بسم الله الرحمن الرحيم
Pelajaran daripada beberapa ayat
dalam Surah As-Saba' selepas ini, harus menjadi titik mula dalam
memahami suatu persoalan iaitu mengapa perlu kita sediakan diri kita
dengan melakukan kesiap-siagaan terhadap bencana yang bakal terjadi.
Keadaan negeri Sabak suatu masa dahulu, tidak jauh bezanya dengan
negeri-negeri yang terdapat di negara ini. Penulis mengambil contoh
negeri Perak Darul Ridzuan kerana di negeri ini terdapat sistem
perhubungan jalanraya yang panjang yang terbentang dari sempadan daerah Sabak Bernam, Selangor di bahagian selatan hingga ke Pengkalan Hulu di bahagian utara.
Terdapat juga kawasan pertanian rancak berhampiran Cameron Highland yang
mengamalkan kaedah pertanian intensif. Selain itu, wujud aliran sungai
yang panjang yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan negeri
Perak Darul Ridzuan.
dan Kualiti Pemakanan
Beberapa
tahun sudah, kita dikejutkan dengan kepanasan melampau di negeri ini
yang dikatakan tempias daripada kesan El-Nino. Kesan daripada fenomena
ini, kita telah menyaksikan kenaikan harga makanan asas seperti gandum, jagung dan juga kenaikan harga hasil laut seperti ikan, sesiput laut dan
lain-lain lagi. Semua ini terjadi bermula daripada kekurangan bekalan
dan peningkatan permintaan terhadap sumber makanan itu sendiri.
Peningkatan harga bekalan makanan asas, juga memberi kesan terhadap
harga buah-buahan. Jumlah keluarga yang terpaksa mencatu makanan harian
mereka juga telah meningkat dan kadar kemiskinan di negeri ini juga
telah bertambah. Sekalipun kenyataan ini telah dibantah oleh kepimpinan
yang mentadbir negeri ini, pihak pondok sendiri telah menerima tambahan
permintaan keahlian pondok yang tentunya... bagi mendapatkan keperluan
asas hidup mereka.
Dalam keadaan masyarakat dunia berterus-terusan
melakukan sesuatu yang memudharatkan kehidupan mereka sendiri, kita
sebagai umat Islam harus bersyukur kerana memiliki panduan dalam tangan,
untuk mengelak bencana serta membawa kesan pemulihan dalam aktiviti
kehidupan kita. Untuk tujuan itu, marilah kita bersama-sama mempelajari
ayat-ayat Tuhan tentang perkara yang telah dilakukan oleh penduduk
negeri Sabak suatu masa dahulu.
No comments:
Post a Comment