SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, August 27, 2018

MEWUJUDKAN RAKYAT YANG DIPERBODOHKAN DAN KEPIMPINAN MENINDAS



Dahulu kita ada pekebun-pekebun kecil dan peniaga-peniaga kecil. Kemudian kita ada peladang-peladang dan pengusaha-pengusaha mini market. Kemudian itu, usaha perladangan menjadi semakin besar dan petani-petani kecil semakin terbiar. Dengan tertubuhnya korperasi, pengusaha-pengusaha mini market pula menjadi semakin terpinggir. Kehadiran pusat perniagaan seperti ‘wall mart’ dan gedung-gedung besar yang sebelum itu sanggup membayar rasuah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai majlis bandaran dan daerah, akhirnya mengakibatkan perniagaan melalui korperasi semakin lama semakin susut. Mereka ini kononnya membantu pengusaha dengan mewujudkan usahawan melalui projek-projek francaisee, tetapi akhirnya meletakkan syarat yang bukan-bukan supaya usahawan itu terpaksa tunduk untuk terus berada di bawah penguasaan mereka. Persaingan dalam mendapatkan pelanggan akhirnya mengakibatkan nasib pekebun, petani kecil dan usahawan korperasi menjadi semakin terpinggir. Suatu hari nanti, kita akan mendengar, ada usahawan pisang menanam pelbagai jenis pisang sebagai usaha terbarunya dan kemudiannya mendapati pisangnya tidak dapat dijual kerana orang ramai semakin tidak memiliki kekuasaan terhadap wang ringgit mereka. 

Dulu kita ada ahli masyarakat yang perihatin. Tajuk-tajuk kritikal seperti pembunuhan menjadi bahan perbualan serius di tempat-tempat pertemuan seperti di warung-warung dan di restoran. Kini ahli masyarakat tak ambil kisah tentang ahli masyarakat lainnya; tentang kejadian kemalangan yang disiarkan melalui media massa dan tentang kejadian jenayah yang berlaku hampir setiap hari. Seolah-olah mereka telahpun redha, kalau-kalau mereka menjadi mangsa seterusnya.  Dahulu hospital-hospital bukan dipenuhi oleh pesakit-pesakit tetapi oleh ahli keluarga pesakit yang sering menziarahi pesakit berkenaan setiap hari. Kini pelawat-pelawat yang menziarahi pesakit semakin berkurangan, kerana kesibukan dalam menjalani urusan seharian dan ditambah lagi kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan dalam kawasan hospital. Yang paling ramai datang ke hospital pada masa ini adalah pesakit-pesakit dan yang paling sibuk adalah doktor-doktor yang berusaha memenuhi jadual tugas mereka untuk membantu setiap pesakit. “Something is wrong here ….”.

Punca-punca Rakyat Diperbodohkan (Docility)


'People Is Dumb As* ..... !!!!!'

Pertama, kita dihidangkan dengan najis dalam pemakanan kita. Kehadiran supermarket dan pusat-pusat perniagaan lainnya yang menyediakan makanan segera, adalah menjadi punca kepada hampir semua kedurjanaan ini. Negara kita bukannya tiada pusat-pusat penyelidikan makanan tetapi penyelidik-penyelidik yang sanggup menerima bayaran tinggi sebagai rasuah, telah mengizinkan najis dijadikan bahan tambah dalam pemakanan. Akibatnya, ramai rakyat negara ini akhirnya jatuh sakit. Dan yang paling malang sekali, semakin lama semakin ramai rakyat negara ini diberi capaian mudah untuk memperolehi semua itu. Mereka boleh berbelanja sesuka hati dengan wang yang tidak mereka miliki dan membeli barangan yang bukan benar-benar mereka perlukan. 

Kedua, dengan polisi bank pusat yang amat-amat menggalakkan transaksi secara digital, perkara ini akan menjadi suatu pukulan maut terhadap umat Islam di negara ini. Dengan kawalan sepenuhnya terhadap transaksi kewangan, pengguna yang majoritinya rakyat negara ini, pastinya akan didedahkan dengan kemudahan ‘extended credit’ dalam urusan harian mereka. Kiranya dalam keadaan sekarang ini, dalam keadaan wang digital belum lagi diperkenalkan secara meluas, ramai golongan profesional telah terperangkap dalam kancah hutang – bagaimana pula nantinya apabila kemudahan berhutang dapat dicapai secara mudah oleh majoriti rakyat? Pada masa itu, kita akan mudah dapati sekeluarga yang gemuk-gemuk sedangkan mereka hidup dalam kemiskinan, ahli masyarakat yang tidak peduli dengan nasib yang menimpa jirannya, jenayah yang tidak diendahkan dan peristiwa bencana alam yang sekadar dijadikan sembang kedai kopi. Buktinya, siapa dia dalam kalangan ahli masyarakat masa kini yang mahu membincangkan secara serius tentang kejadian kejatuhan asteroid yang semakin menjadi-jadi. Mereka pastinya tidak mengetahui punca kejadian itu dan tidak juga mengetahui dalang di sebalik kejadian berkenaan. 

Ketiga, bangga untuk kelihatan bergaya sekalipun papa. Penulis telah beberapa kali dapati, mereka yang memilih hidup ala kadar, mengamalkan cara hidup penuh hati-hati dan memilih untuk tidak memaparkan kemampuannya, seringkali dipandang hina bahkan dianggap kurang waras pada mata ahli masyarakat lainnya. Sikap ahli masyarakat sebegini sebenarnya telah menambah jumlah hutang negara ke peringkat mustahil untuk seluruh rakyat negara ini melangsaikannya. Oleh kerana keupayaan membayar hutang berkait rapat dengan bond-bond yang dijual oleh bank pusat, berkurangnya keupayaan untuk membayar balik pinjaman, pastinya akan mengakibatkan nilai wang negara menjadi semakin mengecil dan perkara ini akhirnya akan menyusahkan semua pihak. Namun kebodohan seperti ini telah menjadi kebanggaan pihak kepimpinan dan perkara ini sebenarnya akan menjurus seluruh rakyat ke lembah kemusnahan ekonomi. Pemimpin berbangga memiliki rakyat yang dapat diperbodohkan dan rakyat pula berbangga memiliki pemimpin yang kejam tidak berhati perut.



Tuesday, August 21, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 16 -- KEINGKARAN UMAT YANG MENEMPAH BENCANA



ﻓﺄﻋﺮﺿﻮﺍ

Lalu telah berpaling mereka ...


Maka mereka berpaling ingkar …

Keingkaran Umat Yang Membawa Bencana

Apakah yang mendorong umat berpaling daripada petunjuk Tuhan? Mereka yang inginkan cara hawa nafsu mereka dituruti dan menjauhi pengajaran Tuhan, sebenarnya telah memilih untuk menolak petunjuk Tuhan. Kesudahan bagi tindakan berpaling daripada pengajaran Tuhan adalah bencana. Sebagai contoh, jalanraya atau lebuhraya yang seharusnya menyediakan jalan terdekat untuk tujuan mengangkut hasil-hasil ladang, telah tidak dimanfaatkan secara wajar. Bahan-bahan asas untuk tujuan perladangan dan hasil ladang tempatan terpaksa melalui laluan jauh sehingga kos pengangkutan untuk tujuan berkenaan telah meningkat. Akibatnya, terjadi inflasi terhadap harga makanan dan perkara ini sedikit sebanyak telah menyusahkan kehidupan rakyat. Petani seperti pesawah dipaksa untuk membekalkan hasil tuaian mereka pada harga murah sementara orang tengah atau pengilang, menggunakan alasan peningkatan kos untuk menaikkan harga jualan mereka kepada pembeli akhir. Harga makanan tak pernah turun secara ketara sekalipun setelah cukai GST dimansuhkan.

Apabila kos usaha perladangan dan pengangkutan meningkat dengan peningkatan harga bahan bakar, akhirnya hanya mereka yang bermodal besar sahaja, yang mampu mengusahakan ladang yang luas secara intensif.  Bermodalkan kecairan yang besar dan peralatan yang mencukupi, mereka akhirnya mengambil kesempatan itu, untuk memonopoli kerja-kerja perladangan. Perkara yang terjadi di California Amerika Syarikat telah membuktikan perkara ini. Hanya mereka yang datang dari syarikat korporat besar sahaja yang mampu mengusahakan usaha pertanian pada skala besar sehingga golongan petani kecil dan korporat kecil, akhirnya terpaksa meninggalkan kebun-kebun mereka.

