ﻗﻞﺍﻥﻫﺪﻯﺍﻟﻠﻪﻫﻭﺍﻟﻬﺪﻯ
Katakan olehmu, sesungguhnya petunjuk Allah
ialah petunjuk (yang sebenarnya)
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya
petunjuk Allah (agama Islam) adalah petunjuk yang benar”.
i. Petunjuk Tuhan Mengatasi Agenda Kebejatan
Dalam surah Al-Qalam, penulis telah jelaskan bahawa
kesesatan yang berlaku adalah apabila penjawat-penjawat agama gagal memberi
nasihat benar kepada kepimpinan untuk mematuhi arahan Tuhan. Penjawat-penjawat
agama pula bertindak demikian demi menjaga periuk nasinya, supaya amalan
kepimpinan sekalipun bertentangan dengan petunjuk Tuhan, adalah sesuatu yang
dibenarkan oleh syarak. Lalu keseluruhan ahli masyarakat yang berada di bawah
kepimpinan mereka mengalami hidup penuh kecelaruan disebabkan desakan hidup
yang mereka alami. Sebenarnya perancangan untuk menguasai kerohanian umat
seperti ini adalah suatu agenda yang telah lama dirancang supaya sesebuah
negara itu akan ditadbir menurut agenda Masonik.
Sistem yang wujud kini adalah suatu perancangan
sejak zaman silam lagi
Sama ada sedar atau tidak
sedar, mereka telah menjurus masyarakat mereka kepada sebuah kehidupan penuh
kesyirikan apabila peraturan Lord Reid lebih diterima berbanding
syari’at Tuhan. Pihak penjajah British sebenarnya tidak merasa sebarang
kerugianpun apabila mereka terpaksa memberi kemerdekaan kepada negara ini namun
mereka telahpun mencapai klimak kenikmatan yang penuh, apabila berjaya memujuk kepimpinan
negara ini untuk mengekalkan undang-undang sekular British dan membuang jauh
syari’at Tuhan. Agama hanya dianggap sebagai adat untuk aktiviti-aktiviti
seperti perayaan dan ritual penyembahan. Keberadaan penjawat-penjawat agama
yang memangku jawatan sebenarnya sengaja diwujudkan sebagai mewarisi
agenda pengkastaan kepaderian sepertimana yang terdapat dalam agama Kristian. Semua ini adalah
langkah awal yang akan menjurus kepada penguasaan politik mutlak sebagaimana
digambarkan dalam piramid penguasaan. Jalan ke arah itu sebenarnya sedang terbentang
luas dan agenda ini dijalankan secara halus agar tidak disedari umat.
ii. Bentuk Penentangan Yang Harus Dilakukan
Kita tidak bertujuan menentang pemerintahan, hanya
kita mempertikaikan bentuk polisi yang diperkenalkan. Sistem pemerintahan
melalui demokratik kapitalis yang dibentuk adalah terhasil daripada air mata
dan darah kerana penentangan mereka terhadap sistem ala-Fasis dan Nazi yang
ditegakkan melalui penindasan. Begitu juga sistem Komunis Sosialis bangkit akibat
penindasan kerajaan beraja yang menindas golongan pekerja. Namun, kedua-dua
sistem Demokratik Kapitalis dan Komunis Sosialis mengandungi kebaikan dan
kelemahan mereka tersendiri. Bukannya mudah untuk menyedarkan umat tentang
bahaya ideologi sedemikian dan bukan tugas kita untuk melenyapkan sistem
sedemikian melalui jalan paksaan. Menuruti dan meninggalkan aktiviti dalam
sistem hidup sedemikian memerlukan panduan dan panduan yang sedia wujud di
tangan umat ini adalah melalui kitab Tuhan. Bukan semua perkara yang
menyeronokkan itu baik dan bukan juga semua perkara yang memedihkan hati itu
buruk. Tuhan telah beri kita akal untuk kita buat pertimbangan.
Hubud duniawi... Bimbang hilang status dan tidak yakin BANTUAN ALLAH TAALA
ReplyDelete