و
جا فرعون و من قبله و المؤتفكت بالخاطئة
Dan telah datang ia oleh Fir'aun dan oleh
orang-orang sebelumnya dan negeri-negeri yang runtuh dengan kesalahan.
dan
(selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang Yang terdahulu
daripadanya, serta penduduk negeri-negeri Yang telah ditunggang balikkan -
Dengan melakukan perkara-perkara Yang salah.
i. Pemerintahan Kerajaan
Fir'aun Mesir
Siapakah yang tidak mengenali keagungan
Fir'aun suatu masa dahulu? Ia memerintah negara Mesir, menguasai bangsa Qibti
dan Bani Israel. Memiliki teknologi terkini pada masa itu dan dikelilingi oleh
ahli-ahli sihir. Sehingga kini, kesan peninggalannya di Mesir dapat dilihat dan
sentiasa dipelajari oleh masyarakat moden. Fir'aun memiliki tenaga-tenaga pakar
dalam meramal cuaca sebelum melakukan projek penanaman gandum. Dengan
menggunakan sungai Nil sebagai sumber pengairan dan penguasaan kekunci air terhadap
aktiviti pertanian rakyatnya, Fir'aun mengangkat dirinya sebagai tuhan yang
kononnya memberi kehidupan kepada warga Mesir. Ia memerintah menggunakan dasar
pecah belah dan perintah antara bangsa Qibti dan bani Israel. Akhirnya ia mati
semasa mengejar Nabi Musa A.S. dan kaumnya di dasar air laut yang dibelah.
Kisah terperinci kemusnahan Fir'aun banyak didapati dalam ayat-ayat Al-Quran.
Karamnya Fir'aun dalam laut yang dibelah adalah melalui fenomena cuaca menurut
kehendak Tuhan. Kita dapat mempelajari fenomena berkenaan dengan mempelajari
aktiviti-aktiviti penduduk Mesir sebagaimana diperjelas dalam surah
Al-Muzammil.
ii. Kisah Umat Nabi Nuh Yang
Dikaramkan
Sebelum itu, terdapat kisah kemusnahan umat
Nabi Nuh yang dikaramkan akibat daripada limpahan air laut akibat gempa bumi daripada aktiviti gunung berapi bawah laut yang membentuk tsunami (11:40).
Kejadian seperti yang berlaku kepada umat Nabi Nuh sebenarnya banyak berlaku
sepanjang zaman dalam kehidupan manusia. Begitulah Tuhan men datangkan azab
kepada manusia dan mereka dibalas menurut amal masing-masing. Namun tentang
bencana yang menimpa Fir'aun dan umat Nabi Nuh tidak dinyatakan sebagai
peristiwa Al-Qari'ah, lantaran tidak melibatkan tiupan angin yang berlaku
berterusan dan tidak juga kejatuhan objek dari arah atas. Namun hujan api
dikatakan berlaku pada masa Fir'aun.
No comments:
Post a Comment