قل ارءيتم ان اصبح ماؤكم غورا
فمن ياءتيكم بماء معين
فمن ياءتيكم بماء معين
Katakanlah olehmu, apakah telah memandang kamu, sekiranya telah muncul ia oleh air kamu (suatu yang) sia-sia maka siapakah yang ia mendatangkan kepadamu dengan air mata air?
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) Yang dapat mendatangkan kepada kamu air Yang sentiasa terpancar mengalir?".
Dalam terjemahan yang biasa didapati غورا diterjemahkan sebagai kering. Iaitu ketika berlaku suatu yang mengakibat sumber air tidak lagi mengeluarkan air disebabkan oleh keadaan kemarau atau berlaku keracunan air sehingga air bersih tidak dapat dibekalkan. Keadaan yang seperti ini dapat berlaku pada zaman ini akibat daripada kerja-kerja kerosakan yang manusia lakukan sehingga punca air menjadi tercemar. Inilah akibatnya yang terjadi apabila amanah kekuasaan diserahkan kepada mereka yang hanya tahu merosakkan alam sekitar dengan penebangan terbuka kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air.
i. Banjir Atau Keracunan Dalam Air
Air tidak dapat bertahan lama di sungai disebabkan oleh kesan banjir kilat lalu bagaimanakah sejumlah air yang mencukupi dapat dikumpulkan? Inilah juga yang dapat berlaku akibat daripada masalah pencemaran air yang disingkirkan oleh kilang-kilang perusahaan dengan kaedah penyelesaian melalui habuan wang ringgit. Bagaimanakah suatu hari nanti, bahan yang mencemar air adalah bahan radioaktif yang beracun? Dapatkah air yang seperti ini dibersihkan? Di manakah penguatkuasaan yang berkesan dapat dilaksanakan agar umat dapat berada dalam pemerintahan yang diberkati? Terdapat kes-kes air perbekalan dicemari dengan bahan nitrat sehingga mengakibatkan kelahiran bayi biru. Lalu air seperti inikah yang layak dijadikan minuman atau keperluan bersuci? Ketahuilah bahan nitrat dalam air perbekalan tidak dapat disingkirkan oleh apa jua jenis penapis air dan hanya kaedah osmosis balikan dengan kos yang tinggi dapat mengasingkannya.
ii. Air Jadi Masin Akibat Pencemaran Baja Di Udarakasa
Bagaimanakah kesan pemerintahan sekarang ini sekiranya suatu masa nanti, pencemaran udarakasa yang teruk dengan lebihan haba daripada bahan bakar hidrokarbon dan peralatan-peralatan elektrik mengakibatkan kuantiti hujan menjadi sangat sedikit? Bagaimanakah pula sekiranya air hujan yang turun rasanya masin (56:70) disebabkan kesan penggunaan baja ammonia dan nitrat, sulfat dan fosfat yang berlebihan diperolehi melalui proses sintetik? Lalu siapakah yang dapat menanggung kos pembersihan yang sentiasa meningkat dan terus meningkat sepanjang tahun?
Dapatkah mereka menggunakan kaedah pembersihan yang disyorkan Tuhan melalui Al-Quran dan sekiranya mereka dapat lakukannya sekalipun, mampukah mereka menanggung kos yang sentiasa meningkat akibat daripada pencemaran berterusan tanpa kawalan? Lihatlah bencana yang sedang terjadi di negara-negara Barat. Hujan di negara mereka berasid sehingga mencemari kawasan flora dan fauna dan sehingga kawasan tadahan air terjejas teruk. Tasik Michigan sebagai contoh menyediakan air yang beracun sehingga ikan-ikan yang dapat hidup tidak boleh dimakan. Penggunaan baja NPK yang berlebihan mengakibatkan sungai-sungai di negara mereka menjadi sangat subur sehingga menumbuhkan rumpair-rumpair yang memenuhi dan menutup permukaan air dan menghabiskan bekalan oksigen dalam air berkenaan.
Hidupan air seperti ikan dan sesiput mati secara mengejut disebabkan kekurangan oksigen untuk pernafasan. Adakah air yang dipenuhi dengan bekalan nitrat seperti ini sesuai dijadikan minuman? Kegelojohan apakah yang mereka amalkan dalam aktiviti pertanian, perusahaan dan pembangunan di negara mereka? Beginilah kesannya apabila suatu negara mengambil sistem ekonomi riba yang menjadi kelarangan Tuhan. Umat di negara mereka menjadi sangat sibuk membangunkan negara, demi kemajuan kononnya. Tanah air mereka, mereka sendiri rosakkan dan kehidupan mereka, mereka sendiri musnahkan.
No comments:
Post a Comment