عسى ربنا ان يبدلنا خيرا
منها انا الى ربنا رغبون
Mudah-mudahan
Tuhan kami, bahawa Ia menggantikan akan kami yang lebih baik
daripadanya, sesungguhnya kami kepada Tuhan kami, yang mengharap
pengembalian.
"Semoga
Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang
lebih baik daripada (kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya,
kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
Namun
adakah memadai dengan mereka bersedia mengharapkan yang lebih baik
darihal kurniaan Tuhan? Mereka harus mengharapkan kurniaan yang baik
melalui pengorbanan harta dan diri mereka kepada Tuhan. Begitulah
keadaan Nabi Ibrahim A.S., yang sanggup melakukan pengorbanan besar
daripada yang sangat-sangat disayanginya. Dan
sesiapapun akan 'raghiba' atau termotivasi kepada
Tuhannya (94:06) sepertimana cara Nabi Ibrahim A.S. (2:130) melainkan
mereka yang memperbodohkan diri mereka sendiri. Tuhan telah memilih
Nabi Ibrahim A.S. sebagai peneraju umat ini dan juga Nabi Ismail A.S.
yang mempersediakan diri dikorbankan.
No comments:
Post a Comment