و ما تقدموا لانفسكم من خير تجدو ه
عند الله هو خيرا و اعظم اجرا
Dan apa-apa yang kamu sediakan untuk diri kamu sendiri daripada kebaikan, kamu dapati akannya di sisi Allah adalah baik dan lebih besar ganjaran.
dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya.
dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya.
Apakah yang lebih besar daripada rentetan ganjaran kebaikan yang Tuhan kurniakan terhadap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan dunia ini? Dalam usaha membaca ayat-ayat Al-Quran, seseorang digalakkan untuk bangun pada waktu malam dengan mengambil sedikit masa untuk tidur. Tujuannya adalah untuk mendapatkan waktu-waktu tenang supaya pembelajaran Al-Quran dapat diperlaku dengan teliti. Pun begitu Tuhan telah memberi panduan dalam melakukan pembacaan Al-Quran secara tartil iaitu deretan demi deretan sehingga setiap ungkapan ayat dapat difahami. Ayat-ayat Al-Quran perlu dihubungkan antara satu ayat dengan ayat-ayat berikutnya lantaran terdapatnya hubungan antara ayat-ayat tersebut, yang membentuk himpunan ayat. Penulis dalam mengambil pelajaran telah meletakkan disiplin ambilan ayat secara sedemikian sehingga kefahaman ayat dapat diungkapkan berdasarkan kaedah seperti ini sehingga membawa kepada penemuan-penemuan baru.
No comments:
Post a Comment