ﻭﻗﺎﻝﺍﻟﺬﻳﻦﻻﻳﻌﻠﻤﻮﻥﻟﻮﻻ
ﻳﻜﻠﻤﻨﺎﺍﻟﻠﻪﺍﻭﺗﺄﺗﻴﻨﺎﺀﺍﻳﺔ
Dan telah berkata ia oleh orang-orang yang tidak
mereka mengetahui, “Mengapa tidak Ia berkata-kata (sendiri) kepada kami oleh
Allah atau ia datang kepada kami oleh suatu ayat?”…
Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu
penge-tahuan, berkata “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami
(mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan
mukjizat?”
Maksud dan terjemahan bagi ayat ini adalah berbeza antara satu versi
terjemahan dengan versi terjemahan yang lain. Adakah apabila sampai masa
kedatangan bencana atau kedatangan Dajjal, sepertimana yang dinyatakan dalam
penerangan ini, barulah kita mahu mengeluh mengapa kita tidak diingati tentang
hal yang demikian sebelum ini? Wajarkah kita mengeluh atas perkara yang telah
diberitahu sejak dahulu lagi?
Beginilah perkara yang menjadikan penulis berasa serba salah untuk
menyampaikan sesuatu yang pada asalnya, bukanlah perkara yang mudah diterima
oleh manusia. Setelah sekian lama ayat-ayat daripada Al-Qur’an disampaikan,
satu ayat demi satu ayat dan dikuatkan dengan pengamatan sains serta melalui
pengakuan ahli-ahli profesional tertentu, barulah penulis berani untuk
mendedahkan perkara-perkara yang dirancang untuk terjadi dalam sedikit masa lagi
kepada kehidupan kita di dunia ini.
i.
Kejahilan
Akibat Agenda Masonik
Tak perlu pergi jauh, kiranya kita tanya kepada rakan-rakan kita tentang
“apakah persiapan mereka dalam menghadapi kejadian kemarau panjang yang akan
terjadi dalam sedikit masa lagi - sesuatu yang pernah terjadi dalam beberapa
tahun sudah - namun kali ini adalah lebih parah lagi?” Rata-rata mereka akan
menjawab, “saya tak ada masa nak fikir itu semua, saya sibuk mencari wang untuk
membayar hutang, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang itu dan
ini dan pelbagai jenis hutang lagi”. Sebenarnya perkara inilah yang dikehendaki
oleh pihak Masonik sehingga kita masih tidak menyedari bahawa sebahagian kita
akan menyembah Dajjal untuk mendapatkan makanan dan air dan bahkan sehingga terpaksa
menjadi tenteranya.
Sedarkah anda apa yang sedang berlaku?
Ahli politik diwujudkan untuk anda menyangka
bahawa anda bebas untuk memilih.
Lalu apakah bentuk peringatan yang harus disampaikan kepada mereka?
Iaitu dengan terlebih dahulu mengajak mereka kembali menghayati ayat-ayat
Al-Qur’an sebelum menyampaikan ayat-ayat wajib yang lain yang berkaitan
dengan rukun Islam, kewajiban memperjuangkan perkara hudud dan sebagainya.
Bagaimanakah mereka dapat bekerja dan melakukan kesiap-siagaan kiranya mereka
masih dibuai lena.
ii.
Mengenalpasti Halangan
Dalam
Menyampaikan Ayat-ayat Tuhan
Dalam hal ini apakah kaedah penghayatan Al-Qur’an yang perlu
dilaksanakan? Harus diperjelaskan bahawa kembali merujuk kepada Al-Qur’an adalah
suatu kefarduan ke atas setiap umat Islam dan mereka harus didedahkan kepada
kesedaran untuk mereka melakukan kesiap-siagaan amal dalam mengharungi kehidupan
ini. Oleh kerana Al-Qur’an beredar menurut peredaran zaman, kefahaman tentang
satu-satu ayat harus disesuaikan dengan keadaan zaman dan tempat di mana ayat
itu dipelajari. Oleh itu perbezaan dalam kefahaman agama antara satu wilayah
dengan wilayah yang lain dan satu zaman dengan zaman yang lain harus diterima
sebagai sesuatu yang bersifat subjektif.
Yang menjadi halangan yang membawa kepada keterbatasan hal-hal agama untuk
disampaikan adalah disebabkan oleh kepentingan pihak-pihak tertentu selama ini.
Perkara ini mengakibatkan perkara agama menjadi sesuatu yang bersifat tegar.
Atas ketegaran sedemikian mengakibatkan apajua perkara yang cuba dikaitkan
dengan penerangan agama telah disalah anggap sebagai hak mutlak pihak-pihak tertentu
untuk bercakap.
No comments:
Post a Comment