Perkara ini juga telah lama terjadi di negara ini atas kecuaian pemerintah sendiri. Petani atau pesawah telah dipaksa menjual hasil tuaian mereka pada harga lebih rendah dengan berbagai-bagai alasan, sementara orang tengah yang memiliki modal besar serta mesinari mencukupi dapat meraih keuntungan lebih baik daripada itu. Sekalipun harga makanan asasi dikawal oleh pihak pemerintah, dengan jumlah subsidi yang semakin terhad, orang tengah terpaksa menekan pesawah dengan pulangan rendah atas setiap usaha pesawah, supaya aktiviti mereka dapat terus berjalan. Pesawah tidak memiliki pilihan, sama ada akhirnya terpaksa menghentikan kerja mereka ataupun menggunakan sejumlah baja yang lebih banyak untuk meraih hasil lebih. Perkara ini akhirnya menjurus kepada kerosakan alam sekitar sehingga mengakibatkan perubahan cuaca ekstrem dan membiakkan lebih banyak haiwan-haiwan perosak seperti serangga charlie, siput gondang dan sebagainya.


Sekalipun kecil, serangga banyak didapati di 
kawasan bendang seperti ini, amat menyakitkan.

Institusi Keusahawanan Yang Menjahanamkan

Sejak merdeka sehingga kini, kita dapati umat Melayu merupakan golongan paling bermasalah dalam usaha mereka melakukan aktiviti pertanian mereka sendiri. Sekalipun setelah wujud institusi yang disediakan oleh kerajaan, mereka masih terkapai-kapai dalam usaha untuk menjadi petani moden yang berjaya. Pegawai-pegawai yang dilantik, seringkali membebankan petani-petani, dengan pinjaman dari institusi kewangan tertentu sebelum suatu usaha pertanian itu dijalankan. Mereka lebih menyenangi untuk menerima hadiah-hadiah tertentu dari taukeh-taukeh pembekal baja yang dipaksa digunakan oleh petani, berbanding usaha bersungguh-sungguh untuk membantu para petani. Petani yang telah menerima kelulusan pinjaman kewangan melalui sokongan pegawai berkenaan, terpaksa menerima sahaja keadaan itu. Kemudian pegawai berkenaan meletak syarat, hanya jenis tanaman tertentu sahaja yang harus diusahakan oleh petani dan bukannya pilihan petani itu sendiri. 

Dengan kos usaha pertanian yang tinggi, petani-petani berkenaan tidak akan berjaya melepasi tahap ekonomi mereka yang rendah dan akan sentiasa ‘dipaksa’ menjadi sekadar petani tahap rendah selamanya. Setelah berlalu tempoh masa yang panjang, kini kita dapati usaha pertanian lebih dimonopoli oleh kaum lain dan mereka lebih maju dalam usaha pertanian mereka, sehingga melibatkan pengurusan eksport ke luar negara.  Begitu juga dalam hal aktiviti perikanan. Pegawai perikanan yang dilantik lebih senang untuk menerima rasuah daripada nelayan luar yang sanggup meragut hasil perikanan habis-habisan dari perairan negara. Pegawai-pegawai berkenaan tidak perduli langsung terhadap pembenihan ikan jangka panjang dan juga tidak ambil perduli terhadap kerosakan ekosistem perairan negara.




Tuesday, August 14, 2018

NEGERI YANG BAIK TUHAN MAHA MENGAMPUNI



ﺑﻠﺪﺓ ﻃﻴﺒﺔ ﻭ ﺭﺏ ﻏﻔﻮﺭ

Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Mengampuni

(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun! 

Negeri Yang Baik

Yang dikatakan negeri yang baik adalah negeri yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan pada ayat sebelum ini. Iaitu negeri yang terdapat kerja-kerja perladangan sama ada daripada aktiviti penternakan atau penanaman yang dapat dilihat berada di sebelah kiri dan kanan laluan. Yang dengannya hasil produktiviti sedemikian dapat dipindahkan secara mudah melalui laluan yang disediakan. Laluan itu boleh jadi laluan lebuhraya seperti lebuhraya utara selatan – PLUS ataupun laluan air seperti terusan Wan Mat Saman di Kedah. Ciri-ciri sedemikian sebenarnya telah sedia terdapat di negeri ini dan negeri ini telah tersedia untuk memenuhi ciri-ciri sebagai negeri yang baik. Hanya fungsi sepenuhnya belum lagi dapat dilaksanakan.

Tuhan Maha Mengampuni

Sekiranya peluang untuk mewujudkan sebuah negeri yang memiliki ciri-ciri negeri yang baik tidak dipenuhi ;- bayangkan betapa sukarnya untuk kita dapatkan perlindungan daripada Tuhan Maha Mengampuni. Bayangkan berapa banyakkah kesalahan yang telah dilakukan oleh rakyat dan pemerintah negeri ini sehingga negeri ini terhalang untuk menjadi negeri yang baik?

i)       Laluan jalanraya atau lebuhraya yang seharusnya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil ladang, telah diletakkan di bawah suatu sistem kawalan sehingga hasil-hasil ladang tidak dapat melaluinya dengan mudah. Akibatnya, capaian terhadap hasil-hasil ladang perlu didapatkan pada harga yang agak tinggi. Kerenah birokrasi turut menjadi penyumbang terhadap peningkatan harga makanan.


ii)     Sistem jalanraya atau lebuhraya yang seharusnya dapat dilalui tanpa sebarang halangan di tengah-tengah perjalanan sebenarnya telah terganggu dengan kewujudan pasar-pasar tol untuk tujuan pengutipan cukai. Begitu juga sekatan jalanraya yang diwujudkan untuk menyaman pemandu yang tidak memiliki lesen dan sebagainya. (Bayaran tol dan saman sebenarnya dapat dilakukan tanpa perlu menghentikan aliran trafik yang berada di tengah-tengah perjalanan).

iii)    Hasil ladang yang seharusnya dapat dipindahkan melalui jalan dekat, telah tersekat dengan wujudnya pagar-pagar yang didirikan di setiap penjuru laluan lebuhraya. Tidak ada kaedah untuk hasil ladang dapat dibekalkan sehingga mencukupi permintaan pengguna-pengguna lebuhraya, kerana sistem yang diwujudkan adalah bertujuan supaya pihak-pihak tertentu dapat memonopoli penjualan hasil-hasil ladang di setiap hentian lebuhraya.

iv)   Rezeki yang seharusnya merupakan kurniaan dari Tuhan telah bertukar menjadi kurniaan dari syaitan. Makanan dan minuman yang dibekalkan turut diawet dengan bahan kimia pengawet dan diwarnakan dengan warna tambahan tertentu. Tujuannya adalah supaya makanan dan minuman yang disediakan dapat bertahan dengan lebih lama dan dihantar ke tempat-tempat yang lebih jauh. Perwarnaan makanan dan minuman akan membuatkan ianya kelihatan lebih menarik, untuk menarik perhatian mangsa. Pengambilan makanan seperti ini tentunya menimbulkan bahaya tertentu kepada si pengambilnya. Sikap tamak dan gelojoh kepada pengusaha makanan seperti ini akan dijelaskan lebih mendalam pada beberapa ayat selepas ini.

v)     Umat ini kini telah menolak untuk bersyukur kepada Tuhan kerana tarikan keuntungan dunia yang dijanjikan oleh syaitan. Mereka memilih sistem riba dalam aktiviti ekonomi sehingga mengakibatkan kecelaruan dalam hidup. Jalanraya dan lebuhraya sentiasa sesak dari waktu pagi sehingga malam kerana dipenuhi dengan aktiviti manusia tanpa henti. Semua ini terjadi kerana rangsangan aktiviti ekonomi berasaskan sistem kapitalis dan riba. Manusia perlu melipat gandakan usaha mereka demi mengurangkan bebanan hutang mereka.

vi)    Sempena dengan semua perkara di atas, kalau dapat kita perhatikan lebih mendalam lagi, kita akan dapati semakin ramai rakyat negeri ini terpaksa memilih makanan segera, kerana mereka semakin kesuntukan masa untuk menyediakan makanan mereka sendiri. Kita akan dapati sebahagian mereka memiliki tubuh yang semakin berisi dengan makanan yang kebanyakannya merupakan makanan berpenyakit sementara sebahagian lainnya terpaksa bertungkus lumus kerana tak cukup makan. Ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat terjadi atas beberapa sebab tertentu yang sebenarnya dapat dielakkan. Pelbagai bentuk permasalahan sosial dan jenayah telah berlaku dan hampir setiap hari kita dapat mendengar beberapa perkara pelik telah terjadi. 


