SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, July 30, 2016

YANG MAHU KE NERAKA JAHIM - BIARKAN MEREKA


ﻭﻻﺗﺴﺌﻞﻋﻦﺍﺻﺤﺐﺍﻟﺠﺤﻴﻢ

Dan tidak engkau ditanya tentang penghuni neraka Jahim.

Dan (setelah Engkau sampaikan semua itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.

Namun kita tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka yang menolak seruan ini secara terang-terangan sekalipun setelah datang kepada mereka keterangan daripada ayat-ayat Tuhan. Kewajipan kita hanya menyampaikan manakala penerimaan kepada petunjuk hanya berlaku dengan izin Tuhan. 

Sepertimana kerasulan RasululLah S.A.W. sekalipun setelah melalui tempoh kerasulan selama 13 tahun, daripada sekian ramai bangsa Arab, hanya sedikit sahaja yang beriman dan daripada jumlah itu hanya 313 orang sahaja yang terlibat semasa berlaku peperangan Badar. Pada masa ini, mereka yang merasakan telah berada pada suatu tahap pengetahuan yang tinggi dan disertai oleh pengiktirafan dengan apajua bentuk sijil, adalah sukar untuk menerima sesuatu yang dirasakan telah mencabar disiplin bidang pengetahuan yang mereka perolehi. Lalu kita dapati secanggih manapun mereka cuba mengolah ilmu dan menjadi rujukan terhadap pelbagai bentuk kaedah, namun masih ramai umat Islam terngaga-ngaga meminta suapan daripada pihak luar dan mereka langsung tidak berupaya untuk membangun keupayaan sendiri. Mungkin dalam sedikit masa lagi, kiranya terjadi bencana ekonomi atau kemarau dalam tempoh yang panjang, barulah mereka akan terbuka fikiran untuk menerima sebarang teguran namun keadaan sudah terlalu lewat. Kesombongan mereka dengan apa yang mereka rasakan sebagai canggih sekarang ini, haruslah dibiarkan begitu sahaja kerana setiap kita harus bertanggung jawab hanya kepada diri sendiri dan kepada mereka yang percaya akan seruan ini pada waktu ini.
    
Bencana ekonomi seperti krisis 2008
adalah sesuatu yang pasti akan berlaku lagi


Sunday, July 24, 2016

SURAH AL BAQARAH AYAT 119 -- PERUTUSAN MUHAMMAD RASULULLAH, BAWA KHABAR GEMBIRA DAN ANCAMAN


ﺍﻧﺎﺍﺭﺳﻠﻨﻚﺑﺎﻟﺤﻖﺑﺸﻴﺮﺍﻭﻧﺬﻳﺮﺍ

Sesungguhnya Kami, telah mengutus Kami akan engkau dengan sebenar-benarnya, pembawa khabar gembira dan pembawa khabar ancaman…

Sesungguhnya Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pem-bawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar)…

Terdapat banyak perkhabaran daripada hadith RasululLah S.A.W. tentang kedatangan Dajjal dan RasululLah S.A.W. menyampaikannya dalam keadaan yang serius. Jadi persoalannya dalam menghadapi permasalahan ini, apakah persiapan serius yang mampu kita lakukan? Ya, mempelajari ayat-ayat Al-Qur’an adalah perkara wajib, menghafaz 10 ayat pertama daripada surah Al-Kahfi adalah diharap dapat menghindari diri kita semua daripada fitnah Dajjal. Namun sistem pentadbiran, kewangan dan pengagihan keperluan yang telah dikuasai oleh kakitangan Dajjal ketika itu, akan mengakibatkan kita tidak dapat memanfaatkan harta yang kita miliki daripada wang ringgit dan hak untuk bercucuk tanam untuk tujuan perniagaan.

