Kesesatan
yang dinyatakan dalam surah ini adalah tentang pengurusan harta.
Jelasnya pada zaman ini kepentingan harta adalah sangat ketara.
Walaupun harta bukanlah segala-galanya namun segala-galanya
memerlukan harta. Kerana harta, manusia sanggup menyamun untuk
menyelamatkan pemilikan riba. Tatkala ekonomi gawat, mereka masih
perlu membayar hutang bulanan terhadap produk yang dibeli dengan kaedah riba dan kiranya gagal, pemilikan mereka terhadap harta berkenaan akan
lenyap begitu sahaja. Di negara ini tiada kaedah sistem bantuan
terhadap mereka yang bermasalah seperti ini, bahkan di mana-mana
juapun. Oleh itu sistem riba wajar dihapuskan sama sekali.
Menghalang
peruntukan zakat daripada sampai ke tangan mereka yang berhak adalah
suatu kesalahan jenayah. Mereka yang fakir dan terdesak mungkin
sanggup membuat keputusan menukar agama lantaran amat-amat memerlukan
pembelaan. Dengan sebab bilangan murtad di negara ini telah mencapai
jumlah ratusan ribu bahkan mungkin telah mencapai setengah juta,
mereka ini akan membentuk kumpulan terbesar bersama penganut-penganut
asal agama berkenaan, mengasak pemerintah membenarkan mereka terus
mengadakan kempen pemurtadan. Pelanggaran kontrak
sosial
berlaku dan mereka telah menuntut menggunakan istilah-istilah
tertentu dalam agama supaya agama mereka tampak seperti agama Islam.
Antara
perkara pasti yang tidak dapat dibendung adalah tindakan huru hara
yang akan dicetuskan oleh ahli-ahli pertubuhan ‘kebajikan’ yang
akan memusnahkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain, yang merupakan
suatu kelarangan dalam agama. Kesesatan seperti ini akan
mengakibatkan suatu masa nanti sokongan rakyat dalam mengukuhkan
parti pemerintah akan terjejas teruk, diikuti dengan masalah
kestabilan politik yang tidak boleh diharap.
Di
negara yang polisi
ekonomi sangat diharapkan bergantung kepada pelabur-pelabur asing dan
bukannya dengan keupayaan sendiri negara, pelabur-pelabur menjadi
penentu kepada kestabilan ekonomi. Jatuhnya prestasi ekonomi akan menimbulkan suasana yang berlaku seperti sekarang ini
apabila penjenayah menjadi raja yang menyebabkan kadar peningkatan
jenayah meningkat dengan ketara. Kes kematian akibat pembunuhan
berlaku hampir setiap hari dan rakyat hidup dalam kebimbangan.
No comments:
Post a Comment