Memakan haiwan yang disuntik dengan dadah
perangsang, mengakibatkan pelbagai jenis
simptom penyakit.



Wednesday, August 8, 2018

BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN TUHAN


ﻛﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﺭﺯﻕ ﺭﺑﻜﻢ ﻭ ﺍﺷﻜﺮﻭﺍ ﻟﻪ

Makanlah oleh kamu daripada rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah oleh kamu bagiNya.

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya;

Yang menjadi masalah, mereka telah jadikan hasil pertanian mereka bukan lagi sesuatu yang mudah dicapai oleh ahli masyarakat. Mengapakah ini terjadi? Pengeluaran makanan untuk rakyat sendiri dihadkan dan kebanyakan lainnya, untuk dihantar keluar jauh dari negeri ini. Perkara ini terjadi dengan wujudnya jaringan sistem jalanraya yang canggih sehingga ke sempadan negara jiran. Tidak salah untuk kita eksport lebihan makanan ke negeri jiran, akan tetapi dengan bekalan dalam negeri yang terhad, usaha mengeksport makanan sedia ada ke negeri jiran, tentunya akan mengakibatkan inflasi terhadap barangan makanan tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan pusat sendiri, selaku penaung kepada negeri-negeri sedia ada, terpaksa menyediakan subsidi yang besar demi memenuhi keperluan rakyat terutamanya makanan asasi.

Bagaimana suatu hari nanti, kiranya kerajaan pusat, tidak lagi mampu membayar subsidi untuk keperluan makanan rakyat. Harga makanan tentunya akan melambung tinggi sehingga mengakibatkan berlaku pelbagai bentuk permasalahan sosial seperti berlaku tunjuk perasaan rakyat yang mendesak pemimpin meletak jawatan. Perintah bersyukur kepada Tuhan, haruslah meliputi perintah untuk menyediakan keadaan keperluan asas rakyat negeri ini, yang harus diperolehi dengan mudah dan pada harga yang berpatutan sepanjang masa. Dengan lain perkataan, setiap negeri di negara ini harus mampu menyediakan keperluan makanan kepada penduduk di negeri mereka sendiri. 

Penulis mengambil contoh negeri California di Amerika Syarikat. Negeri ini terkenal dengan penghasilan makanan serta buah-buahan terbesar di negara itu. Perkara ini telah dijadikan kesempatan oleh pentadbiran negeri itu supaya negeri California menjadi penyumbang utama kepada bekalan makanan hampir seluruh rakyat Amerika Syarikat. Akibatnya, harga makanan di negeri California sendiri melambung tinggi. Dengan subsidi makanan pada jumlah yang sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pusat, rakyat Amerika Syarikat di negeri-negeri lain kebanyakannya telah tidak mengetahui cara-cara mengusahakan makanannya sendiri. Program “food stamp” yang disediakan oleh kerajaan pusat kini telah meliputi lebih 45 juta rakyatnya iaitu sekitar 15% daripada keseluruhan rakyat Amerika Syarikat. 

Hutang Amerika Syarikat kini, bukan lagi 
USD 21 trilion tetapi USD 70 trilion.

Kini apabila hutang negara Amerika Syarikat semakin meningkat, keupayaan berbelanja kerajaan Amerika Syarikat semakin merosot dan kerajaan negeri California mula mengalami masalah kecairan tunai dalam usaha mereka meneruskan aktiviti pertanian mereka. Terkini, gabenor negeri California sendiri telah didesak supaya California keluar dari Persekutuan Amerika Syarikat dan membentuk sebuah wilayah terasing. Akhirnya, pentadbiran Amerika Syarikat menjadi kelam kabut dan mereka tiada pilihan lain, terpaksa menambah hutang negara dan memperkenalkan tarif import terhadap produk berasaskan besi yang diperolehi pada jumlah yang besar dari Negara China. 

Desakan "Yes California" semakin memuncak
 untuk California keluar dari US.

Wednesday, August 1, 2018

KEWUJUDAN SISTEM PENGANGKUTAN MERENTASI LADANG

ﺟﻨﺘﺎﻥ ﻋﻦ ﻳﻤﻴﻦ ﻭﺷﻤﺎﻝ

Dua buah ladang (yang besar) dari (sebelah) kanan dan kiri.

Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan di sebelah kiri (kampung mereka).

Perkara yang ingin dijelaskan penulis daripada keratan ayat ini adalah :- Apakah yang terdapat di tengah-tengah antara dua buah kebun yang besar itu? Iaitu suatu sistem pengangkutan yang terdiri daripada jalanraya atau lebih dikenali sebagai lebuhraya pada waktu ini. Negeri Sabak dibangunkan dengan dua kebun yang terbentang luas di sebelah kanan dan di sebelah kiri jalanraya laluan utama mereka. Jika dibandingkan dengan negeri ini, dapatlah diperkatakan bahawa kebun-kebun itu terletak di sebelah kanan dan kiri sepanjang laluan lebuhraya utara selatan. Lebuhraya yang luas merentasi kebun-kebun itu, memainkan peranan utama sebagai jalan pengangkutan untuk memindahkan hasil-hasil kebun berkenaan, dari suatu kawasan ke kawasan-kawasan lainnya. Beginilah gambaran kaedah yang disyorkan dalam Al-Qur’an bahawa fungsi jalanraya yang paling utama adalah bertujuan untuk pengangkutan hasil-hasil kebun dan bukannya tempat perlumbaan antara satu kenderaan dengan kenderaan lain.

Namun dengan sikap “biar pape asal bergaye” yang diamalkan oleh penduduk dan kepimpinan negeri ini, fungsi lebuhraya yang merentasi dua kebun besar, yang terletak di kanan dan kiri laluan, telah tidak lagi digunakan untuk tujuan utama iaitu mengangkut hasil-hasil kebun. Buktinya, amat kurang sekali untuk kita dapat perhatikan kenderaan lori dengan muatan hasil sawit melalui laluan lebuhraya. Yang sering dapat diperhatikan adalah kenderaan dengan muatan buah-buahan yang telah diawet dengan bahan kimia tertentu, yang diimport khas dari negara jiran, supaya pemerintah negeri ini dapat membiarkan rakyat negeri ini ditimpa pelbagai bentuk penyakit. Sekalipun kenyataan ini amat pedih untuk didengari, namun perkara ini telah berlalu dalam tempoh begitu lama sehingga setiap hospital dan pusat kesihatan yang dibangunkan oleh kerajaan kini, sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit saban hari.

Kita dihidangkan dengan bahaya pemakanan
sebegini dan selama ini tiada sebarang 
tindakan berkesan telah dilakukan. 

Lebuhraya tidak seharusnya dihadkan penggunaannya dengan meletakkan pagar pada setiap penjurunya sehingga hasil ladang tidak dapat memasuki ke laluan itu dengan mudah. Sekalipun pagar diperlukan, perkara ini haruslah bertujuan semata-mata menjurus kepada penyediaan keadaan pemanduan aman daripada bahaya haiwan yang melintas dan sebagainya. Apabila laluan seperti lebuhraya dipagar sepenuhnya, hasil ladang perlu melalui jalan yang jauh sehingga mengakibatkan kos pengangkutan meningkat. Dengan keadaan lebuhraya masakini yang di’miliki’ oleh pihak tertentu, hasil pertanian seperti makanan dan buah-buahan yang melalui lebuhraya, perlu dibayar pada harga yang sangat tinggi. Kadangkala harganya mencecah tiga kali ganda berbanding harga makanan atau buah-buahan yang dijual di tempat asalnya. Sebenarnya perkara ini mendatangkan sikap buruk yang besar kepada pengusaha-pengusaha yang berada di lebuhraya pada kemudian harinya.
Perbelanjaan makanan yang tinggi akibat 
kos pengangkutan dan sebagainya telah
mengakibatkan capaian kepada makanan
oleh rakyat, memerlukan bayaran yang tinggi.

