SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Wednesday, October 25, 2017

MEMBACA MANA-MANA YANG DIDAPATI MUDAH DARIPADA AL-QUR'AN


فاقرءوا ما تيسر من القران

Maka bacalah olehmu apa yang kamu mudah daripada Al-Quran.

oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Inilah yang diperintahkan Tuhan dengan sebenar-benarnya dalam menghidupkan malam. Membaca mana-mana bahagian yang dapat dirasakan mudah daripada Al-Quran. Bacaan secara himpunan (75:17) dan deretan demi deretan (73:04), saling menuruti antara satu ayat dengan ayat-ayat selanjutnya (28:51-25:32) dan bukannya melompat-lompat sehingga tiada pengembalian ayat (memotong ayat) dan bukan dengan pembacaan sekaligus (25:32).

Sesungguhnya Tuhan jualah yang menyusun pembacaan sedemikian rupa sehingga pembacaan Al-Quran menjadi mudah. Mudahnya penyusunan ayat-ayat Al-Quran membolehkan sahabat-sahabat RasululLah R.A.H.M menghafaznya. Pada zaman Saidina Umar R.A. apabila berlaku banyak peperangan yang mengorbankan ramai sahabat RasululLah S.A.W. R.A.H.M yang hafiz, beliau telah mengarahkan Saidina Usman R.A. untuk membukukan Al-Quran sebagaimana yang terdapat masakini. Susunan Al-Quran yang dibukukan sedemikian rupa dikenali sebagai Mashaf Usmani. Cara pembacaan sedemikian dapat disedari oleh penulis sehingga dapat mengambil pelajaran yang Insya Allah dapat dikongsi bersama. Sesungguhnya Tuhan telah bersumpah beberapa kali sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Qamar bahawa Al-Quran, Tuhan telah jadikannya sebagai suatu yang mudah lalu siapakah dalam kalangan manusia yang mengambilnya sebagai pelajaran? Penulis telah beberapa kali bertemu dengan beberapa pihak yang menyatakan bahawa pelajaran Bahasa Arab itu adalah suatu yang sukar dan Al-Quran adalah lebih sukar daripada itu. Kenyataan sedemikian hanya membawa kepada autoriti 'ulama' sehingga mengakibatkan umat tidak dibenarkan berkata sesuatu tentang Al-Quran dan sehingga hanya 'ulama' sahaja yang diberi autoriti untuk bercakap dan melakukan kajian terhadap Al-Quran.







Tuesday, October 17, 2017

PERBEZAAN SIANG DAN MALAM PADA PENGAMATAN ASTRONOMI


علم ان لن تحصوه فتاب عليكم

Telah mengetahui Ia, bahwasanya sekali-kali tidak kamu (dapat) menentukan akannya lalu telah mempertaubat Ia ke atasmu.

Dalam menyediakan paiwai pengukuran yang dapat disukat menggunakan jam, ukuran terkini terhadap saat ditentu ukur berdasarkan tempoh yang dilalui oleh sinar atom caesium untuk mencapai jumlah jarak gelombang tertentu. Akhirnya ditetapkan tempoh saat dan jarak dalam meter sebagaimana yang diperolehi pada waktu ini. Tempoh yang asalnya dapat menyukat minit dan jam sehingga ditetapkan sehari sebagai 24 jam dan setahun sekitar 365.2422 hari terpaksa dipinda akhirnya, dengan melangkaui tahun lompat untuk setiap 100 tahun tertentu. 



Peralatan penyukat jisim dalam Kg memerlukan ukuran saat dalam menentu ukur kuantitinya  dan sejak sekitar 200 tahun dahulu sehingga kini, didapati jisim bongkah pempiawai telah mengalami penyusutan dalam juzuk yang kecil yang memberi kesan yang besar terhadap pengukuran peringkat mikroskopik. Masalah yang timbul apabila berlalu tempoh masa 200 tahun lagi ialah segala peralatan komunikasi waktu ini yang merupakan peralatan yang ditentu ukur masa, barangkali tidak dapat digunakan lagi pada waktu itu disebabkan perbezaan julat tempoh yang ditentu ukur telah mengalami perubahan ketara. Dengan demikian pengkalendaran tahunan berdasarkan sistem matahari bukanlah merupakan sesuatu yang boleh diharap. Perselisihan dapat berlaku disebabkan perubahan kelajuan bumi terhadap matahari ataupun perubahan mikroskopik melibatkan kadar ayunan elektron dalam atom ceasium ataupun perubahan jisim terhadap jasad-jasad piawai sedia ada. Dengan nisbah jisim bumi dan bulan yang dapat dikatakan mantap, pengkalanderan bulan dikatakan lebih jitu berbanding matahari.