Adakah kita harus bersedia dengan menyimpan makanan dan minuman? Berapa lamakah persediaan ‘prapers’ itu dapat bertahan? Bagaimanakah pula dengan sejumlah wang yang kita simpan masakini? Bolehkah wang itu dapat dibelanjakan pada ketika bekalan makanan dan minuman menjadi sangat terhad? Adakah kita telah bersedia menghadapi semua itu? Adakah kita telah mula menyedari bahawa pergolakan di negara-negara Arab sekarang ini, tidak akan berakhir sehinggalah tanda-tanda besar kejadian As-Saah muncul? Tidak cukupkah amaran Tuhan yang terjadi baru-baru ini berupa cuaca panas melampau yang dikatakan berpunca dari El-Nino, telah mengakibatkan paras air sungai dan tasik susut dengan ketara. Sejumlah besar hidupan air telah mati dan penanaman padi juga turut terjejas. Apakah yang akan berlaku kiranya pada tahun-tahun terdekat ini, berulang kembali fenomena cuaca seperti itu dan kali ini memakan masa yang lebih panjang? Masakan kita memilih untuk menjadi seperti ‘zombie’ yang sanggup merampas bahagian orang lain untuk kendiri diri sendiri. Marilah kita sama-sama memikirkan untuk mendapatkan kaedah terbaik dalam menghadapi kemungkinan kejadian sedemikian.

Beginilah akibatnya apabila dalam segala-gala hal kehidupan ini, umat manusia telah mengambil bangsa Barat sebagai rujukan, sehingga setiap penemuan bangsa Barat harus dijadikan sembahan yang diakui. Walhal pada masa yang sama, umat ini masih ada rujukan yang jauh lebih baik daripada penemuan Barat itu. Umat ini masih tak habis-habis dengan perbalahan mazhab dan politik sedangkan kaum Yahudi dan Nasrani telah beransur-ansur meninggalkan pengajaran-pengajaran agama mereka sendiri, untuk membawa agenda besar iaitu membawa sembahan baru kepada umat manusia.




Monday, July 18, 2016

JAHIL KERANA MEWARISI SIKAP GENERASI TERDAHULU

ﻛﺬﻟﻚﻗﺎﻝﺍﻟﺬﻳﻦﻣﻦﻗﺒﻠﻬﻢ
ﻣﺜﻞﻗﻮﻟﻬﻢﺗﺸﺎﺑﺖﻗﻠﻮﺑﻬﻢ
ﻗﺪﺑﻴﻧﺎﺍﻻﻳﺖﻟﻘﻮﻢﻳﻘﻨﻮﻥ

Seperti itu, telah berkata ia, orang-orang yang daripada sebelum mereka seumpama perkataan mereka. Serupa sahaja jantung-jantung mereka. Sesungguhnya telah menerang Kami ayat-ayat itu kepada kaum yang mereka meyakini. 

Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekeliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telahpun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

Keterbatasan dalam membincangkan hal-hal agama yang dilalui oleh generasi sebelum ini, akan mengakibatkan perkara ini, yang penulis terangkan ini akan ditolak bulat-bulat oleh mereka. Sama ada mereka tidak dapat menerima hakikat dan berasa selesa dengan kehidupan yang mereka lalui sekarang ini, ataupun corak beragama mereka adalah merupakan suatu doktrin yang otak mereka telah dicuci dengan doktrin berkenaan sejak sekian lama.


Cuba kita dapatkan pandangan mereka tentang penggunaan wang maya (yang merupakan suatu agenda Dajjal) dalam negara ini yang secara keseluruhannya akan terjadi dalam beberapa tahun lagi yang dapat dibilang. Pastinya mereka akan menganggap perkhabaran sedemikian adalah cerita karut yang diada-adakan. Mereka tidak menyedari dan tidak mahu menyedari bahawa permasalahan jenayah rentas sempadan yang terjadi secara berleluasa sekarang ini, dapat diselesaikan dengan salah satu kaedahnya adalah dengan memperkenalkan wang maya, yang dapat dikawal selia sepenuhnya oleh pihak tertentu. Pada mereka, wang adalah kertas dan kertas adalah wang. Mereka telah diperkenalkan dengan wang kertas sejak sebelum mereka lahir sehinggalah tempoh akhir hayat mereka. Mereka tidak bersedia untuk memaklumi dan menerima hakikat terhadap sebarang perubahan.
     