Thursday, July 26, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 15 -- NEGERI SABAK YANG ADA TANDA

ﻟﻘﺪ ﻛﺎﻥ ﻟﺴﺒﺈ ﻓﻰ ﻣﺴﻜﻨﻬﻢ ﺀﺍﻳﺔ

Demi sesungguhnya, telah ada ia, bagi Negeri Sabak itu, pada kediaman mereka, suatu tanda

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu:

i.       Tanda Di Negeri Sabak

Pengajaran Al-Qur’an tentang perlunya sikap bersyukur terhadap kurniaan Tuhan, terdapat tandanya yang dapat diperhatikan di negeri Sabak. Negeri Sabak merupakan negeri yang baik, Tuhan Maha Mengampuni, akhirnya binasa disebabkan perlakuan penduduk dan kepimpinan negerinya yang tidak mahu mensyukuri nikmat Tuhan. Mereka memilih corak kehidupan gelojoh sehingga akhirnya mereka terpaksa meninggalkan negeri mereka sendiri yang telah mereka diami dalam tempoh yang lama. Mereka akhirnya berpindah jauh untuk mendapatkan kehidupan baru di negeri-negeri lain. Sebagaimana yang disebutkan pada ayat-ayat sebelum ini, teknologi yang diamalkan di negeri Sabak adalah warisan kerajaan Nabi Sulaiman A.S., yang memperolehi petunjuk dari Tuhan. Akan tetapi, corak kehidupan umat yang meninggalkan amalan bersyukur, mengakibatkan mereka akhirnya menerima padah. 

ii.      Perlakuan Tidak Mensyukuri

Penulis sengaja membandingkan negeri Sabak yang pernah wujud suatu ketika dahulu dengan negeri ini – negeri Perak Darul Ridzuan. Perlakuan penduduk negeri Sabak, yang pernah wujud suatu ketika dahulu telah mula menular ke negeri ini sehingga rata-rata mereka telah menunjukkan sikap kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Satu-satunya negeri di negara ini, yang penduduknya amat berbangga mengamalkan sikap “biar pape asal bergaye”. Suatu peribahasa yang pastinya akan membawa mudharat yang besar kiranya diamalkan berterusan.


Bukan mudah untuk mengubah budaya
"Biar Pape Asal Bergaye" sekiranya
tidak dimulai sendiri oleh pemerintah.

Penulis tidak berhajat untuk menyebut bencana yang bakal terjadi. Cukuplah dengan membuat perbandingan perlakuan umat terdahulu yang dicontohi oleh umat masa kini, telah mendedahkan kita kepada bahaya tertentu. 

Keadaan dunia yang terus dibiarkan,
pasti akan memilih kita untuk menjadi 
mangsa suatu hari nanti.

Thursday, July 19, 2018

KEDEGILAN UMAT YANG MEMBAWA BENCANA



Berdasarkan pengajaran ayat setakat ini daripada Surah As-Sabak dan ayat-ayat sebelum ini, kita akan dapati perkara yang diberitahu melalui kitab suci adalah suatu yang pasti akan terjadi. Kehidupan manusia semakin lama semakin membingungkan, alam kediaman semakin lama semakin mendatangkan kebinasaan dan hal ini terjadi atas sebab kedegilan umat dan kepimpinan dalam menta’ati ajaran kitab suci.

Perkara yang dijelaskan melalui pengajaran surah As-Sabak ini telah diketahui tidak akan dipatuhi umat dan kita akan dapat memerhati kebinasaan yang semakin meningkat yang datangnya secara berandur-ansur. Jadi perlu apakah kita mengingatkan mereka lagi darihal bencana yang dapat terjadi? Melainkan kita lakukan persediaan untuk diri-diri kita sendiri. Sebelum datangnya bencana dalam tempoh yang panjang dan sebelum datangnya bencana Dajjal si penipu, marilah kita pelajari proses-proses yang akan terjadi dan seterusnya menyiapkan persekitaran yang sesuai dalam bentuk persediaan keperluan-keperluan asas serta kediaman yang lebih baik. Seterusnya apabila permulaan bencana dapat disaksikan, tempoh itu bukanlah tempoh untuk kita mentertawakan golongan yang degil, tetapi untuk memberi bantuan kepada mereka yang ingin kembali kepada ajaran Tuhan.

Sistem kehidupan yang dilalui oleh manusia akan binasa disebabkan dua punca yang dapat dikenal pasti.

         a.       Sifat tamak dan gelojoh dalam 
                   menghadapi kehidupan

         b.      Kekhuatiran kehilangan sesuatu 
                  yang dijangka akan dimiliki 

Atas sebab-sebab inilah mereka sanggup memilih untuk menolak panduan Tuhan dalam berpenghidupan. Mereka bukannya tidak mengetahui kebenaran dan mereka boleh memilih keimanan kalau mereka kehendaki, tetapi atas desakan salah satu daripada dua punca di atas atau kedua-duanya sekali, mereka sanggup memilih kekufuran. Berterusan mengingatkan mereka tentunya akan memenatkan individu pendakwah dan mereka ini haruslah dibiar berterusan dalam kekufuran. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah memaksa manusia. Namun memilih untuk menerima panduan Tuhan, pada saat akhir sebelum datangnya bencana yang datang secara beransur-ansur itu, tentunya mendatangkan bahaya perselisihan umat.

i.       Sifat Tamak dan Gelojoh

Kita pelajari dahulu sifat tamak dan gelojoh dan bagaimana kedua-dua sifat ini dapat menjadi penyebab kepada kerosakan. Setiap pagi, setiap hari kita dapat melihat kesesakan di jalan-jalanraya, kerana hampir setiap umat bersiap awal-awal pagi, untuk ke tempat kerja masing-masing. Mereka seterusnya memenuhi jalan-jalanraya sebelah petangnya, setelah tamat bekerja, untuk terus pulang ke rumah masing-masing. 

         Keluar pagi-pagi, 
         pulang petang-petang ….
         Hujung bulan dapat gaji, 
         ke kaunter ... untuk bayar hutang .

Bebanan hutang yang semakin meningkat mengakibatkan sebahagian besar ahli masyarakat semakin menjadi gila. Keupayaan mereka untuk berbelanja semakin merosot dan kitaran ekonomi umat, semakin lama menjadi semakin perlahan. Sifat tamak dan gelojoh sebenarnya telah diserlahkan dengan perlumbaan mereka untuk memiliki rumah-rumah serta kenderaan serba mewah. Mereka menjadi sedemikian semata-mata atas desakan kemegahan dan kekhuatiran menjadi bahan hinaan pihak lain, kiranya memilih hidup sekadar cukup.

         Mereka menjadi seperti angkut-angkut …
         Melabur untuk pembinaan 
                  demi pembinaan …
         Bangunan-bangunan yang akhirnya ...
                  dibiar reput ….
         Tidak dapat dimanfaatkan, 
                  kerana bebanan hutang orang ramai
                  yang semakin menekan .

Tenaga mereka akhirnya diperah dan mereka dikerah seperti tikus-tikus kerahan mencari gembira. Atas keupayaan membayar hutang yang semakin merosot, akhirnya peningkatan KDNK negara semakin susut. Bank pusat tidak mempunyai pilihan dan memerlukan dana segera yang besar, untuk dipulangkan kepada pelabur-pelabur bond dan sukuk, (sebagai bukti kemampuan negara dalam mengurus hutang negara — supaya pelabur-pelabur terus sahaja melabur pada tahun-tahun selanjutnya). Dana harus diterima daripada pemerintah dan bukannya pulangan benar pelaburan.

Sampai ke suatu tahap, pemerintah tidak mempunyai pilihan… terus sahaja arahkan pegawai-pegawai buat kerja gila. Lalu diwujudkan sistem saman kepada para pengusaha, sebagai suatu bentuk samun gaya baru. Saman ke atas pemandu, cukai berganda kepada peniaga dan pengguna, rampas dan sita harta kontraktor-kontraktor serta pegawai-pegawai tinggi atas pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dan juga penalti besar ke atas peniaga-peniaga hanya kerana sedikit kelewatan penghantaran laporan syarikat SDN BHD.