Bulan kelihatan mengelilingi bumi membuat satu putaran lengkap setiap 29 hari 12 jam 44 minit. Ukuran ini adalah berdasarkan pengamatan manusia di bumi. Putaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bulan mengelilingi bumi didapati hampir berulangan setiap 19 tahun Masehi atau 19 tahun 7 bulan Hijriah. Secara yang lebih jitu didapati perkalenderan bulan sentiasa berulangan setiap 703 bulan untuk kembali terbit sekitar minit yang sama di tempat yang hampir-hampir sama. Bulan sebenarnya tidak pernah berulangan secara tepat dengan matahari, tidak dari dahulu dan tidak juga kemudian nanti. Penulis sengaja menghadirkan perkiraan sedemikian kerana suatu perkadaran bulan dan matahari memiliki hubungan rapat dengan perkara yang akan disebutkan dalam surah selanjutnya. Perkara ini melibatkan kejadian yang saling berhubungkait antara matahari dan bulan pada ketika berlakunya peristiwa hari Keputusan. Sekurang-kurangnya dapat kita mengambil peluang sesuatu sebelum tempoh pengamalan syari'at ini tamat.





Wednesday, October 11, 2017

ALLAH YANG MENGKADARKAN MALAM DAN SIANG


و الله يقدر اليل و النهر

Sedang Allah, Ia yang menentukan malam dan siang. 

padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang.

Manusia hanya boleh melakukan kiraan terhadap perbezaan siang dan malam disebabkan putaran bumi serta kecondongan bumi di atas paksinya sekitar 23½° itu. Kiraan manusia terhadap masa-masa itu juga berubah. Pernah suatu ketika dahulu jam seluruh dunia perlu ditambah masa seminit untuk keperluan navigasi. Ini bermakna kiraan manusia terhadap perbezaan siang dan malam tidak pernah tepat. Apatah lagi sekiranya penentuan hanya berdasarkan peralatan canggih berunsur mekanikal iaitu jam yang telah direka manusia sejak dahulu lagi.


Menurut sains, perbezaan siang dan malam 
adalah berdasarkan putaran bumi pada paksinya
dan pergerakannya mengelilingi matahari.

Perkiraan masuk waktu solat juga berubah-ubah antara satu daerah ke satu daerah lain, begitu dengan jadual yang disediakan antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Yang dikatakan kejadian siang ke atas permukaan bumi adalah disebabkan oleh selubung cahaya yang ditarik bergerak perlahan-lahan dari timur ke barat. Apabila selubung cahaya meninggalkan ufuk barat, keadaan bumi pula ditutup oleh selubung kegelapan yang juga ditarik perlahan-lahan dari timur ke arah barat. Pada kejadian siang, selubung cahaya ditandakan dengan kehadiran tandaan matahari dan tandaan-tandaan warna putih kelabu berupa awan serta warna biru lelangit. Pada kejadian malam pula, tandaan awan dan lelangit kelihatan lebih gelap, tetapi selubung kegelapan dihiasi lebih indah dengan tandaan-tandaan kecil bintang-bintang dan juga tandaan bulan.

Sudah tentu Tuhan yang mengkadarkan pergerakan selubung-selubung itu sehingga Ia Maha Berkuasa melambatkan pergerakan atau melajukannya atau menghentikannya buat seketika atau menariknya kembali ke arah belakang. Kedua-dua mata manusia menyaksikannya sedemikian pada pengamatan berbeza sehingga seolah-olah mereka melihat suatu gambaraan 3D. Bagi setiap bayang yang terbentuk daripada suatu objek yang membelakangi matahari, Tuhan sebenarnya memendekkan serta memanjangkan bayang-bayang terlebih dahulu lalu diikuti dengan pergerakan penanda bayang berkenaan iaitu matahari, bulan atau apajua sumber cahaya yang lain. Mungkin perkara ini dikatakan bertentangan dengan penemuan sains masakini kerana sains buat masa ini, masih belum dapat membuktikan perkara ini.

Idea tentang alam ini merupakan sebuah projeksi,
yang juga merupakan idea daripada agama-agama
silam, barangkali dapat menjelaskan tentang
alam maya yang kita berada bersamanya.

