ﺑﺪﻳﻊﺍﻟﺴﻤﯜﺕﻭﺍﻷﺭﺽﻭﺍﺫﺍﻗﻀﻰﺍﻣﺮﺍ
ﻓﺎﻧﻤﺎﻳﻘﻮﻝﻟﻪﻛﻦﻓﻴﻜﻮﻥ
Memperbaharui langit dan bumi dan apabila telah memutuskan
Ia akan suatu urusan, maka hanyasanya Ia berkata baginya jadilah olehmu, lalu
ia jadi.
Allah jualah
yang mencipta langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia
berkehendak (untuk menjadikan sesuatu), maka Ia hanya berfirman kepadanya:
“Jadilah engkau! ” Lalu menjadilah ia.
Perkara ini menjurus kepada kefahaman bahawa Tuhan Maha Menguasai atas setiap
sesuatu daripada perkara mendatang hingga perkara yang telah berlalu. Kiranya
Tuhan menghendaki, tentunya Ia dapat mengubah perkara yang bakal terjadi dan
untuk itu Ia akan mengubah sejarah yang akan menjurus kepada matlamat kejadian.
Daripada pemberitahuan seperti ini dan kenyataan apajua yang sedang berlaku
sekarang ini, semuanya bagaikan memberi gambaran tentang perkara yang menjurus kepada suatu
peristiwa besar yang bakal terjadi dalam sedikit masa lagi. Oleh kerana semua
kejadian itu adalah dalam ketentuan, kekuasaan dan pengawasan Tuhan, pemberitahuan
awal telah dikeluarkan kepada umat manusia melalui kitab Tuhan iaitu Al-Qur’an.
Hal ini menjadi pesanan kepada umat manusia bahawa kehidupan mereka di dunia
ini sebenar-benarnya adalah ujian untuk mereka. Kemuncak ujian akan berlaku
untuk melihat siapakah dalam kalangan mereka yang tetap meyakini bahawa Tuhan
jualah yang Maha Menguasai segala-galanya? Mereka meyakini dan sanggup berhimpun bersama-sama bagi melakukan persiapan.
Peristiwa Yang Sedia Dimaklumi?
Umat beragama telah sedia memaklumi peristiwa sedemikian hanya mereka
mengelarnya dengan pelbagai gelaran. Umat Islam mengenalinya sebagai kedatangan
Dajjal dan Yahudi mengenalinya sebagai Raja Yang Dinantikan sementara umat Kristian mengelarnya
sebagai The Beast dengan simbol 666 dan sebagainya. Kedatangannya adalah
bertujuan menguji umat manusia terhadap Tuhan, Muslim dengan keyakinan mereka
kepada Allah, Kristian pula dengan keyakinan mereka kepada God dan Yahudi pula kepada
Yahweh. Oleh kerana kedatangan Dajjal membawa agenda menyengutukan Tuhan, ia
tidak akan datang kepada manusia dengan mempertikaikan tentang Tuhan tetapi akan
mendakwa sebagai individu yang sangat hampir kepada Tuhan untuk disembah. Ia
akan datang apabila kedatangannya diharap sendiri oleh manusia. Kedatangan
Dajjal adalah untuk menyempurnakan kemuncak penyembahan oleh golongan yang
pentingkan hawa nafsu. Sebab itu, simbol kehadirannya terdapat pada wang
sebagai subjek yang amat-amat dikehendaki oleh manusia. Kekuasaannya dikatakan berada
di puncak piramid pemerintahan dan atas sebab itu kita akan dapati
pengikut-pengikutnya adalah daripada pemimpin-pemimpin yang tamakkan kuasa.
Mesejnya adalah “Anak Pencipta Akan Kembali” memberi bayangan bahawa mereka
berada di bawah pengaruh kekuasaan silam yang menyembah dewa-dewa. Kehadiran
bintik-bintik yang membentuk tali pinggang konstelasi Orion memberi gambaran
bahawa mereka mahu meneruskan legasi silam kerajaan Fir’aun, kerajaan Aztec
yang pernah membina piramid Maya dan kerajaan Inca di Amerika Latin.
No comments:
Post a Comment