Penggunaan wang maya tak terkawal, akan memaksa kerajaan 
mengatasi masalah ini dengan terlebih dahulu memperkenalkan 
aktiviti wang maya versi tersendiri 

iv.  Agenda Penguasaan Ekonomi dan Aktiviti
      Manusia Melalui Penggunaan Wang Maya

Pembaca tentu mengetahui tentang penggunaan ‘credit point’ yang perlu dimiliki terlebih dahulu dalam penggunaan telefon mudah alih prabayar. Pada peringkat permulaannya, seseorang harus membeli ‘credit point’ ini melalui kad gores dan mengisi nombor-nombor berkenaan melalui telefon mudah alih untuk tujuan capaian komputer pelayan. Dengan penggunaan talian komunikasi yang semakin meluas, terdapat perniagaan bentuk baru yang menukar ‘credit point’ yang terkandung dalam telefon mudah alih ke telefon lain dengan wang tunai. Seterusnya secara tidak langsung, ‘credit point’ dapat digunakan sebagai bentuk matawang baru untuk tujuan transaksi. Di negara Jepun, ‘credit point’ telah lama digunakan untuk melanggan minuman atau makanan dalam tin serta bahan-bahan lain melalui capaian telefon mudah alih. Kaedah ini sebenarnya melibatkan aktiviti penggunaan wang maya. Di negara ini, penggunaannya belum begitu meluas melainkan melalui perbankan internet. Mereka yang ingin berurus niaga dalam talian perlu memiliki sejumlah simpanan dalam akaun bank dan seterusnya melanggan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak bank.  Rakyat secara umumnya masih belum didedahkan dengan perkhidmatan seperti ini secara meluas. Namun dalam beberapa tahun sudah, mereka yang ingin menggunakan laluan lebuhraya di negara ini, juga telah diarahkan untuk berurusan dengan pihak pengurusan lebuhraya untuk menukar wang tunai mereka dengan ‘credit point’ dalam kad pra-bayar berasaskan teknologi pay-wave.  Dengan lain perkataan, suatu masa nanti, mereka yang tidak memiliki kad pay-wave serta akaun simpanan di bank, tidak akan dibenarkan menggunakan laluan lebuhraya atau melakukan perniagaan melalui perbankan internet. Perkara ini tidak menjadi hal kerana bukan semua orang melalui lebuhraya dan bukan juga semua orang menjalani perniagaan berasaskan internet di negara ini. Oleh itu, penggunaan wang fizikal buat masa ini masih menjadi keperluan rakyat yang relevan di negara ini.


v.   Manusia Sendiri Memilih Corak
      Pengawalan Hidup Sedemikian

Bagaimanakah suatu hari nanti sekiranya penggunaan kad pay-wave menjadi suatu mandatori dalam urusan pembayaran bil-bil tertentu seperti bil elektrik, air dan internet? Sudah tentu mereka yang tidak memiliki kad pay-wave, tidak akan dibenarkan mengakses kemudahan seperti elektrik, air dan internet. Sekiranya perkhidmatan sedemikian dipanjangkan kepada bayaran saman trafik, cukai jalan, pembayaran ‘road-tax’ dan insuran kenderaan, kesudahannya hanya mereka yang memiliki kemudahan kad pay-wave sahaja yang mampu melakukan pembayaran sedemikian. Mereka yang tidak mahu atau tidak memiliki kemudahan sedemikian tentunya akan mengalami masalah untuk memandu kenderaan di atas jalanraya. Bermulalah penguasaan terhadap aktiviti setiap manusia di sesebuah negara apabila hanya warganegara, penduduk tetap dan pendatang yang sah sahaja dibenarkan menggunakan wang maya. Semua ini berlaku apabila kemudahan pay-wave telah dihadkan hanya pada kad pengenalan, kad pekerja atau pelajar serta passport yang sah sahaja. 


Bermula alasan penggunaan wang maya tak terkawal,
kini mereka cuba menguasai sepenuhnya aktiviti 
ekonomi dan kebebasan kita.



Tuesday, July 12, 2016

SURAH AL-BAQARAH AYAT 118 -- HANYA YANG JAHIL AKAN MEMPERTIKAI PERKHABARAN SEDEMIKIAN


ﻭﻗﺎﻝﺍﻟﺬﻳﻦﻻﻳﻌﻠﻤﻮﻥﻟﻮﻻ
ﻳﻜﻠﻤﻨﺎﺍﻟﻠﻪﺍﻭﺗﺄﺗﻴﻨﺎﺀﺍﻳﺔ

Dan telah berkata ia oleh orang-orang yang tidak mereka mengetahui, “Mengapa tidak Ia berkata-kata (sendiri) kepada kami oleh Allah atau ia datang kepada kami oleh suatu ayat?”…

Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu penge-tahuan, berkata “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan mukjizat?”

