ﻛﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﺭﺯﻕ ﺭﺑﻜﻢ ﻭ ﺍﺷﻜﺮﻭﺍ ﻟﻪ
Makanlah oleh kamu daripada rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah oleh kamu bagiNya.
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya;
Yang
menjadi masalah, mereka telah jadikan hasil pertanian mereka bukan lagi sesuatu
yang mudah dicapai oleh ahli masyarakat. Mengapakah ini terjadi? Pengeluaran
makanan untuk rakyat sendiri dihadkan dan kebanyakan lainnya, untuk dihantar
keluar jauh dari negeri ini. Perkara ini terjadi dengan wujudnya jaringan
sistem jalanraya yang canggih sehingga ke sempadan negara jiran. Tidak salah
untuk kita eksport lebihan makanan ke negeri jiran, akan tetapi dengan bekalan
dalam negeri yang terhad, usaha mengeksport makanan sedia ada ke negeri jiran,
tentunya akan mengakibatkan inflasi terhadap barangan makanan tersebut. Untuk
mengatasi masalah ini, kerajaan pusat sendiri, selaku penaung kepada
negeri-negeri sedia ada, terpaksa menyediakan subsidi yang besar demi memenuhi
keperluan rakyat terutamanya makanan asasi.
Bagaimana
suatu hari nanti, kiranya kerajaan pusat, tidak lagi mampu membayar subsidi
untuk keperluan makanan rakyat. Harga makanan tentunya akan melambung tinggi
sehingga mengakibatkan berlaku pelbagai bentuk permasalahan sosial seperti
berlaku tunjuk perasaan rakyat yang mendesak pemimpin meletak jawatan. Perintah
bersyukur kepada Tuhan, haruslah meliputi perintah untuk menyediakan keadaan
keperluan asas rakyat negeri ini, yang harus diperolehi dengan mudah dan pada
harga yang berpatutan sepanjang masa. Dengan lain perkataan, setiap negeri di
negara ini harus mampu menyediakan keperluan makanan kepada penduduk di negeri
mereka sendiri.
Penulis mengambil contoh negeri California di Amerika Syarikat. Negeri ini terkenal dengan penghasilan makanan serta buah-buahan terbesar di negara itu. Perkara ini telah dijadikan kesempatan oleh pentadbiran negeri itu supaya negeri California menjadi penyumbang utama kepada bekalan makanan hampir seluruh rakyat Amerika Syarikat. Akibatnya, harga makanan di negeri California sendiri melambung tinggi. Dengan subsidi makanan pada jumlah yang sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pusat, rakyat Amerika Syarikat di negeri-negeri lain kebanyakannya telah tidak mengetahui cara-cara mengusahakan makanannya sendiri. Program “food stamp” yang disediakan oleh kerajaan pusat kini telah meliputi lebih 45 juta rakyatnya iaitu sekitar 15% daripada keseluruhan rakyat Amerika Syarikat.

Hutang Amerika Syarikat kini, bukan lagi
USD 21 trilion tetapi USD 70 trilion.
Kini apabila hutang negara Amerika Syarikat semakin meningkat, keupayaan berbelanja kerajaan Amerika Syarikat semakin merosot dan kerajaan negeri California mula mengalami masalah kecairan tunai dalam usaha mereka meneruskan aktiviti pertanian mereka. Terkini, gabenor negeri California sendiri telah didesak supaya California keluar dari Persekutuan Amerika Syarikat dan membentuk sebuah wilayah terasing. Akhirnya, pentadbiran Amerika Syarikat menjadi kelam kabut dan mereka tiada pilihan lain, terpaksa menambah hutang negara dan memperkenalkan tarif import terhadap produk berasaskan besi yang diperolehi pada jumlah yang besar dari Negara China.
Desakan "Yes California" semakin memuncak
untuk California keluar dari US.
No comments:
Post a Comment