ﺑﻠﺪﺓ ﻃﻴﺒﺔ ﻭ ﺭﺏ ﻏﻔﻮﺭ
Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Mengampuni
(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!
Negeri
Yang Baik
Yang
dikatakan negeri yang baik adalah negeri yang menepati ciri-ciri yang
dinyatakan pada ayat sebelum ini. Iaitu negeri yang terdapat kerja-kerja
perladangan sama ada daripada aktiviti penternakan atau penanaman yang dapat
dilihat berada di sebelah kiri dan kanan laluan. Yang dengannya hasil
produktiviti sedemikian dapat dipindahkan secara mudah melalui laluan yang
disediakan. Laluan itu boleh jadi laluan lebuhraya seperti lebuhraya utara
selatan – PLUS ataupun laluan air seperti terusan Wan Mat Saman di Kedah.
Ciri-ciri sedemikian sebenarnya telah sedia terdapat di negeri ini dan negeri
ini telah tersedia untuk memenuhi ciri-ciri sebagai negeri yang baik. Hanya
fungsi sepenuhnya belum lagi dapat dilaksanakan.
Tuhan
Maha Mengampuni
Sekiranya
peluang untuk mewujudkan sebuah negeri yang memiliki ciri-ciri negeri yang baik
tidak dipenuhi ;- bayangkan betapa sukarnya untuk kita dapatkan perlindungan
daripada Tuhan Maha Mengampuni. Bayangkan berapa banyakkah kesalahan yang telah
dilakukan oleh rakyat dan pemerintah negeri ini sehingga negeri ini terhalang
untuk menjadi negeri yang baik?
i) Laluan jalanraya atau lebuhraya yang seharusnya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil ladang, telah diletakkan di bawah suatu sistem kawalan sehingga hasil-hasil ladang tidak dapat melaluinya dengan mudah. Akibatnya, capaian terhadap hasil-hasil ladang perlu didapatkan pada harga yang agak tinggi. Kerenah birokrasi turut menjadi penyumbang terhadap peningkatan harga makanan.
i) Laluan jalanraya atau lebuhraya yang seharusnya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil ladang, telah diletakkan di bawah suatu sistem kawalan sehingga hasil-hasil ladang tidak dapat melaluinya dengan mudah. Akibatnya, capaian terhadap hasil-hasil ladang perlu didapatkan pada harga yang agak tinggi. Kerenah birokrasi turut menjadi penyumbang terhadap peningkatan harga makanan.
ii) Sistem jalanraya atau lebuhraya yang
seharusnya dapat dilalui tanpa sebarang halangan di tengah-tengah perjalanan
sebenarnya telah terganggu dengan kewujudan pasar-pasar tol untuk tujuan
pengutipan cukai. Begitu juga sekatan jalanraya yang diwujudkan untuk menyaman
pemandu yang tidak memiliki lesen dan sebagainya. (Bayaran tol dan saman sebenarnya dapat dilakukan tanpa perlu menghentikan aliran trafik yang berada
di tengah-tengah perjalanan).
iii) Hasil ladang yang seharusnya dapat
dipindahkan melalui jalan dekat, telah tersekat dengan wujudnya pagar-pagar
yang didirikan di setiap penjuru laluan lebuhraya. Tidak ada kaedah untuk hasil
ladang dapat dibekalkan sehingga mencukupi permintaan pengguna-pengguna
lebuhraya, kerana sistem yang diwujudkan adalah bertujuan supaya pihak-pihak
tertentu dapat memonopoli penjualan hasil-hasil ladang di setiap hentian
lebuhraya.
iv) Rezeki yang seharusnya merupakan
kurniaan dari Tuhan telah bertukar menjadi kurniaan dari syaitan. Makanan dan
minuman yang dibekalkan turut diawet dengan bahan kimia pengawet dan diwarnakan
dengan warna tambahan tertentu. Tujuannya adalah supaya makanan dan minuman yang
disediakan dapat bertahan dengan lebih lama dan dihantar ke tempat-tempat yang
lebih jauh. Perwarnaan makanan dan minuman akan membuatkan ianya kelihatan
lebih menarik, untuk menarik perhatian mangsa. Pengambilan makanan seperti ini
tentunya menimbulkan bahaya tertentu kepada si pengambilnya. Sikap tamak dan
gelojoh kepada pengusaha makanan seperti ini akan dijelaskan lebih mendalam pada
beberapa ayat selepas ini.
v) Umat ini kini telah menolak untuk
bersyukur kepada Tuhan kerana tarikan keuntungan dunia yang dijanjikan oleh
syaitan. Mereka memilih sistem riba dalam aktiviti ekonomi sehingga
mengakibatkan kecelaruan dalam hidup. Jalanraya dan lebuhraya sentiasa sesak
dari waktu pagi sehingga malam kerana dipenuhi dengan aktiviti manusia tanpa
henti. Semua ini terjadi kerana rangsangan aktiviti ekonomi berasaskan sistem
kapitalis dan riba. Manusia perlu melipat gandakan usaha mereka demi
mengurangkan bebanan hutang mereka.
vi) Sempena dengan semua perkara di atas,
kalau dapat kita perhatikan lebih mendalam lagi, kita akan dapati semakin ramai
rakyat negeri ini terpaksa memilih makanan segera, kerana mereka semakin
kesuntukan masa untuk menyediakan makanan mereka sendiri. Kita akan dapati
sebahagian mereka memiliki tubuh yang semakin berisi dengan makanan yang
kebanyakannya merupakan makanan berpenyakit sementara sebahagian lainnya
terpaksa bertungkus lumus kerana tak cukup makan. Ketidak seimbangan ekonomi
dalam kalangan rakyat terjadi atas beberapa sebab tertentu yang sebenarnya
dapat dielakkan. Pelbagai bentuk permasalahan sosial dan jenayah telah berlaku
dan hampir setiap hari kita dapat mendengar beberapa perkara pelik telah
terjadi.
Memakan haiwan yang disuntik dengan dadah
perangsang, mengakibatkan pelbagai jenis
simptom penyakit.
No comments:
Post a Comment