Maksud dan terjemahan bagi ayat ini adalah berbeza antara satu versi terjemahan dengan versi terjemahan yang lain. Adakah apabila sampai masa kedatangan bencana atau kedatangan Dajjal, sepertimana yang dinyatakan dalam penerangan ini, barulah kita mahu mengeluh mengapa kita tidak diingati tentang hal yang demikian sebelum ini? Wajarkah kita mengeluh atas perkara yang telah diberitahu sejak dahulu lagi?

Beginilah perkara yang menjadikan penulis berasa serba salah untuk menyampaikan sesuatu yang pada asalnya, bukanlah perkara yang mudah diterima oleh manusia. Setelah sekian lama ayat-ayat daripada Al-Qur’an disampaikan, satu ayat demi satu ayat dan dikuatkan dengan pengamatan sains serta melalui pengakuan ahli-ahli profesional tertentu, barulah penulis berani untuk mendedahkan perkara-perkara yang dirancang untuk terjadi dalam sedikit masa lagi kepada kehidupan kita di dunia ini.

i.      Kejahilan Akibat Agenda Masonik

Tak perlu pergi jauh, kiranya kita tanya kepada rakan-rakan kita tentang “apakah persiapan mereka dalam menghadapi kejadian kemarau panjang yang akan terjadi dalam sedikit masa lagi - sesuatu yang pernah terjadi dalam beberapa tahun sudah - namun kali ini adalah lebih parah lagi?” Rata-rata mereka akan menjawab, “saya tak ada masa nak fikir itu semua, saya sibuk mencari wang untuk membayar hutang, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang itu dan ini dan pelbagai jenis hutang lagi”. Sebenarnya perkara inilah yang dikehendaki oleh pihak Masonik sehingga kita masih tidak menyedari bahawa sebahagian kita akan menyembah Dajjal untuk mendapatkan makanan dan air dan bahkan sehingga terpaksa menjadi tenteranya.

Sedarkah anda apa yang sedang berlaku?
Ahli politik diwujudkan untuk anda menyangka
bahawa anda bebas untuk memilih.

Lalu apakah bentuk peringatan yang harus disampaikan kepada mereka? Iaitu dengan terlebih dahulu mengajak mereka kembali menghayati ayat-ayat Al-Qur’an sebelum menyampaikan ayat-ayat wajib yang lain yang berkaitan dengan rukun Islam, kewajiban memperjuangkan perkara hudud dan sebagainya. Bagaimanakah mereka dapat bekerja dan melakukan kesiap-siagaan kiranya mereka masih dibuai lena.

ii.    Mengenalpasti Halangan Dalam
 Menyampaikan Ayat-ayat Tuhan

Dalam hal ini apakah kaedah penghayatan Al-Qur’an yang perlu dilaksanakan? Harus diperjelaskan bahawa kembali merujuk kepada Al-Qur’an adalah suatu kefarduan ke atas setiap umat Islam dan mereka harus didedahkan kepada kesedaran untuk mereka melakukan kesiap-siagaan amal dalam mengharungi kehidupan ini. Oleh kerana Al-Qur’an beredar menurut peredaran zaman, kefahaman tentang satu-satu ayat harus disesuaikan dengan keadaan zaman dan tempat di mana ayat itu dipelajari. Oleh itu perbezaan dalam kefahaman agama antara satu wilayah dengan wilayah yang lain dan satu zaman dengan zaman yang lain harus diterima sebagai sesuatu yang bersifat subjektif.

Yang menjadi halangan yang membawa kepada keterbatasan hal-hal agama untuk disampaikan adalah disebabkan oleh kepentingan pihak-pihak tertentu selama ini. Perkara ini mengakibatkan perkara agama menjadi sesuatu yang bersifat tegar. Atas ketegaran sedemikian mengakibatkan apajua perkara yang cuba dikaitkan dengan penerangan agama telah disalah anggap sebagai hak mutlak pihak-pihak tertentu untuk bercakap.