Surah Al-Muzammil memberi satu inferens, kiranya
kita dapat menyingkirkan bahan berbahaya daripada
tubuh kita, secara tak langsung alam persekitaran
juga dapat selamat daripada bahaya.

{ lagi tentang sifat maya alam ini dalam penerangan Surah An-Nur }

iv.    Perbezaan Siang dan Malam Pada 
        Pengamatan Saintifik

Mengapakah tempoh untuk berjaga malam berubah-ubah sepertimana diarahkan Tuhan daripada dua pertiga malam sehingga sepertiga malam? Adakah ini bermakna arahan Tuhan bukan dengan suatu pendirian yang tetap? Ahli geofizik telah mengetahui sejak dahulu bahawa kecondongan paksi bumi mengelilingi matahari berbeza sebanyak 23½° dari sudut tegak terhadap satahnya. Ini bermakna separuh permukaan bumi yang menghadap ke matahari yang mengalami waktu siang, akan berubah beransur-ansur menuju enam bulan berikutnya. Pada kedudukan bumi selain daripada di atas garisan Khatulistiwa, tempoh masa siang dan malam akan silih berganti setiap enam bulan. Enam bulan mengalami tempoh siang yang lebih panjang akan dituruti oleh enam bulan tempoh malam yang lebih panjang. Pada kedudukan bumi sekitar garisan Sartan dan garisan Jadi, tempoh siang dan malam dapat berubah kepada lapan jam siang enam belas jam malam dan berubah-ubah secara beransur-ansur menjadi lapan jam malam enam belas jam siang setelah enam bulan berikutnya.

Fenomena ini mengakibatkan pada bahagian latitud tinggi di permukaan bumi, berlaku kejadian empat musim. Pada kedudukan yang ekstrem di kutub utara dan selatan, siang berlaku dalam tempoh enam bulan dan malam enam bulan sehingga penggiliran siang dan malam dalam sehari langsung tidak dapat ditentukan. Bumi di bahagian ini tidak pernah ditutupi dengan kegelapan pada waktu siang (18:90). Kesimpulannya, tempoh siang dan malam adalah berubah di atas permukaan bumi yang berlainan dan inilah jawapan kepada dua persoalan di atas. Ayat berikut memperkuat lagi hujah atas kelemahan manusia dalam menentukan tempoh waktu.




Wednesday, October 4, 2017

KURANG DARIPADA DUA PER TIGA MALAM


و نصفه وثلثه و طائفة من الذين معك

Dan separuhnya dan sepertiganya dan sebahagian daripada orang-orang yang bersamamu

dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah Yang terdahulu);

Kiranya seseorang tidak mampu untuk berjaga malam selama dua pertiga malam sekitar enam jam, bermulalah dengan separuh daripada itu sekitar empat jam setengah dan sekiranya masih tidak mampu mulakanlah dengan sepertiga iaitu sekitar tiga jam. Usaha membangunkan malam hendaklah dilakukan bersama-sama kerana usaha keseorangan mungkin tidak dengan kekuatan lantaran saling memberati. Pada zaman ini seseorang sebenarnya seharusnya tidak mengalami masalah berjaga malam.

Sekiranya bukan kerana ibadah, masyarakat kita telah membiasakan diri berjaga malam untuk menonton tayangan larut malam, mengisi restoran-restoran untuk menjamu selera waktu tengah malam bahkan pelajar-pelajar institusi pengajian telah terbiasa menghabiskan malam mereka dengan aktiviti menyiapkan laporan-laporan serta kerja kursus yang perlu dihantar sebelum tempoh tamat. Apalah salahnya kita menukarkan sebahagian aktiviti waktu itu dengan aktiviti membaca ayat-ayat Tuhan dan memikirkan tentangnya agar pengajaran besar diperolehi. Terlalu banyak rahsia daripada kitab Tuhan masih belum terbuka. Terlalu banyak teknologi dapat dibangunkan dan terlalu banyak kaedah dakwah boleh didapatkan bagi sesiapa yang rajin meneliti serta memerhatikan ayat-ayat Tuhan. Sekalipun Al-Quran itu bukan kitab warisan, namun apajua yang diwariskan oleh RasululLah S.A.W. daripada sudut ilmu kepada umat baginda, terdapat rujukannya dalam Al-Quran. Haruskah kita mewarisi sesuatu daripada RasululLah S.A.W. namun kita tidak mengusahakan sesuatu daripadanya? Al-Quran pada waktu ini telah dijadikan oleh umat ini sebagai resam untuk tujuan-tujuan kelaziman mereka dalam upacara-upacara tertentu.




Popular