ﻭﻣﻦﻳﻜﻔﺮﺑﻪﻓﺄﻭﻟﺌﻚﻫﻢﺍﻟﺨﺴﺮﻭﻥ
Dan barangsiapa yang ia mengingkari
dengannya, maka mereka itu, mereka itulah golongan yang rugi.
dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka
itulah orang-orang yang rugi.
i.
Keingkaran Yang Menjadi Sejarah
Berapa banyakkah pejuang-pejuang agama yang gagal? Fahaman
mengagungkan hukum hudud, sepertimana yang telah dibawa oleh Muawiyah bin Abu
Sufyan R.A., pelopor Bani Umayyah dan juga Sabahat Amru bin Al-Ash R.A.,
akhirnya menghasilkan pejuang-pejuang tegar yang diwarisi sehingga kini - yang
kerja mereka tak lain dan tak bukan hanya sebagai pengancam kepada pemerintah
sepanjang zaman. Begitu juga nasib yang menimpa keturunan mereka di Palestin,
yang tanah air mereka telah dijajah oleh Israel, semuanya terjadi atas sikap
penentangan mereka sejak dahulu lagi ke atas pemimpin umat yang adil.
Pejuang-pejuang Kurdish yang sejak awal-awal lagi memerangi pemerintah umat Islam
atas sebab mengutamakan kepentingan dunia dan sanggup memerangi khalifah
terdahulu yang kononnya atas alasan hudud - kini tidak lagi memiliki negara dan
mereka sanggup melakukan serangan dengan cara membunuh diri semata-mata untuk
mendapatkan kembali ‘tanah pertanian’ mereka.
Serangan bunuh diri di Turki seringkali didalangi
oleh puak Kurdish - perjuangan demi untuk
mendapatkan kembali 'tanah pertanian' mereka.
Apakah matlamat perjuangan mereka sebenarnya? Kerana
dunia, kerana memenuhi hawa nafsu merebut tanah dan pemerintahan atau kerana
tersalah fahaman mereka terhadap perintah Tuhan dalam Al-Qur’an.
ii. Kerugian Yang Terjadi Di Negara Umat Islam
Akibat besar merebut jawatan kekhalifahan, umat ini kini tidak lagi memiliki khalifah. Usaha membentuk semula pemerintahan kekhalifahan pada masa ini telah dianggap sebagai mengamal ajaran sesat atau mempelopori aktiviti keganasan. Sejak bermula usaha merebut kekhalifahan yang dilakukan oleh golongan pemberontak dalam kalangan sahabat-sahabat RasululLah S.A.W., sehinggalah runtuhnya kekhalifahan umat ini pada tahun 1923, risalah Islam telah gagal untuk disampaikan ke seluruh dunia. Akibat yang terjadi adalah penindasan demi penindasan, permusuhan sesama umat Islam dan terkini adalah pembunuhan beramai-ramai umat Islam sehingga mencapai jumlah jutaan, langsung tidak ada pihak yang dapat membela mereka. Sejak dahulu lagi perjuangan umat Islam untuk tujuan mewujudkan kekhalifahan adalah merupakan perjuangan yang gagal. Tidak perlu lagi diperjuangkan kerana urusan kekhalifahan adalah urusan Tuhan.

No comments:
Post a Comment