انا لما طغا المأ حملنكم فى الجارية
Sesungguhnya Kami, tatkala telah melampaui
ia oleh air itu, telah memuatkan Kami akan kamu (golongan yang beriman) dalam
pelayaran.
Sesungguhnya
kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan
gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke
Dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
i.
Pengajaran Dakwah Nabi Nuh A.S. -
Dakwah Bukan
Kerja Mudah
Kerja Mudah
Demikian itu kisah pelayaran nabi Nuh A.S.
suatu masa dahulu, membawa pengikut yang beriman serta muatan lainnya. Kisah
dakwah nabi Nuh A.S. dapat diketahui dengan lebih jelas melalui pembacaan
daripada surah Nuh. Betapa gigih baginda melaksanakan perintah Tuhan sekalipun
menempuh tempoh yang sangat lama bersama mereka sekitar 950 tahun. Daripada pengajaran yang dapat diperolehi,
dakwah kepada golongan berkepentingan serta golongan yang merasa mereka berkelebihan
darihal kehidupan adalah sukar, disebabkan oleh sifat kesombongan yang mereka
miliki. Oleh itu urusan dakwah hendaklah dimulai dari golongan dhaif
daripada ahli keluarga, diikuti dengan golongan yang lemah daripada ahli
masyarakat sebelum dilanjutkan kepada manusia seluruhnya. Suatu bentuk
pengajaran yang lain adalah bahawa Tuhan berkuasa mendatangkan bencana secara
umum dan pada masa yang sama memilih untuk menyelamatkan golongan yang beriman
secara khusus.
ii.
'Peristiwa Yang Akan Berulangan'
Bermula kefahaman sedemikian, penulis
perolehi daripada perkataan ﺣﻤﻠﻨﻜﻢ daripada ayat ini.
Secara khususnya, sekiranya peristiwa ini hanya merujuk kepada golongan yang beriman pada zaman Nabi Nuh A.S. maka
ayat yang sesuai yang seharusnya didapati pada ayat ini adalah ﺣﻤﻠﻨﻬﻢ. Perkataan ﺣﻤﻠﻨﻜﻢ yang bermakna
'telah memuat Kami akan kamu' mengandungi makna yang luas. Dalam sebahagian
terjemahan, perkataan 'kamu' merujuk kepada generasi terdahulu iaitu 'nenek
moyang kamu' dan dalam terjemahan yang lain pula diertikan sebagai 'golongan
yang beriman secara umumnya – khususnya yang mengakui Nabi Nuh A.S. pada suatu
masa dahulu. Sekalipun ﺣﻤﻠﻨ merujuk kepada kata kerja telah berlalu,
perkataan ini terpakai juga kepada peristiwa akan datang dengan terjemahan sedikit
berubah. Perkataan ﺣﻤﻠﻨ akan bermakna 'telah pasti memuat Kami' sekiranya merujuk
kepada peristiwa akan datang. Sama ada golongan beriman adalah merupakan yang
diselamatkan Tuhan pada peristiwa Al-Haqqah, seperti gambaran tayangan
peristiwa 2012, memerlukan pengamatan teliti terhadap kejadian berkenaan yang
memerlukan rujukan lanjut daripada ayat-ayat lain serta penerangan Al-Hadith.
Bacaan ini hanya menjurus kepada perkara yang berlaku secara umum pada
peristiwa Al-Haqqah dan terpulang kepada pembaca untuk menilai.
iii.
Apakah Sebenarnya Lanjutan "Peristiwa 2012"?
Bumi dikatakan mengalami ulangan regangan magnetik
pada setiap sekitar 13,000 tahun. Regangan ini mengakibatkan kecondongan bumi
terhadap matahari mengalami perubahan sudut sekitar 21 darjah hingga 24 darjah.
Tempoh untuk satu pergerakan daripada sudut 24 darjah hingga 21 darjah adalah
sekitar 6500 tahun dan begitu juga tempoh kecondongan itu berpatah balik dari
sudut 21 darjah kembali ke sudut 24 darjah. Kutub magnet berbeza daripada kutub
sebenar dan perubahan kutub magnet dapat berlaku kesan daripada perubahan
kekutuban galaktik, yang bumi berada padanya. Peristiwa terakhir perubahan
kutub yang ketara berlaku di bumi ini adalah pada zaman Nabi Nuh A.S. sekitar
6000 tahun yang lalu dan ulangan peristiwa sedemikian dapat terjadi pada
bila-bila masa sekarang ini. Apakah sebenarnya kesan kecondongan bumi maksimum
kepada kehidupan di bumi ini? Semua orang sedia maklum bahawa, kecondongan
paksi bumi terhadap matahari sekitar 23½ darjah sekarang ini, telah
mengakibatkan terdapat bahagian bumi mengalami siang 6 bulan dan malam 6 bulan
seperti yang berlaku di kawasan kutub. Terdapat bahagian yang mengalami
perubahan 4 musim yang ketara dalam setahun seperti kawasan-kawasan beriklim
sederhana. Kita yang tinggal di kawasan Khatulistiwa, tidak begitu menyedari
perubahan tempoh siang dan malam yang berlaku sepanjang tahun. Sekiranya
kecondongan paksi bumi terhadap matahari bertambah kepada sekitar 30 darjah,
suatu pengalaman baru yang ketara terhadap kehidupan manusia akan berlaku. Pada
suatu tempoh tertentu, sebahagian tempat di bumi ini akan mengalami tempoh
sehari yang lamanya adalah setahun, sebahagian tempat yang lain pula mengalami
sehari yang lamanya adalah sebulan dan kawasan beriklim sederhana sekarang ini,
akan mengalami sehari yang lamanya seminggu dan tempat-tempat lain pula,
mengalami tempoh sehari seperti hari-hari biasa.
No comments:
Post a Comment