كذلك العذاب ولعذاب الاخرة
اكبر لو كانوا يعلمون
اكبر لو كانوا يعلمون
Seperti
itulah seksaan dan pastinya seksaan di akhirat adalah lebih besar,
kiranya telah adalah mereka, mereka mengetahui.
Demikianlah
azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan Yang ingkar di
dunia), dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah
mereka orang-orang Yang berpengetahuan (tentulah mereka
beringat-ingat).
i.
Golongan Sesat Adalah Golongan Terkial-kial
Himpunan
ayat adalah bermula daripada ayat pertama sehingga ayat ke 33 ini.
Pengajaran secara umumnya, Tuhan memberitahu tentang erti ﺍﻟﻤﻔﺘﻮﻥ
merujuk
kepada golongan manusia yang terkial-kial iaitu yang menuduh
RasullulLah S.A.W. dan orang-orang yang beriman sebagai sesat.
ii.
Pembawa Ajaran 'Sesat' Bukanlah Golongan Sesat
Telah
menjadi sebutan lidah manusia merujuk sesat kepada yang tidak
sealiran kefahaman dengan mereka walhal yang diajar Tuhan, istilah
sesat tidak harus disebut sebegitu.
iii.
Golongan Sesat Adalah Yang Melakukan Mana-mana
Antara
6 Perkara Yang Disebutkan
Terdapat
enam (6) sifat utama golongan yang sesat yang semuanya dapat dibaca
daripada bahagian awal surah ini. Semua yang sesat ini merujuk kepada
mereka yang berharta diikuti dengan pemilikan anak. Mereka amat
berbangga dengan keberadaan mereka sehingga sanggup menafikan hak
golongan yang kekurangan dan orang-orang miskin. Bahagian
yang harus diserahkan kepada golongan yang susah, diabaikan sama ada
secara kecuaian atau melalui cara yang sistematik.
Kesudahannya,
mereka yang sesat ini tidak memperolehi apa-apa bahagian yang mereka
rancangkan. Barulah mereka mengakui kesesatan serta kezaliman mereka.
Perkataan lawan bagi ﺍﻟﻤﻔﺘﻮﻥ
yang
dikaitkan dengan kesesatan, adalah ﺎﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦ
iaitu
golongan yang berpetunjuk. Berpetunjuk adalah mengambil panduan Tuhan
dalam berpenghidupan. Mereka yang berpetunjuk, menunjukkan sikap
sanggup berkorban demi menuruti jalan yang diredhai Tuhan.
No comments:
Post a Comment