Kami sebagai rakyat kini tidak lagi gembira. Hasil rakyat dirampas sementara golongan susah pula perlu dipujuk. Bantuan Rakyat Satu Negara perlu diperluaskan untuk meraih undi lebih besar dalam pilihanraya. Pelbagai bentuk bantuan pinjaman diperkenalkan supaya rakyat menjadi lebih rajin bekerja. Mereka bekerja siang dan malam seperti ‘anjing berkaki kejang’ yang menanggung matahari dan bulan, sepertimana yang digambarkan melalui logo bank pusat.
'Kijang berekor panjang’ yang menanggung
matahari dan bulan, memberi gambaran 
rakyat yang perlu bekerja siang dan 
malam demi negara.

Untuk membuktikan keadaan adalah baik dan terkawal, sepertimana yang seringkali ditulis oleh pengawal-pengawal keselamatan dalam buku log laporan harian mereka, mereka perlu dipakaikan dengan pakaian yang kemas dan anggun, bersih lagi berseri. Seolah-olah syarikat tempat mereka bekerja adalah syarikat yang berdaya maju dan memiliki kedudukan ekonomi yang kukuh. Wal asal balik hasil, bayaran gaji perlu dipotong setiap bulan dengan berbagai-bagai alasan. Jumlah kemudahan yang disediakan tidak memadai dan mereka dicabar untuk tulis surat berhenti, ekoran “cakap banyak”. Sekalipun pulangan tahunan kepada pelabur-pelabur saham dinaikkan tinggi sedikit daripada kebiasaannya, pegawai-pegawai yang melaksanakannya mengeluh panjang kerana bonus tahunan disusutkan, elaun O.T. dikurangkan dan mereka dikehendaki bersyukur dengan habuan yang mereka perolehi. Maklumlah… dah biasa dengan kemewahan, kena ujian susah sikit… keluhannya sudah panjang.

“Semua itu adalah tanda-tanda awal
 kejatuhan yang akan terjadi 
sedikit masa lagi”

ii.       Kekhuatiran Kehilangan Sesuatu 
          Yang Dijangka Akan Dimiliki

Dalam hal ini RasululLah S.A.W. adalah lebih ‘advance’ apabila menyatakan bahawa harta sebenar adalah yang diserahkan sebagai infak pada jalan Tuhan. Maka serahkanlah ‘harta dunia’ kembali kepada golongan susah dan golongan memerlukan.

Iblis pula menjanjikan kemiskinan dengan bersadaqah dan kekayaan apabila mengamalkan amalan riba. Antara kedua-dua tawaran RasululLah S.A.W. untuk rajin-rajin berinfaq dan tawaran Iblis untuk berlumba-lumba dapatkan bonus tahunan hasil aktiviti riba, tentulah tawaran Iblis kelihatan lebih menarik. Namun kesudahan daripada aktiviti kesukaan Iblis sedemikian adalah kerosakan.

Suka atau tidak, kedua-dua pihak harus menyerahkan harta mereka untuk diurus tadbir oleh pihak lain. Mereka yang memilih jalan riba mengharapkan harta mereka sentiasa bertambah sepanjang tahun. Sehingga suatu peringkat, mereka seperti dipaksa, terpaksa membuat pelaburan harta mereka ke pihak yang menjanjikan pulangan lebih tinggi kerana khuatirkan kemerosotan nilai harta mereka, kiranya tidak diperlakukan sedemikian. Dengan kesan inflasi berpanjangan akibat kesan pengamalan aktiviti riba, mahu tak mahu, pengamal-pengamal riba terpaksa sentiasa menyerahkan harta mereka untuk dilipat gandakan nilainya. Pengamal-pengamal riba ini sebenarnya lebih mengharapkan pulangan sebelum kematian dan mereka tidak akan memperolehi apa-apapun selepas itu.

Kerugian berlaku apabila peminjam-peminjam riba akhirnya tidak mampu membayar kembali hutang-hutang mereka. Pada masa itu harapan untuk mendapatkan kembali pulangan melalui bond-bond dan sukuk, hanya tinggal harapan. Keberhasilan bond atau sukuk mulai jatuh dan untuk mengatasi masalah ini, bank pusat tidak punyai pilihan melainkan menyusutkan nilai bond-bond berkenaan. Ketidak boleh harapan untuk mendapatkan keuntungan secara berterusan mengakibatkan akhirnya pelabur-pelabur semakin kecewa dan mereka mulai meninggalkan pasaran bond tempatan. Perkara demikian akhirnya menjurus kepada kelemahan nilai wang tempatan dan akhirnya menambah kesusahan hidup rakyat secara keseluruhannya.

Krisis ekonomi seperti ini yang sentiasa 
berulangan, akhirnya akan sampai ke 
penghujungnya dalam sedikit masa lagi.



Friday, July 13, 2018

KECANGGIHAN TEKNOLOGI BELUM TENTU DAPAT MENGATASI BENCANA



Siapakah yang berani menyatakan bahawa pembangunan kerajaan silam tidak secanggih sebagaimana pembangunan yang terdapat pada zaman ini? Di mana dia, kerajaan dunia yang wujud pada masa kini, telah memiliki teknologi yang setanding dengan teknologi yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman A.S.? Di manakah dia contoh peralatan yang direkacipta pada masa ini, dapat dikawal dengan menggunakan ‘roh’ yang dapat dipindah-pindahkan, sepertimana penggunaan tamathil yang wujud pada zaman itu?

Kita tak perlu risau - Usaha meniru teknologi silam 
seperti teknologi pada zaman Nabi Sulaiman A.S.,
adalah sesuatu yang pasti gagal untuk dimajukan.

Pelajaran yang dapat dipelajari setakat ini menunjukkan betapa kecanggihan teknologi yang diperolehi pada zaman Nabi Sulaiman A.S. sebenarnya telah mengatasi segala bentuk teknologi yang didapati masakini. Namun kecanggihan itu, tidak dapat membantu penduduk negeri Sabak untuk mengelak tragedi yang terjadi di negeri mereka sesudahnya. Penyebabnya adalah kerana keingkaran dan keangkuhan mereka terhadap panduan Tuhan yang diwarisi generasi ke generasi. Apa benarkah, manusia pada saat ini telah mencapai teknologi yang lebih canggih berbanding teknologi yang dipelopori oleh Nabi Sulaiman A.S? Kalau begitu mengapa terlalu banyak bencana masih juga berlaku dan mengapa teknologi manusia masakini, masih tidak dapat mencegah atau mengurangi kejadian bencana? Atau sekurang-kurangnya, dapatkah teknologi sedia ada dapat digunapakai untuk meramal dengan baik sebarang kejadian bencana yang dijangka bakal terjadi supaya dapat mengurangi bilangan korban atau kemalangan?

Oleh itu adalah lebih baik kita buang saja keegoan diri dan kembali merujuk kepada panduan Tuhan dalam berpenghidupan. Perbincangan ayat-ayat selepas ini adalah contoh pelanggaran yang telah dilakukan oleh penduduk negeri Sabak suatu ketika dahulu. Akibatnya, mereka sendiri telah ditimpa bencana yang berat. Atas sebab itu sudilah kiranya kita menjadi hamba-hamba Tuhan yang bersangatan syukur terhadap apa-apa jua nikmat Tuhan dan bersangatan sabar dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Bencana Yang Dapat Terjadi Masakini

Apakah maka apabila teknologi secanggih seumpama sedemikian, yang diamalkan menurut kaedah Nabi Sulaiman A.S…, bencana dapat dihentikan atau dikurangi? Berapa banyakkah bencana yang telah terjadi waktu ini, yang kononnya projek-projek pembinaan yang dilaksanakan, dikatakan telah menuruti piawaian yang telah ditetapkan? Bukan kecanggihan yang penulis maksudkan untuk mengelak suatu bencana, tetapi ketaqwaan kepada Tuhan dan berhati-hati dalam pekerjaan dengan cara menuruti panduan Tuhan. Langkah-langkah seperti ini adalah DIHARAP dapat mengurangi kejadian bencana serta mengurangkan kesan bencana yang bakal terjadi. Sekurang-kurangnya kita dapat sampai ke suatu tahap yang memungkinkan kita dapat mengetahui punca-punca sebenar penyebab bencana dan seterusnya dapat mempersediakan sesuatu bagi mengurangi kesan bencana yang dijangka bakal terjadi. 

