ﺍﻻ ﻟﻨﻌﻟﻢ ﻣﻦ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﻷﺧﺮﺓ
Melainkan supaya Kami mengetahui, siapa-siapa yang ia percaya dengan (hari) akhirat itu …
Melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat …
(Penulis tidak berhajat untuk membincangkan secara panjang lebar tentang perbezaan bentuk terjemahan bagi ayat ini. Untuk mendapatkan kefahaman lebih mendalam – pembaca harus rujuk sendiri akan kaedah kefahaman terhadap ayat ini yang dapat dirujuk berdasarkan kefahaman ulama-ulama tafsir sendiri )
Kiranya agenda Iblis sedemikian akan berakhir dengan ketewasannya, mengapakah perancangan agenda sedemikian masih jua harus dilakukan?
Untuk mengurangkan kesan mudharat yang dibawa melalui pengamalan sistem ekonomi kapitalis, kaedah yang disyorkan dalam Al-Qur’an haruslah segera dilaksanakan.
Telah terbukti sejak dahulu lagi, pentadbiran yang diwarisi daripada perebutan politik tidak pernah menyediakan penjagaan sosial berpanjangan yang sempurna kepada golongan yang ditadbir. Pengambil alihan pentadbiran sekalipun dilakukan atas hujah kepentingan perjuangan agama, seringkali berakhir dengan penyelewengan demi penyelewengan sehingga mengakibatkan kemudharatan yang lebih besar kepada kehidupan manusia itu sendiri.
Sebagai Suatu Pembuktian
Tujuan Tuhan memilih manusia untuk memegang kekhalifahan di bumi ini, adalah untuk membuktikan bahawa tugas sedemikian sebenarnya tidak layak untuk dipikul oleh makhluk-makhluk lain seperti malaikat dan bangsa jin. Semua makhluk lain menerima hakikat itu kecuali Iblis daripada bangsa jin, yang enggan sujud kepada manusia dan membesarkan sifat takburnya. Pemilihan manusia untuk menggalas jawatan kekhalifahan, telah menjengkelkan bangsa jin secara bersangatan. Maka tidak hairanlah bangsa ini, telah merancang untuk merosakkan manusia sebagai suatu bentuk dendam kepada Tuhan, walhal Tuhan lebih mengetahui akan pilihanNya itu.
Dalam keadaan tidak memiliki sebarang pengalaman kekhalifahan dan tiada bukti ketaatan dalam melaksanakan arahan Tuhan, manusia telah mendiami muka bumi ini dalam tempoh yang sangat panjang. Kerana kejahilan dan hasutan syaitan, mereka telah melakukan pelbagai bentuk kerosakan. Namun mereka jua adalah diharap dapat melakukan usaha baik pulih atas segala bentuk kerosakan yang telah mereka lakukan.
Usaha pemulihan tidak akan dapat dilakukan kiranya manusia itu memiliki kepentingan dunia daripada harta benda, jawatan serta pangkat dan sebagainya. Jawatan kekhalifahan itu sendiri telah dijadikan rebutan umat kerana Iblis sendiri sangat mengidamkan jawatan itu sejak dahulu lagi. Iblis sendiri memerlukan manusia untuk merampas jawatan itu sebagai suatu bentuk kuasa proksi bagi menguasai dunia ini. Maka berpindahlah jawatan kekhalifahan dari seorang kepada seorang sehingga bumi ini menjadi semakin rosak. Kerosakan bumi ini sendiri menjadi kekhuatiran terhadap Iblis. Ia risau seluruh kehidupan di bumi ini akan musnah sebelum ia dapat menjadi tuhan yang disembah oleh umat manusia. Berdasarkan pencapaian teknologi, ia perlu meyakinkan ketua-ketua negara itu sendiri, yang terdiri daripada presiden-presiden, perdana menteri, ketua-ketua agama seperti Pope dari Vatican, ulama-ulama Haramain daripada golongan Wahabiyah dan para sami, bahawa hanya dia sahaja yang akan dapat melakukan pemulihan di bumi ini dan membaiki segala bentuk kerosakan. Mereka harus mentaati Iblis untuk segera menyediakan ‘platform’ bagi memperkenalkan penggunaan matawang maya atau wang mata.

Mereka yang tidak mahu mematuhi Iblis,
tidak ada pilihan, terpaksa mendiami
pinggir-pinggir bukit dan gua-gua.
No comments:
Post a Comment