SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, August 24, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 13 -- BERMULA BENCANA AL-HAQQAH


فاذا نفخ فى الصور نفخة واحدة

Maka apabila telah bertiup pada sangkakala, sekali tiupan!

kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup sangkakala Dengan sekali tiup,

i.      Bunyi Seperti Siren Yang Menggemparkan

Terdapat pelbagai bentuk ayat yang menjurus kepada tiupan sangkakala. Ayat yang serupa, dinyatakan pada surah Al-Mudaththir 74:08 dan 80:33. Bencana Al-Haqqah yang terdiri daripada kejadian-kejadian seperti yang dinyatakan pada ayat-ayat yang terdahulu, akan dimulai dengan tiupan yang menghasilkan bunyi.

ii.     Mekanisma Yang Menghasilkan Bunyi

Daripada ayat 69:16, kejadian ini dapat diketahui dengan jelas berlaku menerusi surah Al-Insyiqaq (84:1-5) iaitu bermula proses kehancuran adalah dimulai dengan lemahnya lapisan langit. Apakah yang dikatakan ﺍﻟﺼﻮﺭ? Terjemahan secara terus adalah sangkakala. Kata dasar ﺍﻟﺼﻮﺭ adalah daripada ﺻﺮ iaitu telah bergema rincing (bunyi) ia dan kata nama ﺻﺮﺓ adalah sesuatu yang menggemparkan atau mencetus suasana haru biru seperti bunyi siren sebelum peperangan. Kalimat yang ditulis dengan alif lam makrifah merujuk sesuatu yang khusus, iaitu suatu peralatan atau perkara yang melakukan kerja khusus mengeluarkan bunyi yang menggemparkan.

iii.     Apakah Penyebab Bunyi Itu?

Setiap kita adalah maklum bahawa sesuatu yang menghasilkan bunyi yang kuat adalah akibat  penalaan bunyi pada aliran udara kesan daripada kerja pemotongan udara oleh sesuatu yang laju. Sebagai contoh, penalaan bunyi daripada kelajuan enjin pesawat Sukkoi yang memotong udara pada kelajuan sangat tinggi, menghasilkan bunyi nyaring memekakkan telinga. Itu terhadap objek yang bergerak. Untuk objek yang tidak bergerak, perlu terdapat penalaan akibat daripada pergerakan tiupan angin pada kelajuan tinggi kepadanya. Cukup untuk dimaklumi, ribut dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan pusaran angin taufan pada skala kecil dapat menghasilkan bunyi seperti keretapi yang bergerak. Bunyi memekakkan adalah datangnya daripada pengerakan pemotongan udara atau tiupan angin yang amat kuat.

iv.     Menanti Permulaan Bencana Atau 
         Bertindak Melakukan Sesuatu 
         Sekarang!

Apakah yang boleh dilakukan apabila bencana telah mula berlaku? Apakah yang dapat dilakukan apabila semua hidupan di mukabumi ini akhirnya mati disebabkan oleh bencana pada skala yang amat besar? Apakah gunanya persediaan sekiranya akhir sesuatu kejadian itu adalah kemusnahan segala sesuatu? Demikian itu adalah perbezaan antara mereka yang beriman dan mereka yang ingkar. Golongan ingkar menanti suatu kejadian akan berlaku sekalipun mereka mengharap, kejadian buruk tidak akan berlaku. Daripada kejadian berkenaan, mereka mengkaji sebab-sebab kejadian serta impak yang terjadi akibat daripada kejadian itu. Mereka hanya cenderung untuk mengelak daripada ditimpa bencana atau meminimumkan bencana, sekiranya kejadian yang serupa berulang lagi. Berbeza dengan golongan yang beriman, mereka tidak menafikan sesuatu kejadian itu akan berlaku. Segalanya adalah ketentuan Tuhan yang mengatur seluruh alam ini. Bezanya, mereka bersedia mendengar pengajaran daripada kitab-kitab suci Tuhan. Mereka itulah sebenarnya yang memperolehi manfaat daripada ayat-ayat Tuhan. Antaranya, tentang bagaimana corak kehidupan yang harus mereka lalui. Mereka sanggup melakukan sesuatu agar mereka memperolehi pembelaan daripada Tuhan di akhirat kelak. 



 

No comments:

Post a Comment

Popular