قال اوسطهم الم اقل لكم لولا تسبحون
Telah
berkata ia oleh yang paling pertengahan (wasathiyah) mereka, adakah
telah tidak aku berkata kepada kamu, mengapa tidak kamu bertasbih?
berkatalah
orang Yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah Aku telah
katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang
fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati
Allah (serta membatalkan rancangan kamu Yang jahat itu) ?"
i.
Mereka Ada Pakar Nasihat Agama
Dalam
kalangan golongan berkepentingan terdiri daripada yang berpengetahuan
agama. Mengakui kekuasaan Tuhan atas segala sesuatu. Yang hanya mampu
memberi nasihat dengan cara lemah lembut, yang selama ini lebih
mengambil sikap merendah diri. Mereka mengingatkan kembali betapa
Tuhan Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu dan mendatangkan akibat
yang besar. Mereka akan melihat kemuncak permasalahan besar yang
berlaku.
ii.
Umumnya Nasihat Pakar Mereka Kurang Didengari
Namun
golongan yang sesat itu tidak meyakini ancaman Tuhan sejak dari
mulanya. Mereka lebih gemar menanti sesuatu bencana yang besar lalu
menyatakan perkara sedemikian terjadi disebabkan oleh fenomena alam
atau pergolakan sosial. Rujukan apakah yang harus
mereka akui bahawa kesan perbuatan mereka itu sebenarnya sentiasa ada
dalam catatan pengajaran daripada kitab suci? Mahu atau tidak, mereka
perlu kembali kepada pengajaran Al-Quran. Mereka perlu merenung
pengajaran suci pada suatu sudut pandangan yang lain, yang bukan
pandangan yang mereka fahami selama ini. Dari situ ahli-ahli akademi
agama akan dapat melihat kebenaran dan kesilapan mereka, begitu juga
usahawan-usahawan dan ahli-ahli politik yang dahulunya sentiasa megah
dengan pembinaan prasarana rumah-rumah ibadat tanpa mereka sama-sama
dapat memakmurkannya sehingga memenuhi ruang-ruang solah setiap kali
solat fardhu dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment