فاقرءوا ما تيسر من القران
Maka bacalah olehmu apa yang kamu mudah daripada Al-Quran.
oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).
Inilah yang diperintahkan Tuhan dengan sebenar-benarnya dalam menghidupkan malam. Membaca mana-mana bahagian yang dapat dirasakan mudah daripada Al-Quran. Bacaan secara himpunan (75:17) dan deretan demi deretan (73:04), saling menuruti antara satu ayat dengan ayat-ayat selanjutnya (28:51-25:32) dan bukannya melompat-lompat sehingga tiada pengembalian ayat (memotong ayat) dan bukan dengan pembacaan sekaligus (25:32).
Sesungguhnya Tuhan jualah yang menyusun pembacaan sedemikian rupa sehingga pembacaan Al-Quran menjadi mudah. Mudahnya penyusunan ayat-ayat Al-Quran membolehkan sahabat-sahabat RasululLah R.A.H.M menghafaznya. Pada zaman Saidina Umar R.A. apabila berlaku banyak peperangan yang mengorbankan ramai sahabat RasululLah S.A.W. R.A.H.M yang hafiz, beliau telah mengarahkan Saidina Usman R.A. untuk membukukan Al-Quran sebagaimana yang terdapat masakini. Susunan Al-Quran yang dibukukan sedemikian rupa dikenali sebagai Mashaf Usmani. Cara pembacaan sedemikian dapat disedari oleh penulis sehingga dapat mengambil pelajaran yang Insya Allah dapat dikongsi bersama. Sesungguhnya Tuhan telah bersumpah beberapa kali sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Qamar bahawa Al-Quran, Tuhan telah jadikannya sebagai suatu yang mudah lalu siapakah dalam kalangan manusia yang mengambilnya sebagai pelajaran? Penulis telah beberapa kali bertemu dengan beberapa pihak yang menyatakan bahawa pelajaran Bahasa Arab itu adalah suatu yang sukar dan Al-Quran adalah lebih sukar daripada itu. Kenyataan sedemikian hanya membawa kepada autoriti 'ulama' sehingga mengakibatkan umat tidak dibenarkan berkata sesuatu tentang Al-Quran dan sehingga hanya 'ulama' sahaja yang diberi autoriti untuk bercakap dan melakukan kajian terhadap Al-Quran.

No comments:
Post a Comment