Sebagai contoh, kita telah pelajari sebelum ini bahawa bahan buangan manusia dan haiwan seperti urea dan ammonia, dapat membawa kesan yang dahsyat dalam tempoh masa yang panjang. Dan kita juga telah mengetahui, kekuatan sesuatu peralatan pembinaan, dapat musnah apabila sentiasa terdedah kepada bahan-bahan seumpama itu. Oleh itu dalam kes takungan air empangan, kerja-kerja sampingan seperti penternakan ikan air tawar secara intensif, tidak harus dilaksanakan di tempat yang sama. Sekalipun usaha sedemikian dikatakan dapat menyediakan bekalan baja asli seperti baja E.M. secara berpanjangan untuk tujuan kesuburan tanaman, kesan jangka panjangnya adalah kegagalan terhadap ikatan konkrit tembok empangan yang akan melepasi tahap ‘offset’, jika dibiarkan berterusan. Empangan – walau dibina sekukuh mana sekalipun, akhirnya akan pecah dan kejadian ini tentunya membawa bencana yang berat kepada umat yang tidak tahu mensyukuri kurniaan Tuhan. Perkara inilah yang mungkin menjadi salah satu punca, sehingga terjadinya peristiwa banjir Arim, yang membawa kemusnahan kepada penduduk negeri Sabak suatu ketika dahulu. 

Peristiwa bencana ini telah menjadi tajuk perbualan yang panjang kepada umat terdahulu sehinggalah umat terkini dan perkara ini telah direkodkan dalam kitab suci Al-Quran. Apakah pengajarannya untuk umat masakini? Oleh kerana penbangunan pengairan telah menjadi nadi kepada aktiviti kehidupan dan ekonomi negeri ini, kerajaan baru yang telah ditubuhkan, harus mengambil berat tentang perkara ini. Mereka juga harus mengambil berat terhadap sebarang aktiviti pertanian terutamanya yang berada di tanah tinggi, di lereng-lereng bukit dan juga di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tadahan. Kita tentunya tidak mahu melihat bencana terjadi akibat kecuaian kita melaksanakan tanggung jawab kekhalifahan dan kita tentunya tidak sanggup menyaksikan ramai penduduk negeri ini ditimpa pelbagai bentuk penyakit. 


Tempoh hayat sesuatu projek pembangunan 
sehingga berlaku kemusnahannya, kini berlalu 
semakin singkat. Manusia sering melupakan 
faktor perubahan alam yang terjadi masakini.


Saturday, July 7, 2018

BANGSA JIN YANG MERASA TERHINA


ﺍﻥ ﻠﻭ ﻜﺎﻧﻭﺍ ﻳﻌﻠﻤﻭﻥ ﺍﻠﻐﻳﺏ
 ﻤﺎ ﻠﺑﺛﻭﺍ ﻓﻰ ﺍﻠﻌﺫﺍﺐ ﺍﻠﻣﻬﻳﻥ


Bahawa kiranya telah adalah mereka, mereka mengetahui akan yang ghaib itu, tidak telah tinggal mereka dalam siksaan yang hina.

Syaitan Yang Merasa Terhina

Mematuhi arahan Tuhan adalah suatu kemuliaan. Namun menurut tanggapan bangsa jin, mematuhi arahan Tuhan untuk berkhidmat kepada manusia adalah suatu kehinaan. Apatah lagi kiranya individu manusia yang bangsa jin diarah untuk berkhidmat itu telah meninggal dunia. Perkara tentang sikap bangsa jin ini sebenarnya telah menjalar sehingga kini apabila didapati sebahagian besar mereka, tidak bersedia untuk mematuhi arahan Tuhan dalam hal berselawat kepada junjungan RasululLah S.A.W, yang telahpun lama wafat. Dan dalam kalangan bangsa jin yang beragama Islam, kebanyakan mereka memilih untuk meringkaskan amalan selawat kepada RasululLah S.A.W. dalam tahiyat akhir daripada ibadat solat mereka. Mereka berbangga untuk menjadi hamba Tuhan yang warak tetapi tidak bersedia untuk berselawat kepada RasululLah S.A.W. serta ahli keluarga baginda dengan sebenar-benar selawat.

Sebenarnya sikap ini adalah merupakan contoh warisan sikap Iblis, yang enggan mematuhi arahan Allah S.W.T supaya sujud kepada Nabi Adam A.S., bapa kepada umat manusia. Kiranya dalam hidup Nabi Adam A.S. dahulu, Iblis telah enggan untuk bersujud kepada baginda atas sifat keangkuhan Iblis itu sendiri, apatah lagi masakini, setelah sekian lama Nabi Adam A.S. wafat, ia masih enggan melakukannya kerana masih menuruti penyakit angkuhnya itu. Iblis sebenarnya masih enggan untuk menundukkan keangkuhannya itu, sedangkan para malaikat dan sebahagian besar umat manusia bersedia untuk melakukannya sehingga kini. Keengganan sebahagian besar bangsa jin untuk mematuhi arahan Tuhan dalam hal ini, telah menjadikan mereka bangsa yang hina. Akibatnya, mereka suka berlaga sesama sendiri dan amat gemar mengadu domba serta menghasut sesama mereka dan juga umat manusia untuk bermusuhan.



Saturday, June 30, 2018

PENGAMATAN BANGSA JIN YANG KURANG JELAS



ﻓﻠﻤﺎ ﺧﺭ ﺘﺒﻴﻨﺕ ﺍﻠﺟﻥ

Maka tatkala, telah tumbang ia, telah sungguh jelas ia oleh bangsa jin

Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu

Bangsa Jin Tidak Dapat Memerhati 
Alam Nyata Dengan Jelas

Tempoh yang begitu lama berlalu setelah kewafatan Nabi Sulaiman A.S. terjadi, telah menjadi panduan buat kita untuk mengetahui bahawa bangsa jin sebenarnya tidak dapat memerhatikan alam nyata kediaman manusia dengan jelas. Mereka hanya menaruh minat tentang apa yang mereka minat dan mengabaikan sesuatu yang bukan merupakan minat mereka untuk mengetahui. Pada zaman nabi Sulaiman A.S., tumpuan mereka adalah melakukan kerja yang diperintahkan oleh baginda dan bukannya terhadap keadaan baginda itu. Pada masa ini, sikap dan perlakuan jin ini dapat diperhatikan dalam kes-kes kerasukan yang seringkali terjadi. Bangsa jin yang merasuk tubuh manusia, tidak tahu bagaimana caranya menjaga kebersihan tubuh manusia yang dirasuk. Mereka menunjukkan perlakuan yang buruk seperti memakan makanan secara gelojoh dan sesetengahnya pula sanggup menghambat haiwan-haiwan kecil seperti serangga dan ulat untuk dijadikan makanan. Mereka tak habis-habis menunjukkan sikap reptilia mereka.  Semasa berlaku kes-kes kerasukan kepada manusia, seringkali bangsa jin menunjukkan sikap kebodohan mereka sendiri. Mereka takutkan sesuatu yang kebanyakan manusia tidak takut seperti siraman air jampian. Bukan sahaja ayat-ayat yang dibacakan daripada Al-Qur’an, bahkan juga ayat-ayat yang dibaca daripada Bible, Torah dan daripada kitab silam seperti kitab Veda. 

Ayat-ayat dari kitab Bible juga dapat
dibaca untuk memulihkan kerasukan.

Perancangan Rapi Untuk Menguasai 
Bangsa Manusia

Namun bangsa jin merupakan bangsa yang amat sukar melepaskan diri daripada sikap kesombongan. Atas sebab kesombongan, mereka berusaha menyampaikan manusia kepada persangkaan mereka. Dalam banyak pengalaman berurusan dengan bangsa jin, mereka seringkali menampilkan sikap supaya manusia bermusuhan sesama sendiri. Sikap ini telah terserlah sejak dahulu lagi sehingga telah mencetuskan peristiwa besar dalam sejarah kehidupan manusia. Pada bahagian akhir daripada ayat ini akan dijelaskan bagaimana tipudaya Iblis telah mengakibatkan negeri Sabak telah dilanda kemusnahan. Pada zaman ini, sistem ekonomi berasaskan riba dan pajakan, yang amat-amat digalakkan oleh Iblis, telah digunakan secara meluas dalam sistem ekonomi manusia. Mereka daripada bangsa jin telah mengetahui secara mendalam tentang kesudahan ekonomi sedemikian dan telah merancang sesuatu untuk menganiaya umat manusia.

