SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, May 20, 2019

KEKELIRUAN DISEBABKAN KERJA-KERJA MEMPERSEKUTU TUHAN



     ﻞ ﺍ ﻦ ﻢ ﻦ ﻦ 

Perkatakanlah olehmu, “serulah olehmu, akan orang-orang yang telah menuntut olehmu daripada selain Allah”.

Katakanlah (wahau Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai Tuhan selain dari Allah;

Penjawat-penjawat Agama Tidak Harus Dijadikan Sekutu Tuhan 

Apajua corak kehidupan yang peraturan Tuhan di kesampingkan, adalah merupakan corak kehidupan yang mensyirikkan Tuhan. Kononnya kita ini ingin beribadah untuk tujuan mendapatkan keredhaan Tuhan, namun kita telah mengambil sistem larangan Tuhan dan telah melaksanakannya. Sistem riba amalan puak kapitalis, yang dijenamakan semula sebagai sistem perbankan Islam adalah suatu bentuk amalan agama pada sudut ekonomi, yang mensyirikkan Tuhan. Pengharaman Tuhan terhadap pengamalan riba adalah mutlak. Tidak ada sebarang kelonggaran. Tidak ada sebarang pusingan kata-kata dapat diguna pakai untuk menampakkan seolah-olah sistem ini adalah berbau islamik. Lalu keuntungan yang kita perolehi, setelah dibayar cukai, kita gunakan untuk pembangunan agama ini. Rumah-rumah ibadat telah didirikan melalui keuntungan riba dan tidak ada sesiapapun berani menegur perlakuan sedemikian. Berpuluh-puluh tahun amalan sedemikian telah dilaksanakan dan akhirnya kita sendiri dapat saksikan institusi perbankan Islam kini, sebahagiannya telah menjadi milik umat bukan beragama Islam. Adakah kita ini sudah terlalu pandai sehingga mengenepikan peraturan Tuhan dalam berpenghidupan? Inilah bahana sebenar kerana mengamalkan sistem riba. 

Masyarakat Islam akhirnya menjadi keliru. Mereka benar-benar menjadi keliru. Mengapa dalam tempoh yang singkat sahaja, tak sampaipun 40 tahun sejak sistem ekonomi yang dikatakan islamik itu diperkenalkan, umat menjadi tak keruan. Pelajar-pelajar pengajian Islam sendiri telah menjadikan zina sebagai amalan kehidupan mereka. Rumah-rumah bersaiz besar telah didirikan dan rumah-rumah kediaman berupa bangunan-bangunan tinggi telahpun dibangunkan di merata-rata tempat. Semua dapat berlaku lantaran ‘keberkatan’ amalan ekonomi riba yang mereka telah lakukan. Golongan berilmu pula terpaksa mendiamkan diri kerana mereka sendiri juga telah terperangkap untuk berada dalam kehidupan sedemikian rupa. Pada masa bangunan masjid-masjid dhirar telah didirikan melalui keuntungan riba, pada masa amalan solat tidak lagi menuruti sunnah RasululLah S.A.W. yang sebenarnya, pada masa itu kita telah dilarang untuk membangunkan apa jua peribadatan di dalamnya. Bangunan-bangunan seperti itu harus ditinggalkan dan umat ini harus hanya berkumpul di bangunan, yang terdapat pengajaran amalan solat yang benar sahaja yang diajari di dalamnya. Tinggalkan masjid-masjid yang asasnya didirikan dengan wang riba, tinggalkan surau-surau yang asasnya didirikan dengan wang riba, kerana semua itu dhirar. Kiranya peribadatan terpaksa dilakukan di rumah-rumah sendiri, itu adalah lebih baik. Lakukanlah perkara sedemikian sehingga ajal menjemput kalian.

Apabila berada di akhir zaman ....

Pergolakan Dunia Yang Semakin Menggila

Pada masa tulisan ini ditulis, kita telah dikejutkan dengan pelbagai bentuk paluan gendang perang yang melibatkan beberapa negara. Perlumbaan persenjataan dengan pelbagai bentuk kecanggihan dalam melakukan pembunuhan umat, mulai dapat didengari di mana-mana. Kepimpinan beberapa negara kelihatan menjadi semakin gila, mereka jadi seperti orang mabuk, yang inginkan pembunuhan sesama umat manusia segera terjadi. Semua ini berlaku gara-gara tekanan sistem ekonomi kapitalis yang menjadi semakin kritikal. Sistem ekonomi yang dibangunkan atas hutang akan musnah, sekiranya tidak ada pihak yang ingin meneruskan hutang dan memberi hutang. Manusia bekerja untuk menjelaskan hutang sehingga melupakan hubungan baik sesama mereka, sehingga akhirnya mereka tak berkemampuan walau untuk membayar peratusan ‘faedah’ atau riba yang dikenakan.


