سخرها عليهم سبع ليال
و ثمنية ايام حسوما
و ثمنية ايام حسوما
Memperbinasa ia akannya atas mereka tujuh malam dan delapan hari, yang amat malang (berterus-terusan).
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus;
i. Bencana Yang Bermula Pada Waktu Pagi
Daripada bilangan hari dan malam, suatu kesimpulan dapat dibuat, bahawa bencana yang menimpa mereka telah bermula waktu pagi hari pertama dan bersambungan sehingga waktu petang hari kelapan. Bencana yang Tuhan mulakan waktu pagi, juga didapati pada kejadian-kejadian lain yang menimpa kaum Tsamud (15:83), kaum Fir'aun dan kaum Luth (15:73). Kita harus mengambil tahu tentang bencana yang berlaku pada atau awal waktu pagi yang juga dapat terjadi pada waktu ini. Terdapat pengajaran besar tentang bencana yang berlaku pada waktu pagi yang berkait rapat dengan agenda besar daripada Al-Quran.
ii. Agenda Tuhan Pada Bencana Waktu Pagi
Terdapat agenda Tuhan tentang bencana yang berlaku pada waktu pagi yang akan dibincangkan kemudian nanti apabila menyentuh ayat berkenaan. Kejadian ini merupakan rahsia Tuhan yang dapat diperjelas melalui teknik pengiraan (74:32/33/34/35/36). Dua daripada contoh kaum ini telah menerima bencana yang merupakan sebahagian daripada peristiwa Al-Qari'ah.
Berdasarkan nasakh ayat daripada surah ini (darihal peristiwa Al-Qari'ah), diikuti dengan peristiwa dalam surah Al-Qari'ah itu sendiri, penjelasan ayat yang ada hubungannya dengan kejadian bukit atau gunung menjadi seperti bulu mengembang menunjukkan suatu rentetan peristiwa bakal terjadi. Penerangan ini akan dibahaskan lebih lanjut dalam surah selepas ini. Pada peristiwa Al-Qari'ah ada disebut kejadian berkenaan adalah akibat daripada kerosakan lapisan langit. Penyebab kerosakan adalah disebabkan oleh usaha manusia sendiri ke atas alam kediaman mereka.
Seolah-olah Mereka Pangkal Pokok Kurma Lohong
Seolah-olah Mereka Pangkal Pokok Kurma Lohong
فترى القوم فيها صرعى
كانهم اعجاز نخل خاوية
Lalu engkau lihat, akan kaum itu padanya bergelimpangan seolah-olah mereka pangkal pokok kurma lohong.
maka Engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma Yang (tumbang dan) lompang.
(Sebutan هاوية pula adalah merujuk kepada salah satu neraka yang merupakan lohong tanpa dasar 101:9).
Demikian itu, salah satu peristiwa yang merupakan sebahagian dari hari penderaan Al-Qari'ah.
iii. Bencana Kepanasan Dan Kesejukan Melampau
Kepanasan yang melampaui sehingga mengakibatkan nyalaan yang membakar serta kesejukan yang bersangatan sehingga mengakibatkan manusia tumbang menjadi seperti tunggul korma kering. Dua perubahan suhu ketara dapat terjadi pada peristiwa Al-Haqqah, yang telah dinyatakan sebagai contoh sebahagian kejadian Al-Qari'ah, yang pernah menimpa umat-umat terdahulu daripada kaum A'ad dan kaum Tsamud. Perkataan فترى yang bermakna lalu engkau lihat, 'melihat' dalam ayat ini bukanlah melihat dengan mata, lantaran RasululLah S.A.W. sendiri tidak pernah menyaksikan kemusnahan kaum Tsamud yang dahsyat itu, tidak juga manusia masakini yang dapat membaca Al-Quran. Melihat di sini adalah dengan hati nurani, sesuatu yang boleh dibayangkan bagaimana mayat-mayat beku itu mengalami kekecutan tubuh, kesan kesejukan bersangatan. Sekiranya pembaca mahu sendiri melihat keadaan seumpama itu, tayangan filem “Lusa - Day After Tommorow” mungkin memberi gambaran sedemikian.

No comments:
Post a Comment