Tuesday, July 5, 2016

SURAH AL-BAQARAH AYAT 117 -- MELAKSANAKAN URUSAN DENGAN HANYA KAF DAN NUN


ﺑﺪﻳﻊﺍﻟﺴﻤﯜﺕﻭﺍﻷﺭﺽﻭﺍﺫﺍﻗﻀﻰﺍﻣﺮﺍ
ﻓﺎﻧﻤﺎﻳﻘﻮﻝﻟﻪﻛﻦﻓﻴﻜﻮﻥ

Memperbaharui langit dan bumi dan apabila telah memutuskan Ia akan suatu urusan, maka hanyasanya Ia berkata baginya jadilah olehmu, lalu ia jadi.

Allah jualah yang mencipta langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan sesuatu), maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau! ” Lalu menjadilah ia.

Perkara ini menjurus kepada kefahaman bahawa Tuhan Maha Menguasai atas setiap sesuatu daripada perkara mendatang hingga perkara yang telah berlalu. Kiranya Tuhan menghendaki, tentunya Ia dapat mengubah perkara yang bakal terjadi dan untuk itu Ia akan mengubah sejarah yang akan menjurus kepada matlamat kejadian.

Daripada pemberitahuan seperti ini dan kenyataan apajua yang sedang berlaku sekarang ini, semuanya bagaikan memberi gambaran tentang perkara yang menjurus kepada suatu peristiwa besar yang bakal terjadi dalam sedikit masa lagi. Oleh kerana semua kejadian itu adalah dalam ketentuan, kekuasaan dan pengawasan Tuhan, pemberitahuan awal telah dikeluarkan kepada umat manusia melalui kitab Tuhan iaitu Al-Qur’an. Hal ini menjadi pesanan kepada umat manusia bahawa kehidupan mereka di dunia ini sebenar-benarnya adalah ujian untuk mereka. Kemuncak ujian akan berlaku untuk melihat siapakah dalam kalangan mereka yang tetap meyakini bahawa Tuhan jualah yang Maha Menguasai segala-galanya? Mereka meyakini dan sanggup berhimpun bersama-sama bagi melakukan persiapan.

Peristiwa Yang Sedia Dimaklumi?

Umat beragama telah sedia memaklumi peristiwa sedemikian hanya mereka mengelarnya dengan pelbagai gelaran. Umat Islam mengenalinya sebagai kedatangan Dajjal dan Yahudi mengenalinya sebagai Raja Yang Dinantikan sementara umat Kristian mengelarnya sebagai The Beast dengan simbol 666 dan sebagainya. Kedatangannya adalah bertujuan menguji umat manusia terhadap Tuhan, Muslim dengan keyakinan mereka kepada Allah, Kristian pula dengan keyakinan mereka kepada God dan Yahudi pula kepada Yahweh. Oleh kerana kedatangan Dajjal membawa agenda menyengutukan Tuhan, ia tidak akan datang kepada manusia dengan mempertikaikan tentang Tuhan tetapi akan mendakwa sebagai individu yang sangat hampir kepada Tuhan untuk disembah. Ia akan datang apabila kedatangannya diharap sendiri oleh manusia. Kedatangan Dajjal adalah untuk menyempurnakan kemuncak penyembahan oleh golongan yang pentingkan hawa nafsu. Sebab itu, simbol kehadirannya terdapat pada wang sebagai subjek yang amat-amat dikehendaki oleh manusia. Kekuasaannya dikatakan berada di puncak piramid pemerintahan dan atas sebab itu kita akan dapati pengikut-pengikutnya adalah daripada pemimpin-pemimpin yang tamakkan kuasa. Mesejnya adalah “Anak Pencipta Akan Kembali” memberi bayangan bahawa mereka berada di bawah pengaruh kekuasaan silam yang menyembah dewa-dewa. Kehadiran bintik-bintik yang membentuk tali pinggang konstelasi Orion memberi gambaran bahawa mereka mahu meneruskan legasi silam kerajaan Fir’aun, kerajaan Aztec yang pernah membina piramid Maya dan kerajaan Inca di Amerika Latin. 




Popular