Pada zaman ini penyeru-penyeru kepada 
ajaran Islam juga dilaungkan oleh golongan 
tak dapat dipastikan agamanya – 
sungguh mengelirukan bukan! 
Adakah mereka ini mengimani hari 
akhirat? Atau sekadar omongan kosong.

Peranan Rumah Ibaadah Yang Semakin Mengelirukan

Kiranya kita kembali kepada pengajaran surah Al-Ma’arij, perlakuan umat yang mendirikan solat pada waktu ini, didapati tidak lagi memenuhi ciri-ciri yang Tuhan kehendaki. Mereka mendirikan solat tetapi langsung tidak ambil perduli terhadap nasib individu-individu lainnya di sekitar mereka. Mereka merasa senang terhadap azab yang menimpa sebahagian anggota masyarakat dan terhadap diri-diri mereka sendiri. Semua ini terjadi kesan tekanan hidup yang dialami, gara-gara terpedaya dengan sistem ekonomi kapitalis. Kebanyakannya mengambil sikap sendiri-sendiri dan mereka tak perduli terhadap pengajaran agama yang harus mereka maklumi.

‘Ustaz-ustaz’ yang dilantik menjadi imam, lebih menyenangi gaji atau elaun yang mereka terima berbanding usaha bersungguh-sungguh untuk membanyakkan amalan infaq atau bersadaqah. Sudah tentu mereka lebih menyenangi agenda kewangan mereka sendiri berbanding usaha bersungguh-sungguh untuk menyedarkan umat dalam menghayati pengajaran agama mereka sendiri. 

Sebenarnya, inilah peranan rumah-rumah ibadah yang dibangunkan menurut acuan Iblis. Rumah-rumah ibadat seperti ini dibangunkan dengan kos pembangunan yang tinggi melalui sumbangan aktiviti riba dan hasil daripada aktiviti haram. Mereka yang diberi peranan untuk mentadbir rumah-rumah ibadat sedemikian rupa sebenarnya turut diberi peranan untuk meruntuhkannya. Bukan meruntuhkan dinding-dinding rumah ibadat itu tetapi meruntuhkannya daripada petunjuk Tuhan.

Duterte sendiri menyedari bahawa gereja 
pada masa ini perlu ditinggalkan – 
bagaimana dengan umat Islam?

Kiranya seorang pemimpin beragama Kristian sendiri, dapat melihat penyelewengan yang dilakukan oleh pentadbir-pentadbir gereja dan mengarahkan umat Kristian untuk menjauhi gereja dengan membina rumah ibadat di rumah sendiri, dapatkah kita nafikan, keadaan yang serupa harus juga berlaku kepada umat Islam? Penulis tidaklah berniat untuk menghasut … namun dengan kehadiran penjawat-penjawat agama yang amat-amat tidak memperdulikan nasib umat ini, bangunan yang mereka berkhidmat di dalamnya haruslah ditinggalkan. Masjid-masjid 'dhiraran' bukankah harus ditinggalkan? Masjid-masjid 'kufran' juga bukankah harus ditinggalkan? Begitu dengan masjid-masjid 'irshadan' yang digunakan untuk mengintai aktiviti-aktiviti umat, bukankah semua itu harus dijauhi? Apatah lagi masjid 'tafriqan' yang ahli-ahli qari’ah di dalamnya berpecah atas kepentingan parti politik masing-masing, perguruan atau firqah serta fikrah masing-masing, semua itu juga bukankah harus ditinggalkan? 




3 comments:

  1. Tersungkur diri dalam nikmatnya sujud dihadapanMu
    Terkulai lemas jasad yang menahan Rindu
    Lidah menari Agungkan AsmaMu
    Hati iringi lantuan melodi kata-kata mdahmu ..(ayah terma kasih)

    ReplyDelete
  2. Jazakallah ayah ats peringatan yg mendalam. Semoga Allah bukakan pintu pintu kesedaran di kalangan agamawan kita mahu pun diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... Inshaa Allah dalam masa terdekat..

    ReplyDelete

Popular