Fenomena histeria sehingga membawa kerasukan, kesan kemabukan sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan, telah dijangka akan melanda umat manusia seluruh dunia secara besar-besaran, dalam sedikit masa lagi. Mereka daripada bangsa jin, akan mengambil kesempatan ini, ketika manusia mengalami keadaan ‘stress’ berpanjangan akibat cuba memenuhi tuntutan kehidupan yang semakin mendesak. Pada zaman ini telah wujud fenomena yang dikenali sebagai ‘hubbul a’ishi’, iaitu suatu bentuk kemabukan kehidupan. Manusia terkejar-kejar mengejar kehidupan, keluar pagi-pagi pulang petang-petang … hujung bulan dapatkan gaji untuk dihabiskan demi membayar hutang. Telah wujud pelbagai bentuk permasalahan sosial sehingga fitnah kehidupan turut mengenai mereka yang beragama.


Iblis telah membuat manusia menjadi sibuk,
seolah-olah mereka tikus-tikus eksperimen
yang mengejar gembira.

Wednesday, June 20, 2018

TEMPOH DABBATUL ARDH MEMAKAN TONGKAT NABI SULAIMAN A.S.



ﺍﻻ ﺪﺍﺑﺔ ﺍﻻﺮﺾ ﺘﺄﻜﻞ ﻣﻨﺴﺄﺘﻪ


melainkan (haiwan yang) melata bumi, ia memakan akan tongkatnya 

melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. 

Haiwan Melata Yang Memakan Tongkat

Perkara yang dinyatakan ini adalah berkaitan tentang tempoh masa yang dilalui oleh jenazah baginda Nabi Sulaiman A.S. sebelum tersungkur ke bumi. Kayu tongkat daripada pepohon yang telah mati, memakan masa sekurang-kurangnya berminggu-minggu, sekalipun sekiranya sering ditimpa hujan, sehingga akhirnya didatangi haiwan melata yang memakannya. Jadi, sekali lagi persoalan diulangi iaitu apakah yang berlaku kepada diri baginda Nabi Sulaiman A.S. dalam tempoh itu? Daripada gambaran video sebelum ini, kita sedia memaklumi bahawa terdapat sumber tenaga yang datang dari luaran, dapat melakukan sesuatu kepada tubuh manusia sehingga ke peringkat mengarahkan manusia itu melakukan suatu perkara yang bukan berdasarkan kesedarannya sendiri. Jadi secara analogi balikan, adakah mungkin kesedaran Nabi Sulaiman A.S. telah berpindah ke suatu kedudukan sehingga dapat mengarahkan bangsa jin untuk terus bekerja secara berterusan?

Teknik Astral

Dalam perbincangan ahli-ahli teori konspirasi, terdapat istilah-istilah yang digunakan merujuk kepada perpindahan kesedaran dari satu kedudukan ke kedudukan lain. Istilah seperti unjuran astral (astral projection), mimpi lusid, ujikaji keluar dari tubuh (OBE), adalah suatu yang berkaitan dengan perpindahan kesedaran. Walaupun istilah-istilah ini merupakan suatu cabang pseudo-saintifik, terdapat pengakuan-pengakuan daripada individu tertentu, yang mengalami keadaan koma atau halusinasi semasa pembedahan dilakukan, yang menjurus kepada perkhabaran kisah-kisah atau pengalaman yang hampir serupa. Kisah-kisah dalam banyak tayangan, seringkali memberi gambaran pengalaman sedemikian sekalipun perkara ini menjurus kepada asas kepercayaan anutan agama tertentu. Walaupun tiada bukti saintifik, hampir semua umat beragama mengakui bahawa terdapat apa yang dinyatakan sebagai ‘soul’, ‘roh’ atau kesedaran yang mengalami perpindahan semasa kejadian kematian ke atas seseorang.

Pertikaian Tentang Unjuran Astral

Kiranya kajian-kajian neurosains tentang gambaran mimpi, dapat dinyatakan sebagai perkara nyata dan sebagai sesuatu yang dapat diterima, mereka itu iaitu saintis itu sendiri sebenarnya tidak berupaya menolaknya kerana mereka, seperti manusia lainnya, turut melalui pengalaman yang serupa. Namun, bagaimana pula tentang mimpi lusid? Kesimpulan saintis selalu menerimanya sebagai sekadar mimpi biasa. Kebanyakan manusia termasuk kebanyakan saintis, tidak pernah mengalami apa yang disebut sebagai mimpi lusid. Dengan mudah mereka menolak sebarang teori tentangnya kerana perkara itu bukan merupakan pengalaman biasa mereka.

Mimpi lusid adalah termasuk perkara yang dibincangkan dalam subjek unjuran astral oleh ahli-ahli teori konspirasi. Rujukan Wikipedia merumuskan bahawa perkara demikian sebagai pseudo-saintifik, iaitu sesuatu yang dapat diterima tetapi tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Pseudo tidak boleh diterjemahkan semata-mata sebagai perkara palsu. Pseudo adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan kewujudannya. Membincangkan tentangnya tidak menjadikan kita termasuk dalam golongan pembohong, tetapi sekadar ahli kepada suatu perbincangan tentang teori konspirasi. Membuat kesimpulan tentangnya memerlukan rujukan teliti dan tiada sesuatu tentangnya dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang putus.

Unjuran astral secara mudahnya dapat dinyatakan sebagai perpindahan kesedaran (conciousness displacement). Perkara ini adalah perkara unik kerana tidak ramai individu pernah mengalaminya. Ujikaji OBE (out of body experiment) dalam banyak rujukan, memberi penjelasan lebih teliti tentang unjuran astral.

Hubungan Antara Unjuran Astral 
Dengan Makhluk Tamathil 

Perkara ini hanyalah merupakan suatu persoalan yang harus difikirkan bersama? Haruskah kita menerima bahawa tamathil atau ‘makhluk asing’ itu adalah sesuatu yang dikawal secara unjuran astral oleh pihak-pihak tertentu? Dapatkah bangsa jin, menggunakan kebolehannya untuk me‘rasuk’ makhluk tamathil melalui teknik unjuran astral sehingga dapat digerakkan menuruti arahannya? Sekiranya demikian, adakah melalui kaedah yang sama, mereka (bangsa jin) dapat menggunakannya untuk menguasai tubuh manusia sebagaimana mereka menguasai tubuh tamathil? Adakah kes-kes kerasukan yang semakin kerap berlaku ke atas sebahagian manusia masakini, adalah merupakan usaha terancang mereka sebagai jalan untuk menguasai umat manusia? Penulis tidak dapat menjawab secara pasti, namun banyak perkara yang terjadi waktu ini darihal perkara yang pelik-pelik, memerlukan pelbagai bentuk inferen (iaitu jawapan tak pasti), sehingga kita memperolehi penjelasannya suatu masa nanti.





Thursday, June 14, 2018

PERKARA BERKAITAN UFO, TAMATHIL DAN PERADABAN MANUSIA MASAKINI



Perkara tentang UFO dan tamathil sebenarnya telah lama ditutup daripada pengetahuan manusia sejak zaman kerasulan sehingga seketika masa sebelum ini. Perkara ini pernah berbangkit pada zaman Nabi Sulaiman A.S. dan kemudiannya ditutup kembali. Tuhan sengaja menyembunyikan perkara ini dan hanya mendedahkannya kepada manusia apabila tiba masa yang Ia kehendaki. Namun daripada kajian arkeologi kuno, perkara ini terdapat dalam catatan Maya, Aztec dan dalam catatan Hindu kuno. Ke manakah perginya teknologi sedemikian sejak sekian lama? Sekiranya bangkai-bangkai pesawat UFO dan makhluk tamathil adalah merupakan suatu peradaban silam umat manusia sendiri, tentunya kita akan mudah mendapati catatan-catatan sedemikian ada dalam buku-buku sejarah manusia, yang manusia sendiri tulis. Namun tidak pernah ada buku sejarah rasmi yang mencatatkannya. Yang ada hanyalah catatan tinggalan daripada kitab-kitab agama silam, yang lebih dianggap sebagai perkara mistik atau cerita dongeng.

