قل انى
لا املك لكم ضرا و لا رشدا
Katakanlah olehmu, sesungguhnya aku, tidak aku memiliki bagi kamu kemudharatan dan tidak pula pertunjuk.
Katakanlah lagi; " Sesungguhnya Aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
i. Penderitaan Umat Masakini
Bukan Salah RasululLah S.A.W.
Sesungguhnya kemudharatan yang menimpa umat-umat sesudah kerasulan, bukanlah kerja RasululLah S.A.W., sedangkan RasululLah S.A.W. secara sendirinya tidak berupaya untuk mendatangkan sebarang kemudharatan atau petunjuk. Kita dapat menyaksikan di negara-negara Barat bagaimana mereka yang memilih menolak petunjuk Tuhan, kehidupan mereka telah dilingkungi dengan masalah sosial yang serius, jenayah dan pelbagai bentuk penindasan sehingga mereka berjaya mengeksport corak kehidupan mereka ke negara-negara lain. Itu belum dikira dengan bencana alam akibat kerja tangan mereka. Rakyat negara mereka mengalami tekanan kehidupan yang mendesak sehingga ramai yang mengambil dadah. Negara kita tidak terkecuali daripada menghadapi keadaan ini sehingga pembunuhan berlaku hampir setiap hari. Belum dikira dengan kepelbagaian bentuk jenayah lain seperti rompakan, mencabul kehormatan, pecah amanah. Huru-hara politik yang semakin menjadi-jadi apabila kehidupan rakyat semakin dicengkam.
Ya, akhirnya mereka mencapai kegembiraan tak
terhingga dengan pengambilan dadah yang hebat.
ii. Bagaimanakah Mungkin?
Bagaimanakah mungkin RasululLah S.A.W., mampu memberi petunjuk atau mahu memaksa petunjuk Al-Quran sampai kepada kita semua, sedangkan baginda adalah seorang yang ummi yang tidak membaca sebarang kitab sebelumnya? Bagaimanakah baginda mampu menerangkan suatu teknologi sedangkan baginda hidup di padang pasir yang tidak terdedah kepada reka-rekaan manusia di belahan bumi yang lain? Bagaimana pula baginda mampu membawa perubahan kepada umat ketika itu, sedangkan baginda bukanlah dikenali sebagai raja atau bangsawan atau orang kaya yang berpengaruh, bahkan usaha dakwah baginda ditentang habis-habisan oleh sebahagian ahli keluarga baginda dan masyarakat Makkah itu sendiri? Bahkan kitab yang diserahkan kepada baginda adalah urusan yang Maha Mengetahui tentang perihal kehidupan di bumi ini. Maka Tuhan jua yang mengurus segalanya sehingga segala sesuatu itu telah berlaku bukan dengan ‘sepatutnya’ sepertimana yang diarahkan melalui kitab Al-Quran, tetapi menurut kehendakNya yang Maha Mengatur seluruh alam. Kekhalifahan juga telah berlaku tidak menurut yang diarahkanNya sepertimana yang disyorkan melalui Al-Quran.
No comments:
Post a Comment