliaan Al-Quran itu terpelihara. Muhammad RasululLah S.A.W.
tidak mengada-adakan perkataan atas nama Tuhan. Sehingga baginda dilantik
menjadi Rasul, baginda tidak pernah mengetahui sebelum itu tentang kitab dan
iman (42:52). Muhammad RasululLah S.A.W. tidak pernah dihukum sedemikian
sekiranya baginda ada mengada-adakan perkataan baru yang diselitkan bersama
Al-Quran. Oleh yang demikian, Tuhan sendiri mengiktiraf bahawa Al-Quran adalah
datang dari Dia.
ii. Al-Quran –
Sebuah Kitab Yang Dijauhi
Umat dan ilmuwan-ilmuan pada masa ini telah menjadikan Al-Quran
sesuatu yang dijauhi (25:30). Sekalipun mereka mengakui Al-Quran itu adalah
kalam Tuhan, tetapi mereka meletakkannya di tempat yang 'terlalu tinggi' sehingga
perkara Al-Quran seolah-olah tidak boleh disentuh. Bukan sahaja mereka tidak memperolehi
teknologi baru daripada Al-Quran, bahkan mereka tidak memahami apajua yang
mereka sebut dalam solah mereka daripada ayat-ayat Al-Quran.
iii. Mukjizat Al-Quran
iii. Mukjizat Al-Quran
11 penerangan tentang penemuan ilmiah sebelum ini hanya
merupakan sebahagian sahaja daripada mukjizat Al-Quran dan tidak dapat
dijadikan ukuran sama ada sesuatu ayat itu ayat asli Al-Quran atau barangkali
merupakan ayat tokok tambahan. Kajian-kajian terkini terhadap Al-Quran
mendapati susunan Al-Quran adalah sedemikian rupa, sehingga sekiranya terdapat
tambahan satu huruf terhadap Al-Quran, maka huruf itu akan dapat dikesani begitu
juga jika berlaku kehilangan. Huraian panjang lebar ada dilakukan terhadap
surah-surah awal, terutama terhadap surah-surah yang dimulai dengan
abjad atau abjad-abjad tertentu. Semua ini adalah isyarat bahawa Al-Quran
adalah peringatan yang harus diteliti oleh setiap individu. Namun, yang
berlaku adalah, umat ini telah meletakkan Al-Quran di tempat 'terlalu tinggi' dan
dianggap terlalu suci sehingga harus diterima bulat-bulat tanpa memerlukan
kefahaman.
No comments:
Post a Comment