*Sesuatu Yang Memenatkan
Perkataan وهوحسير yang bermakna sedang ia (sesuatu yang)
memenatkan, dapat diterjemahkan sebagai (sesuatu) kepenatan. Ruangan
langit mengandungi gas-gas kepenatan (exhaustion) yang terdiri daripada
gas-gas pembakaran seperti karbon dioksida, oksida nitrogen dan gas
nitrogen. Karbon dioksida adalah gas hasil tindakbalas pembakaran
bahan-bahan bakar kayu api, hidro-karbon dan juga baki hasil pernafasan
hidupan. Oksida nitrogen dan nitrogen pula adalah hasil pembakaran
ammonia yang juga terhasil daripada tindakan respirasi pelbagai mikrob. Hidrokarbon yang
menjadi bahan asas pembentukan kloroflorokarbon, dapat merosakkan
lapisan ozon, terhasil daripada sampah sarap buangan. Gas-gas nadir yang
menyumbangkan peratusan yang sangat kecil terhasil daripada aktiviti
perindustrian dan juga kesan pereputan radioaktif. Gas-gas kepenatan ini
perlu berada pada kuantiti yang terkawal kecuali nitrogen dan oksigen.
Peningkatan ketara gas karbon dioksida adalah kesan daripada peningkatan
suhu bumi akibat daripada pembakaran yang berlebihan.
Manusia kini hampir menyumbangkan separuh daripada pembentukan gas karbon dioksida di udarakasa. Peningkatan peratusan yang tinggi gas karbon dioksida daripada 0.04 kepada 0.08 peratus, mengakibatkan bumi ditumbuhi dengan cendawan pada kuantiti yang banyak. Lebih daripada separuh perlepasan wap ammonia ke udarakasa adalah akibat daripada usaha manusia terutama dalam aktiviti pertanian. Peningkatan wap ammonia dapat juga terhasil akibat daripada pemanasan bumi yang mengakibatkan hidupan-hidupan di lautan mati dan mereput serta menyingkirkan sebatian ini. Kandungan ammonia yang tinggi membawa akibat bencana alam seperti ribut taufan dan penghasilan kilat-kilat besar. Peranan manusia dalam mentadbir alam ini amatlah penting agar gas-gas yang memudaratkan lapisan langit dapat dikurangi dengan berkesan. Atau mereka memilih untuk menghadapi bencana akibat daripada kerja tangan mereka sendiri. Usaha asas manusia untuk mendapatkan makanan melalui projek-projek pertanian dan penternakan haruslah mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar mereka. Kita dapati pada waktu ini, kesedaran manusia untuk melaksanakan projek penanaman semula pokok-pokok untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.
Namun penanaman semula pokok-pokok semata-mata, sebenarnya tidak mampu mengimbangi perlepasan haba yang terlalu banyak akibat daripada aktiviti perkilangan, pengangkutan dan penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, apakah langkah wajar, yang harus manusia ambil supaya bumi yang semakin panas ini tidak mendatangkan mudharat kepada kehidupan manusia? Ayat-ayat selanjutnya daripada penerangan surah-surah mendatang akan memperincikan setiap tindakan manusia yang dapat mengakibatkan kerosakan alam sekitar mereka sendiri. Suatu anjakan paradigma yang besar perlu berlaku terhadap manusia itu sendiri. Mereka perlu menakrif semula erti kehidupan mereka untuk membuang tingkahlaku mereka yang sangat gelojoh dalam berpenghidupan.
Kesimpulan
Usaha Yang Memenatkan
Oleh itu usaha yang memenatkan yang dapat membawa kepada kesedaran manusia tentang hakikat kehidupan perlu dilakukan. Riwayat kehidupan di bumi ini kini mula menempuh tempoh genting dan sebarang pengabaian terhadap kekhalifahan manusia akhirnya akan membawa kepada suatu kejadian buruk yang tidak akan ada jalan undur. Penulis merayu kepada diri sendiri dan juga pembaca sekalian untuk memulai langkah itu dengan mulai memerhatikan ayat-ayat Tuhan melalui wahyu Al-Quran yang Tuhan telah turunkan kepada nabi dan rasul terakhir yang Tuhan utuskan kepada umat manusia.
No comments:
Post a Comment