Dalam Al-Qur’an, perkara ini sebenarnya dapat dijelaskan daripada Surah As-Sabak tetapi penjelasan daripada surah ini agak tersorok. Umat Islam sendiri secara secara umumnya tidak mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya boleh didapati daripada catatan Al-Qur’an. Apabila perkara ini cuba diketengahkan dalam masyarakat, rata-rata mereka menunjukkan sikap hambar dan skeptik. Catatan lengkap tentang makhluk tamathil dan UFO dikatakan telah bermula selepas Perang Dunia Ke-2 selepas kejadian letupan nuklear. Di Amerika Syarikat, ada rekod catatan tentang kejadian pesawat ‘makhluk asing’ – UFO, terhempas berhampiran pekan kecil Roswell. Pesawat yang terhempas pada tahun 1947 itu dikatakan akibat disambar petir ketika sedang meneliti awan terbakar, yang dikatakan gara-gara kesan radiasi daripada ujian letupan nuklear. 


Di Russia pula, pihak Kremlin sendiri dikatakan telah menerima lawatan makhluk tamathil, yang dikatakan merasa terancam dengan ujian perledakan bom nuklear terbesar Tsar Bomba. Sejak itu, masyarakat manusia mula menjadi kecoh dan pihak pentadbiran kedua-dua buah kuasa besar dunia ketika itu telah berusaha untuk menutup kisah kejadian sedemikian daripada pengetahuan ramai.

Tsar Bomba, letupan ujian paling kuat
yang dikatakan menjadi penyebab 
'makhluk asing' merasa tergugat.

Namun kejadian-kejadian pelik itu, pada masa ini tidak lagi menjadi suatu kerahsiaan, apabila teknologi komunikasi boleh dikatakan telah berada tersebar merata-rata dan dapat dicapai oleh hampir setiap jari manusia. Seterusnya cebisan-cebisan ‘jigsaw’ daripada kisah-kisah teori konspirasi tentangnya, akhirnya dapat dipertemukan sedikit demi sedikit. Perkara ini akhirnya membenarkan kandungan kitab-kitab suci sama ada Al-Qur’an, Bible atau Injil dan Torah iaitu tentang kejatuhan “Fallen Angel”, yang umat Islam lebih mengenalinya sebagai Iblis. Makhluk yang menguasai sebahagian besar bangsa jin, kini sedang berusaha untuk menguasai umat manusia pula.

Perancangan mereka sebenarnya sungguh teliti. Mereka ini pada masa ini telah berjaya menguasai sepenuhnya sistem ekonomi umat manusia dan kini mereka telah berjaya meletakkan pentadbiran rumah ibadat terbesar kedua-dua agama iaitu pentadbiran gereja Vatican, yang menjadi milik umat Kristian dan pentadbiran Haramain yang menjadi milik umat Islam, untuk berada di bawah kawalan mereka. Dan antara perkara yang sangat menyedihkan yang tidak disedari oleh umat beragama ialah, Iblis pada masa ini telah berjaya mencipta ‘Yahweh’, ‘God’ dan ‘Allah’ rekaannya sendiri untuk dijadikan sembahan oleh umat Yahudi, Kristian dan umat Islam. Penulis memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan lebih lanjut perkara ini kerana sekiranya dijelaskan, akan menjadi kontroversi yang sangat mendalam dalam masyarakat Kristian dan Islam.


 Islam versi liberal. Salah satu contoh 
bagaimana Iblis telah berjaya  mencipta 
‘Allah’ untuk disembah  oleh 
sebahagian umat Islam.

Cukuplah untuk penulis jelaskan bahawa umat beragama perlu kembali kepada kitab agama masing-masing. Umat Islam harus kembali kepada kitab Al-Qur’an, umat Kristian harus kembali kepada kitab Bible atau Injil, umat Yahudi harus kembali kepada kitab Torah dan begitu juga penganut Hindu harus kembali kepada kitab Veda. Mereka harus meninggalkan ajaran guru-guru ‘agama’ mereka yang menyesatkan, yang menyampaikan ajaran ‘agama’ atas sebab habuan yang mereka perolehi. Telah sampai suatu zaman masakini yang umat Yahudi kini tidak lagi menghormati pendeta-pendeta mereka, umat Kristian kini tidak lagi menghormati paderi-paderi mereka, umat Islam pula pada masa ini tidak lagi menghormati ulama-ulama mereka dan begitu juga penganut agama-agama lainnya. Semua ini sebenarnya kesan agenda Iblis yang telah disusun rapi sejak sekian lama. Yang tinggal untuk kita dan setiap umat beragama adalah kitab suci yang sedia ada dalam tangan masing-masing. Oleh itu kembalilah kamu ke kitab-kitab suci kamu kiranya kamu semua ingin selamat.









Tuesday, June 5, 2018

SURAH AS-SABAK AYAT 14 -- BANGSA JIN TIDAK MENGETAHUI PERKARA GHAIB


ﻓﻠﻣﺎ ﻗﻀﻴﻨﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻠﻣﻮﺖ ﻣﺎ ﺪﻠﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﻣﻮﺘﻪ

Maka tatkala telah menetapkan Kami atasnya kematian, tidak telah menanda ia akan mereka atas kematiannya 

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya

Kecanggihan yang dipelopori oleh bangsa Jin, yang jauh lebih canggih berbanding rekaciptaan manusia pada sepanjang zaman, sebenarnya tidak pernah menyampaikan mereka kepada pengetahuan tentang perkara ghaib. Buktinya mereka tidak pernah memiliki pengetahuan tentang masa kewafatan Nabi Sulaiman A.S.

Setelah sekian lama Nabi Sulaiman A.S. memerintahkan bangsa jin untuk melakukan kerja, akhirnya tubuh baginda tersungkur jatuh ke bumi. Tubuh baginda yang telah terlalu lama bertongkat, akhirnya tersungkur setelah tongkat baginda dimakan oleh haiwan melata. Dalam banyak terjemahan tidak dinyatakan berapa lama baginda telah terpacak tegak bersama tongkat yang baginda pegang dan mengapakah dalam tempoh yang begitu lama, bangsa jin tidak mengetahui yang baginda telahpun wafat?

Penulis sebenarnya merasa khuatir untuk menjelaskan perkara ini kerana tempoh hayat dan masa kematian seseorang adalah merupakah perkara ghaib yang hanya diketahui Tuhan. Persoalan yang harus dikemukakan ialah apakah sebenarnya yang berlaku kepada bangsa jin, bermula masa kewafatan Nabi Sulaiman A.S. hingga ke masa tubuh baginda tersungkur? Setelah mengetahui yang baginda telah wafat, mengapakah bangsa jin rasa begitu terhina kerana diarahkan melakukan kerja yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman A.S. sebelum itu? Persoalan penting yang penulis harus ulangi ialah mengapakah bangsa jin tidak mengetahui yang Nabi Sulaiman A.S. telahpun lama wafat dan mengapa juga dalam tempoh itu, bangsa jin masih melakukan kerja-kerja yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman A.S? Siapakah yang sebenarnya masih berterusan memberi arahan kepada jin-jin berkenaan untuk terus melakukan kerja? 

Walaupun kesimpulan ayat menyatakan bahawa bangsa jin, seperti juga manusia, sebenarnya tidak mengetahui tentang perkara ghaib darihal perkara yang bakal terjadi, jadi apakah hikmah sebenar ayat ini yang menyatakan bahawa arahan baginda masih ditaati sekalipun baginda telah lama wafat? Untuk menjelaskan persoalan ghaib seperti ini, pembaca harus telah bersedia sepenuhnya dengan pengetahuan tentang kawalan tamathil, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Buat masa ini penulis tidak berani untuk menjelaskan dengan lebih mendalam. Cukuplah untuk penulis jelaskan, bahawa pengetahuan tentang kawalan makhluk tamathil adalah lebih diketahui oleh bangsa jin berbanding manusia, kerana tubuh manusia sebenarnya adalah sejenis tamathil.

Pada keadaan tertentu, tubuh manusia
dapat dikendalikan oleh bangsa jin,
untuk diperlakukan sebagai tamathil.


Popular